Cuci mata dan jalan-jalan cari barang di ‘uptown’ menjadi kelaziman kebanyakkan mereka yang tinggal di Lembah Klang.
Mana tidaknya, harga yang ditawarkan di premis jualan seperti ini lebih berpatutan dan sangat berbaloi untuk dibeli. Selain itu, jika pengunjung pandai tawar-menawar, dan peniaga bijak memberi harga istimewa, jual beli pasti di lebih menyeronokkan. Namun, ketika pandemik wabak COVID-19 menular di negara, aktiviti dan operasi di ‘uptown’ dihentikan seketika.
Pasti ramai yang merindui untuk menjejakkan kaki di sini dan selepas lebih 3 bulan, PKNS Uptown Shah Alam kembali beroperasi dan dibuka sepenuhnya kepada pengunjung. PKNS Uptown Shah Alam dibuka setiap hari bermula 3 petang sehingga 10 malam sepanjang tempoh PKPP.
Ads
Setiap pengunjung wajib mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Ads
Sebelum masuk ke Uptown Shah Alam, setiap pengunjung diwajibkan memakai topeng muka dan menyaring suhu badan.
Pengunjung juga perlu menggunakan aplikasi SeLangkah bagi membantu ‘contact tracing’ dan hanya 100 pengunjung dibenarkan pada satu-satu masa.
Jom bantu lebih 400 peniaga di PKNS Uptown Shah Alam kembali menjana ekonomi!
Pengguna rangkaian lebuh raya sistem tertutup kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) disaran sentiasa memastikan baki kad Touch ‘n Go yang digunakan mencukupi untuk transaksi tol bagi mengelak gangguan terhadap kelancaran perjalanan pengguna lain di lorong tol.
Menjelang pelaksanaan transaksi tol menggunakan Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) di semua lebuh rayanya tidak lama lagi, tiada lagi kakitangan PLUS akan ditempatkan di pondok tol untuk menyediakan perkhidmatan tambah nilai kad Touch ‘n Go buat semua pengguna.
Langkah untuk tidak lagi menyediakan perkhidmatan tambah nilai kad Touch ‘n Go bertujuan membiasakan pengguna dengan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) serta RFID dan selaras hasrat kerajaan untuk mengurangkan kesesakan dan meningkatkan tahap keselesaan di plaza tol.
RFID yang sepatutnya dilancarkan pada 1 April lalu di semua plaza tol lebuh raya sistem tertutup PLUS dijangka dapat mengatasi masalah pengguna kekurangan baki untuk melengkapkan transaksi tol. Namun begitu, susulan PKP, pelaksanaan RFID terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang lain pada tahun ini.
Oleh itu PLUS berharap semua pengguna sudah bersedia untuk menyesuaikan diri dengan peralihan teknologi transaksi pembayaran tol menggunakan RFID yang bertujuan memastikan kelancaran trafik di pintu masuk serta pintu keluar (plaza tol).
Ketika ini di sesetengah plaza tol, masih terdapat kakitangan yang ditempatkan di dalam pondok tol. Tetapi, mereka sebenarnya bukanlah ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan tambah nilai di plaza tol tetapi untuk membantu pengguna yang menghadapi masalah teknikal lain. Perkara ini kadang-kala menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna yang mungkin berpendapat mereka boleh menggunakan lorong terbabit untuk membuat urusan tambah nilai.
Hari ini terdapat lebih 11,000 lokasi tambah nilai tersedia untuk pengguna daripada mesin tambah nilai dan stesen minyak sehinggalah kedai serbaneka dan farmasi, jadi isu kesukaran melakukan tambah nilai kad Touch ‘n Go rasanya tidak lagi timbul.
Bila sebut rumah hantu, pasti peminat dunia imaginasi ini akan terkenangkan rumah hantu di Sunway Lagoon. Sentiasa mendapat sambutan setiap kali ia diadakan, hormone andrelin ketakutan pasti merembes setiap kali melewati spot-spot jeritan.
Jika di Sunway menggunakan “hantu tipu-tipu” dan sudah membuat orang menjerit, tapi rumah hantu di Japan, Super Scary Labyrinth of Fear memberikan pengalaman paling menarik buat peminat advanture ini. Ini kerana lokasi rumah hantu ini adalah hospital lama dan ada “hantu real” dicampur hantu tipu di dalamnya. Dek kerana itulah rumah hantu ini digelar rumah hantu paling seram oleh World Guinness Book Of Records.
