Popular Jambatan Angkat Kuala Terangganu apabila baru-baru ni tular lagi sekali gambar pemandangan sturktur ikonik di negeri Darul Iman itu.
Gambar yang di ambil oleh saudara Fadzil Ismail itu menggunakan dron di perkarangan Pesisir Payang, Kuala Terengganu ketika beliau dan rakan-rakan berada di situ, menunggu azan maghrib untuk berbuka puasa.
Apa yang menjadikan gambar tersebut begitu cantik sehingga barisan admin Libur juga asyik melihat keindahan jambatan tersebut adalah suasananya begitu unik dan selalunya persekitaran sebegitu hanya kelihatan di luar negara. Gambar yang diambil daripada atas itu memberikan persepsi yang lain berbanding gambar yang diambil daripada aras biasa.
Ads
Tambahan lagi, waktu gambar ini diambil juga sangat tepat kerana tona warna yang ada dilangit gambar tersebut membuatkan Jambatan Angkat Kuala Terengganu itu kelihatan begitu klasik dan memang iras dengan jambatan angkat yang terletak di Kota London.
Di samping itu, perkarangan Pesisir Payang itu juga membuatkan ramai wargamaya yang ingin berkunjung ke sana untuk berbuka puasa bersama-sama keluarga dan sahabat handai kerana kelihatan persekitarannya yang cukup bersih dan sesuai untuk dijadikan lokasi berbuka puasa bersama.
Ads
Rata-rata wargamaya yang memenuhi ruangan komen mengajak kenalan mereka untuk berbuka puasa di sini. Ada juga diantara mereka yang mencadangkan agar dibuatkan satu surau yang memudahkan umat islam untuk menunaikan ibadah solat di situ.
Ads
Dalam pada itu, tidak kurang juga wargamaya yang mengambil kesempatan untuk menasihati agar orang ramai yang berkunjung ke situ tidak membuang sampah sesuka hati dan menjaga kebersihan yang ada agar dapat dimanfaatkan oleh orang-orang yang seterusnya.
Jadi orang sekitar Kuala Terengganu, jom kita berbuka puasa di sini. Tapi kena ingat, jaga kebersihan ya!
Merupakan kali kelima berkhemah dan juga camping pertama buat tahun 2023, Sheila Marzuki memilih Stellar GoldenHill yang terletak di Cameron Highlands sebagai tapak perkhemahan dia dan keluarga.
Port baru yang bukan sahaja mempunyai tapak perkhemahan, malah anda juga boleh memilih untuk glamping atau bermalam di dalam caravan kat sini. Cuaca sejuk membuatkan Sheila dan keluarga cukup selesa di sini ditambah pula dengan pemandangan indah bukit- bukau yang cantik.
Biasanya kalau nak setup khemah pasti memerlukan tenaga dan mengeluarkan peluh tapi menurut Sheila camping di Stellar GoldenHill sedikitpun dia tidak mengeluarkan peluh. Malah cuaca ketika mereka camping sekitar Februari yang lalu juga baik.
Ikuti pengalaman Sheila dan keluarganya camping di sana:
Assalammualaikum
This is our 5th camping and first for 2023
Lokasi: Stellar Goldenhill, Cameron Highlands.
Date: 23-25 Feb 2023
Rate: RM 60/head/night
Tent: Family Village L 2.0 by Payung.camp
Alhamdulilah, cuaca selama 3 hari kami di sini sangat cantik. Siang suhu paling low 22°, malam 17°, tengah malam hingga pagi mencecah 13°. First time pacak khemah tak berpeluh. Santai-santai saja kawanku, pergi mana laju-laju (nyanyi ke)
Pesanan: Yang tak tahan sejuk, tolong la bawa baju, stokin tebal, selimut tebal ya. Berasap-asap mulut sejuk dia
Overall kami 2 keluarga sangat puas hati InshaAllah, will be back again soon
Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64 yang jatuh pada tanggal 31 Ogos ini, Tourism Selangor menampilkan destinasi di Negeri Selangor yang kaya dengan 1001 kisah sejarah seperti senarai yang berikut yang boleh anda jejaki pada suatu masa kelak bagi menyemarakkan semangat patriotisme anda!
