Bagi yang jarang menaiki kapal terbang, urusan sebelum berlepas kadang-kadang boleh buat rasa cemas. Takut tertinggal dokumen, terlebih berat bagasi, salah gate atau lambat sampai ke lapangan terbang.
Sebenarnya, pengalaman terbang akan jadi lebih mudah kalau kita buat persediaan awal. Tak kiralah penerbangan domestik atau antarabangsa, beberapa perkara asas ini memang penting untuk dielakkan daripada sebarang masalah saat akhir.
1. Semak Dokumen Perjalanan Lebih Awal
Perkara paling utama sebelum terbang ialah memastikan semua dokumen penting sudah lengkap. Untuk penerbangan domestik, pastikan kad pengenalan dibawa bersama. Bagi penerbangan antarabangsa pula, semak pasport, visa jika diperlukan, tiket penerbangan, tempahan hotel dan dokumen sokongan lain.
checking documents, Kredit Foto: Mikhail Nilov / Pexels.com
Sebaiknya, simpan salinan digital dalam telefon dan e-mel. Kalau berlaku kecemasan seperti dokumen hilang atau telefon kehabisan bateri, sekurang-kurangnya masih ada salinan yang boleh dirujuk.
2. Datang Awal Ke Lapangan Terbang
Jangan ambil mudah soal masa. Untuk penerbangan domestik, sebaiknya tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya dua jam sebelum waktu berlepas. Bagi penerbangan antarabangsa pula, datang tiga jam lebih awal.
Ini penting kerana proses daftar masuk, pemeriksaan keselamatan, imigresen dan mencari pintu pelepasan boleh mengambil masa, terutama pada musim cuti sekolah atau hujung minggu panjang.
3. Timbang Bagasi Sebelum Keluar Rumah
Salah satu masalah biasa di kaunter penerbangan ialah bagasi terlebih berat. Jadi, timbang siap-siap beg sebelum keluar rumah. Semak juga had berat bagasi daftar masuk dan bagasi kabin mengikut syarikat penerbangan yang digunakan.
Jika terlebih berat, anda mungkin perlu membayar caj tambahan. Lebih baik susun semula barang di rumah berbanding kelam-kabut membuka beg di kaunter.
4. Simpan Barang Penting Dalam Beg Kabin
Jangan letakkan semua barang penting dalam bagasi daftar masuk. Barang seperti dokumen perjalanan, dompet, telefon, pengecas, ubat-ubatan, power bank, barangan berharga dan pakaian ganti ringkas perlu diletakkan dalam beg kabin.
Ini sebagai langkah berjaga-jaga jika bagasi lambat sampai atau berlaku kelewatan. Untuk penerbangan jauh, pakaian ganti dan keperluan asas dalam beg kabin memang sangat membantu.
5. Pakai Pakaian Yang Selesa
Naik pesawat bukan masa terbaik untuk berpakaian terlalu ketat atau kasut yang menyukarkan pergerakan. Pilih pakaian yang selesa, longgar dan sesuai untuk duduk lama.
Ads
Suhu dalam pesawat biasanya agak sejuk, jadi bawa jaket nipis, selendang atau cardigan. Kasut pula biarlah yang mudah dibuka dan dipakai semula, terutama ketika melalui pemeriksaan keselamatan.
6. Minum Air Secukupnya
Udara dalam kabin pesawat boleh menyebabkan badan cepat kering. Sebelum penerbangan, pastikan badan cukup air. Elakkan minum terlalu banyak kopi atau minuman berkafein kerana ia boleh membuatkan badan lebih mudah rasa letih dan tidak selesa.
Jika penerbangan panjang, minum air sedikit demi sedikit sepanjang perjalanan. Kulit dan tekak juga akan rasa lebih selesa.
7. Makan Ringan Sebelum Naik Pesawat
Sebaiknya makan terlebih dahulu sebelum berlepas, terutama jika penerbangan tidak menyediakan makanan. Namun, elakkan makan terlalu berat atau makanan yang mudah menyebabkan perut kembung.
Pilih makanan ringan yang mengenyangkan seperti roti, buah, biskut atau sandwich. Bagi yang mudah mabuk atau loya, elakkan makanan terlalu berminyak sebelum terbang.
