Great Ocean Road, Victoria, Australia
Ads
SEINDAH LUKISAN, INDAH LAGI APABILA MELIHATNYA SENDIRI!
Kalau berpeluang ke Melbourne, Australia, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Great Ocean Road! Destinasi ini menawarkan pemandangan pesisir pantai yang cukup memukau dengan lautan biru terbentang luas, tebing batu kapur yang gah serta formasi batuan semula jadi yang unik.
Paling menarik, anda boleh menyaksikan keindahan ikonik Twelve Apostles yang pastinya membuatkan sesiapa sahaja terpaku melihat keindahan alam ciptaan Tuhan.
Satu destinasi, seribu kenangan. Siapa teringin nak sampai sini? 😍
📍 Great Ocean Road, Victoria, Australia
