Biasanya air terjun ada di kawasan pergunungan atau bukit. Malah untuk sampai ke lokasi air terjun kita perlu merentas belantara dengan berjalan kaki selama beberapa jam sebelum sampai ke puncak air terjun.
Tapi pernah tak tengok air terjun dalam laut atau dikenali sebagai “underwater waterfall”?
Terletak di utara Pulau Yaeyamas di wilayah Okinawa, air terjun dalam laut ini dapat dilihat dengan jelas. Dikelilingi air jernih berwarna biru, “underwater waterfall” ini sebenarnya terbentuk dari gunung berapi yang telah tenggelam ke dasar laut.
Ads
Keadaan ini menghasilkan jurang di dalam laut dan ia seterusnya menyebabkan berlakunya fenomena keajaiban semulajadi iaitu “underwater waterfall” ini.
Ads
Sebagai tambahan info, salah satu “underwater waterfall” yang popular terletak di Mauritius, iaitu Alexandra Falls dengan “ketinggian” 700m di bawah paras laut.
Tetapi sebenarnya mengikut rekod, air terjun paling tinggi di dunia bukan terletak di darat tetapi di dalam lautan, iaitu di Denmark Strait dengan kedalaman 3500 meter.
Berpeluang melancong ke tempat atau negara orang, ramai pelancong yang suka untuk melawat ke kawasan kampung atau penduduk asal sesuatu negara itu. Ini kerana di kampung-kampung selalunya senang untuk mencari dan mencuba makanan tradisi yang sedap dan unik. Orang kampung dikatakan lebih menghargai cara memasak dan hebat menyediakan sajian makanan.
Begitu juga ketika hari perayaan, kenduri kendara, musim buah atau hari keramaian, makanan adalah faktor yang amat penting dihidangkan dengan ‘mewah’ kepada tetamu jika anda menetap bersama komuniti di luar bandar dan kampung-kampung. Walaupun ada setengahnya yang hidup dalam keadaan serba kekurangan, tetapi rezeki dalam bentuk makanan selalunya sering dikongsi bersama.
Disebabkan itu, tidak mustahil kadar obesiti di seluruh dunia meningkat lebih cepat di kawasan luar bandar atau kampung berbanding bandar-bandar besar, lapor satu kajian yang disiarkan dalam jurnal Nature. Sekali gus telah menukar persepsi umum bahawa epidemik berat badan berlebihan tertumpu di kawasan bandar kerana gaya pemakanan tidak seimbang.
Data yang dikumpulkan oleh lebih 1,000 penyelidik meliputi 200 negara dan wilayah menunjukkan purata berat badan setiap wanita dan lelaki yang menetap di kawasan pedalaman meningkat antara 5 hingga 6 kilogram dari tahun 1985 hingga 2017. Peningkatan berat badan wanita dan lelaki di bandar pula berkurangan masing-masing 38 peratus dan 24 peratus berbanding penduduk di kawasan kampung pada tempoh sama, demikian menurut kajian itu .
“Hasil kajian di seluruh dunia ini menukar persepsi umum bahawa lebih ramai orang yang tinggal di bandar-bandar menjadi punca utama peningkatan obesiti global. Ini bermakna kita perlu memikirkan semula bagaimana kita menangani masalah kesihatan global ini,” kata penulis utama kajian itu, Majid Ezzati dari Kolej Imperial London.
Obesiti hari ini membimbangkan kesihatan global. Ini kerana ia menyumbang kepada peningkatan sakit jantung, diabetes dan pelbagai jenis penyakit kanser. Perbelanjaan tahunan bagi merawat impak kesihatan tersebut boleh mencecah AS$1 trilion dolar (RM4.15 trilion) menjelang tahun 2025, demikian menurut anggaran Persekutuan Obesiti Sedunia dalam tahun 2017.
Sehingga kini, kebanyakan dasar untuk menangani obesiti sama ada di peringkat nasional ataupun antarabangsa tertumpu pada bandar-bandar besar termasuk kempen meningkatkan kesedaran warga kota, pengubahsuaian ruang bagi menggalakkan senaman jalan kaki dan pembinaan pusat sukan. Selepas ini, dasar untuk mengurangkan kadar obesiti diharap dapat tertumpu juga untuk mereka yang berada di kawasan luar bandar atau kampung-kampung.
Salah satu sebab orang nak travel ni adalah kerana makan. Makan dan minum. Terbukti dalam kajian yang orang – lagi-lagi rakyat Malaysia ni memang travel untuk makan.
Kalau satu-satu tempat tu ada makanan yang sedap, confirm! Confirm beratur nak pergi makan.
Tapi dalam sedar tak sedar, hasil makanan atau minuman di negara kita ni pun pernah dinobatkan antara yang terbaik di dunia. Betul, tak kan lah Libur nak membongak pula kan?
Kalau tak percaya, anda boleh teruskan bacaan ni. Tak payah Google, Libur sendiri ceritakan kepada anda apakah minuman yang pernah diiktiraf sebagai minuman terbaik dunia tu.
Menurut CNN Travel, terdapat 50 minuman yang tersenarai antara minuman paling sedap di dunia, dan salah satu daripadanya ialah minuman daripada Malaysia.