8. Sediakan Hiburan Sendiri
Tidak semua pesawat menyediakan hiburan dalam penerbangan. Jadi, muat turun awal-awal lagu, drama, filem, podcast, e-buku atau permainan dalam telefon.
Ads
Ini sangat berguna terutama untuk penerbangan jauh atau ketika berlaku kelewatan. Jangan lupa bawa earphone supaya perjalanan lebih selesa dan tidak mengganggu penumpang lain.
9. Cas Semua Peranti
Pastikan telefon, power bank, tablet, laptop dan earphone dicas penuh sebelum keluar rumah. Simpan kabel pengecas di tempat yang mudah dicapai.
Power bank pula perlu dibawa dalam beg kabin, bukan dalam bagasi daftar masuk. Ini antara perkara penting yang selalu terlepas pandang oleh penumpang.
10. Ambil Tahu Peraturan Cecair
Untuk penerbangan antarabangsa, cecair dalam beg kabin biasanya tertakluk kepada had tertentu. Barangan seperti minyak wangi, losyen, pencuci muka, ubat cecair dan gel perlu diletakkan dalam bekas kecil.
Sebaiknya gunakan botol travel size dan susun dalam beg plastik lutsinar. Ini memudahkan proses pemeriksaan keselamatan dan mengelakkan barang dibuang di lapangan terbang.
11. Pilih Tempat Duduk Awal
Jika mahu perjalanan lebih selesa, pilih tempat duduk semasa daftar masuk online. Tempat duduk tepi tingkap sesuai untuk yang mahu tidur atau menikmati pemandangan.
Ads
Tempat duduk lorong pula lebih sesuai untuk yang kerap bergerak, mudah ke tandas atau tidak mahu mengganggu penumpang lain. Bagi penerbangan jauh, pemilihan tempat duduk memang boleh memberi kesan besar kepada keselesaan.
12. Buat Daftar Masuk Online
Check-in online boleh menjimatkan masa, terutama jika anda hanya membawa beg kabin. Kebanyakan syarikat penerbangan membenarkan daftar masuk online dalam tempoh tertentu sebelum penerbangan.
Selepas check-in, simpan boarding pass dalam telefon atau cetak salinan jika perlu. Ini boleh mengurangkan masa beratur di kaunter.
13. Bawa Ubat Asas
Untuk lebih selamat, sediakan ubat asas seperti ubat mabuk, ubat sakit kepala, ubat perut, minyak angin, plaster luka dan ubat peribadi. Bagi yang mempunyai masalah kesihatan tertentu, pastikan ubat dibawa dalam kuantiti mencukupi.
Letakkan ubat dalam beg kabin supaya mudah dicapai bila diperlukan. Jangan simpan semuanya dalam bagasi daftar masuk.
14. Rehat Secukupnya Sebelum Terbang
Ramai yang terlalu sibuk mengemas hingga tidur lewat sebelum penerbangan. Akibatnya, badan jadi letih dan mudah stres sepanjang perjalanan.
Cuba selesaikan persiapan lebih awal dan dapatkan rehat yang cukup. Ini sangat penting jika penerbangan awal pagi, penerbangan jauh atau perjalanan melibatkan transit.
15. Semak Gate Dan Masa Boarding
Selepas melepasi pemeriksaan keselamatan, terus semak nombor gate dan masa boarding. Jangan terlalu leka membeli-belah atau makan hingga terlepas pengumuman.
Boarding checking kredit Foto: Abdiel Hernandez Villegas / Pexels.com
Nombor gate juga boleh berubah, jadi rajin-rajin semak skrin maklumat penerbangan. Pastikan anda berada di kawasan gate sebelum waktu boarding bermula.
Persediaan Awal Buat Perjalanan Lebih Tenang
Menaiki pesawat sebenarnya tidaklah rumit jika semua persediaan dibuat lebih awal. Yang penting, jangan bertangguh hingga saat akhir.
Dengan dokumen lengkap, beg tersusun, peranti dicas dan masa yang cukup, perjalanan ke destinasi pasti terasa lebih tenang. Barulah boleh mula bercuti dengan hati lapang sebaik sahaja melangkah masuk ke pesawat.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak semua orang bernasib baik dan berkemampuan untuk menaiki kapal terbang. Ada kala apabila sudah dewasa dan berkerja baru ada kesempatan dan kemampuan untuk menempah tiket kapal terbang sendiri. Jadi disebabkan itu, ada sesetengahnya yang cemas kerana tidak mempunyai pengalaman untuk ‘terbang’. Dalam kepala, terfikir cara yang betul daftar masuk, proses imigresen, apa barang yang boleh dan tidak boleh bawa naik kapal terbang, pesan makanan, cara transit dan sebagainya.
