Tular di media sosial berkenaan pembukaan Masjid Camlica secara rasmi di Istanbul, Turki baru-baru ni. Pembinaan masjid berkenaan yang bermula pada tahun 2013 siap pada tahun ini dengan menelan belanja lebih RM270 juta dan mampu untuk memuatkan kira-kira 63 ribu jemaah pada satu-satu masa.
Masjid ini bukan sahaja mempunyai ruang solat yang besar malah turut menempatkan pelbagai lagi kemudahan seperti muzium, galeri seni, perpustakaan, dewan persidangan dan ruang parkir bawah tanah sebanyak 3,500 bagi kemudahan setiap pengunjung yang datang ke masjid ini.
Apa yang lebih memberikan sentuhan hebat kepada masjid ini adalah rekaannya yang epik, ilham daripada senibina zaman Khalifah Uthmaniyah dan jangan terkejut apabila pereka senibina atau arkitek bangunan hebat ini adalah srikandi Turki bernama Bahar Mızrak dan Hayriye Gül Totu!
Ads
Bersama entri ini, kami lampirkan bersama kompilasi video Masjid Camlica yang hebat ini untuk tontonan anda. Lepas ni kalau ada perancangan untuk berkunjung ke Istanbul, jangan lupa untuk ke masjid ini ya!
Ads
Ads
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tasik Kenyir yang terletak di Terengganu merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 260,000 hektar.
Tasik Kenyir adalah tempat percutian hebat bagi pencinta alam semula jadi memandangkan ia dikelilingi hutan hujan tropika tebal. Dikelilingi hutan tropika yang luas, kawasan tasik buatan manusia ini terkenal dengan aktiviti utama iaitu memancing.
Bagi anda yang bukan kaki pancing, tetapi teringin untuk bercuti di Tasik Kenyir, jangan malu dan segan untuk ke sini. Tasik Kenyir punya tarikan aktiviti lain yang boleh dilakukan untuk semua peringkat umur. Pelbagai jenis penginapan juga disediakan bermula dari bertaraf tiga bintang meliputi chalet di atas pulau, resort terapung atau rumah bot. Jika memilih untuk menginap di rumah bot, kalian berpeluang untuk menyusuri sungai hingga ke kawasan air terjun pasti memberi pengalaman menyeronokkan kepada pencinta alam semula jadi.
Salah satu produk pelancongan yang menarik di Tasik Kenyir ialah air terjun. Terdapat 14 lokasi air terjun termasuk yang popular iaitu Air Terjun Lasir, Air Terjun Saok, Air Terjun Tembat, Air Terjun Sungai Buweh dan Lata Terap. Anda boleh pilih lokasi air terjun mana yang anda ingin singgah. Antara dua air terjun menjadi pilihan pengunjung di Tasik Kenyir ialah: Air Terjun Lasir – Dengan ketinggian 500 kaki, Air Terjun Lasir merupakan air terjun tercantik dan paling sesuai untuk aktiviti mandi-manda, berendam dan berenang kerana ia mempunyai beberapa kolam yang luas. Air terjunnya cantik dan bertingkat-tingkat. Antara yang menjadi tarikan di Air Terjun Lasir ialah menara tinjau dan jambatan gantung yang menyeberang air terjun. Air Terjun Lasir terletak 16 km dari Pengkalan Gawi. Perjalanan dengan bot mengambil masa 30 hingga 45 minit.Aktiviti yang boleh dilakukan pengunjung di Air Terjun Lasir ialah mandi-manda, berkhemah, merentas hutan dan mendaki. Air Terjun Saok – Air terjun yang agak landai dan terletak lebih hampir dengan Pengkalan Gawi ialah Air Terjun Saok. Ia juga merupakan kawasan yang sering dikunjungi tetapi tidak mempunyai kolam-kolam yang besar sebagaimana Air Terjun Lasir. Taman Herba di Pulau Sah Kecil terletak tidak jauh dari laluan masuk ke kawasan Air Terjun Saok ini. Lokasi Air Terjun Saok ialah di Pulau Besar, Hanya 8 km dari Pengkalan Gawi. Perjalanan menaiki bot dari Pengkalan Gawi mengambil masa kira-kira 15 hingga 20
minit. Ia merupakan satu lagi destinasi popular untuk berkelah dan menikmati keindahan alam semulajadi.
Tasik Kenyir dan Gua Bewah tidak boleh dipisahkan lagi. Jangan lupa untuk singgah ke Gua Bewah untuk melihat sendiri kesan-kesan peninggalan sejarah dari zaman purba zaman Mesolitik & Neolitik.
Santuari Kelah yang terletak kira-kira 21 kilometer dari Jeti Pengkalan Gawi, dibangunkan dan diselia oleh Ketengah selaras usaha pemuliharaan spesies ikan kelah yang semakin terancam selain mempromosi aktiviti rekreasi sebagai galakan tarikan pelancongan di Tasik Kenyir.
Pengunjung pasti terpengun melihat beribu-ribu kelah, malah ikan-ikan ini tidak berganjak walaupun menyedari kehadiran manusia. Ikan kelah di sini sentiasa menanti kehadiran pengunjung untuk menghulurkan makanan berupa palet ikan. Selain memberi ikan kelah makan, anda juga berpeluang untuk memegang ikan ini.
