Turkmenistan Larang Rakyat Pakai ‘Mask’, Sebut COVID-19 Pun Kena Tangkap

Share

Pernah dengan negara Turkmenistan? Negara ini berjiran dengan Uzbekistan, Afghanistan dan juga Iran

Baru-baru ini, Kerajaan Turkmenistan dilapor melarang perkataan COVID-19 digunakan di negara tersebut. Media tempatan diarahkan tidak menggunakan perkataan wabak tersebut ketika membuat laporan berita.

Bukan itu sahaja, risalah maklumat kesihatan berkenaan wabak dan cara tangani COVID-19 tersebut juga ditarik balik. Mereka menafikan penyakit itu wujud di dalam negara mereka dan melarang mengenakan topeng muka.

Foto: silkroadexplore.com
Foto: https://www.state.gov/countries-areas/turkmenistan/
Foto: advantour.com

Menurut sumber berita bebas Turkmenistan Chronicle, risalah dengan maklumat tentang pencegahan penyakit yang diedarkan kementerian kesihatan negara itu telah memadamkan sebarang kaitan mengenai COVID-19.

Pihak berkuasa negara tersebut akan menahan rakyat yang berbincang atau bercakap tentang wabak COVID-19 yang kini melanda seluruh dunia.

Stesen radio Azatlyk turut melaporkan kepada orang awam supaya mengikut arahan yang dikeluarkan kerana terdapat ejen khas berpakaian biasa yang akan mengenal pasti mana-mana orang awam yang ingkar.

Walaupun dilanda sindrom penafian, kerajaan itu telah melakukan langkah-langkah pencegahan untuk menghentikan penyebaran COVID-19, termasuk pemeriksaan suhu di stesen dan pemberian tisu basah di kawasan sesak. Pergerakan warganegara di dalam negara, terutamanya dari kawasan di luar ibu negara, juga terhad.

Foto: https://www.pinterest.com/pin/422916221254463399/

Jadi apa masalah sebenar kerajaan negara ini? Adakah mereka menafikan hak orang awam mengetahui wabak tersebut semakin serius? Pasti mereka mempunyai alasan sendiri. Boleh jadi untuk mengelakkan rakyatnya menjadi terlampau panik sehingga menjejaskan ekonomi negara.

IKLAN