Tahun baru ramai yang suka berhibur juga berlibur untuk meraikan kedatangan 'semangat baru'.
Iya la, tak akan la nak berduka lara. Pasti 'spoil mood' sepanjang tahun nanti. Bila kita gembira, aura-aura positif pasti akan terbit.
Untuk itu ramai la yang mencari aktiviti-aktiviti yang boleh menggembirakan hati antaranya dengan berkungjung ke taman tema hiburan. Namun, hajat hati untuk seronok dengan kedatangan tahun baru 2020 membawa detik hitam buat dua orang sahabat yang mengunjungi tapak karnival.
Kedua-dua mereka cedera apabila tercampak daripada kerusi permainan taman tema di sebuah karnival di Antipolo City, Filipina.
Ads
Dalam kejadian di Kompleks Ynares, kedua-dua mangsa mengalami trauma apabila kerusi permainan 'Spiral Jet' yang dinaiki mereka tiba-tiba tercabut.
Sejurus kejadian, mangsa dibantu kakitangan taman tema serta penonton yang berada di situ.
Ads
Pengendali karnival dalam pada itu mengaku bertanggungjawab dan bersedia membayar ganti rugi serta bil perubatan hospital yang ditanggung mangsa.
Info untuk pengguna jalan raya Jalan lama Bentong-Raub berhampiran Kampung Sungai Chetang, ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan ekoran tanah runtuh sepanjang 60 meter yang dipercayai berlaku disebabkan hujan lebat.
Jalan itu terpaksa ditutup demi keselamatan pengguna kerana terdapat potensi runtuhan tanah lebih besar boleh berlaku, disebabkan aliran air dalam musim tengkujuh sekarang.
Punca kejadian adalah disebabkan hujan lebat yang berlaku pada awal minggu lalu, menyebabkan pembetung sedia ada sepanjang 20 meter dengan diameter 1.5 meter tidak dapat menampung aliran sungai yang naik mendadak sehingga menyebabkan limpahan berlaku.
Jabatan Kerja Raya akan membaiki dan bercadang menaik taraf pembetung tersebut dengan kos dianggarkan bernilai RM1.2 juta yang akan dimohon kepada ibu pejabat JKR pada minggu ini.
Buat masa ini, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan utama persekutuan Bentong-Raub sebagai laluan alternatif sehingga jalan itu dibuka semula. Makluman penutupan jalan itu juga dihebahkan di Faceboook JKR Daerah Raub selain pihak konsesi penyenggaraan jalan diarahkan untuk memasang papan makluman penutupan jalan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi yang merindui suasana seronok melancong ke Australia, kini boleh menikmatinya mulai 21 Februari ini apabila Australia membuka kembali pintu sempadannya kepada pelancong luar selepas dua tahun menutupnya.
Sama seperti kebanyakan negara lain, negara yang terkenal dengan kanggaru ini mensyaratkan semua pelancong mesti lengkap di vaksin dua dos.
Menurut Perdana Menteri Australia, Scott Morrison semalam, dirinya mengalu-alukan kedatangan pelancong luar untuk datang ke Australia sejak menutup sepenuhnya pintu sempadan pada Mac 2020. Dengan syarat mesti lengkap di vaksinasi sepenuhnya.
Jelasnya, pertimbangan membuka pintu sempadan ini dibuat selepas melihat perkembangan Covid-19 di negaranya di mana kes harian dilihat menurun selepas kadar kematian yang rendah selepas bergelut dengan virus ini.
“Kerajaan sedar bahawa ekonomi negara ini terus tertekan termasuk sektor penting seperti pelancongan.
“Sama seperti pengendali perkhidmatan pelancongan di seluruh negara, kami ingin melihat pelancong luar kembali ke negara ini sebaik sahaja situasi disahkan selamat,” katanya.
Dalam pada itu, selepas mengawal ketat pintu sempadannya, kerugian sektor pelancongan antarabangsa dan domestic negara itu sebanyak AS$72 bilion menurut Tourism Research Australia.
Jadi korang bolehlah merancang perjalanan ke Australia ya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak perlu diceritakan apakah itu Kaabah yang terletak di Masjidil Haram, Mekah. Rata-rata semua orang terutamanya yang beragama Islam tahu akan kewujudannya.
Namun begitu masih ramai yang tertanya-tanya apa yang terdapat di dalam Kaabah itu sebenarnya. Sebelum ini, rupa di dalam Kaabah ini sekadar digambarkan dan diceritakan dari mulut ke mulut. Bagaimanapun, pada tahun 2009 masyarakat dunia dapat menyaksikan rahsia di dalam Kaabah menerusi sebuah klip video yang dimuat naik di YouTube. Rakaman video selama lebih empat minit itu didakwa adalah yang pertama dirakam.
