Kenyataan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kemarin mengenai Covid-19 meresahkan penduduk dunia.
WHO telah mengesahkan Covid-19 sebagai pandemik yang mengancam kesihatan seluruh dunia. Amaran itu dikeluarkan susulan 118,000 kes jangkitan Covid-19 dicatatkan seluruh dunia meliputi 110 negara.
Ads
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom dipetik Time berkata, Covid-19 bukan sekadar krisis kesihatan awam bahkan menyentuh setiap sektor.
“Menggambarkan keadaan sebagai pandemik (wabak) tidak mengubah WHO menilai ancaman yang ditimbulkan oleh Koronavirus ini. Ia tidak mengubah apa yang sedang dilakukan oleh WHO dan ia tidak mengubah apa yang harus dilakukan oleh negara,” katanya.
Ads
Covid-19 didakwa berasal daripada binatang yang menjangkiti kepada manusia dengan kes pertama dicatakan di wilayah Wuhan, China. Kini, jumlah kes Covid-19 di seluruh dunia adalah 125,865 kes denga 4,615 kematian.
IKEA secara rasmi memperkenalkan katalog baru 2018 di Malaysia dengan idea segar di ruang tamu. Bertemakan ‘Make Room for Life’, katalog ini memberi tumpuan gaya hidup baru di ruang tamu untuk membantu anda membuat lebih banyak ruang.
Dengan katalog tahun ini, IKEA menginginkan rakyat Malaysia untuk perbaharui semula ruang untuk teman, perayaan, bermain dan alam semula jadi , empat perkara yang mustahak untuk kehidupan yang lebih baik di kediaman.
“Dalam Katalog IKEA 2018, kami ingin memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk melihat di luar kekangan ruang dan memberi ruang kepada perkara-perkara penting dalam kehidupan mereka. Kami faham bahawa cara orang bertemu, bersosial dan hidup telah berubah – terutamanya di ruang tamu. Justeru, kami menawarkan rekaan yang terbaik, mampu dimiliki bukan sahaja memenuhi keperluan malah juga kesejahteraan emosi mereka.
Jansen menambah, fokus IKEA di ruang tamu kerana bilik ini ialah pusat aktiviti seharian dan memenuhi keperluan manusia. Ruang tamu moden pelbagai fungsi dan mempunyai kemungkinan yang tidak terhad bergantung kepada hari, masa dan keadaan.
Antara yang terbaharu dalam katalog IKEA 2018 seperti pelbagai pilihan produk dan kelengkapan rumah, tip dan idea dan kerjasama dengan firma rekaan terkemuka Denmark, Hay dan Tom Dixon dari Britain untuk idea dekor yang menarik dan unik.
Katalog IKEA 2018 mula dihantar ke seluruh kediaman di Lembah Klang bermula hari ni sehingga 19 September dan pelanggan boleh juga mendapatkannya di IKEA Damansara dan Cheras bermula 18 September serta muat turun aplikasi IKEA Catalogue daripada Apple Store dan Google Play Store dan versi digital IKEA.my/catalogue.
Acara turut meriah dengan kehadiran pemenang pingat emas World Memory Championship 2014, Yanjaa Wintersoul dengan keistimewaan mempunyai daya ingatan yang tajam dan mampu menghafal kesemua 328 muka surat katalog IKEA 2018.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sejak semalam, negara matahari terbit Jepun sekali lagi diuji dengan bencana alam. Kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan banyak rumah dihanyutkan arus deras mengakibatkan kematian termasuk 19 masih hilang.
Pray For Japan kerana negara ini antara yang kerap menghulurkan bantuan saat Malaysia diuji dengan masalah.
Dikongsi dari laporan Zuwita Ramli, rakyat Malaysia yang menetap di Jepun yang juga Owner and Founder at Tokyo Organic HQ, dirinya banyak berkongsi info-info menarik dari Jepun. Berikut adalah perkongsiannya.
2 mati, sekurang-kurangnya 19 masih hilang dan 21,000 rumah diarahkan untuk dikosongkan serta-merta dalam kejadian tanah runtuh atau lebih tepat “lumpur runtuh” di bandar Atami, wilayah Shizuoka awal pagi semalam.