Jangan risau ya..semua orang pernah melaluinya. Ini ada tip dari seorang blogger Hani Mahmud khas buat individu yang tidak pernah langsung naik kapal terbang ke mana sahaja destinasi tidak kisah untuk dalam atau luar negara seorang diri.
A TO Z GUIDE BAGI YANG PERTAMA KALI MENAIKI KAPAL TERBANG KE LUAR NEGARA
I masih ingat lagi kali pertama I naik kapal terbang ke luar negara, nervousnya ya Allah tak tahu nak cakap macam mana. 2-3 hari sebelum I terbang, I tanya diri I sendiri “Eh..kau ni betul ke Hani oi pergi luar negara sorang-sorang. Naik kapal terbang pun tak pernah”. Serious, memang I nervous habis sebab I tak familiar lagi dengan airport procedure, I risau I sesat di Airport dan I risau I tak jumpa gate for my connecting flight. Lagi over bila I fikir kena kidnap dan hadap terrorist attack. Ceh, over! Padahal sepanjang my journey tak ada yang menyusahkan pun. Semua berjalan lancar macam I dah expert lol! Oleh itu, jutaan terima kasih kepada google dan youtube kerana banyak membantu. Hehe. Jadi, kepada sesiapa yang sedang mengalami apa yang i pernah alami ni, boleh relaks je. Here are my A to Z Guide for you :
Passport – If you travel ke luar negara, you memerlukan passport. Melainkan you Queen Elizabeth. Tapi dah tentu bukan. So, sila buat passport. Most of countries memerlukan your passport at least 6 months sebelum your passport expired. Kalau tidak diorang boleh deny you dari masuk their country. Check your passport sebelum travel ke mana-mana. Nak buat passport sekarang bagi warganegara Malaysia hanya RM200.00 bagi tempoh 5 tahun. Pergi je Imigresen bawa kad pengenalan. Passport siap hari tu juga.
Visa – Passport dan visa adalah 2 benda berbeza. Passport adalah buku lawatan yang bewarna merah bagi warganegara Malaysia. Visa adalah pass kemasukan yang dikeluarkan oleh kedutaan negara yang ingin dilawati. Sebelum pergi ke sesuatu negara, buat research dahulu samaada that country memerlukan visa ataupun tidak. Boleh refer sini : Visa Requirement For Malaysian.
Sebelum terbang kena ada flight ticket. Jangan main redah nak beli ticket time nak terbang melainkan you kaya. Kalau boleh beli diantara 3-6 bulan sebelum tarikh you nak travel. Tak perlu pakai travel agent. Sekarang ni semua boleh settle online. Untuk tahu airlines mana yang menawarkan harga lebih murah, boleh check harga ticket di Skyscanner dan Kayak . Buat perbandingan harga di antara 2 website ini dan boleh terus proceed untuk book ticket. Tapi, if you was-was nak book ticket menggunakan dua website ini, book je terus di website airlines tu. Cuma harga jauh berbeza la. Sebagai peringatan juga, nama di atas ticket HARUSLAH sama seperti di dalam passport. Kalau tak, your ticket tak valid. Menangis air mata darah pun, you tak boleh terbang. Makanya, bagi kita orang Malaysia ni yang ada “bin dan binti”, untuk mengelakkan sebarang masalah di luar negara, sila letak “bin atau binti” di bahagian First Name. Sebagai contoh :
First Name : Aman Asyriq Bin Last Name : Abdullah Hakim
Bagi penerbangan domestik, i tak rasa ada masalah if tiada “bin ataupun binti”. In fact, setakat ni my flight ticket tak pernah ada “binti” walaupun untuk penerbangan international. Tapi i tahu ada orang yang pernah ada masalah disebabkan perkara ni termasuklah kesalahan pada ejaan nama. So, kena make sure your name on ticket exactly macam your name dalam passport. Okay dokey?
