Trip BFF 4H3M Ke Phi Phi Island & Phuket. Seronok Snorkeling Dalam Laut Jernih, Makan & Shopping. Penat Tapi Enjoy!

Share

Krabi dan Phuket antara destinasi percutian di Thailand yang sering menjadi pilihan pelancong. Terkenal dengan air laut yang jernih dan juga pemandangan yang menarik, kedua-dua tempat ini juga tak memerlukan kos yang tidak terlalu banyak untuk sesebuah percutian.

Bila dapat bercuti dengan BFF ke tempat yang best memang seronok. Dapat pula shopping dan makan-makan, memang penuh bermakna. Nor Hidayu Yusoff berkongsi itinerari trip dia dan rakan-rakan ke Phuket dan Krabi (Phi Phi Island)

Jom ikuti perkongsian Nor Hidayu Yusoff:

Trip to Krabi (phi phi island) & Phuket (4 org)

Trip 4H3M sepatutnye 3 hari dan ke Krabi je tapi last minit airasia cancel tiket balik dan reshedule esoknye so jadi la 3 hari di Phi Phi dan sehari pergi ke Phuket.

day 1 (1/7/2022)

flight KL-Krabi tenghari (RM235 return)

– sampai 3 ptg ke krabi airport terus beli simkad 3 days unlimited data (TBH200)

– naik teksi ke jetty ferry (TBH 400 per car). Ingatkan ade ferry tp last ferry ke phi phi island pukul 3. so terpaksa naik speedboat (last pukul 4 ptg)

– speedboad to phi phi island (TBH 1000 utk 1 org) terus beli tiket ferry dr phi phi ke phuket (TBH 400 utk 1 org). ferry ke phuket ada 2 masa shj 9 am dan 3 pm

– sampai phi phi dalam pkul 6. check in hotel phi phi banyan villa (rm282 3H2M include bfast).

*tips : pilih hotel dekat dengan pantai sebab nnti penat nk jalan hahaha. hotel kami 100 meter je dr pantai

– rehat hotel dan malam keluar makan dan jalan2 pusing pulau

* tips : cari kedai makan yg biase2 gerai2 mcm tu murah dan lagi sedap

– cari pakej island hopping – dekat area mcd ade ramai offer pakej menarik. kalau ambik yang proper kena ikot masa dia dan lebih mahal. kami ambik pakej

bot kayu (TBH 1500 per boat). ikot masa kita dan tak campur org lain.

*tips: cari yg pergi maya bay waktu pagi dalam 6.30-7.30 sebab kalau atas pkul 9 maya bay dah penuh org. kami ambik dr phi phi pkul 7.30 pergi maya bay tak ramai org

day 2 (2/7/2022)

-pkul 7 bfast kt hotel. hati2 kalau tgk hotdog ke ape tanya ada pork ke tak.

– pukul 7.30 naik bot utk island hoping

*tips : naik pakej bot kayu bawak air sendiri, makanan ringan untuk alas perut sbb pakej sampai tenghari

– sampai maya bay pukul 8 lebih.kena bayar TBH200 per person untuk masuk maya bay sebab dah jadi national park

– dia bg masa sejam kat maya bay

– next g pileh bay untuk snorkeling

– next viking bay

– last monkey bay untuk snorkeling dan bagi monyet2 makan

– balik phi phi rehat sampai ptg

– malam keluar makan dan pusing pulau

day 3 (3/7/2022)

-pukul 8 checkout dan bfast

-pukul 9 naik ferry ke phuket

– ferry 2 jam sampai phuket ambik van (pakai apps BOLT) ke hotel TBH400 untuk 4 org

– check in hotel secret cliff resort (RM88 per nite). hotel sgt2 cantik dan selesa.bilik luas, ada bath tub dan mengadap seaview.

– petang mandi pool dan tgk sunset

– malam keluar ke bangla road patong night market.naik van TBH 200 (pakai apps BOLT)utk 4 org. jalan2 makan2 beli souvinier

– balik hotel naik tuktuk TBH200 (kena pandai nego harga asal dia bg TBH300).

day 4 (4/7/2022)

– check out pukul 8 sebab dari phuket ke airport krabi 4 jam perjalanan. kami book van dekat apps BOLT TBH2500 untuk 4 orang.

– perjalanan 4 jam sgtla memenatkan tp terpaksa sebab flight di krabi.

– flight 2.30ptg

*tips: boleh guna apps BOLT (download siap2 kt Msia) sebab rate dia jauh murah dari grab. tp hanya bandar2 je boleh guna

 

IKLAN