Berkuatkuasa awal Mac 2019, kadar harga tiket masuk ke Santuari Kelah di Sungai Petang, Tasik Kenyir adalah sebanyak RM25 untuk pengunjung dewasa. Bagi kanak-kanak pula bayaran yang dikenakan adalah RM15 manakala kalangan bukan warganegara, sebanyak RM45 (dewasa) dan kanak-kanak (RM25). Kadar berkenaan meliputi tiket masuk, pertukaran bot dari Kompleks Santuari ke Hentian 1 di Sungai Petang di samping barangan cenderahati dan snek.
Bagi yang ingin melihat dan berinteraksi dengan si gajah boleh berkunjung ke Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir atau Kenyir Elephant Conservation Village (KECV). Kebanyakan gajah di KECV rata-ratanya adalah anak gajah yatim piatu. Gajah berkenaan sangat manja, begitu terlatih, selain 'mendengar' kata atau arahan daripada gembala mereka. Pengunjung di beri peluang untuk memberi gajah makan serta mandi bersama anak gajah. Ianya sesuatu yang menyeronokkan!
Tasik Kenyir memiliki tarikan untuk kaum wanita apabila diisytiharkan sebagai Zon Bebas Cukai dengan aktiviti penjualan barangan yang dikecualikan cukai bermula tahun 2017 lalu. Pusat jualan di sini terdiri daripada lima premis perniagaan antaranya coklat, bagasi, minyak wangi, pinggan, mangkuk dan peralatan memasak. Penjualan yang dijalankan ini tidak membabitkan aktiviti jualan barangan berduti tinggi seperti rokok, produk petroleum, kenderaan dan produk minuman beralkohol.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nak lari sekejap dari kesibukan kota atau dengan terma yang popular sekarang iaitu ‘healing’, drive sahaja kereta anda selama 30 minit dan singgah di Rawang, Selangor.
Bertempat di Templer Park, Villa Takun antara tarikan yang cukup estetik untuk staycation anda dan teman-teman. Kalau yang ada pasangan juga boleh datang ke sini untuk percutian romantis.
Dikelilingi dengan alam semulajadi, menghadap Bukit Anak Takun, anda boleh memilih untuk tinggal di dalam RV persis di luar negara atau juga menginap di dalam chalet kaca yang serba moden dan juga glamping.
Nak lepak santai kat sini juga terdapat café moden yang cukup menarik. Nikmati secawan kopi sambil melihat kehijauan alam pasti dapat menenangkan hati yang galau.
Nak datang solo dan menikmati percutian sendirian pun boleh ni. Memang tenang dan damai je!
Alamat: Villa Takun, 6, Jalan 3/3A, Templer Park, 48200 Rawang, Selangor
Cameron Highlands, Pahang merupakan pilihan warga tempatan yang suka akan kedamaian dan suhu yang sejuk. Pengunjung tidak perlu risau tentang penginapan di sini. Terdapat banyak resort dan hotel daripada status mewah hingga bajet yang boleh dipilih mengikut kemampuan.
Terkini, anda boleh pilih penginapan glamping yang ada di tawarkan oleh beberapa pengusaha di tanah tinggi tersebut. Antaranya yang terbaru, The Backyard Glamping Cameron Highlands. Lokasi glamping ini betul-betul di belakang rumah owner, maka keselamatan ketika bercuti di sini pasti terjamin.
Ini perkongsian daripada saudari Nursyafika Mohd Shahadan yang berpeluang menginap di port glamping ini.
Tukar angin, cuba aktiviti baru pula, masih dalam konsep camping, cuma glamour sikit.. Glamping..the best part is tempat sangat baru dan kami petandang ke 4 stay kat tempat ni. Walaupun masih baru, tapi totally perfect for my little family to enjoy the nature. Siap dapat star glazing, dgn suhu sejuk 12 ° hingga 15 °, tempat privacy untuk 1 family, owner sangat-sangat friendly ndan membantu dengan tempat bersih, selesa teramat ndan cantik sangat.
Rating : 10/10 for sure, will repeat again. Lepas ni tak boleh amek 1 malam, kena ambil bermalam-malam kat sane. Thank you sis Ezie Fazsha & kak Elmi Fazuin for having us stay at your place. #belakangrumah
Info Glamsite: Family Private Glamping 23-24 Ogos 2020
1.Name of place :-The Backyard Glamping Cameron Highlands
2.Cost of site :- Refer to the owner.. Dapat harga promo Merdeka RM180/night
3.Tent type : Bell tent
4.Campsite contact : FB Ezie Fazsha & Elmi Fazuin
5.Website/FB if got :- FB The Backyard Glamping Cameron Highlands
Review:
a. Toilet 5/5 perfect! Siap ada water heater lagi
b. Plugpoint siap ada smartTv, boleh tengok Netflix lagi
c. Kitchen and sink
d. Fire pit –
e. Stream, pool or beach kolam ikan ade berdekatan dengan Sg Pauh
f. Parking distance to campsite? 50 ke 70meter tapi kena mendaki sikit
g. Entrance for Normal Car, highrise car or 4X4? All type of vehicle.. tapi kena parking bawah
h. Compatible with campervan? Jawapan same seperti di g.
i. Phone Coverage? Celcom, umobile so-so
j. Security/safety? depan ade rumah owner
Ruang rehat, chill-chill.. dekat tepi tu ada port bbq dgn buat unggun api. Camping kali ni memang plan nak chill, relax je so portable stove, gas, kuali periuk semua simpan tepi dulu. Nak cari makan pun senang, banyak kedai makan area sini termasuklah Nasi Lemak Abang Stawberry tu dalam 250 meter mcm tu la.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...