•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kolam renang berciri semula jadi, kelab khas untuk kanak-kanak dan aktiviti panjat pokok merupakan antara ciri-ciri unik hotel keluarga kegemaran tetamu sedunia, menurut pakar penginapan Hotels.com™.

Anugerah Kegemaran Tetamu (LovedbyGuests) Hotels.com yang berprestij merupakan anugerah tahunan yang diberikan berdasarkan penilaian tetamu hotel sedunia.  Ia meraikan dan mengiktiraf hotel yang mencapai purata terbaik penilaian ulasan tetamu, dengan lebih 25 juta ulasan yang asli dan dipercayai daripada tetamu yang benar-benar menginap di hotel-hotel tersebut.

100 buah hotel di seluruh dunia telah menerima anugerah ‘Terbaik untuk keluarga’* 2017 dan berikut ialah beberapa pilihan daripada hotel-hotel tersebut, setiap satunya dengan ciri kegemaran keluarga yang tersendiri.

Lawatan menarik di taman marin
The Westin Dragonara Resort, Malta (5 bintang) Penilaian Ulasan: 4.4 daripada 5 di Hotels.com

Jelajah Malta daripada pangkalan yang sempurna ini dengan perjalanan untuk seluruh keluarga termasuk ke Taman marin, Taman Air Splash and Fun, Taman Hidupan Liar dan Pelayaran persiaran pelabuhan. Menu SuperChefs Eat Well memberi kanak-kanak hidangan berkhasiat yang diperlukan oleh mereka untuk pengembaraan sepanjang percutian supaya mereka boleh bermain air di dua kolam luar, menjadi kreatif di Westin Family Kids Club dan menjelajah suak berpasir yang eksklusif di Reef Club. Lebih menarik lagi, dua orang kanak-kanak boleh menginap secara percuma berasaskan penginapan yang sama apabila berkongsi bilik dengan dua orang dewasa yang membayar. Tarif bilik dari RM837 semalam*.

Scandi Safari

Bandholm Hotel, Denmark (4 bintang) Penilaian Ulasan: 4.6 daripada 5 di Hotels.com

Denmark terkenal dengan bandar Eropahnya yang penuh bergaya tetapi banyak lagi yang boleh dinikmati oleh seluruh keluarga di sini. Di hotel ini, nikmati alam semula jadi dengan sepenuhnya di Taman Safari Knuthenborg yang berdekatan atau bermain air di Lalandia, iaitu taman air untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Menginap di pangsapuri percutian di sini dan nikmati malam musim panas Scandinavia dengan menghadap laut. Pada siang hari, kanak-kanak boleh menikmati air suam di jeti mandian, pontun terapung dan gelongsor kecil. Untuk tetamu dewasa, jangan lupakan spa, muzium yang berdekatan dan kota Bandholm yang aneh tetapi cantik. Tarif bilik dari RM406 semalam**.

Pakej hiburan yang sempurna

JA Jebel Ali Beach Hotel (5 bintang), Dubai Penilaian Ulasan: 4.4 daripada 5 di Hotels.com

Bersantai di pantai Dubai yang cantik atau penuhkan jadual perjalanan keluarga dengan pusingan golf di padang golf 9 lubang yang dimiliki resort, spa, tiga kelab kanak-kanak, aktiviti menunggang kuda, tenis, yoga dan taman air. Dengan lokasinya yang berhampiran dengan Legoland, Taman Air Legoland, Motion Gate, Bollywood Park dan Riverland, pasti tiada pengakhiran untuk hiburan berdekatan anda. Tarif bilik dari RM452 semalam**.

Berseronoklah dengan permainan

Wish Resort Golf Convention FozdoIguaçu, Brazil (4.5 bintang) Penilaian Ulasan: 4.5 daripada 5 di Hotels.com

Wish Resort Golf ialah tempat yang paling sesuai untuk melawat Amerika Selatan yang terletak 20 minit dari Air Terjun Iguaçu di sempadan antara Brazil, Paraguay dan Argentina. Di dalam resort, serlahkan kehebatan anda dengan sukan bola sepak, bola keranjang, bola tampar, panjat tembok dan golf mini. Jika itu tidak mencukupi, pengembara cilik boleh mendaftarkan diri dalam salah satu kelab kanak-kanak terbesar di Brazil dengan kawasan seluas 500m2 yang lengkap dengan bilik permainan, permainan video dan pawagam. Untuk ibu bapa pula, bersantailah di satu daripada 10 kolam di sekeliling resort, menjejak langkah mengikuti denai semula jadi atau menguji kehandalan sukan anda di padang golf 18 lubang. Tarif bilik dari RM368 semalam*

Taman Permainan Pengembaraan

Fairmont Mayakoba, Playa del Carmen, Mexico (5 bintang) Penilaian Ulasan: 4.5 daripada 5 di Hotels.com

