Program Limpahan Lampu Biru (#LightItBlue) telah diadakan di 38 bangunan serta lokasi terpilih di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan sebagai simbolik penghargaan kepada seluruh rakyat dan petugas barisan hadapan melawan COVID-19.
Program anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan bermula 30 April 2020 hingga 3 Mei 2020 jam 10.30 malam hingga 1 pagi melibatkan bangunan ikonik dan jalan utama di tiga wilayah persekutuan. Warna biru dipilih memandangkan ia adalah warna rasmi sektor perubatan yang membawa maksud kredibiliti, pengetahuan, kepercayaan dan fokus.
Tujuan utama program itu adalah demi menzahirkan jutaan terima kasih terhadap pengorbanan, kecekalan, kesungguhan, jasa dan keringat pasukan barisan hadapan, baik di sektor awam, swasta serta sukarelawan yang bertugas tanpa sempadan memerangi wabak COVID-19 untuk rakyat Malaysia.
Tidak ketinggalan beberapa negeri lain turut mengambil bahagian. Antara mesej yang ingin disampaikan adalah solidariti kepada semua petugas barisan hadapan khususnya di ibu negara selain perhangaan kepada pengorbanan rakyat dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Orang ramai juga digalakkan menyertai inisiatif itu dengan memasang lampu biru di kediaman masing-masing.
Ads
Istana Negara turut tidak ketinggalan dalam menzahirkan solidariti kepada pasukan petugas hadapan dalam mengekang wabak COVID-19 dengan menyertai program Limpahan Lampu Biru anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan.
Ads
Dalam catatan terbaharu di laman rasmi Instagram Istana Negara, ia menyebut Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Raja Permaisuri Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, serta ahli keluarga lain berkenan agar seluruh Istana Negara dilimpahi dengan cahaya kebiruan.
Ads
“Program Limpahan Lampu Biru adalah sebagai sokongan dan penghargaan kepada para petugas barisan hadapan yang berjuang mengekang wabak COVID-19,” menurut catatan itu lagi.
Bagi mereka yang suka bercuti ala camping, pastinya melihat keindahan sunset paling dinanti.
Antara lokasi melihat sunset terbaik adalah di H&N Campiste Port Dickson. Keindahan kala cahaya mula menghilang di sana cukup mendamaikan kala dilihat lewat senja.
Tidak dinafikan lagi campsite ini antara yang agak popular di pantai Port Dickson dan sering jadi pilihan buddies yang berkhemah di sini.
Sewa yang dikenakan juga berpatutan dengan RM45 untuk satu khemah bagi 4 orang dan tambahan RM3 untuk setiap seorang caj dikenakan.
Ayuh, ikuti perkongsian salah seorang sahabat Camping Buddies Malaysia, Ewan Mc Jawer yang memgambil kesempatan bercamping di sini.
Memburu sunset di H&N Campsite Port Dickson; H&N sebuah Campsite yg tak perlu diperkenalkan lagi. Spot camping yg popular di Port Dickson.
Melihat posting-posting dari buddies-buddies yang pernah berkhemah di sini, membuatkan kami tergerak untuk mencuba berkhemah di sini.
Trip 3h2m seakan tidak cukup untuk menikmati keindahan pemandangan pantai. Lebih-lebih lagi ketika dekat senja.. spot ni boleh dikatan spot sun set yang paling cantik pernah saya kunjungi.
Selain itu. Lokasi campsite yg dekat dengan pasar malam dan port-port makan. Amatlah convinent. Stok makanan memang kami bawa sedikit je. Selebihnya order saja.
Bagi kami, campsite ni antara spot pantai yg boleh dikatakan istimewa dan best. Kemudahan mencukupi seperti tandas 24jam dan sinki.
Ini sudah memadai buat kami. Cuma pada masa akan datang sekiranya ada penambahbaikan pada toilet amat-amat dihargai.
