Ramai yang suka ke Kuala Terengganu sebab keindahan pantai dan makanan yang segar dan sedap. Pendek kata, semua tempat rasa berbaloi untuk disinggah.
Namun jika anda pertama kali nak masuk negeri ‘penyu bertelur’ ini, pasti rasa sukar nak cari tempat menarik. Jadi cuba baca pengalaman Puan Wan N Wan ini, mudah untuk bergerak bila dah tahu tempat makan dan bergambar. Nak beli ole-ole pun boleh!
Itinerary Ke Kuala Terengganu
Minggu lepas ke Kuala Terengganu. Entah kali ke berapa pun tak tahu. Tapi kali ni aku rasa agak berpuas hati dengan semua aktiviti yang aku buat dekat sana. Dari segi makan dan tempat aku explore.
16th Aug aku naik flight AA pukul 7.15am, sampai aja terus ke Warung Nasi Kerabu Pok Din untuk breakfast.
Memang puas hati dapat makan nasi kerabu yang cukup semuanya. Bezanya, kurang pedas aja sambal dia. Lain semua sedap.
Lepas makan, singgah tepi pantai dekat Miami Beach kejap.
Kemudian terus gerak ke Pulau Kekabu. Bila kau sejenis yang sukakan laut, tak kira berapa banyak tempat kau singgah pun kau tak kisah. Tenang. Mungkin sebab weekdays, jadi tak ramai orang. Cuaca pun mendung aja. Berjalan dari tempat parking sampai ke hujung tembok tu pun tak rasa penat.
Jalanlah sampai ke hujung sana.
Memandangkan esoknya nak ke Pulau Kapas, 1st night aku stay dekat Chalet Cik Su aja. Tak jauh nak ke Jeti Marang. Malamnya pergi makan dekat D’Suasane Ibai Restaurant.
Ads
Kebetulan masa sampai tu hujan renyai-renyai, jadi bolehlah pergi duduk dekat atas tu. Konon seronoklah dapat duduk atas sambil tengok orang dok kayuh swan (paddle boat), sekali kemain lebat hujan. Swan pun kena balik ke sarang semuanya. Makanan semua sedap-sedap. Kena dengan selera semuanya.
17th Aug, selesai breakfast terus ke Jeti Marang. Tujuan utama nak ke Bukit Singa & Blue Lagoon. Sampai aja dekat Bukit Singa, terus tengok track nak naik. Tapi tak usah risau lah.
Bukit Singa
Kalau aku boleh naik, kau orang mesti boleh naik juga. Kecuali kalau kau orang jenis gayat. Tak payahlah naik. Ruang dekat atas tu pun tak besar mana. Memang tak sesuai nak naik ramai-ramai.
Nak naik atas ni tak sampai 10 minit pun. Tapi tetaplah hati². Space tak besar & cerun sangat.
Boatman pun cerita dah banyak kes orang jatuh dari bukit itu dan patah kaki bila dah ramai-ramai atas tu. Jadi, hati-hati kalau nak pergi.
Boat hantar sampai sini, then kita kena jalan ke Bukit Singa.Dari atas Bukit Singa. Cerun.
Dah selesai bergambar semua, konon nak ke blue lagoon. Tapi tak ada rezeki sebab malam tu hujan kemain lebat, jadi air pun tak berapa cantik. Aku pun tak berapa berani nak turun memandangkan dari cerita boatman dekat situ ada shark & dia sendiri pernah nampak shark yang besar hampir sama besar badan dia. Moh lah kita ke Marine Park saja.
Dekat Marine Park ni, ikan memang dah tunggu kau siap-siap. Kemain banyak ikan. Coral pula pada aku boleh tahan lagi ok dari Redang & Perhentian. Mungkin sebab coral dia jauh lebih ke dalam dan kita tak dapat sentuh. Jadi, masih terjaga elok. Bezanya air tak berapa jernih sebabnya macam aku cakap tadilah. Hujan malam sebelumnya. Jadi cuaca tak berapa nak cerah sangat. Tapi still boleh nampak rumah nemo. Dory pun ada, agaknya tengah cari mana nemo pergi.