Berada dikedudukan ke-6 daripada 50 minuman paling sedap, air mata kucing menjadi pilihan dunia sebagai minuman paling sedap untuk diminum.
Buah mata kucing, atau nama saintifiknya Euphoria malaiense, mempunyai nama sedemikian kerana buahnya seakan-akan mata kucing. Buah mata kucing mempunyai saiz sedikit dan ada juga memanggil ia sebagai buah longan.
Pokok mata kucing dikatakan mampu mengeluarkan 2,000 hingga 2,500 biji buah setiap kali musim berbuah.
Disebabkan kandungan antioksidan buah ini sangat tinggi, ia dikatakan sesuai bagi wanita hamil dan bijinya juga dikatakan boleh mengubati gigitan ular.
Daripada 50 senarai minuman tersedap di dunia ini, tempat pertama adalah milik air kosong. Ya, air kosong berada ditempat #1 dalam 50 senarai minuman paling sedap di dunia.
Jangan ingat tak bayar hutang boleh selamat ya. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang melihat beberapa cadangan lain untuk mengutip baki pinjaman pendidikan. PTPTN mungkin akan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman jika perkara itu dimahukan orang ramai.
Menurut Timbalan CEO PTPTN, Mastura Mohd Khalid, ini termasuk cadangan menyekat peminjam daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan kepada kabinet. Sekatan perjalanan merupakan kaedah paling berkesan oleh PTPTN dalam usaha mengumpul balik bayaran pinjaman daripada peminjam yang gagal membuat bayaran.
“Lebih daripada dua pertiga peminjam PTPTN yang gagal bayar balik pinjaman, mula membayar balik selepas pihak kami mengenakan sekatan perjalanan. Daripada satu juta peminjam yang gagal membayar balik hutang, 684,000 daripadanya membuat kembali melunaskan bayaran pinjaman, hanya 332,000 sahaja yang masih tidak membuat sebarang pembayaran.
“Bagaimanapun, kaedah ini dihentikan kerana ia menyebabkan kesulitan (kepada peminjam yang mahu melakukan perjalanan ke luar negara) kerana mereka dihalang (daripada meninggalkan negara) di pintu keluar sempadan.
“Kini, (antara) cadangan yang kami terima untuk PTPTN, peminjam yang tidak membuat bayaran dilarang memperbaharui pasport, lesen memandu, cukai jalan dan juga menyiarkan gambar mereka di khalayak ramai serta menyenarai hitam ahli keluarganya daripada pinjaman pendidikan PTPN,” katanya lagi.
Pada 26 Jun, PTPTN mengumumkan sekatan perjalanan terhadap peminjam yang ingkar ditarik balik. Sebanyak 429,945 peminjam PTPTN yang disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen turut dibatalkan. Menghapuskan dasar menyenarai hitam peminjam PTPTN yang tidak membayar hutang merupakan antara manifesto PH untuk Pilihan Raya Umum Ke-14. Janji lain mengenai PTPTN adalah menangguhkan pembayaran balik kepada peminjam yang memperoleh gaji kurang daripada RM4,000 sebulan.
PTPTN sedang mengumpul maklumbalas daripada orang awam berkenaan cadangan-cadangan yang diterimanya buat masa ini dan akan membawanya ke mesyuarat kabinet bagi mendapatkan keputusan muktamad.
PTPTN turut mengalu-alukan orang ramai memberi pandangan melalui tinjauan atas talian, yang akan dibuka kepada umum pada lewat petang hari ini sehingga 13 Jun 2019. Sesiapa yang berminat untuk memberi maklum balas terhadap hal ini boleh melayari laman PTPTN ‘Konsultasi Rakyat’.
Semasa sesi urus libat (bersama para pemegang taruh), terdapat perbincangan mengenai keberkesanan sekatan perjalanan. Terdapat juga pandangan bahawa kaedah tersebut perlu diteruskan terhadap peminjam yang ‘liat membayar hutang’ bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab. Namun, PTPTN akan mengambil pendirian sederhana dalam rundingan ini selain mengumpul kesemua cadangan daripada rakyat dan kemudian kerajaan akan membuat keputusan. Sekiranya, cadangan sekatan perjalanan turut diterima dalam Konsultasi Rakyat, usul ini akan dibawa ke kabinet.
PTPTN setakat Februari tahun ini telah mengeluarkan sejumlah RM56 bilion, manakala jumlah kutipan hutam peminjam cuma sebanyak RM8.4 bilion. PTPTN dijangka akan menanggung hutang kira-kira RM76 bilion dalam masa 20 tahun lagi. Ini bermakna PTPTN mungkin tidak lagi dapat membiayai pinjaman atau mungkin sudah tidak wujud. Sekiranya ini berlaku, orang ramai akan terpaksa bergantung kepada institusi kewangan swasta untuk membuat pinjaman pelajaran dan bilangan pelajar yang memperoleh pembiayaan akan menjadi lebih rendah.
Kalau tercari-cari lokasi santai yang tidak terlalu jauh dari Kuala Lumpur, Farm Fresh @ UPM antara tarikan pelancongan menarik yang boleh dimasukkan dalam senarai....