Pekan Kuala Kubu Bharu telah ditadbir oleh Residen British yang terawal seperti Presiden Frank Athelstane Swettenham. Di sini juga telah didirikan sebuah kubu pertahanan Raja Mahadi dalam Perang Saudara yang terjadi pada tahun 1867-1874.
Pekan ini juga pernah ditimpa bencana bah yang teruk yang mengikut legenda adalah disebabkan tindakan seorang Pegawai Inggeris, Cecil Ranking yang telah membunuh buaya putih yang dianggap sebagai penjaga penduduk Kuala Kubu yang lama.
Terdapat beberapa destinasi di sini, antaranya Galeri Sejarah Kuala Kubu Bharu di mana anda boleh mendalami kisah sejarah Pekan ini. Bangunan-bangunan lama yang dibina dari zaman pemerintahan British seperti Balai Polis, Pejabat Pos dan juga Menara Jam juga masih berdiri teguh di sini. Pihak Berkuasa Tempatan sedang dalam usaha untuk memetakan Pekan Kuala Kubu Bharu sebagai Tapak Warisan Dunia oleh The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) untuk lebih dikenali di persada antarabangsa.
Klang, yang merupakan bandar yang tertua di Malaysia juga mempunyai nilai sejarah tersendiri. Klang telah dipilih menjadi ibu kota Negeri Selangor selepas kemangkatan Sultan Muhammad sebelum dipindahkan sekali lagi ke Kuala Lumpur.
Selain daripada menjadi Bandar Diraja yang menempatkan Istana Sultan Selangor, Klang juga adalah bandar yang dulu pernah menjadi kawasan pertempuran buat Perang Saudara yang berlaku antara Raja Mahadi dan Raja Sulaiman.
Bandar ini juga mempunyai banyak bangunan yang dibina pada zaman British antaranya Chennai Silk Palace Klang, Church of Our Lady Lordes dan Gedung Raja Abdullah. Bangunan-bangunan ini kemudian telah dijadikan sebagai lokasi singgahan dalam Program Royal Klang Town Heritage Walk Tour untuk para pengunjung lawati kawasan bersejarah di sekitar bandar ini.
Terdapat tempat ikonik lain yang boleh dilawati di Bandar Diraja Klang seperti Jambatan Kota yang dibina pada tahun 1957 dan Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz yang menempatkan koleksi peribadi Kesultanan Melayu Selangor.
Kajang adalah sebuah mukim yang terdapat di Daerah Hulu Langat, Negeri Selangor. Bandar Kajang yang telah berusia lebih 200 tahun ini dahulunya merupakan kawasan melombong bijih timah yang dimulakan oleh masyarakat Mendaling, Rawa, Minangkabau dan sedikit orang Kampar dari Sumatera yang telah berhijrah ke Daerah ini.
Kajang juga mempunyai bangunan-bangunan tinggalan dari zaman lalu seperti Kuil Shen Sze She Yar yang sudah berusia lebih 120 tahun. Bangunan-bangunan bersejarah di Kajang juga termasuk Pejabat Pos Lama, Masjid Jamek Kajang dan juga kedai biskut yang rata-rata bangunan ini semua dibina lebih 100 tahun yang lalu.
Kajang juga menawarkan Program Jejak Warisan yang tersendiri khusus untuk peminat sejarah dan pengunjung untuk menerokai peristiwa dan tinggalan sejarah di Kajang. Selain itu, di sini juga terdapat Bangunan Tan Boon Chia dimana ia merupakan sebuah bangunan yang dahulunya merupakan kediaman buat pemilik lombong sebelum menjadi Ibu Pejabat bagi tentera Jepun. Kajang juga mempunyai Pusat Warisan Kajang yang menempatkan 300 koleksi artifak, alatan dan juga dokumen sejarah khususnya yang berkaitan dengan Bandar Kajang.
Pekan Lama Kuala Selangor mula diduduki oleh orang laut yang menyara hidup dengan menangkap ikan pada kurun ke-17 Masihi. Penduduk awal yang kebanyakannya terdiri dari kaum Bugis ini juga dikatakan diketuai oleh seorang wanita Bugis yang kaya dengan sifat kasih sayang.