Selesai di Marine Park, lepaklah tepi pantai Pulau Kapas tu. Haa, mainlah air puas-puas. Air memang jernih. Ada lah sekor aku jumpa baby shark besar tapak tangan aku. Dalam 1.30pm gerak balik ke darat.
Ads
Terus gerak ke Grand Puteri Hotel untuk check in. Hotel ni dekat dengan semua benda. Nak makan mudah, nak pergi masjid depan tu aja. Boleh kata semua dekatlah. Petang tu rest aja dah penat kejar ikan. Malam tu makan di The Nelang Cafe. Sedap! Memang kalau datang lagi boleh repeat tempat makan ni semua.
18th Aug. Santai-santai aja. Hari Jumaat dekat Terengganu kau orang kena alert. Kedai akan tutup pukul 12.45pm sampai 2.30pm (kalau salah tolong betulkan).
Jadi, kena plan kalau nak pergi mana. Pagi tu saja ke KTCC Mall, pusing-pusing beli cookies kemudian balik ke hotel semula. Pukul 2.30pm baru keluar dan terus ke Muzium.
Sampai muzium, muzium tutup. Sudahnya ke Taman Tamadun Islam. Lepak di D Benteng,TTI. Terus makan celup tepung. Order dan diaorang akan goreng panas-panas. Sedapnya udang dan sotong goreng tepung. Udang yang besar tu pun RM10 sepinggan. Bihun goreng dia sedap.
Ads
6.00pm naik boat di Sekati Emas Boat Tour pusing Sungai Terengganu pula. Konon nak tengok sunset, awan pun mendung semendung hati aku tak dapat tengok sunset.
Oklah, dapat tengok masjid kristal & drawbridge dari sungai pula. Malam pun ada trip naik boat tu. Pilih saja nak pukul berapa.
Nasi Minyak John. Sedap!
19th Aug. Pagi tu makan nasi minyak John. Jalan kaki aja dari hotel 1 minit. Antara nasi minyak yang famous. Hari kerja, pukul 7.30am dah habis nasi minyaknya.
Selesai, terus gerak ke Pantai Angin Berbisik dekat Kampung Merchang. Dekat sini ada campsite. Kau orang boleh google Merchang Glamping Park kalau nak bermalam dalam khemah.
Hujung sana sebelah kiri tu area campsite. Boleh naik boat untuk ke campsite tu.
Aku just pergi area Pantai Angin Berbisik sambil dengar angin berbisik apa tak tahu. Macam biasa, tenang. Tak ada orang.
Malam tu makan di Salaza&Sons. Memang kali ni pergi semua tempat makan yang kena dengan selera. Kalau tak kena dengan selera, tak adalah naik berat badan sampai lebih 4kg.
Kali ke-3 pergi, baru dapat karipap ikan semua. Terus beli RM10.
20th Aug. Masa untuk baliklah. Lama-lama tempat orang, risau aku jadi belon balik. Aku naik flight Mas pukul 8.45am. Overall, kali ni agak berpuas hati ke KT.
Banyak lagi tempat dalam Malaysia ini yang cantik-cantik. Jadi, bolehlah kita plan untuk next trip.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau anda bercuti Cameron Highland, jangan lupa singgah beberapa tempat di sini. Pandai cari memang tak perlu berebut dengan orang lain, malah dapat merasa banyak tempat.
Bak kata Fatin Azera, puas dan rasa cukup dengan masa yang singkat. Memang cuma duduk dua hari satu malam sahaja, tetapi dapat merasa menu yang viral di Cameron.
Pilih Bercuti Cameron Highland Musim Panas, Jatuh Cinta Dengan Beberapa Tempat Ini
Alhamdulillah sampai ke Cameron pada hari Sabtu dan Ahad lalu. Kami bertolak jam 4 pagi dari Penang dan sampai di CH lebih kurang jam 8 pagi. Mungkin sebab awal kami tak hadap sebarang jam yang teruk. Ada sikit-sikit saja masa nak balik dari Ladang Teh Boh. Tempat pertama kami tuju adalah Ladang Teh Boh!
Penginapan
Suria Travellers Hotel (RM100.00//4 orang) saya tempah di Agoda. Hotel ni best sebabnya dalam pekan Tanah Rata. Dekat dengan semua services, atm, klinik, 7eleven dan banyak gerai-gerai makan berdekatan.
