
Sebuah feri penumpang terbakar ketika dalam perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis pukul 2.50 petang tadi selepas lima minit berlayar dari Terminal Feri Kuah, Pulau Langkawi.
Kebakaran yang berlaku kira-kira tiga kilometer di perairan Langkawi dari terminal feri itu dipercayai bermula di bahagian enjin yang terletak di bahagian belakang feri berkenaan.
52 penumpang yang berada di dalam feri berkenaan berjaya diselamatkan oleh anggota bomba dan bot persendirian yang berada di sekitar perairan tempat kejadian.
Menurut Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, pihaknya menerima panggilan sekitar pukul 2.48 petang sebelum tiba di tempat kejadian lapan minit kemudian.
Disamping JBPM, misi menyelamat penumpang dan memadamkan kebakaran turut dibantu oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta bot nelayan. Kerja-kerja pemadaman kebakaran sedang giat dijalankan dan mangsa yang terperangkap sudah berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian.
Sumber: hmetro.com.my
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Restoran Kecil Sajikan Menu Masakan Melayu Cape Town Dinobat Terbaik Di Dunia

Sebuah restoran kecil diberi nama Wolfgat yang terletak di perkampungan nelayan Afrika Selatan dinobatkan sebagai restoran terbaik di dunia pada Anugerah Restoran Sedunia Terbaik yang berlangsung di Paris, Perancis baru-baru ini.


Sumber Foto: journal.typeo
Persekitaran yang sederhana dan konsep masakan kembali kepada asal yang diamalkan oleh pemiliknya juga chef di situ, Van Der Merwe berjaya menambat hati panel hakim Anugerah Restoran Sedunia.


Sumber Foto: journal.typeo
Restoran Wolfgat ini terletak di tepi sebuah pantai menghadap Lautan Atlantik di Cape Barat dan baru dibuka dua tahun lalu. Bangunan asal restoran ini adalah sebuah kotej berusia 130 tahun dan dikendalikan Van Der Merwe sendiri serta dibantu oleh enam pekerja, yang kebanyakannya wanita.

Sumber Foto: journal.typeo
Di restoran ini hanya mampu memuatkan 20 orang pelanggan sahaja untuk menjamu selera pada satu masa. Pelanggan boleh memilih untuk menjamu selera di bahagian dalam restoran, balkoni atau dibahagia luar menghadap pantai.
Set menu di restoran ini mengandungi hanya tujuh hidangan sahaja berharga sekitar AS$60(RM245), jauh lebih murah berbanding harga di restoran lain berhampirannya.


Sumber Foto: journal.typeo
Antara hidangan istimewa di restoran Wolfgat termasuk rumpai laut, ikan layang-layang bersama sambal bokkom dan masala bawang putih, kupang serta kerangan lain serta sayuran laut. Van Der Merwe mencipta resipi uniknya berdasarkan masakan masyarakat Melayu Cape Town di Afrika Selatan.

Sumber Foto: journal.typeo
Pada setiap hari, Van Der Merwe akan keluar mencari ramuan asli berhampiran restorannya sebagai bahan sampingan untuk masakannya. Antaranya bunga lavendar, rumpai laut segar dan kepah. Beliau juga dikatakan begitu mahir membuat roti yang sedap dan menteganya sendiri.
Sumber: Dailymail
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kisah Kelakar Tukar Duit Seringgit Menjelang Raya, Siap Sedia Lah Pegawai Bank Semua

