Ads

Fopi Red Chick, Dari Tepi Jalan Ke Kedai Besar Kini Jadi Port Makan Menarik Di Klebang

Kalau sebut Klebang, Melaka, ramai mungkin terus terbayangkan pantai, deretan gerai makan dan coconut shake yang cukup sinonim dengan kawasan ini.

Namun, kalau anda jenis suka mencari port makan lokal setiap kali bercuti, ada satu lagi lokasi yang boleh dimasukkan dalam senarai food hunting apabila singgah ke Klebang.

Namanya Fopi Red Chick, sebuah jenama tempatan yang kini beroperasi di premis lebih besar di Taman Klebang Utama, Melaka.

Fopi Red Chick, Dari Tepi Jalan Ke Kedai Besar Kini Jadi Port Makan Menarik Di Klebang
Fopi Red Chick, Melaka, Malaysia Kredit Foto: Fopi Red Chick / Instagram

Menariknya, perjalanan Fopi Red Chick bukan terus bermula dengan sebuah kedai besar. Sebelum ini, mereka pernah berniaga di tepi jalan dan melalui pelbagai cabaran sebagai peniaga kecil.

Pada Jun 2025, kisah Fopi Red Chick pernah mendapat perhatian apabila gerai mereka dilanda ribut sehingga barangan dan peralatan perniagaan rosak. Ketika itu, mereka berniaga sekitar Selat Melaka dan terpaksa menghentikan operasi buat sementara waktu.

DARI TEPI JALAN KE PREMIS LEBIH BESAR

Setahun kemudian, perjalanan jenama lokal ini nampaknya memasuki fasa berbeza.

Fopi Red Chick kini mempunyai premis HQ di Klebang yang lebih besar dan mudah dikenali. Perkongsian mengenai kedai berkenaan turut mendapat perhatian di media sosial, terutama kerana transformasinya daripada perniagaan tepi jalan kepada sebuah premis yang lebih selesa untuk menerima pelanggan.

Ads
Fopi Red Chick, Dari Tepi Jalan Ke Kedai Besar Kini Jadi Port Makan Menarik Di Klebang
Fopi Red Chick, Melaka, Malaysia Kredit Foto: Fopi Red Chick / Instagram

Lokasinya di kawasan Klebang juga menjadikannya sesuai dijadikan persinggahan dalam itinerary Melaka.

Kalau sudah seharian berjalan sekitar bandar Melaka atau singgah ke kawasan Pantai Klebang, bolehlah masukkan tempat ini sebagai salah satu port makan sebelum meneruskan perjalanan.

CHICKEN TENDERS ANTARA TARIKAN

Sesuai dengan namanya, menu Fopi Red Chick banyak berasaskan ayam.

Antara pilihan yang disenaraikan ketika ini termasuk Fried Chicken, Nashville Chicken Tenders, Ayam Gepuk Tenders, Cheese Loaded Popcorn bersama kentang goreng serta pilihan chicken nuggets untuk kanak-kanak.

Fopi Red Chick, Dari Tepi Jalan Ke Kedai Besar Kini Jadi Port Makan Menarik Di Klebang
Fopi Red Chick, Melaka, Malaysia Kredit Foto: Fopi Red Chick / Instagram
Fopi Red Chick, Dari Tepi Jalan Ke Kedai Besar Kini Jadi Port Makan Menarik Di Klebang
Fopi Red Chick, Melaka, Malaysia Kredit Foto: Fopi Red Chick / Instagram
Fopi Red Chick, Dari Tepi Jalan Ke Kedai Besar Kini Jadi Port Makan Menarik Di Klebang
Fopi Red Chick, Melaka, Malaysia Kredit Foto: Fopi Red Chick / Instagram

Jadi kalau datang bersama keluarga atau sekumpulan kawan yang masing-masing mempunyai selera berbeza, ada beberapa pilihan yang boleh dicuba dan dikongsi bersama.

Ads

BACA LAGI: Diagram Cafe Shah Alam, Lepak Santai Sambil Nikmati Kopi & Brunch

Chicken tenders pula antara menu yang sering dikaitkan dengan Fopi Red Chick dalam perkongsian pengunjung di media sosial.

BOLEH MASUK DALAM ITINERARY KLEBANG

Salah satu perkara menarik tentang bercuti ke Melaka ialah kita tidak pernah ketandusan pilihan tempat makan.

Selain memburu makanan tradisional yang memang sinonim dengan negeri bersejarah ini, sesekali menarik juga kalau beri peluang kepada jenama lokal yang sedang berkembang.

Ads

Lebih-lebih lagi jika anda memang merancang untuk meneroka kawasan Klebang.

Fopi Red Chick Cafe (HQ) terletak di 3, Jalan KU 2, 75200 Melaka, di kawasan Taman Klebang Utama.

Fopi Red Chick, Dari Tepi Jalan Ke Kedai Besar Kini Jadi Port Makan Menarik Di Klebang
Lokasi Fopi Red Chick Kredt Foto: Google

Lokasinya menjadikan port ini mudah digabungkan dengan itinerary sekitar Klebang. Boleh jalan-jalan dahulu, cari angin di kawasan pantai dan kemudian singgah makan sebelum pulang.

Daripada berniaga di tepi jalan, diuji dengan ribut sehingga peralatan perniagaan rosak dan kini beroperasi di sebuah premis yang lebih besar, perjalanan Fopi Red Chick sendiri menjadi sebahagian daripada tarikan di sebalik jenama lokal ini.

Jadi kalau selepas ini bercuti ke Melaka dan mahu mencari sesuatu yang berbeza daripada port makan yang biasa dikunjungi, boleh masukkan Fopi Red Chick dalam senarai.

Kadang-kadang, antara perkara paling seronok ketika travel bukan sekadar pergi ke tempat popular, tetapi menemui port lokal yang sedang berkembang dan melihat sendiri apa yang membuatkan orang ramai mula bercakap mengenainya.

Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Jom Kita Travel

SplashMania WaterPark

Patutlah Pelumba F1 Suka! Ini 4 Tarikan Unik SplashMania WaterPark di...

SplashMania Waterpark mencuri perhatian pelumba F1 Kimi Antonelli. Ini 4 tarikan menakjubkan yang menjadikannya destinasi wajib dicuba.