Bila malam, ada jugak foodtruck, khemah jualan dan dekat dengan sate XL! Sangat meriah dengan sejuknya. Macam bercuti di luar negara.
Ladang Teh Boh Sungai Pallas
Dekat sini kami bersarapan macam biasa green tea cake. Ini one of signature dekat sini, pastry dia pun sangatlah sedap! View dekat Boh ni MasyaAllah, rasa macam dekat Sri Lanka. Fall in love dengan negara sendiri.
Kea Farm
Tempat yg best jugak banyak sangat sayur yang fresh, jagung pun murah dan lemak manis. Salah satu yang saya suka ubi kukus! Memang lembut dan manis. Kalau nak shopping sayur datanglah kea farm! Ada yang jual 10 sayur 10 ringgit, murah kan?
Dekat kea farm ni jugak ada jual ice cream. Macam-2 flavour la ada Strawberry, Green Tea, Chocolate dengan harga hanya RM5.00. Sedapp sgt! Sapa yang pergi wajib cuba ice cream ni.
Lavender Garden
Bayaran masuk RM15.00. Dekat sini ada bertingkat-tingkat dan memang nice sangat untuk ootd! Buat pencinta bunga, memang inilah tempat anda.
Ada juga man made castle dalam tu ada banyak jualan barangan dari Cameron ada jugak produk dri Beryls Chocolate. Bila datang sini jangan lupa try ice cream lavender! Dekat atas sekali ada ladang strawberry. Macam saya yang nak cepat, saya just petik ja dekat situ!
Harga 200gm – RM12.00. Buahnya pun sangatlah lebat. Jangan lupa cuba pine strawberry berwarna putih lagi sedap daripada strawberry merah! Rasa sangat manis . Ada dipek siap-siap di ladang strawberry lavender garden.
Nasi Lemak Abang Strawberry/200 seeds cafe, Taman Sedia
MasyaAllah dekat area ni memanglah sesak sangat dengan kereta. Tapi Alhamdulillah masa pergi 200 seeds cafe ni, tak la beratur panjang sangat sebab servicenya cepat dan sangat baik. Sambal nasi lemak dia mmg ngam!
Sebelah restoran ni ada Opah Farm ada juga nasi lemak sambal strawberry di sini. Kalau datang CH, kenalah rasa nasi lemak strawberry!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ini salah satu resort kabin baru yang pertama di Port Dickson, Negeri Sembilan. Hujung minggu atau musim cuti, agak tak ada plan ke mana-mana, boleh terus hala ke sini bersama keluarga tersayang.
Cukup sesuai untuk anda yang nak lari dari kesibukan kota kerana tempatnya dekat sangat dengan pantai, siap depan kolam mandi lagi. Tenang sangat!
Nama tempat ini ialah Solesor Kampong Beach Resort, bilik atau unit-unit dekat sini daripada kabin yang estetik. Mempunyai landscape cantik.
Nak tengok pemandangan pada waktu malam, dihiasi dengan kampu-lampu. Yang minat bergambar, mesti suka.
Hah, kalau anda masih mencari tempat tenangkan emosi, mungkin resort kabin ini sesuai! Jangan lupa booking awal, nanti penuh!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Negeri Sabah sudah membuka semula kemasukan ke negeri itu berkuat kuasa 2 Jun 2020 lalu. Kebenaran untuk masuk ke Sabah itu sah untuk penjawat awam, pekerja sektor swasta, warga Malaysia termasuk rakyat Sabah yang berada di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.
Jika anda individu yang perlu kembali ke Sabah ketika ini untuk bertugas dan mempunyai lain-lain kebenaran yang telah mendapat kelulusan, ini perkongsian berguna buat kalian. Sumber daripada saudara Ibrahim Ismail yang merupakan seorang guru dan diarahkan kembali pulang ke Sabah dari Semenanjung atas urusan kerja.