1. Check in Luggage / Drop Baggage :
Check in luggage ni you boleh letak apa sahaja you nak contohnya bekalan makanan. If you dah checked in penerbangan secara online, di airport nanti you terus pergi ke kaunter “Drop Baggage”. Kalau belum, better sampai ke airport 3 jam sebelum penerbangan sebab selalunya di kaunter ni kena beratur panjang. Nak tau kaunter mana, tengok skrin monitor dan cari No Airlines. Setiap airlines ada checked baggage allowance (layari laman web airlines untuk kepastian). Ada yang 30kg, ada 32kg, ada 37kg. Depends on the airlines. Lebih daripada tu, you kena bayar. Jadi, untuk mengelakkan “terlebih berat”, timbang awal-awal di rumah ataupun cari penimbang di airport.
2. Carry On Luggage / Cabin Baggage / Hand Baggage :
Carry on luggage pula you boleh bawa masuk ke dalam kabin. Selalunya you boleh bawa 2 bag (1 carry on, 1 personal item). Berat pula kena kurang dari 7kg-8kg (depends on the airlines). Setiap luggage ada had ukuran yang perlu dipatuhi dan jangan lupa untuk ikut rules yang ditetapkan (apa yang boleh bawa, apa yang tak – semak di laman web airlines).
Firstly, Airport ; Setiap airport ada signboard. So, tak payah risau you akan sesat. Selagi you ikut sign board, selagi tu you ikut jalan kebenaran. Tak akan sesat. I can guarantee you that. I masih ingat lagi masa i transit di Istanbul, kawan i cakap kalau i hebat i akan jumpa my gate sebab airport di Istanbul sangat besar. So, i guess memang i hebat. Haha. I ikut signboard dan dengan mudahnya i jumpa my gate. Terasa bangga.
If you di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) untuk international flight, you kena naik Aerotrain untuk ke Gate. Macam i cakap tadi, tengok sign board gate mana you kena pergi.
Secondly, Immigration (Passport Control) ; Untuk ke gate you perlu get through Immigration dahulu. Di KLIA, untuk warganegara Malaysia, ada kiosk untuk check your passport. Tak perlu beratur di kaunter. Just ikut je arahan mesin tu. Kalau tak lepas macam i (disebabkan i lupa buka cover passport), sila beratur di kaunter yer. Hehe. Masa di kaunter, sengih2 sikit kat abang immigration tu. Pastu ambil balik passport dan terus jalan ke gate.
Thirdly, Security Control ; Pastikan you ikut rules yang sudah ditetapkan. Tak payah propa VIP ingat boleh lepas. Layari laman web your airlines and baca rules. Make sure baggage / carry on luggage tak melebihi dari apa yang telah ditetapkan. Liquid diletakkan didalam botol kontainer yang tidak melebihi 100ml dan diletakkan di dalam transparent bag atau ziploc bag. Semasa security check, keluarkan your liquid bag dari your backpack / handbag dan letakkan di dalam tray untuk di scan. Tapi, katakan lah you terpaksa bawa segala sabun, lotion atau pun you punya bilik mandi, sila masukkan di dalam check in luggage yer. Tak payah gigih nak bawa as carry on luggage. Selain itu, barang-barang di bawah ini perlu disediakan dan diletakkan di dalam tray untuk di scan :
Please jangan ada barang yang tajam macam razor dan scissors, bahan letupan, mancis/lighters, liquid yang melebihi 100ml, senjata dll. Again, please check the rules. Selepas body check, if ada security minta your passport, tunggu sampai dia bagi balik. Never leave airport without your passport. If tak ada masalah, ambil semua barang yang dikeluarkan tadi, simpan balik dan boleh tunggu your flight.
This is so important in case kena tanya dengan pegawai imigresen when you want to enter their country. Oleh itu, jangan lupa print your booking confirmation for flight ticket dan accommodation untuk dibawa with you semasa you travel. If you akan stay with someone yang dikenali di negara tersebut, you should keep a note of their address to bring with you for both airport security and your peace of mind. Bawa wang yang mancukupi. Sometimes you akan ditanya how much money you bawa. Macam i, memang i sediakan kad kredit yang khas untuk kegunaan kecemasan bila i travel.
