Dua, tiga hari ni kita dikejutkan dengan kes Mohammad Ashraff Hassan yang hilang di Gopeng, Perak ketika beliau sedang mengikuti acara larian di sana dan sehingga saat artikel ini ditulis, dikhabarkan beliau masih lagi belum dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat yang sedang bertungkus-lumus mencari beliau sejak hari pertama.
Libur dengan rasa rendah hari mendoakan agar Mohammad Ashraff atau mesra dengan panggilan Acab ditemui dengan selamat dan misi mencari dan menyelamat yang sedang berlangsung sekarang ini berakhir dengan berjaya, aaminn..
Siapa masih ingat lagi satu kes hilang di Gunung Tahan melibatkan seorang wanita berusia 21 tahun yang pernah menggemparkan negara satu masa dahulu? Wanita itu bernamaNur Maisarah Sameaun atau lebih dikenali sebagai Umai dikalangan teman-teman rapat beliau.
Ads
Umai yang pada ketika itu merupakan pelajar tahun akhir Diploma Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis terpisah dan hilang daripada 35 orang rakan-rakan beliau sewaktu mendaki ke Gunung Tahan pada tahun 2008.
Selama 19 hari operasi pencarian Umai yang hilang di Gunung Tahan, segala kelengkapan dan aset telah digerakkan untuk membantu misi mencari dan menyelamat. Kelengkapan dan aset yang terlibat termasuklah Unit Komando dan Unit Udara PDRM, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Pertahanan Awam, Bomba dan Jabatan Perhilitan.
Ads
Tapi siapalah manusia yang ingin melawan kehebatan ciptaan Tuhan. Selama 19 hari operasi melibatkan lebih 150 anggota berserta segala kelengkapan dan aset itu, Umai masih lagi tidak ditemui kerana hutan Gunung Tahan itu begitu tebal, ditambah dengan cuaca yang kerap berkabus, menyukarkan operasi pencarian beliau.
Ads
Sehingga hari Selasa 26 Februari 2008, Umai akhirnya selamat ditemui oleh seorang pemandu arah yang sedang membawa sekumpulan pendaki dalam keadaan longlai dalam jarak 30km daripada lokasi terakhir beliau dilaporkan sesat.
Berita penemuan Umai itu disambut dengan penuh kegembiraan selepas beliau bertarung berseorangan selama 19 hari di hutan Gunung Tahan. Umai juga ada menulis satu buku yang berkongsikan kisah beliau yang hilang itu berjudul 19 Hari Sesat Di Gunung Tahan. Kepada sesiapa yang ingin mengetahu dengan lebih lanjut mengenai kisah Umai ni, boleh la cuba dapatkan buku tersebut.
Umai dikunjungi oleh Sultan Ahmad Shah semasa berada di wad Diraja,Hospital Tengku Ampuan Afzan.sesuatu yang tidak dijangka, Umai bagaikan selebriti……
Bila bercerita kisah Umai ni, Libur teringatkan pula kepada Acab di Gopeng. Tersentuh rasa hati mengenangkan ibu bapanya yang masih lagi ternanti-nanti kepulangan Acab. Ya Allah, ya tuhan yang maha agung, Kau selamatkan la Acab dan pulangkan la beliau ke pangkuan keluarga.. Aaminn..
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
JUMLAH pelancong China ke Langkawi mampu meningkat sehingga 380,000 orang tahun ini berikutan kesediaan beberapa syarikat penerbangan mengadakan penerbangan terus di antara destinasi-destinasi di negara itu dan pulau ini.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya Kedah, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata peningkatan itu adalah sebanyak tiga kali ganda berbanding 127,689 orang pelancong negara itu yang tiba tahun lepas.
“Khidmat penerbangan terus ini membantu mempromosikan lagi Langkawi sebagai destinasi pilihan di kalangan pelancong-pelancong China,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai majlis menyambut ketibaan penumpang penerbangan terus pertama China Southern Airlines dari Ghuangzhou ke sini awal hari ini.
Katanya China merupakan di antara lima negara penyumbang tertinggi kepada jumlah ketibaan pelancong ke negara ini dan Langkawi merupakan di antara destinasi pilihan popular di kalangan rakyat negara tembok besar itu.
“Hubungan sejarah antara China dan Kedah akan kembali terjalin dengan adanya penerbangan terus ini”, katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar China Southern Airlines, Eric Wang berkata Langkawi merupakan destinasi keempat di Malaysia bagi syarikat itu untuk mengadakan khidmat penerbangan terus selepas Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang.
Katanya pemilihan Langkawi sebagai destinasi terbaru syarikat itu dibuat berdasarkan populariti pulau peranginan ini di kalangan rakyat China di Ghuongzhou yang ingin melancong ke Malaysia.
Beliau berkata penerbangan terus itu diadakan tiga kali seminggu mulai semalam yang menggunakan pesawat Airbus 320 yang mampu membawa 250 penumpang pada satu-satu masa. – Bernama
Zoo Negara kembali berdepan krisis kewangan yang teruk susulan gelombang ketiga COVID-19 di negara ini yang menyaksikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dengan tabung kecemasan hanya mampu bertahan kira-kira tiga bulan sahaja lagi.