Seorang wartawan dari Singapura, Ahmad Mohd Don diberi peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Menurut beliau, keadaan di dalam Kaabah itu gelap. Tidak ada sebarang lampu. Satu-satunya cahaya yang menerangi bahagian dalam Kaabah itu datangnya dari pintu Kaabah yang terbuka.
“Asap kemenyan memenuhi ruang dalam Kaabah itu. Lantainya pula dibasahi air mawar yang mengeluarkan bau semerbak,” kata beliau yang mendapat peluang memasuki Kaabah semasa menunaikan haji di Mekah pada 8 September 1983 atas undangan khas kerajaan Arab Saudi.
Tambah Ahmad, hampir di setiap bahagian dinding Kaabah itu, para undangan menunaikan sembahyang sunat dengan khusyuk. Mereka menghadap tiap bahagian dinding Kaabah. Lantai Kaabah dibuat daripada marmar putih. Begitu juga dindingnya. Pada satu bahagian dinding itu, kelihatan ukiran ayat-ayat suci.
“Terdapat beberapa batang tiang di dalam Kaabah. Besar tiang itu kira-kira satu pemeluk. Pada satu bahagian dinding itu disalut dengan kayu yang berukiran. Mungkin ukiran ayat-ayat suci al-Quran. Terdapat juga para yang di atasnya diletakkan beberapa buah cerek yang kelihatan diperbuat daripada tembaga.
“Tidak saya ketahui apakah yang ada dalam cerek itu. Berkemungkinan besar ia berisi air mawar yang digunakan untuk mencuci bahagian dalam Kaabah,” katanya yang cuma menghabiskan masa selama lapan minit di dalamnya bagi memberi peluang kepada tetamu lain yang menunggu giliran untuk memasuki Kaabah.
Pendakwah bebas, Datuk Mohd Daud Che Ngah menjelaskan bahawa tiada apa-apa sekatan dari sudut agama untuk membuat rakaman gambar atau video di dalam Kaabah. Bahkan, jelas beliau, undang-udang baharu oleh pihak berkuasa Arab Saudi turut membenarkan penggunaan kamera di kawasan Masjidil Haram. Sebelum ini undang-undang negara itu melarang penggunaan alat elektronik tersebut di kawasan Kaabah. Tambahnya lagi, orang awam berpeluang memasukinya semasa lawatan pemimpin Arab Saudi mahupun pemimpin negara Islam lain ke Masjidil Haram.
“Pintu Kaabah akan dibuka semasa lawatan pembesar dan juga ketika hari pertukaran kain Kaabah menjelang Hari Raya Aidiladha,” katanya kepada Jurnal.
Datuk Mohd Daud turut menyangkal dakwaan dan cerita yang menyatakan orang yang mendongak ke bumbung Kaabah selepas memasukinya boleh ditimpa musibah. Menurut Daud, orang ramai juga boleh melihat replika Kaabah di Muzium Islam Hudaibiyah, Mekah. Ia menyerupai isi kandungan sebenar di dalam Kaabah termasuklah tiga batang tiang dan hiasan ayat-ayat al-Quran.
Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat lapan tan (8,000 kilogram).Pintu Kaabah itu pula hanya boleh dibuka oleh pemegang kunci dari Bani Syaibah. Menurut sejarah Islam, apabila Nabi Muhammad SAW meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah dikuasai oleh Bani Syaibah.
Pada tahun ketujuh Hijrah, berlaku perang pembukaan kota Mekah yang dimenangi tentera Islam. Berikutan itu, Saidina Ali diarahkan supaya mengambil kunci itu daripada Bani Syaibah, malangnya pintu Kaabah tidak dapat dibuka walaupun menggunakan anak kunci yang sama.
Anak kunci itu kemudian dipulangkan kepada Bani Syaibah atas perintah Allah menerusi ayat 58, surah An-Nisa’ yang mafhumnya, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”
Pada masa itu, Bani Syaibah belum memeluk Islam. Tindakan Rasullulah memulangkan semula kunci Kaabah itu telah membuka hati ketua Bani Syaibah untuk memeluk Islam diikuti semua pengikutnya. Keturunan Bani Syaibah telah diamanahkan untuk memegang kunci Kaabah sehingga hari ini.
Seorang pengguna Twitter bernama Abdal Aziz telah berkongsi apa sebenarnya yang terdapat di dalam Kaabah, kerana dia sering ditanya oleh ramai orang terutama sekali dari non-muslim. Rasanya tidak salah jika dia ingin memberitahu kerana sedikit sebanyak dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita.
Kalau berlibur di hujung minggu, pengalaman menonton filem di pawagam sering menjadi sebahagian daripada gaya hidup warga kota. Namun sebuah nama yang pernah menjadi...