If you can’t afford travel insurance, you can’t afford to travel overseas. Jangan ambil mudah dengan travel insurance sebab kita tak tahu what will happen to us sepanjang kita travel. Katakan ajal you dah sampai semasa you berada di luar negara, untuk bawa you balik ke Malaysia kos nya adalah puluhan ribu. Nak berseronok, jangan tinggalkan beban kepada keluarga. Kesian family nak minta derma bagai semata-mata atas sifat tak ambil kisah you. Bak kata orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan. Jadi, pastikan beli travel insurance selewat-lewatnya 24 jam sebelum penerbangan. I suggest AIG Travel Insurance dan AXA Smart Traveller
Kita semua tahu unexpected things happen dan ini termasuklah air travel. Kes-kes seperti cuaca buruk ataupun mechanical failure boleh menyebabkan gangguan pada masa penerbangan. If this is your first time flying, jangan risau. You sebenarnya boleh semak status penerbangan di laman web airlines ataupun laman web airport yang you akan berlepas. Untuk lebih mudah, you juga boleh install apps bagi airlines or airport yang digunakan.
Untuk check in pula, you ada pilihan untuk check in di kaunter, kiosk, ataupun online (web-check in). I suggest untuk check in online sebab ada keistimewaan untuk pilih seat. Then, print ticket. Kalau tak boleh print, jangan risau. Boleh ambil ticket di kaunter tapi jangan lupa bawa ticket booking confirmation with you. You mungkin kenal sesetengah orang yang lewat sampai ke airport tapi tak pernah miss their flight. Well…don’t be like them. No. No. No. It’s too risky. Always aim to arrive to the airport 2-3 hours sebelum your flight departs. Tapi, if you dah check in online dan tak perlu beratur untuk check in luggage, no need to arrive too early. 2 jam sebelum depart pun dah cukup.
Bila dah lepas security check, sentiasa ingat untuk check details penerbangan. Check your boarding pass & screen monitor ; tengok flight number and bording gate. Then, listen for boarding calls for your flight atau sentiasa check tv monitor di pintu depan gate untuk kepastian. Bukan sesuatu yang uncommon untuk your gate tiba-tiba ditukar. So kena alert perkara-perkara ni tambah-tambah lagi kalau this is your first time flying.
**Tip : Sebelum naik kapal terbang, adalah baiknya untuk you pergi ke toilet in the airport terlebih dahulu. Hehe. Jangan lupa bawa pen juga. On many international flights you can be handed an immigration and customs form. Then, keluarkan segala tablet, buku atau any essential yang diperlukan sepanjang penerbangan sebelum backpack di letakkan di overhead storage bins di ruangan atas tempat duduk you.
Prosedur untuk naik kapal terbang ; Untuk yang seat economy, tak payah gigih nak beratur awal-awal. Nampak orang mula beratur, relaks je dulu. Biarkan mereka beratur. Firstly, untuk pre-board process you akan nampak elderly and disabled people being allowed to board the flight. Then, First or Business Class ticket. Ticket economy macam kita-kita ni yang terakhir yer. Sesetengah airlines seperti Turkish Airlines, selepas First or Business Class, passenger board berdasarkan seat alphabet order. As you go to board the plane you kena tunjukkan your boarding pass and passport to an agent and they will often scan your ticket. Once you dah completed this process, you boleh terus proceed ke boarding tunnel which leads you to the air craft.
At the entrance to the plane, at least akan ada seorang cabin crew untuk greet you and check your boarding pass. Diorang akan tolong tunjukkan which direction to head to find your seat. Check your seat number on the overhead storage bins yang terletak di atas setiap seat. For a long hour flight, i don’t suggest you to seat at the window. Trust me, it is not a good idea since you susah untuk ke toilet. Unless you seat with someone yang you know. Once you dah jumpa your seat, sit down as soon as possible so everybody can find their seat. Sebelum berlepas, akan ada safety briefing. Ambil perhatian dan pasang your seat belt. Yang lain-lain mengenai your seat, you boleh explore sendiri once you dah berada di dalam kapal terbang.
Selalunya makanan dihidangkan mengikut airlines apa yang you pilih dan jangka masa penerbangan. International flight selalunya ada. Low-cost flight macam Air Asia tak ada tapi boleh pre-book atau beli dalam flight. Most airlines will at least give you a complimentary beverage but ada airlines yang akan charge for these. Check the details on your airlines website to see if it mentions food being served or available for purchase. I sarankan makan sebelum naik kapal terbang. ?