Penutupan operasi susulan PKPB menyebabkan pihaknya mengalami kemerosotan pendapatan, sekali gus menyukarkan usaha menampung kos operasi yang secara purata mencecah RM1 juta sebulan. Kos bulanan itu meliputi pembayaran gaji kakitangan berjumlah RM400,000, keperluan makanan (RM350,000), bil elektrik (RM140,000) dan bil air sebanyak RM40,000
Pengarah Zoologi, Veterinar dan Pusat Konservasi Giant Panda Zoo Negara Dr Mat Naim Ramli menjelaskan Zoo Negara yang diuruskan oleh Malaysian Zoological Society, pada awalnya sudah mula menunjukkan momentum pendapatan yang agak memuaskan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Jun lalu dengan merekodkan pendapatan sebanyak RM450,000, Julai (RM1 juta), Ogos (RM1.3 juta) dan September sebanyak RM850,000. Namun pada Oktober lepas kita hanya memperoleh RM150,000.
Pada fasa awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sumbangan daripada pebagai lapisan rakyat termasuk melalui kempen Adopt an Animal telah membantu menampung perbelanjaan dan pengurusan kira-kira 5,137 spesimen daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan yang menghuni kawasan seluas 110 hektar itu.
Berhubung kenyataan sesetengah pihak yang mempersoalkan tentang dana RM1.3 juta yang disalurkan oleh kerajaan pada April lepas, Dr Mat Naim Ramli berkata dana tersebut hanya mampu menampung kos operasi selama sebulan. Sebahagian dana berkenaan iaitu sebanyak RM689,000 telah digunakan bagi membayar premium insurans tahunan panda di zoo berkenaan, dan selebihnya digunakan untuk skop operasi kebajikan haiwan seperti makanan, perubatan dan pencegahan penyakit.
Ketika gelombang pertama COVID-19 yang lepas, kerajaan telah membantu Zoo Negara dan zoo-zoo lain di seluruh negara bagi meneruskan operasi mereka berikutan ketiadaan pengunjung akibat pelaksanaan PKP. Cuma sejak PKPB bermula 14 Oktober 2020 lepas belum ada lagi bantuan yang diterima. Mungkin kerajaan dalam perancangan berdasarkan kaedah bersesuaian akan terus membantu pengurusan zoo di Malaysia yang amat terkesan dengan penutupan operasi secara berterusan ini memandangkan kos yang perlu ditanggung adalah tinggi.
Zoo Negaara amat mengalu-alukan sumbangan daripada mana-mana pihak untuk membantu Zoo Negara dan mereka yang berhasrat berbuat demikian boleh melayari https://www.zoonegaramalaysia.my/adopt.html untuk maklumat lanjut.
image via google & FB Zoo Negara |Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Umum mengetahui Sukan Olimpik 2020 bakal diadakan di negara Jepun tahun hadapan. Akibat kekurangan tenaga kerja manusia disebabkan kadar kelahiran yang rendah, kepimpinan negara matahari terbit telah sebulat suara untuk menggunakan khidmat robot. Ia berfungsi bagi membantu mengendalikan jutaan pengunjung ketika penganjur sukan terbesar di dunia ini.
Pada tarikh detik permulaan Olimpik Tokyo 2020 nanti ahli sukan, pengujung dan pelancong akan disambut dengan deretan robot yang sentiasa berkeliaran sama ada di stesen-stesen kereta api atau di lapangan terbang seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo. Ramai berpendapat lebih ramai pelancong dan peminat sukan akan berkomunikasi dengan mesin berbanding dengan manusia.
Arisa Si Pembantu Arah
Di stesen kereta api bawah tanah, robot bernama Arisa akan membantu pelancong asing dan pengguna kereta api mendapatkan arah yang betul dan tandas di sekitar kawasan stesen itu semasa berlangsungnya sukan berkenaan.
Robot wanita bermata besar dengan ketinggian 182.8 sentimeter dilengkapi monitor skrin sentuh bukan sahaja boleh bertutur dalam bahasa Jepun malah bahasa Inggeris, Korea dan Cina. Selain memberitahu lokasi tarikan pelancongan di ibu kota itu, Arisa yang peramah tidak keberatan untuk berswafoto jika diminta oleh pelancong.
Perseusbot Robot Pengesan Bahaya
Terdapat juga robot bernama, Perseusbot digunakan. Fungsi Perseusbot mampu mengesan dan membuat laporan tentang individu dan objek yang mencurigakan di stesen-stesen kereta api selain mengurangkan bebanan tugas kakitangan stesen terlibat.
Robot berketinggian 167.5 sentimeter itu mampu mengelak sebarang halangan semasa meronda menggunakan jubin braille dan memberi amaran terus kepada telefon bimbit kakitangan stesen jika mengesan sebarang objek terbiar dalam tempoh yang lama. Perseusbot juga boleh mengesan pergerakan penumpang yang berpotensi melakukan tindakan agresif seperti menggenggam tangan seperti hendak memulakan pergaduhan.
Bestkan? Jom la book tiket ke Tokyo tahun hadapan 🙂
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...