30 haiwan mati dalam insiden kebakaran di sebuah zoo di barat Jerman mengejutkan ramai pencinta binatang di sana.
Laporan awal kebakaran di zoo yang dikenali sebagai Krefeld Zoo berpunca daripada percikan bunga api yang terkena kawasan zoo itu ketika sambutan ambang tahun baharu 2020 yang lalu. Percikan itu terus menjilat dengan pantas sebahagian kawasan zoo dan menghasilkan api yang besar.
Menurut pihak berkuasa, antara haiwan yang mati termasuk kera, monyet, kelawar dan burung. Jurucakap zoo tersebut pula berkata keseluruhan tempat tinggal spesis monyet musnah terbakar.
Antara spesis monyet yang mati termasuk lima orang utan, dua gorila, seekor cimpanzi dan beberapa ekor monyet. Hanya dua cimpanzi berjaya diselamatkan anggota bomba tetapi mengalami melecur pada badan, namun berada dalam keadaan stabil.
Pengarah zoo berkata kebanyakan haiwan yang mati merupakan antara spesis yang hampir pupus di hutan. Orang ramai dilihat membanjiri kawasan zoo dengan meletakkan jambangan bunga dan bersimpati terhadap haiwan yang terbunuh.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Banyak bangunan sejarah bercirikan Islam yang ditinggalkan dan boleh dilawati bagi sesiapa yang datang ke sini.
Granada bermaksud ‘buah delima’. Jadi tidak hairanlah sekiranya sepanjang kembara di bumi Granada, terdapat banyak pokok-pokok delima yang tumbuh subur di Tanah bangsa Morish terutama sekitar perbukitan Istana Alhambra. Tanah yang subur!!
Granada termetri sebagai wilayah terakhir di bawah penguasaan Khalifah Umayyah Andalusia yang jatuh dalam penguasaan Ratu Isabella dan Raja Ferdinand V, Penguasa dari Aragon.
Sejarah membuktikan kelemahan pemerintahan menjadi punca perpecahan dalam pemerintahan Khalifah Hisyam Al-Muaiyah sehingga wujudnya hampir 20 wilayah di tanah Andalusia. Dengan perpecahan yang berlaku, secara berperingkat keunggulan dan kehebatan pemerintahan khalifahan mulai lemah kerana setiap pemimpin ingin memerintah wilayah mereka dengan cara sendiri.
Berbalik kepada wilayah Granada, penguasaan ke atas wilayah itu bukan disebabkan kemenangan yang diraih dalam perperangan tetapi dek kerana tamak dan perasaan iri hati seorang anak terhadap ayahandanya sehingga sanggup membelot dan melakukan rampasan kuasa.
Malahan, Raja Abu Abdullah atau Raja Muhammad XII yang lemah dan penakut sanggup menyerahkan wilayah berkenaan kepada Ratu Isabella dan Raja Ferdinand V semata-mata kerana ingin mengekalkan kekuasaannya.
Namun, perjanjian yang termeterai antara dua pemimpin berkenaan telah menyaksikan runtuhnya kerajaan Islam Umayyah Andalusia yang telah berkuasa di tanah itu lebih 800 tahun. Malah lebih lama dari kekuasaan kerajaan Uthmaniah di Turki sekitar 600 tahun.
Dengan perjanjian berkenaan, maka secara total Andalusia di baemwah penguasaan Ratu Isabella dan Raja Ferdinand V. Maka, berakhir lah Islam di Andalusia.
Kerajaan Ratu Isabella dan Raja Ferdinand V sangat taksub untuk menguasai wilayah Granada yang terkenal dengan Istana dan benteng Alhambra yang sangat Indah dan gah.
Alhambra, Istana dan benteng di bina semasa pemerintahan Dinasti Nasrid merupakan simbol kemegahan Kota Granada dan menjadi kebanggaan Khalifah Islam Umayyah Andalusia malah turut terkenal seluruh dunia.