Once lampu seat belt has been switched off, you boleh bangun from your seat and collect your luggage/backpack from the overhead bins. At this stage, you kena sediakan your passport. If you arrived to the country you want to visit, terus je jalan for passport control and if you ada check in luggage, after passport control you boleh terus claim your luggage. Untuk claim luggage, you boleh check screen monitor di setiap carousel or listen to the announcement. Then, you can then take it through Customs or ada airport yang lepas claim luggage you boleh terus ke arrival halls.
Tempoh transit bagi international flight kalau boleh jangan kurang dari 2 jam. Nanti terkejar-kejar. Selalunya soalan-soalan di bawah akan bermain di fikiran :
Transit kena pergi imigresen/passport control tak?
Nope. Tak perlu. Untuk yang transit, you terus ke next gate for connecting flight. You hanya akan melalui “Security Control”. Keluar je dari kapal terbang, terus cari gate. Tengok signboard Transit/Transfer. Ikut je signboard tu. Nak tahu gate mana, tengok skrin monitor.
Transit kena ambil check-in luggage tak?
It depends on your tickets dan airlines. If you beli di dalam satu ticket yang sama with the same airlines, you tak perlu ambil. Your airlines akan hantar your luggage sampai ke final destination. If you beli ticket berlainan, lain-lain airlines, you kena pergi claim your luggage dahulu dan perlu check in semula di kaunter your next airlines. BUT, ada sesetengah airlines akan tolong check in kan your luggage walaupun berlainan airlines kerana both airlines adalah di bawah Airlines Alliances yang sama. Tapi, apa pun, semak di website airlines dan semasa di kaunter “Drop Baggage”, ringan kan mulut untuk bertanya.
That’s it. I hope you enjoyed the experience of your first time flying! If you have any question, leave your comment below. Until then….
Walaupun anda sudah memiliki visa pelancong, jangan ingat anda akan selamat untuk masuk ke bumi kanggaru dengan mudah.
Penguatkuasa Australia berhak bertanya anda di lapangan terbang apa tujuan kedatangan, berapa banyak wang yang dibawa, apa barang yang ada dalam beg, alamat di Australia, berapa lama tinggal dan tiket balik ada atau tidak.
Jika mereka ada syak wasangka terhadap barang yang di bawa atau niat kedatangan anda, mereka berhak untuk menghantar balik. Sebelum itu, kerajaan Australia akan menempatkan pesalah di pusat tahanan imigresen sebelum dihantar melalui penerbangan seterusnya atau keesokannya.
Pelancong Malaysia dilaporkan semakin sukar untuk memasuki Australia ekoran ramai rakyat negara ini datang ke negara itu untuk bekerja sebagai pengutip buah haram terutama pada musim memetik buah.. Ramai rakyat Malaysia dihalang daripada menaiki pesawat walaupun mempunyai visa pelancong yang sah.
Oleh itu pelawat dan pelancong ke Australia yang gagal untuk ‘declare’ sesetengah barangan atau barang larangan berkemungkinan besar akan menyebabkan tempoh visa akan dipendekkan atau dibatalkan terus.
Sebelum buat perancangan untuk melancong ke Australia, ataupun ada perancangan ke Australia selepas ini, pastikan anda fahamkan undang-undang terbaru yang diperkenalkan. Boleh baca di laman sesawang Australian Border Force
Barang Yang Boleh & Tidak Boleh Di Bawa Masuk
Undang-undang keselamatan Bio Australia sangat ketat dan sesetengah masakan dan makanan luar termasuk dalam senarai. Selain makanan, antara yang terlibat dan dinyatakan dalam undang-undang baru ini adalah barangan melibatkan tanaman, dan produk berasaskan haiwan.
Makanan atau bahan untuk memasak perlu dinyatakan dalam Incoming Passenger Card yang akan diberikan dalam kapal terbang. Tiada jalan pintas, anda perlu tulis setiap jenis makanan yang di bawa satu per satu.
Penguatkuasa mereka dan dibantu oleh anjing pengesan akan memeriksa satu per satu barang yang di bawa sebagai mana yang telah anda nyatakan. Awas jika anda tidak jelaskan atau declare produk-produk tertentu.