Baca catatan dikongsikan oleh Zunita Ramli dalam catatannya dari Jepun.
Siapa peminat rumah hantu dekat sini?
Super Scary Labyrinth of Fear adalah rumah hantu yang terletak di Taman Tema Fujikyu di wilayah Yamanashi.
Dianugerahkan sebagai Rumah Hantu Paling Menakutkan di dunia oleh World Guinness Book of Records, ianya memerlukan pengunjung berjalan sepanjang 900 meter dalam masa 40-50 minit untuk keluar dari situ.
Berbeza dengan rumah hantu biasa, Rumah Hantu Labyrinth ini adalah seperti jalan sesat atau “maze”. Pengunjung boleh masuk ikut mana-mana jalan yang diingini, tanpa sebarang manual.
Rumah hantu Labyrinth ini sebenarnya mengambil latarbelakang sebuah hospital lama di mana hospital itu asalnya digunakan sebagai “human experimentation”.
Mangsa-mangsa dari hasil eksperimen itu membalas dendam dan membunuh semua doktor dan jururawat di situ. Tidak cukup dengan itu, roh mereka tetap tidak tenang dan menyebabkan hospital itu dihantui hingga ke hari ini.
Rumah hantu ini sememangnya direka secara terperinci. Pencahayaan, bau dan hantu manusia yang disolek dengan “special effect” adalah sangat real, ditambah dengan pengunjung perlu buka sendiri beberapa pintu menjadikan susana di situ amat menakutkan.
Tak cukup dengan itu, jururawat dengan muka yang berdarah-darah membawa kepalanya sendiri berlegar-legar, hantu yang tiba-tiba muncul dari entah mana dan pelbagai lagi efek menyebabkan hampir kesemua pengunjung yang keluar dari rumah hantu ini akan menjerit ketakutan. Tapi kan.. jangan terkejut dalam ramai-ramai hantu “orang” tu, memang ada hantu betul ye
Menariknya, di situ juga ada dijual seluar dalam (underwear) kerana terdapat banyak kes pengunjung yang masuk ke dalam rumah hantu ini keluar ketakutan sehingga terkencing dalam seluar! Oh my !
. #CatatanZunitaDiJepun
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Majalah Libur bersimpati dengan nasib yang menimpa negara jiran Indonesia kerana situasi banjir teruk yang melanda. Sekurang-kurangnya 24 orang mangsa dilaporkan terkorban dalam banjir yang melanda Jakarta, ibu kota Indonesia sejak empat hari lalu.
Buat rakyat Malaysia yang bercadang ke Jakarta, mungkin boleh tangguhkan sementara perjalanan anda ke sini. Selain beberapa kawasan di ibu negara Jakarta, kawasan di bandar berhampiran Jakarta seperti Tangerang, Depok, Bekasi dan Bogor, turut mengalami banjir semalam berikutan hujan lebat pada awal pagi tahun 2020.
Mereka yang menjadi mangsa korban itu antaranya mengalami hipotemia, lemas dihanyutkan arus, tertimbus akibat tanah runtuh dan terkena renjatan elektrik. Beberapa kawasan banjir di Jakarta sudah beransur pulih, namun masyarakat diminta berjaga-jaga berikutan hujan diramalkan berterusan minggu ini.
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dalam satu kenyataan menyatakan antara punca banjir itu adalah hujan lebat ekstrem yang mencatatkan bacaan 377 milimeter (mm), sedangkan rekod tertinggi pada 2007 mencatatkan bacaan 340 mm.
Beberapa jalan utama di Jakarta seperti masih tidak dapat digunakan kerana digenangi air, antaranya di Simpang Cempaka Mas, Jalan S Parman, Jalan Rasuna Said, Jalan Pemuda Rawamangun dan Jalan Gatot Subroto.
Lapangan terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur yang tidak dapat beroperasi kerana digenangi air, telah kembali beroperasi sepenuhnya semalam.
Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta meminta rakyat Malaysia yang sedang bercuti atau menetap di Jakarta dan kawasan sekitar mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan dan jika memerlukan sebarang bantuan konsular, boleh menghubungi kedutaan Malaysia di talian +62 813 80813036.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...