Korang ada cerita kelakar tak menjelang Aidilfitri? Mesti banyakkan perkara-perkara lucu yang pernah terjadi dekat korang yang akan dikenang sampai bila-bila.
Macam kisah yang nak Libur kongsikan di sini membabitkan pegawai-pegawai bank yang bertugas menjelang beberapa minggu atau beberapa hari menjelang Aidilfitri.
Maklumlah, waktu-waktu ini lah ramai orang akan berpusu-pusu untuk ke bank. Bukan nak menyimpan duit, tapi nak tukar duit kecil untuk dijadikan sebagai duit raya. Ada yang nak tukar duit sepuluh ringgit, lima ringgit dan yang paling banyak, duit seringgit.
Lagi ramai anak buah, sepupu sepapat, saudara mara dan anak-anak kecil sahabat handai, makin banyak la duit seringgit yang nak kena ada kan. Kalau tak bagi apa-apa nampak macam kedekut pula. Jadi nak tak nak, kena juga lah siapkan duit seringgit barang secekak dua.
Nak dijadikan cerita, perkongsian daripada Facebook Liana Ammar mencuit hati apabila membaca perkara-perkara yang terpaksa mereka lalui untuk melayan kerenah setiap pelanggan yang datang ke bank untuk urusan menukar duit hari raya. Yela, rambut sama hitam tapi hati lain kan? Jadi setiap yang datang tu mesti ada perangai masing-masing.
Sekalipun perkongsian ini pada tahun lepas, tapi Libur rasa nasihat yang disampaikan itu masih lagi relevan dan logik untuk kita amalkan sekarang, lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri tak lama lagi.
Jadi, untuk memudahkan urusan kedua-dua belah pihak, jom kita baca apa yang Liana Ammar cuba sampaikan dan kita ambil sedikit nasihat supaya anda senang hati, dan pegawai bank yang bertugas juga dapat menjalankan tugas dengna tenang di bulan Ramadan.
Hai geng
Lawak2 gk + kisah benar staff bank malaysia time raya…
Dok nampak dh minggu dpn ni minggu bz…
?
Syarat nak tukar duit raya..
Drpd seorang staff bank. ??
??????
Untuk makluman..
Duit Raya dah boleh mula tukar bermula Rabu (05/06/2018) sehingga la habis stok.. kami target nak habiskan sebelum Rabu (13/06/2018) jadi bersegeralah anda.. takut abis kang komplen plak..
Waktu pertukaran pulak ialah jam 10am – 1pm.. selepas tu.. kami tak layan.. kami banyak kerja lain nak buat..
PERLU DI INGATKAN….
1. Pertukaran hanya di kaunter yang disediakan.. pada masa yang ditetapkan.. sebarang booking melalui telefon, sms, wechat, whatsapp dan seumpamanye tidak akan di layan.. kami bukan kerja call centre..
2. Booking pakai air liur juga tidak di layan.. ayat “tukar pakai duit ang dulu” adalah ayat yg paling tak bleh di terima dek akai kami.. harus di ingat.. Banker bukan tokey kosmetik.. gaji kami cukup utk kami ja.. ??
3. Ayat “Ang bawak balik dulu.. nnt aku amik” juga tidak di layan.. Risiko buat kami.. kalau hilang bukan anda nak tanggung.. kami bukan keje kat Lazada bleh booking online atau FedEx bleh buat home delivery..
4. Statement “Ang simpan dulu, nnt ptg aku amik” juga kami tak layan.. pasai kami dah pernah kena.. simpan punya simpan.. anda tak muncul2.. menyusahkan kami nak buat balancing petang2.. ingat.. kami pon ada keluarga.. nak balik awal berbuka.. jgn sebab nak tunggu anda, kerja2 kami tergendala.. mcm taun2 lepas dok kna cinggg ngn ampa..
5. Kawan/Sedara setahun sekali.. atau lebih dikenali sebagai ‘KAWAN/SEDARA MUSIM RAYA’ kami akan layan macam walk in customer.. bermakna tiada VIP untuk anda.. dtg kaunter amik nombor dan Q macam orang lain.. Muharram, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah.. ada 12 bulan Islam, tapi kenapa anda hanya kenal kami masa ujung bulan Ramadhan je? Bila masuk Syawal terus hilang buat2 xkenal.. takut kena bagi duit raya kat kami ke??
6. Special Request seperti “Aku nak duit baru, yg keras, ada balut stiker Bank Negara” juga kami tak akan layan.. kami akan bagi apa duit yg kami ada je.. nak request lebih2.. sila pergi Bank Negara..
7. Request “Bagi la kertas Ang Pow lebih sket” (lebih sikit tu bukan 2-3 helai tau.. lebih sikit tu kalau boleh.. 2 kotak dia nak..) juga kami tak akan layan.. kami bukan kerja kilang cetak sampul ang pow.. perlu di ingat.. sampul tu kami bagi free as a token of appreciation to our customer.. anda bukan sorang je customer kami.. ramai lg beratur nak benda free tu.. jd fikirkan org lain sama.. jgn pentingkan diri sendiri.. sb stok kami dapat pon tak banyak mana.. so terpaksa bagi sorang sikit..kami kja sales,byangkn brapa ramaii dok mai mintakkk ??
Tambahan :
Yang mana kami tukaq,diwajidkan bg duit raya kt kami skali nah…sbb kami tau ampa tukaq brp duit.. ????
Sekian.. Harap maklum..
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Banyak Haiwan ‘Seakan Panik’ Ketika Fenomena Gerhana Matahari Cincin

Gerhana Matahari Anulus atau Gerhana Matahari Cincin yang berlaku semalam turut dikatakan mempengaruhi perilaku haiwan.
Ketika fenomena ini berlaku, kebetulan penulis berada ditepian sebuah pantai di Selangor. Kelihatan sekawan burung mengeluarkan bunyi yang agak aneh dan jarang didengar disekitar itu. Rata-rata yang melalui jalan berhampiran penulis pasti mendengar bunyi aneh burung sambil mendongak ke atas mencari si empunya suara. Bunyi burung-burung tersebut agak janggal dan jarang didengari seakan memanggil-manggil dengan sayu.

Menurut sumber Bernama ketika fenomena ini berlaku, sekumpulan pelajar dari Fakulti Alam Bina dan Ukur Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjalankan kajian memerhati terhadap reaksi haiwan di Zoo Johor. Pelajar berkenaan memulakan pemerhatian pada 9 pagi dan kemudian ditumpukan pada waktu kemuncak gerhana kira-kira 1.20 tengah hari sehingga gerhana berakhir 3.20 petang, terhadap haiwan jenis mamalia dan reptilia iaitu sekumpulan rusa, seladang, ular, gajah, harimau, singa serta monyet.
- Mereka mendapati sekumpulan rusa berada dalam kawanan ketika kemuncak gerhana itu berbanding sebelumnya.

- Ular bergerak sekali sekala sebelum waktu kemuncak gerhana dan tidak bergerak pada waktu kemuncak.
- Monyet pula dilihat agresif pada sebelah pagi sebelum diam pada waktu kemuncak gerhana.

Info
Fenomena gerhana matahari itu seharusnya mendatangkan keinsafan kepada umat Islam mengenai kebesaran dan keesaan Allah SWT. Pandanglah kejadian ini dengan mata hati bagaimana Allah SWT mengatur segalanya dengan cukup sempurna di mana bumi, bulan dan matahari bergerak secara cukup sistematik. Lihat juga bagaimana satu makhluk yang sebesar matahari juga mampu terjadi gerhana kepadanya, apatah lagi kita ini manusia kerdil. Adalah jelas betapa kita amat bergantung harap kepada Allah SWT untuk segala-galanya. -Imam Satu Masjid Zahir, Mohd Isa Abd Rahman
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!