Alhamdulillah selamat menjejakkan kaki di bumi bertuah Negeri Di Bawah Bayu, Sabah, pada tanggal 4 Jun (Khamis) bersamaan 12 Syawal. Di sini suka saya berkongsi beberapa maklumat mengenai normal baharu prosedur perjalanan udara agar cikgu cikgi terutamanya yang ada anak kecil dapat buat persediaan rapi. Sebelum tu, comel je pramugari nampak sopan pakai apron PPE & goggle. Tak apa untuk keselamatan bersama kan? Ada bakat jadi scientists juga tu.
(SEBELUM)
1) Jika beli tiket AirAsia pastikan check-in dalam masa kurang dari 12 jam. Ada kemungkinan besar penerbangan anda dibatalkan. Kalau dah checked-in, maka tak dapat tukar tarikh. Walau bagaimanapun tetap boleh minta Akaun Kredit (cuma itulah berkurun nak tunggu Uncle Tony refund). Oh ya, pastikan nombor telefon yang anda letakkan semasa menempah tiket adalah tepat dan aktif sepanjang masa sebab AirAsia akan SMS kalau penerbangan dibatalkan. Ini saya berkongsi dari pengalaman penerbangan saya dibatalkan dalam tempoh 48 jam ya. Lepas tu tak dapat tukar tarikh sebab dah checked-in. Ketar tangan kikis sisa baki duit simpanan untuk beli tiket baharu. Lagi satu bayar lah untuk dapatkan seat depan agar boleh keluar awal – cabin crew akan lepaskan barisan demi barisan. (ambil combo MAKAN + 20KG LUGGAGE + SEAT RM 50 tu berbaloi – ha siap promosi AirAsia lagi).
2) SURAT POLIS (2 keping salinan). Walaupun kerajaan dah benarkan perjalanan rentas negeri buat pasangan duka lara, dan urusan kerja, anda tetap WAJIB bawa borang/permit rentas negeri. Jika penerbangan dibatalkan dan anda perlu tukar tarikh pada borang, tidak perlu isi borang baharu. Bawa borang yang sama ke balai polis dan maklumkan tukar tarikh. Download borang / permit: https://www.rmp.gov.my/docs/
3) SURAT PANGGILAN KERJA. Cetak surat rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Jabatan. Kalau ada surat dari JPN / PPD / SEKOLAH sendiri pastikan tarikh yang dikemukakan adalah sebelum atau pada tarikh penerbangan. Contoh kalau kena datang bekerja pada 9 Jun, maka letaklah tarikh penerbangan atau sebelum penerbangan lagi. Contoh surat https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK
4) PASSPORT BIRU / DOKUMEN PERJALANAN TERHAD. Jangan sesekali tertinggal kunci emas ini cikgu.
(SEMASA)
1) Pakai dan bawa mask tambahan. Anda tidak dibenarkan masuk ke lapangan terbang tanpa mask. Bawa juga hand sanitiser kerana airport tempat yang paling mudah virus tersebar.
2) Kiosk untuk cetak boarding pass / luggage tag di lapangan terbang sekarang HANYA boleh guna QR code. Tak boleh nak pi tekan2 dah dekat skrin tu untuk elak tersebar virus dari sentuhan. Maka download sedia app QR Code dan subscribe data internet untuk telefon pintar anda. Pengguna iPhone & Xiaomi boleh guna kamera telefon untuk scan QR Code. Kalau tak ada smartphone ataupun data internet, pastikan check-in, dan cetak boarding pass siap-siap dari rumah.
3) Bungkus makanan dari rumah. Lemang, ketupat kacang hitam, rendang tok, serunding ayah, kuih raya mak, kerepek makcik antara juadah wajib di udara. Jangan berangan menikmati Nasi Lemak Pak Nasser walaupun anda telah pre-book AirAsia Meals yang sedap secara online. Anda hanya akan diberikan makanan ringan dalam penerbangan (rujuk gambar). Tambahan lagi hampir keseluruhan restoran dan fastfood outlets tak buka di airport. Lainlah kalau memang berniat untuk berpuasa enam.
4) Bawa pen untuk mengisi borang pengisytiharan kesihatan dalam kapal terbang. Sebaiknya bawa lebih agar anda dapat beramal bagi pinjam penumpang lain. Lagipun barulah nampak kredibiliti seorang guru bila bawa banyak pen kan? Haha. Pada borang Bahagian 11 (Soalan: pernahkah anda keluar dari Negeri Sabah – letak no pesawat, no tempat duduk dan nama airport semasa).