Tiada tempat yang lebih sesuai untuk santaian seisi keluarga kalau bukan di hutan tropika yang seluas 240 ekar yang dikelilingi oleh jalan air yang indah. Terdapat lima kolam renang termasuk kolam bentuk bebas bersaiz 10,000 kaki persegi dan gelongsor air, kolam mainan kanak-kanak dan kolam tepi infiniti untuk orang dewasa sahaja yang menghadap lagun – semua jenis untuk semua orang. Terdapat denai semula jadi, lawatan bot pemandangan indah, sukan air tidak bermotor, tenis untuk penggemar aktiviti manakala Discovery Club menanti kedatangan kanak-kanak dengan pelbagai pengembaraan yang ditawarkan olehnya. Tarif bilik dari RM1,122 semalam*

Riang Ria Bermain Air

The Andaman, a Luxury Collection Resort, Langkawi, Malaysia (5 bintang) Penilaian Ulasan: 4.6 daripada 5 di Hotels.com

 

Dengan kolam renang gaya lagun yang bersebelahan pantai dan pokok hutan hujan yang mencakar langit, resort ini umpama syurga dunia. Terdapat gelongsor air menjunam untuk kanak-kanak dan pengembara berjiwa muda serta bahagian meranduk untuk kanak-kanak bertatih.  Dan jika si manja anda inginkan pengembaraan kecil, mereka boleh menyertai Kelab Young Explorer dalam rombongan pendidikan yang berkisar sekitar alam semula jadi dan penjelajahan.Tarif bilik dari RM770 semalam*.

Kolam Bola

Fleur de Chine Hotel, Yuchi, Taiwan (5 bintang)
Penilaian Ulasan: 4.6 daripada 5 di Hotels.com

Dengan lokasi di tengah-tengah Yuchi, hotel ini merupakan alam ajaib untuk golongan dewasa dan kanak-kanak dengan teres atas bumbung, kolam renang luar dan dalam, taman air percuma serta kelab kanak-kanak. Untuk ibu bapa, jarak hotel ini hanyalah 20 minit berjalan kaki dari Tokong Xuanzhuang dan Sun Moon Lake Peacock Park atau bersantailah di spa perkhidmatan penuh.Tarif bilik dari RM1,114 semalam*

Riang ria bersama Minion

Universal Port Hotel, Osaka, Jepun (3.5 bintang) Penilaian Ulasan: 4.6 daripada 5 di Hotels.com

Dengan lokasi yang betul-betul bersebelahan dengan Universal Studio Japan, hotel ini merangkumi ciri ketenangan tetapi juga dipenuhi keseronokan. Bermalamlah di bilik bertemakan Minion, lawati kedai Universal Studio dan makan di restoran bertema, iaitu Rex Cafe dan Port Dining Ricorico. Sebagai bonus tambahan, kanak-kanak (6 tahun dan ke bawah) boleh menginap secara percuma di bilik ibu bapa atau penjaga menggunakan katil sedia ada. Tarif bilik dari RM569 semalam*

Memburu harta karun
SteinEriksenLodge, ParkCity, Utah, Amerika Syarikat (5 bintang) Penilaian Ulasan: 4.7 daripada 5 di Hotels.com


Jelajahi belantara di resort pengembaraan ini sepanjang tahun. Pada musim sejuk, tetamu boleh bermain ski, geluncur tiub salji dan kereta geluncur bermain perahu. Manakala untuk musim panas pula, tetamu boleh bermain terbang kelawar (ziplining), mendaki, menunggang kuda dan berakit di sungai. Dengan lokasi yang berhampiran dengan Taman Olimpik Utah, ujilah kemahiran sukan anda atau cabar diri anda di dalam kawasan resort. Kanak-kanak boleh memburu harta dengan mengambil buku pasport mereka sendiri, melengkapkan hentian, memperoleh cap dan mendapatkan pingat emas selepas mereka melengkapkan kesemua hentian, bersama dengan penginapan satu malam percuma untuk kunjungan anda yang seterusnya. Penjelajah cilik juga boleh berkhemah di dalam bilik anda dengan khemah, mainan moose lembut, lantera bintang National Geographic dan buku panduan. Tarif bilik dari RM1,068 semalam*

Penjelajah Taman Negara
NinepipesLodge, Charlo, Amerika Syarikat (3 bintang)
Penilaian Ulasan: 4.0 daripada 5 di Hotels.com


Sesuai untuk pencinta pengembaraan, Ninepipes Lodge di Charlo ialah tempat mencari ketenangan muktamad untuk keluarga yang tercari-cari percutian berasaskan aktiviti. Anda akan menikmati pengalaman Montana yang sebenar dengan pemandangan Pergunungan Mission dan Empangan Ninepines yang menakjubkan. Dengan jarak hanya 20 minit dari Tasik Flathead dan sangat dekat dengan Taman Negara Glacier, seluruh keluarga boleh turut menghayati keindahan alam semula jadi, mendaki hutan di sekeliling atau memancing ikan di tasik.Tarif bilik dari RM442 semalam*

Kesemua hotel keluarga yang memenangi anugerah ini, serta beratus-ratus ribu lagi,boleh ditempah dalam talian melalui Hotels.com atau melalui aplikasi mudah alih yang tersedia untuk peranti IOS, Android dan Amazon Kindle, yang pelanggan juga akan mempunyai akses kepada Harga Eksklusif khas*** untuk membantu mereka lebih berjimat untuk penginapan mereka yang akan datang.

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: