Sudah hampir dua minggu penduduk di Malaysia dibenarkan untuk ‘cuti-cuti Malaysia’ dan menginap dipelbagai pilihan hotel dan resort.
Untuk yang ada anak kecil, pastinya lokasi penginapan yang mempunyai kemudahan kolam renang menjadi pilihan hati untuk ‘bercuti’. Malangnya, aktiviti ini tidak diizinkan beroperasi dan itu membantutkan setengah-setengah keluarga untuk mula bercuti di dalam negara.
Ads
Selepas ini, tiada alasan lagi untuk tidak membawa keluarga bercuti dan menginap di hotel serta resort kegemaran. Mulai 25 Jun 2020, aktiviti berenang menggunakan kemudahan kolam dibenarkan untuk beroperasi untuk aktiviti latihan tanpa sentuhan fizikal serta kolam renang di tempat terkawal dan awam, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Ads
Kebenaran ini termasuk aktiviti terjun dan menyelam, dengan mengikut sesi serta jumlah yang dihadkan pada satu-satu masa, berdasarkan kapasiti kolam renang. Kebenaran itu diberikan kepada atlet kebangsaan, negeri, dan perenang kelab, serta akademi renang dalam program latihan tertentu, dan untuk peserta atau perenang, dalam program latihan berperingkat seperti program ‘belajar berenang’.
Bagi kolam renang di tempat terkawal seperti kolam renang persendirian di kediaman, kolam renang awam di hotel, dan kelab rekreasi, kebenaran tertakluk kepada SOP kolam renang. Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM), sedang perhalusi lagi SOP tersebut dan akan maklumkan kepada orang ramai. Antara syarat yang perlu dipatuhi adalah menyediakan petugas kolam renang atau ‘life guard’, untuk memastikan jumlah pengguna kolam renang terkawal. Jumlah pengguna masih perlu dihadkan mengikut kapasiti kolam renang.
Apabila melancong di negara luar, ada masanya sukar untuk mencari makanan yang halal. Apatah lagi jika bercuti di negara yang majoriti masyarakatnya tidak beragama Islam. Sesetengah premis makanan tersalah anggap akan konsep hidangan halal.
Bagi mereka, ‘As long as no pork’, makanan tersebut sudah halal dan boleh dihidangkan kepada pelancong Muslim. Mereka juga beranggapan hidangan vegetarian sudah bebas unsur tidak halal.
Justeru itu, pastinya terdapat sedikit perbezaan di situ. Vegetarian membolehkan penggunaan bahan-bahan yang memisahkan mereka untuk menjadi halal. Contohnya penggunaan alkohol dalam kuah, sos dan perisa vanila. Sesetengah resepi vegetarian juga menggunakan wain sebagai ramuan. Walaupun kuantiti yang digunakan adalah sedikit, tetapi ia tetap dilarang.
Coklat dan manisan yang terdapat di pasaran luar juga kadangkala mengandungi alkohol. Selain alkohol, penggunaan gelatin yang berasaskan sumber haiwan yang diragui juga mudah dijumpai dalam kandungan pemakanan yang ditulis di luar pek. Pendek kata, sebahagian besar produk coklat yang dijual di luar negara mengandungi gelatin babi dan tidak sesuai untuk digunakan oleh pengguna Islam.
Entri kali ini memberi tip bagaimana mahu makan halal sepanjang pengembaraan anda.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bawak kit kecemasan? Mungkin bagi ramai di antara rasa perkara itu remeh.
Ya, LIBUR juga bersetuju mungkin agak remeh untuk membawa kit kecemasa ke hulu ke hilir jika pergi bercuti. Namun dalam situasi penting atau jika ada kondisi kesihatan penting perlu diberi perhatian kit kecemasan memang penting!
Bagi anda yang berdepan kondisi kesihatan seperti LIBUR kongsi di bawah, membawa kit kecemasan sudah jadi satu keperluan.
Pil yang mengandungi antihistamines sangat berkesan untuk menentang alahan, kegatalan, kemerahan mahupun gigitan serangga pada kulit. Losen calamine pula bertindak merawat kulit bengkak akibat kegatalan dan kulit yang alah secara tiba-tiba sekiranya anda tersilap makan.
Makanan yang tidak sesuai dengan perut anda atau termakan makanan tercemar ketika bercuti akan membuatkan percutian anda malang. Oleh itu, adalah penting jika anda terus mengekalkan hidrasi tubuh badan dengan meminum banyak air seperti dioralyte kerana ia mengandungi garam rehidrasi yang bertindak sebagai penyegar kerana kandungan gula dan garam (glukosa, natrium klorida, kalium klorida dan hidrogen disodium sitrat). Biasanya, minuman ini diambil oleh orang yang diserang sakit cirit birit untuk menggantikan cecair yang hilang.
Makanan yang tidak dikenali ketika bercuti boleh menyebabkan masalah sembelit. Laxative atau julap boleh membantu anda ‘membuang’ dalam jangka masa pendek. Kebanyakan julap hadir dalam bentuk pil atau sirap. Jika anda lebih berhati-hati, sembelit boleh dicegah dengan mengambil diet tinggi serat dan minum banyak cecair.
Jika anda mengalami perut pedih akibat pedih hulu hati, rasa panas dan tidak selesa akibat mengambil makanan dan minuman yang ‘tajam’, ketika ini anda memang memerlukan antasid. Ia membantu melegakan masalah keasidan tinggi dalam perut anda.
Jika anda mudah diserang penyakit, ada baiknya anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu kerana pil antibiotik tidak boleh diambil sebarangan. Doktor anda akan mengesyorkan ubat-ubatan yang perlu dibawa. Elak membeli pil antibiotik yang dijual di farmasi tanpa arahan dari doktor.
Ubat penahan sakit penting untuk melegakan masalah sakit kepala, sakit otot, sakit gigi mahupun ketika senggugut. Jangan lupa bawa ubat yang mengandungi aspirin (misalnya Aspro clear), paracetamol (misalnya panadol) atau ibuprofen (misalnya Nurofen). Tapi kami mengesyorkan anda memilih pelekat seperti koyok atau plaster kerana lebih memudahkan anda berbanding ubat-ubatan kerana terlalu terdedah atau terbiar tanpa sedar boleh menyebabkan ubat kurang berkesan. Malah, aspirin tidak dibenarkan diberi kepada kanak-kanak melainkan nasihat doktor.
Satu botol kecil yang mengandungi chlorhexidine membantu mencegah jangkitan kulit. Tisu antiseptik juga berguna untuk mengelap dan membersihkan luka. Pembalut dan plaster berguna untuk rawat kelukaan kecil pada tangan dan anggota lain. Dettol adalah bahan antiseptik yang mudah dibawa.
Kulit terbakar boleh dicegah sekurang-kurangnya anda menyapu krim sinar matahari yang memapunyai perlindungan matahari (SPF) yang tinggi dan sesuai. Penggunaan aloe vera merupakan bahan semulajadi yang membantu meredakan kemerahan pada kulit.
Selain bahan ubatan di atas, kini anda boleh mendapati barangan digital berbentuk mini seperti termometer yang mudah dibawa untuk melihat suhu tubuh badan anda. Setakat kain kecil dan gunting kecil pasti tidak mempunyai masalah asalkan ia tidak disalah guna. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Keindahan Kashmir dan juga keagungan mercu tanda Taj Mahal membuatkan ramai yang sanggup ke India walaupun dulu ia bukanlah menjadi destinasi pilihan pelancongan.
Walaupun begitu, daripada pengalaman mereka ke sana, sebelum berangkat bercuti ke India sebaiknya anda perlu membuat persiapan kerana keadaan di sana tidaklah seperti kita melancong ke Eropah, Korea dan sebagainya.Jadi apa persediaan yang perlu anda lakukan sebelum bercuti ke India?
Ini 10 persediaan yang boleh menjadi rujukan kepada anda.
Duit Tip
Sediakan duit lebih untuk bagi tip sebab budaya di India, bagi duit tip adalah perkara biasa. Sememangnya ramai di antara rakyat India yang cari makan dengan mengharapkan duit tip. Tidak kira sama ada di New Delhi, Agra ataupun Kashmir. Tak sah tak bagi tip kepada mereka. Jangan terjebak atau biarkan diri dibantu oleh orang asing. Tak ada maknanya dia tolong tarik beg dengan percuma. Semuanya perlu dibayar. Kalau tak bayar, dia akan kejar anda sampai sudah.
