Ads

Demam F1 Belum Habis! Lepas Sepang, Cuba Pula Litar Go-Kart 1.58KM Di Puchong

Demam F1 Belum Habis! Lepas Sepang, Cuba Pula Litar Go-Kart 1.58KM Di Puchong
Gambar Janaan Ai

Demam Formula 1 nampaknya masih belum reda selepas peminat sukan permotoran kembali memenuhi Sepang International Circuit pada 2 hingga 4 Oktober lalu.

Lebih istimewa, perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026 itu menyaksikan jentera F1 kembali beraksi di Sepang selepas kali terakhir perlumbaan Formula 1 berlangsung di litar berkenaan pada 2017.

 

Kalau sepanjang hujung minggu lalu anda hanya mampu melihat aksi pelumba dari tempat duduk penonton, apa kata sambung ‘mood racing’ dengan mencuba sendiri pengalaman berada di belakang stereng.

Tak perlu pergi jauh kerana di Puchong, Selangor terdapat RUD International Circuit (KL) yang boleh dijadikan port hujung minggu buat kaki go-kart.

Trek 1.58KM, Memang Puas Pusing

Demam F1 Belum Habis! Lepas Sepang, Cuba Pula Litar Go-Kart 1.58KM Di Puchong
RUD International Circuit (KL), Puchong, Selangor Kredit Foto: rudcircuitkl / instagram

Antara tarikan utama RUD International Circuit (KL) ialah reka bentuk treknya yang panjang, sekitar 1.58 kilometer, dengan pelbagai selekoh yang memerlukan fokus sepanjang pemanduan.Bukan sekadar tekan pedal minyak, pengalaman go-kart juga menguji bagaimana anda memilih racing line, mengawal kelajuan ketika masuk selekoh dan menentukan masa sesuai untuk memecut semula.

Ads

Pendek kata, baru terasa kenapa pelumba profesional perlu benar-benar fokus walaupun berada dalam perlumbaan berpuluh-puluh pusingan.

Lepas Tengok F1, Giliran Anda Pula

Aksi di Sepang baru-baru ini sememangnya menghidupkan semula nostalgia Formula 1 dalam kalangan peminat tempatan.

Perlumbaan tersebut dimenangi Max Verstappen, manakala Kimi Antonelli menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan Lewis Hamilton di tempat ketiga.

Demam F1 Belum Habis! Lepas Sepang, Cuba Pula Litar Go-Kart 1.58KM Di Puchong
RUD International Circuit (KL), Puchong, Selangor Kredit Foto: rudcircuitkl / instagram

Tentunya pengalaman memandu go-kart jauh berbeza daripada mengendalikan jentera F1, tetapi sekurang-kurangnya aktiviti ini memberikan sedikit gambaran tentang fokus, keberanian dan kawalan yang diperlukan ketika memandu di atas trek.

Ads

Lebih-lebih lagi bila berdepan selekoh demi selekoh sambil cuba mengejar rakan di hadapan.

Port Aktiviti Hujung Minggu

Bukan untuk kaki motorsport sahaja, go-kart juga boleh dijadikan aktiviti santai bersama geng kawan, pasangan mahupun ahli keluarga.

Demam F1 Belum Habis! Lepas Sepang, Cuba Pula Litar Go-Kart 1.58KM Di Puchong
RUD International Circuit (KL), Puchong, Selangor Kredit Foto: rudcircuitkl / instagram

Kalau bosan dengan rutin hujung minggu yang sama, aktiviti seperti ini boleh jadi pilihan berbeza kerana ada elemen cabaran, persaingan dan tentunya peluang untuk menentukan siapa sebenarnya paling ‘handal’ dalam geng.

Selepas tamat berlumba, bolehlah bandingkan catatan masa masing-masing.

Ads

Yang kalah, mungkin kena belanja makan!

F1 Dah Tamat, Mood Lumba Belum

Sepang International Circuit sendiri mempunyai panjang 5.543 kilometer dengan 15 selekoh, jadi tentulah pengalaman sebenar F1 berada dalam kelasnya tersendiri.

Namun untuk kita yang sekadar mahu merasa sedikit adrenaline selepas menyaksikan F1, litar go-kart seperti RUD International Circuit (KL) boleh menjadi alternatif menarik.

Jadi kalau demam F1 masih belum kebah, mungkin ini masa terbaik kumpul geng dan sambung mood perlumbaan di Puchong.

Siapa tahu, selama ini bukan tak berbakat berlumba — cuma belum pernah masuk trek!

Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Jom Kita Travel

Bukan Cuma Seoul! Ini 4 Bandar Di Korea Selatan Paling Cantik...

Bandar cantik Korea Selatan ini menawarkan pengalaman berbeza mengikut musim. Dari cherry blossom hingga salji, ini 4 destinasi wajib dikunjungi!