Trip Bajet Ke Bangkok Untuk ‘Shopping’ & Makanan Halal Cara Lokal

Share

Bangkok menawarkan pelbagai kelebihan dan tarikan seperti makanan, budaya, kuil-kuil purba dan matawangnya yang tidak lari banyak dari negara kita. Selain itu destinasi ini juga digelar syurga membeli-belah.

Ramai yang memang suka ke Bangkok semata-mata untuk membeli-belah dan makan-makan sajian citarasa Thai sahaja seperti yang dilakukan dua orang sahabat ini.


Ini kali ke 4 ke Bangkok.. Memang seronok terutama grab tiket AA below RM250. Sebelum ni dah cover Hua Hin, Santorini, Erawan, Dead Railway, Kanchanaburi dan beberapa tempat lagi. Kali ini cover bandar, semua market place yang popular seperti Chatuncak, Ratchada Night Market, Pratunam, Platinum Mall, Siam Square.

Saya juga try semua kenderaan awam di sana seperti BTS, MRT, teksi, Grab dan paling rare bas di sana. Uuntuk jimat memang bas dan MRT hanya 10baht dari Silom ke Chatuncak yang jarak lebih 30min perjalanan. Untuk hotel memamg rekomen seperti Paradise sebab ada shuttle ke MRT atau jarak 750 meter sahaja kalau nak berjalan. Mudah untuk ke Chatuncak dan Ratchada Night Market.

Hotel kedua kami memilih Silom Village Inn. Hotel ini mudah untuk ke Pratunam dan pusat bandar. Yang paling penting depan ada restoran halal yang sedap dan murah berbanding yang lain.

Halal food mcm di krabi… nutella pancake 40baht = RM5.40

mcm2 pilihan
Selesa dan harga masih berpatutan
RM13.50
HYalal food di dpn mall platinum…harga? sgt mahal
Koleksi bangle yg sgt cantik… stainless steel… dlm RM30
Ratchada night market
Dari RM12 ke RM50
Semua cantik
Restoran Ibu… dpn hotel silom village inn
RM27
Mmg murah…4 helai = RM13.50
Set utk 2 org 480 baht = RM62
halal food paling murah 50baht = RM6.70
Ni yg paling murah di Food Court Platinum Mall = Nasi Beriani Ayam 60baht
Tomyam Seafood di Restoran Ibu ni sedap sgt…harga ok… 100baht atau RM13.50
Penyepit rambut
For Hard Rock Cafe Collector
Boleh pilih utk customized nama dan logo
Halal food… satu2nya jumpa di ratchada night market…
Pintu masuk chatuncak
Kenangan… 50 baht free logo n name
Pratunam Market
Kedai makanan halal perlu berjalan 300m dari BTS Ratchadewi
Penyepit Rambut
Blh tgk harga makanan halal di Saman Islam Restoran Chatuncak Market
Ni tarikan utama dan murah…dlm 60baht atau RM8

Cuma kalau bertanya saya bangkok berbanding KL, bersyukur di KL lg kerana makanan halal sana dah terasa mahal sangat. Kurang makanan atau restoran Halal. Bangkok sangat jammed. Kurang mesra untuk pejalan kaki. Jauh dari satu mall untuk ke BTS mcm dari Platinum ke BTS Siam. Kurang penguasaan bahasa inggeris, sukar utk bertanya atau bercakap

Sumber: April Nafisa | Backpakersmalaysia

IKLAN