Ads

5 Port Healing Buat Ulat Buku, Boleh Baca Novel Sambil Hirup Kopi

tempat membaca buku di KL dan Selangor

Dalam kesibukan rutin harian, ada masanya kita cuma perlukan sedikit ruang untuk diri sendiri terutamanya untuk ulat buku. Tak perlu bercuti jauh, cukup dengan sebuah buku, secawan kopi dan suasana yang tenang untuk merehatkan fikiran.

Namun, mencari tempat membaca buku yang selesa di tengah kesibukan Kuala Lumpur dan Selangor bukanlah sesuatu yang mudah. Ada kafe yang terlalu bising, ada pula yang sentiasa dipenuhi pengunjung.

Buat anda yang gemar membaca novel atau sedang mencari port me time hujung minggu, Libur kongsikan lima lokasi menarik yang boleh dimasukkan dalam senarai wajib kunjung.

Menariknya, ada kafe kucing, kedai buku estetik dan perpustakaan mini yang cukup sesuai untuk anda menghabiskan masa bersama bacaan kegemaran.

1. Purrfect Home Cat Cafe, USJ 1, Subang Jaya

ulat buku

Kredit Foto: Purrfecthome_catcafe / Threads

Pencinta buku dan kucing, ini mungkin port healing yang anda cari.

Purrfect Home Cat Cafe menawarkan pengalaman santai sambil ditemani kucing-kucing comel. Ruang dalamannya yang selesa dengan konsep tempat duduk bersantai menjadikan kafe ini pilihan menarik untuk berehat daripada kesibukan harian.

Anda boleh membawa buku sendiri, memilih tempat yang selesa dan menikmati masa membaca sambil ditemani si bulus.

Selain membaca, ruang ini juga sesuai untuk aktiviti santai seperti melukis atau mengait (crochet), tertakluk pada peraturan kafe.

Lokasi: USJ 1, Subang Jaya, Selangor.

Tarikan utama: Kafe kucing, suasana santai dan ruang untuk aktiviti kreatif.

2. Blitz X Colony, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur

ulat buku

Krefit Foto: blitzxcolony / Threads

Siapa sangka, di tengah kesibukan Kuala Lumpur masih ada kafe yang sesuai untuk menikmati masa membaca?

Terletak di Jalan Kia Peng, Blitz X Colony menawarkan suasana kafe yang selesa dengan koleksi buku yang menghiasi ruang dalamannya.

Ads

BACA JUGA: 5 Kafe Kucing di Lembah Klang dengan Rating Tertinggi di Google Review

Antara daya tarikan kafe ini ialah sudut bacaan yang membolehkan pengunjung menikmati buku sambil menghirup kopi. Pilihan pastri dan minuman turut melengkapkan pengalaman bersantai di sini.

Jika anda gemar membaca sambil menikmati suasana kafe bandar, Blitz X Colony boleh menjadi antara lokasi pilihan.

Lokasi: No. 6, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.

Tarikan utama: Koleksi buku, kopi istimewa dan suasana kafe yang santai.

3. Tsutaya Books, Pavilion Bukit Jalil

ulat buku

Kredit Foto: niswymila / Threads

Kalau anda seorang ulat buku, pasti seronok apabila dapat menghabiskan masa di kedai buku yang dipenuhi pelbagai pilihan bacaan.

Berasal dari Jepun, Tsutaya Books di Pavilion Bukit Jalil bukan sekadar kedai buku biasa. Reka bentuk dalamannya yang estetik, rak buku yang tersusun dan suasana selesa menjadikan lokasi ini antara tarikan buat pencinta buku.

Daripada novel, buku seni, gaya hidup hingga bahan bacaan antarabangsa, terdapat pelbagai genre yang boleh diterokai.

Ads

Lebih menarik, kedai buku ini turut mempunyai kafe sendiri. Selepas mendapatkan buku pilihan, anda boleh berehat sambil menikmati minuman dan pencuci mulut di ruang kafe yang disediakan.

Lokasi: Aras 2, Zon Jingga, Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Tarikan utama: Pilihan buku pelbagai genre, reka bentuk estetik dan kafe dalaman.

4. Xiao by Crustz, Petaling Jaya

ulat buku

Kredit Foto: xiaobycrustz / Threads

Buat anda yang sukakan suasana minimalis dan tenang, Xiao by Crustz di Petaling Jaya mungkin menepati cita rasa.

Kafe ini menampilkan sentuhan hiasan dalaman berona kayu dengan pencahayaan semula jadi yang memberikan suasana hangat dan selesa.

Reka bentuknya yang ringkas menjadikan lokasi ini menarik untuk menikmati masa santai sambil membaca buku kegemaran.

Selain suasananya yang cantik, Xiao by Crustz juga terkenal dengan pilihan pastri dan pencuci mulut yang menarik. Memang sesuai untuk anda yang gemar menikmati sesuatu yang manis sambil membaca.

Lokasi: No. 16, Jalan SS 2/72, Petaling Jaya, Selangor.

Ads

Tarikan utama: Konsep minimalis, pencahayaan semula jadi dan pencuci mulut premium.

5. Orchid’s Library Cafe, KL Traders Square

ulat buku

Kredit Foto: Orchid’s Library Cafe / Google

Bayangkan duduk di sebuah kafe yang dipenuhi buku, sambil menikmati minuman kegemaran. Inilah antara pengalaman menarik yang ditawarkan oleh Orchid’s Library Cafe.

Terletak di KL Traders Square, kafe ini menampilkan konsep perpustakaan mini yang cukup dekat dengan jiwa pencinta buku.

Lebih istimewa, koleksi buku yang disediakan turut merangkumi buku peribadi milik pengasas kafe, Dayana, yang dikenali sebagai pencipta kandungan berkaitan buku.

Pengunjung boleh memilih bahan bacaan yang disediakan sambil menikmati hidangan seperti wafel dan minuman berprotein yang menjadi antara keistimewaan kafe ini.

Gabungan suasana santai, buku dan hidangan ringan menjadikan lokasi ini menarik untuk sesi membaca secara bersendirian atau bersama rakan.

Lokasi: KL Traders Square, Kuala Lumpur.

Tarikan utama: Perpustakaan mini, koleksi buku dan pilihan wafel serta minuman.

Healing Tak Semestinya Perlu Pergi Jauh

Kadangkala, cara paling mudah untuk merehatkan fikiran adalah dengan melakukan perkara yang kita suka.

Sama ada membaca novel sambil ditemani kucing, menikmati kopi di kafe tersembunyi atau menghabiskan masa meneroka rak buku, kelima-lima lokasi ini menawarkan pengalaman yang berbeza.

Jadi, jika belum ada rancangan hujung minggu, apa kata bawa buku kegemaran dan cuba salah satu port membaca ini?

Mana tahu, anda bakal menemukan tempat healing baharu yang membuatkan anda ingin datang lagi.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi Libur, Instagram, Facebook & TikTok

Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Jom Kita Travel

Patutlah Ramai Sanggup Beratur! Ini 5 Rahsia Kejayaan Oriental Kopi

Oriental Kopi sering menjadi tumpuan ramai hingga pelanggan sanggup beratur panjang. Ketahui 5 rahsia kejayaan restoran kopitiam popular ini.