Kejadian tanah runtuh macam ni ikutkan bukan sesuatu yang luar biasa pun untuk berlaku di Jepun sebab ikut statistik, lebih kurang 1000 kejadian tanah runtuh berlaku di Jepun setiap tahun, bermakna sebulan lebih kurang 80 kejadian tanah runtuh berlaku!
Banyak kan?
Sebabnya 70% dari bentuk muka bumi Jepun adalah gunung dan lebih 100 daripadanya adalah gunung berapi aktif. Gunung berapi aktif di Jepun saja dah membawa kepada 10% daripada jumlah gunung berapi di dunia. Sungguh la banyak. Tu gunung berapa aktif ye. Kalau yang dah mati bertambah-tambah banyaklah.
Kenapa fakta ni penting?
Sebab ini yang berlaku dekat Atami, iaitu pertembungan faktor-faktor ni. Yang berlaku semalam tu bukan tanah runtuh saja, tapi “mudslide” atau debu gunung berapi yang runtuh dari pergunungan di atasnya, yang dibawa oleh hujan yang lebat.
Menurut Pakar Tanah Runtuh dari Tokyo University of Agriculture and Technology, Ishikawa Yoshiharu, tanah di kawasan lereng gunung Atami tu dah ditutup dengan lapisan tanah debu gunung berapi. Debu gunung berapi ni pula sangat mudah mengalir setelah menyerap air.
Nak pula sekarang memang musim hujan sebab pertukaran ke musim panas atau dipanggil “tsuyu”. Taburan hujan yang tinggi juga dikatakan salah satu kesan dari keragaman iklim, atau La Niña yang melanda. Jadi tak hairanlah kejadian seperti semalam boleh berlaku di Atami dengan kelajuan “mudslide” sekitar 40km/j.
Kalau sebelum ni Jepun dah bina teknologi hebat macam seismometer untuk kesan gempa bumi lebih awal, mungkin di masa akan datang saya tak hairan kalau Jepun boleh cipta sesuatu yang hebat untuk kesan kejadian tanah runtuh lebih awal.
Sebab bak kata seseorang pada saya, Jepun ni nyawa je diorang tak boleh buat.
Nonetheless, Pray for Japan
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kerajaan negeri Johor tidak menolak kemungkinan untuk membeli Legoland Malaysia Resort sekiranya menerima tawaran baik daripada Khazanah Nasional Bhd.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse, berkata pihaknya kini sedang mendapatkan maklumat lanjut berkaitan hasrat Khazanah menjual aset taman air miliknya itu.
“Kerajaan negeri tidak tolak kemungkinan untuk beli Legoland, tapi kita perlu melihat kertas cadangan terlebih dahulu. Ia perlu bersifat ‘willing seller willing buyer’ munasabah dan memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak,” katanya.
Isu itu bertitik tolak daripada laporan mengenai Khazanah tidak menolak sebarang cadangan penjualan aset sedia ada miliknya termasuk Legoland Malaysia Resort , jika ia mampu memberi pulangan nilai lebih baik pada masa depan.
Pengarah Urusannya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan dilapor berkata, hasil penjualan daripada aset berpotensi dan memiliki nilai pasaran baik berupaya memberikan Khazanah modal baharu untuk meneroka cabang pelaburan lain yang berupaya memberikan keuntungan lebih tinggi.
Memetik laporan Bloomberg, sayap pelaburan kerajaan itu sedang mempertimbangkan untuk menjual Legoland Malaysia yang dianggarkan bernilai sekitar RM1 bilion (AS$245 juta), termasuk hutang.
Legoland ialah taman bertemakan Lego yang pertama di Asia dengan kawasan seluas lebih 50 padang bola sepak dengan lebih daripada 15,000 model Lego yang diperbuat daripada lebih 60 juta kepingan Lego.
Mengulas lanjut, Jimmy berkata, meskipun terkejut dengan laporan media kerana pihaknya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu, beliau bagaimana menganggapnya sebagai amalan biasa perniagaan.
“Perkara ini normal, peranan Iskandar Investment Bhd (IIB) (syarikat pegangan Khazanah yang memiliki Legoland) adalah untuk melabur dan menjayakan projek pembangunan dana apabila ia sudah berjaya mereka tiada peranan lagi. Ini adalah sebahagian daripada penstrukturan semula korporat. Siapa pun syarikat yang memiliki Legoland selepas ini, kita yakin taman tema ini akan terus beroperasi seperti biasa,” katanya.
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...