Ads

Mekar Berwarna-Warni, Ini 5 Lokasi Musim Bunga Cantik Untuk OOTD

Musim bunga sentiasa menjadi antara waktu paling dinantikan oleh kaki travel. Cuaca yang lebih nyaman, bunga berkembang di merata tempat dan suasana penuh warna menjadikan musim ini waktu terbaik untuk bercuti sambil mengambil gambar untuk outfit of the day (OOTD). 

Dari lorong sakura di Korea Selatan hingga hamparan tulip di Belanda, lima lokasi ini bukan sahaja cantik dipandang, malah sesuai dijadikan latar gambar percutian. Pastinya setipa momen yang dirakam bakal jadi kenangan sepanjang hayat.

1. Jinhae, Korea Selatan

Jinhae terkenal sebagai antara lokasi melihat bunga sakura paling popular di Korea Selatan. Setiap musim bunga, bandar ini dipenuhi bunga berwarna merah jambu lembut yang berkembang di sepanjang jalan, sungai dan kawasan bekas landasan kereta api.

Mekar Berwarna-Warni, Ini 5 Lokasi Musim Bunga Cantik Untuk OOTD
Jinhae, Korea Selatan Kredit Foto: Taryn Elliott / Pexels

Antara spot wajib singgah ialah Yeojwacheon Stream, yang mempunyai deretan pokok sakura di kiri dan kanan sungai. Satu lagi lokasi popular ialah Gyeonghwa Station, dengan laluan kereta api yang dikelilingi bunga sakura.

Idea OOTD: Trench coat pastel, cardigan nipis atau skirt labuh untuk gaya ala drama Korea.

2. Ashikaga Flower Park, Jepun

Jika mahu latar yang berbeza daripada bunga sakura, Ashikaga Flower Park di Tochigi terkenal dengan bunga wisteria yang berjuntai seperti langsir semula jadi.

Mekar Berwarna-Warni, Ini 5 Lokasi Musim Bunga Cantik Untuk OOTD
Ashikaga Flower Park, Jepun Kredit Foto: Huu Huynh / Pexels

Taman ini mempunyai ratusan pokok wisteria dengan warna ungu, merah jambu, putih dan kuning. Antara tarikan utama ialah terowong bunga serta kawasan wisteria besar yang turut diterangi cahaya pada waktu malam. Bunganya lazimnya mula berkembang sekitar pertengahan April hingga pertengahan Mei.

Ads

Idea OOTD: Pakaian putih, lavender atau rona lembut supaya serasi dengan warna bunga.

3. Keukenhof, Belanda

Keukenhof di Lisse merupakan antara taman musim bunga paling terkenal di dunia. Pengunjung boleh melihat hamparan tulip, daffodil, hyacinth dan pelbagai bunga lain yang disusun dalam corak serta warna menarik.

Mekar Berwarna-Warni, Ini 5 Lokasi Musim Bunga Cantik Untuk OOTD
Keukenhof, Belanda Kredit Foto: Vladislovas Sketerskis / Pexels

Bunga yang berkembang berubah mengikut waktu dan keadaan cuaca. Pada awal musim, pengunjung biasanya dapat melihat crocus, daffodil dan tulip awal, manakala tulip bersaiz lebih besar muncul kemudian. 

Idea OOTD: Dress polos, blazer neutral atau denim supaya pakaian tidak tenggelam dalam latar bunga berwarna-warni.

Ads

4. Jeju, Korea Selatan

Jeju menawarkan suasana musim bunga yang lebih santai dengan gabungan bunga kanola kuning dan sakura merah jambu.

Mekar Berwarna-Warni, Ini 5 Lokasi Musim Bunga Cantik Untuk OOTD
Jeju, Korea Selatan Kredit Foto: Jeffry Surianto /Pexels

Antara lokasi menarik ialah Noksan-ro Canola Flower Road, laluan sepanjang kira-kira 10 kilometer yang dipenuhi bunga kanola dan sakura ketika kedua-duanya berkembang serentak pada April. Kawasan ini turut terkenal sebagai salah satu laluan pemandangan indah di Korea.

Idea OOTD: Dress putih, pakaian biru muda atau topi jerami untuk gaya percutian desa.

Ads

5. Tonami Tulip Park, Jepun

Terletak di Toyama, Tonami Tulip Park menjadi pilihan menarik buat peminat bunga tulip. Taman ini terkenal dengan landskap tulip yang disusun dalam pelbagai warna, bentuk dan corak.

Mekar Berwarna-Warni, Ini 5 Lokasi Musim Bunga Cantik Untuk OOTD
Tonami Tulip Park, Jepun Kredit Foto: Noor Din / Pexels

Selain hamparan bunga, pengunjung juga boleh mendapatkan gambar dengan latar taman yang kemas serta pemandangan pergunungan di sekitar Toyama. Lokasi ini sesuai untuk mereka yang mahukan suasana musim bunga Jepun tanpa hanya bergantung pada bunga sakura.

Idea OOTD: Pilih pakaian rona beige, putih, merah jambu cair atau biru pastel untuk menonjol dalam gambar.

Semak Keadaan Musim Sebelum Berangkat

Walaupun lokasi ini terkenal dengan bunga musim bunga, tarikh bunga berkembang boleh berubah setiap tahun mengikut suhu dan keadaan cuaca.

Semak ramalan bunga, laporan perkembangan terkini serta tarikh operasi taman sebelum membeli tiket. Datang pada awal pagi atau hari bekerja juga boleh membantu anda mendapatkan gambar yang lebih cantik tanpa terlalu ramai pengunjung.

Paling penting, jangan pijak kawasan bunga atau memasuki zon larangan semata-mata mahu mendapatkan gambar. Ber-OOTD biarlah cantik, tetapi alam sekitar dan keselesaan pengunjung lain tetap perlu dijaga.

Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Jom Kita Travel

Pasport Hilang Ketika Bercuti? Ini Panduan Kecemasan Yang Perlu Dilakukan Segera

Kehilangan pasport di luar negara memang boleh mencetuskan panik. Tanpa dokumen itu, anda mungkin tidak dapat menaiki penerbangan pulang atau melalui pemeriksaan imigresen.Namun jangan...