Terdapat teluk yang dinamakan Teluk Penyamun kerana ianya merupakan lokasi yang sering menjadi tempat kegiatan menyamun. Jeram, sebuah mukim di Kuala Selangor juga dikatakan menjadi tempat Sultan Mansur Syah Melaka yang memerintah dari 1459 hingga 1477 menabalkan Putera Baginda; Paduka Seri Cina.
Untuk merungkai sejarah Pekan Lama Kuala Selangor, anda boleh lawati Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor untuk mendalami lebih lanjut kisah sejarah Pekan ini. Bukit Malawati juga antara lokasi yang boleh dikunjungi untuk menjejaki semula tinggalan sejarah seperti Batu Hampar, Perigi Beracun dan Meriam Penggawa yang setiap satunya mempunyai kisah unik yang tersendiri.
Jugra yang dahulu dikenali sebagai Bandar Temasya mula dibuka pada abad ke-18 oleh orang Bugis yang datang dari Johor untuk kegiatan berdagang dengan Negeri Melaka. Jugra juga pernah menjadi kawasan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor selepas perpindahan dari Kuala Selangor pada tahun 1859 iaitu di zaman pemerintahan Sultan Selangor ke-4, Sultan Abdul Samad.
Jugra terletak di lokasi yang strategik dan selamat sebagai kawasan penempatan, perniagaan dan perdagangan. Jugra juga telah menjadi tumpuan pedagang untuk berlabuh dan mengangkut hasil bijih timah, Dikatakan juga Hang Tuah pernah menjejakkan kaki ke sini untuk tujuan menyabung ayam di Bukit Jugra.
Jugra juga mempunyai tinggalan sejarah dari zaman kesultanan Sultan Abdul Samad seperti Istana Long Puteri dan Istana Jugra yang pernah menjadi tempat bersemayam Sultan Abdul Samad daripada tahun 1859 hingga 1898.
Muzium Insitu Jugra yang dahulu merupakan sebuah Balai Polis, mahkamah dan juga lokap, adalah tempat yang terbaik untuk selami sejarah Jugra dengan lebih lanjut. Jangan lupa untuk singgah ke Istana Bandar Jugra dan Masjid Alaeddin semasa anda berkunjung ke Pekan ini.
Setiap destinasi Negeri Selangor yang tertera mempunyai pelbagai peristiwa sejarah yang mampu memberi pengajaran buat masyarakat masa kini. Kisah sejarah ini juga mampu menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa sayang akan tanah air. Namun, di mana sahaja anda berada, terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara seperti memakai topeng muka, menggunakan pembersih tangan dan mempraktikkan penjarakan sosial.
Layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri ini dan pastikan anda mengikuti kemas- kini dari pihak Tourism Selangor melalui media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sepanjang pendakian juga, menurut Raffifi ada dua Gunung yang mempunyai nilai sentimental terhadap hubungan mereka berdua.
“Gunung yang memberi nilai sentimental kepada kami berdua ialah Gunung Tahan, Pahang dan Gunung Kinabalu, Sabah.
“Walaupun mendaki itu penat, namun kepenatan itu hilang apabila dapat sampai ke puncak dan menikmati pemandangan indah dari puncak bersama-sama,” katanya lagi.
Turut memberitau pengalaman pahit apabila isteri selalu terpijak lumpur ketika ‘on track’ disebabkan kakinya yang tak sampai kerana saiz badan tidak terlalu tinggi.
Tambahnya lagi setelah beberapa bulan mendaki dan kenal hati budi masing-masing, setelah mélamar setahun yang lalu akhirnya mereka disatukan pada 20 Disember yang lalu.
Dengan sekali lafaz, Raffidi kini sudah sah bergelar suami kepada pasangannya, Nik Zuraida Nik Mustafa.
Dia juga turut menambah setelah bergelar suami isteri mereka turut memasang impian tersendiri apabila berhasrat untuk menawan Annapurna Base Camp, Nepal apabila masalah Covid-19 sudah selesai nanti.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...