5) Perjalanan udara mengikut norma baharu adalah membosankan dan stressful. Apatah lagi bagi memenuhi penjarakan sosial, tempat duduk anda dan anak-anak dipisahkan. Tambah berjam lagi tunggu untuk swab test. Kalau anda bosan, apatah lagi anak-anak anda bukan? Maka bawalah bantal travel, toys, earphone, buku mewarna, komik, snacks, air mineral, pampers, gajet, PowerBank, laptop, rotan bagi mengisi masa terluang mereka dengan aktiviti berfaedah ya.
6) Bawa sejadah mini jika tak berkesempatan untuk jamak.
(SELEPAS)
1) Photocopy Mykad & Mykid. Masa keluar dari kapal terbang sebelum ambil luggage, anda akan menunggu untuk Swab Test. Kalau ada salinan mykad & mykid serahkan terus pada pegawai terlibat. Bawa gula-gula boleh pengsan tunggu lama. Jangan risau masa tunggu ni je yang lama, lepas tu dah laju.
2) Isi borang dan ada interview sikit untuk dapatkan maklumat kuarantin di rumah (hantar borang yang kita isi atas kapal terbang tadi berserta salinan Mykad). Bersambung dengan imigresen (tunjuk borang rentas negeri / polis). Ambil luggage. Park sekejap. Swab test percuma ditanggung kerajaan 100% terima kasih kerajaan berjiwa rakyat (keluar air mata jantan jugalah haha mujur sekejap je. Tips bila cotton bud dimasukkan dalam hidung, jangan melawan.. relaks je. Rasanya macam kita korek telinga dalam-dalam dengan cotton bud, tak sakit pun cuma rasa nyilu je). Kanak2 pun diwajibkan swab test yang saya nampak betul depan saya tadi. Bayi saya kurang pasti. Lepas tu dah boleh ambil luggage dan balik tetapi sebelum sampai rumah, laporkan dulu di pusat kuarantin (ya, lapor sahaja sampai di tempat bertugas, anda dibenarkan kuarantin di rumah).
Kebetulan beberapa hari selepas MKN Negeri Sabah telah keluarkan notis mengenai kebenaran masuk ke Sabah dengan syarat mendapatkan surat pengesahan doktor dalam masa 3 hari ATAU wajib kuarantin selama 14 hari. Terpaksa memilih untuk buat Swab Test di KKIA & kuarantin sebab tak sempat nak dapatkan pemeriksaan Covid-19 di Klinik Kesihatan (KK) ataupun Hospital di Semenanjung.
Kalau menginap di hotel sebelum bergerak balik ke tempat bertugas, pastikan buat tempahan sedia dan maklumkan pada pegawai masa interview tu nama hotel anda. Tarikh kuarantin hanya bermula bila anda sampai di tempat bertugas.
Jangan terkejut Airport dah tak nampak macam Airport dah.. Nampak macam pusat rawatan /make-shift hospital untuk zon perang. Sesungguhnya kita tengah berperang melawan Covid-19!
Terima kasih pengurusan Penang International Airport (TERUTAMANYA receptionist AirAsia bernama En Fareedil Athras Bin Sohilli yang SANGAT BAIK HATI yang bukan sahaja untuk tolong semak dokumen & bahkan tolong cetak segala dokumen bagi memastikan perjalanan lancar -TIP TOP HOSPITALITY! – semoga Allah limpahkan dan berkati rezeki tuan), KKIA, Immigration (betullah orang kata imigresen Malaysia memang paling friendly lembut tutur kata tetapi tegas *nora bagi 5 bintang*) & KKM Sabah dan semua agensi yang terlibat. Walaupun ramai orang TATAP layanan sopan santun, ramah, sistematik diberikan. Boleh nampak senyuman ikhlas frontliners, backliners, sideliners dari lirikan mata mereka. Memang first class! Onsoii!
Saya faham kita semua dalam keadaan cemas, tertekan, gundah gulana sekarang. Maka apa boleh kita buat adalah berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan / pengalaman yang ada agar dapat membantu sesama kita.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...