Antara makanan yang boleh dibawa adalah kopi, biskut, kek, roti, coklat, maple syrup dan minyak manakala pengujung perlu declare jika membawa teh, rempah, jeruk, beras, kekacang dan produk tenusu. Makanan dari kapal terbang dilarang untuk di bawa turun.
Semua jenis ubat untuk kegunaan sendiri adalah dibenarkan dengan syarat ada surat ataupun salinan deskripsi ubat tersebut dalam bahasa Inggeris daripada doktor yang menyatakan ubat tersebut diberikan untuk merawat penyakit dan pastikan bekalan ubatan yang dibawa adalah tidak melebihi 3 bulan. Ubat-ubatan sebaiknya dikekalkan dalam bungkusan asal dan declare.
Pokok hidup tidak dibenarkan sama sekali untuk di bawa masuk ke Australia dari lapangan terbang. Namun jika anda mempunyai dokumen import yang sah dari Department of Agriculture and Water Resources kebarangkalian untuk di benarkan bawa masuk adalah tinggi.
Ramai antara pengunjung yang datang ke Australia untuk merayakan perayaan tertentu seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali atau Hari Natal bersama keluarga atau sahabat yang menetap atau belajar di sana. Ada yang ingin membawa kekacang, lampu pelita, dekorasi perayaan atau apa sahaja. Anda perlu jelaskan dengan terperinci barang-barang tersebut. Namun ulam segar, rendang, kuah kari, ketupat, produk tenusu adalah dilarang sama sekali.
Sejak beberapa tahun yang lepas, berlibur secara backpacker menjadi pilihan kebanyakan orang. Ia lebih mudah dan tidak membuang masa terutamanya jika percutian sendiri atau bersama teman-teman. Keluarga pun ada yang berlibur cara begini. Entri kali ini memberi empat tip menjadi backpacker buat yang baru bermula.
*Tinggal di hostel atau dorm
Ramai yang berpendapat untuk bermalam di hostel atau dorm hanya sesuai untuk golongan muda. Mungkin ada rasakan yang hostel atau hotel bajet di luar negara sama seperti yang ada di Malaysia. Sebenarnya tidak kerana banyak pilihan hostel atau dorm yang berkualiti baik di luar negara. Anda hanya perlu lebih rajin untuk mencari maklumat tentang tempat penginapan begini. Sesetengah daripanya pula menyediakan perkhidmatan dobi, dapur, wifi, dan banyak lagi. Taklah teruk sangat kan?
*Tak perlu bawa banyak barang
Anda pasti pernah melihat backpacker yang membawa beg besar mereka berjalan-jalan kan? Sebenarnya beg saja yang besar, barang di dalamnya tidaklah banyak mana. Itulah tip untuk menjadi backpacker. Bawa barang yang perlu saja. Lebih banyak anda dapat kurangkan barang untuk dibawa, ia lebih baik. Tidaklah sakit belakang terpaksa bawa beg berat-berat.
*‘Sediakan payung sebelum hujan’
Sebelum mengembara ke luar negara, anda harus banyak membuat research tentang destinasi itu. Jangan pergi tanpa ada pengetahuan tentang tempat yang mahu dikunjungi. Jika pergi tanpa persediaan, anda akan mudah sesat dan ada potensi ditipu orang tempatan. Sentiasa sediakan beberapa pelan untuk back up sekiranya ada masalah yang timbul.
*‘Malu bertanya, sesat jalan’
Sesuai dengan perumpamaan ini, jangan malu untuk bertanya jika anda tidak tahu jalan. Banyakkan bertanya untuk mengelakkan masa terbuang kerana sibuk mencari jalan. Buat rugi saja! Selain peta atau maklumat yang anda dapat melalui internet, anda boleh berkongsi pengalaman dengan backpackers lain jika bermalam di hostel atau dorm. Secara tidak langsung, anda dapat mempelajari perkara baru.
Sebenarnya sama ada anda bercuti secara mewah atau backpacker, persediaan awal harus dibuat. Jangan main redah saja untuk mengelakkan anda kehabisan wang, masa, dan tenaga untuk perkara-perkara yang tidak diperlukan. Paling penting, utamakan soal keselamatan ya! Selamat berlibur!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Penerbangan jarak jauh memang boleh jadi mencabar, terutama kalau perlu duduk berjam-jam dalam ruang yang terhad. Silap pilih tempat duduk, perjalanan yang sepatutnya menyeronokkan...