Bukan mudah untuk kerajaan Ratu Isabela dan Raja Ferdinand V menawan kota Granada melalui perperangan kerana faktor geografi dan kedudukannya di atas bukit yang dikelilingi lembah.
Bukan tidak pernah kerajaan Ratu dan Raja berkenaan cuba melancarkan sesi perperangan namun, kekalahan tetap mengiringi pasukan mereka. Tambahan pula, kemahiran orang-orang Moor dalam melancarkan serangan di posisi perbatuan dan berbukit memberi kelebihan kepada kerajaan Moor memenangi setiap serangan dari pihak musuh.
Di sebab kan itu lah, Pasangan berkenaan menanfaatkan Raja Abu Abdullah yang juga digelar sebagai ‘boabdil’ yang di anggap lemah dalam pemerintahan untuk terus menguasai Andalusia secara total.
Ya, Granada wilayah terakhir dikuasai oleh Ratu Isabela dan Raja Ferdinand V sehingga dunia Eropah mengangkat pasangan tersebut sebagai penguasa yang masyhur seluruh dunia kerana berjaya menguasai Andalusia.
Jadi, tidak hairan lah di tengah-tengah kota Granada terbinanya tugu pasangan itu sebagai memperingati Ratu dan Raja yang telah menguasai negara berkenaan dari kerajaan Islam.
Bagi aku, Granada yang terletak berhampiran pergunungan Sierra Naveda sangat indah dan cantik serta sudah pasti perlu di masukkan dalam ‘wishlist’ para pencinta dunia kembara.
Disebabkan hasrat asal ingin menyelusuri dan menikmati pemandangan perbukitan kota Alhambra, berjalan kaki dari hostel Granada Pensión yang terletak lebih kurang 5km dari Istana langsung tidak terasa. Cukup Indah!!
Kota Alhambra ternyata cukup indah dan aku pasti setiap pengunjungnya merasa kagum pada setiap inci binaannya. Ya! Istana berkenaan yang telah dibangunkan sejak tahun 899 m. Aku memanfaatkan peluang yang ada sebaik mungkin dalam menghayati setiap inci binaannya kerana aku belum pasti entah bila dapat kembali ke Istana berkenaan.
Sungguh!! aku tertarik dengan Taman Singa atau Hausyus Sibb. Taman ini dikelilingi oleh 128 tiang dari marmar yang indah serta dihiasi dengan 12 patung singa yang menampakkan gahnya setiap ruang taman berkenaan. Lama aku di sini!! Terasa kagum dengan kehebatan dan halusnya seni binaan orang-orang Moor.
Antara lain yang menarik minat aku di Istana Kebanggaan Andalusia ialah Ruangan Al-Hukmi (Baitul Hukmi). Letaknya dalam Istana berkenaan berhiaskan Kaligrafi Arab yang cukup indah dan halus ukirannya.
Menampak di Kota Alhambra selama 6 jam langsung tidak terasa lamanya masa yang dihabiskan kerana aku jadi leka dan terbuai dengan keindahan yang sukar diceritakan.
Sekiranya diberi peluang, aku akan cuba rancang masa yang lebih lama di Granada serta akan menghayati setiap inci tanah Granada beserta kota-kota berdekatan seperti Malaga, Ronda, Alhama de Granada dan lain-lain kerana di sana terdapat sejarah yang cukup tragis di era kejatuhan Andalusia.
Untuk sampai ke Granada melalui penerbangan antarabangsa, boleh turun di Airport Malaga! Dari airport boleh ambil bas terus ke Granada City yang akan ambil masa selama 1jam 40 minit. Malaga adalah International Airport yang paling dekat dengan Granada…
Ada masa… Bagi peluang pada diri untuk beradaptasi dengan keindahan Malaga juga! Di saat juga ada sejarah yang cukup tragis!!!
Kemenangan pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli dalam saingan Moto3 di Automotodrom Brno, Czech Republic baru-baru ini pastinya membuatkan peminat permotoran Malaysia lebih teruja...