Zoo Di Jerman Terbakar. Lebih 30 Haiwan Mati Terbakar Hidup-Hidup. Sadisnya!

Share

30 haiwan mati dalam insiden kebakaran di sebuah zoo di barat Jerman mengejutkan ramai pencinta binatang di sana.

Laporan awal kebakaran di zoo yang dikenali sebagai Krefeld Zoo berpunca daripada percikan bunga api yang terkena kawasan zoo itu ketika sambutan ambang tahun baharu 2020 yang lalu. Percikan itu terus menjilat dengan pantas sebahagian kawasan zoo dan menghasilkan api yang besar.

Menurut pihak berkuasa, antara haiwan yang mati termasuk kera, monyet, kelawar dan burung. Jurucakap zoo tersebut pula berkata keseluruhan tempat tinggal spesis monyet musnah terbakar.

Antara spesis monyet yang mati termasuk lima orang utan, dua gorila, seekor cimpanzi dan beberapa ekor monyet. Hanya dua cimpanzi berjaya diselamatkan anggota bomba tetapi mengalami melecur pada badan, namun berada dalam keadaan stabil.

Pengarah zoo berkata kebanyakan haiwan yang mati merupakan antara spesis yang hampir pupus di hutan. Orang ramai dilihat membanjiri kawasan zoo dengan meletakkan jambangan bunga dan bersimpati terhadap haiwan yang terbunuh.

IKLAN