Tukar Duit
Tukar duit awal sebelum berangkat ke India. Di Kashmir, ada kalanya duit RM atau USD laku dalam urusan jual beli tapi rugi jika ditukar atau convert. Orang di Kashmir atau New Delhi yang berniaga kebanyakkannya pandai dan fasih berbahasa inggeris.
Pergi Bulan Ogos Atau September
Bulan terbaik untuk ke Kashmir adalah antara Ogos dan September. Musim lusuh dengan cuaca yang tak berapa sejuk diiringi permandangan yang sangat cantik. Kalau travel pada musim sejuk, tidak digalakkan tidur di guest house kerana kebanyakkan guest house di Kashmir tidak mempunyai alat pemanas. Seeloknya anda tidur di bost house atau hotel 4 ke 5 bintang. Sekurangnya ada pemanas walaupun menggunakan cara tradisional.
Makanan Halal Senang
Kebanyakkan rakyat India adalah vegetarian. Cumanya kebersihan makanan itu harus dijaga dengan makan di restoran-restoran yang diyakini. Jangan makan street food. Nanti sakit perut, akan memberikan ketidakselesaan kepada anda. Di Kashmir lagi senang cari makanan halal sebab di Kashmir mempunyai 95% penduduk Muslim, 3% Hindu dan 1% Kristian dan 1% Sikh. Jangan lupa juga bawa ubat cirit birit atau demam untuk langkah berjaga-jaga in case terkena makanan beracun.
Kashmir Bersih
Dari segi kebersihan, Kashmir mendahului berbanding wilayah-wilayah lain. Orang di Kashmir lebih menjaga kebersihan berbanding orang di New Delhi dan Agra. Rumah-rumah di Kashmir macam di Switzerland. Kashmir dan New Delhi adalah dua tempat yang sangat berbeza dari segi pemandangan dan kebersihan.
Lokasi Paling Cantik
Antara Pahalgam (mini Switzerland, Kashmir Valley) Gulmarg, Sonamarg, di Sonamarg adalah tempat paling cantik. Jangan lupa untuk singgah ke sana. Naik kuda di celah-celah salji. Tempat shooting Bhajrangi Bhaijaan & Mission Imposibble. Naik kuda tu pun jangan terima dahulu. Tanya harga dan tawar menawar. Kebiasaannya mereka akan offer RS1500, cuba tawar sehingga RS800.
Visa Mohon 3 Bulan
Visa India ETA boleh apply 3 bulan. Ada yang setahun. Setahun harganya dalam RM400 lebih. Mohon yang 3 bulan dalam RM340 sahaja.
Download Apps OLACABS
Apps ini macam Grab di Malaysia. Jauh lebih murah daripada teksi. Jangan suka naik tuktuk sebab mereka akan caj per kepala. Daftar guna nombor Malaysia di apps ini pun boleh. Cuma mereka tak dapat call sekiranya anda tidak dijumpai. Gunakan pengangkutan awam seperti keretapi atau bas juga berbaloi tetapi kena study dahulu laluan bas yang digunakan.
Taj Mahal Tutup Hari Jumaat
Taj Mhaal dan kawasan sekitar tutup hari Jumaat untuk lawasan bagi memberikan laluan kepada waktu solat. Elakkan pergi waktu weekend sebab ramai manusia akan membanjiri kawasan sekitar Taj Mahal. Jangan terpedaya dengan orang yang offer menjadi tourist guide sebab anda ada kebarangkalian untuk dikenakan tip yang mahal. Gunakan tourist guide yang berdaftar di bawah kerajaan. Free of Charge.
Shopping Barangan Kulit Murah
Shopping barangan kulit paling murah adalah di Ground Market. Jaket kulit asli cuma RS2500. Anda juga boleh beli semua barang cenderahati di sini kerana harganya murah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Musim bunga sentiasa menjadi antara waktu paling dinantikan oleh kaki travel. Cuaca yang lebih nyaman, bunga berkembang di merata tempat dan suasana penuh warna...