
Kalau korang tengah cari kafe di Shah Alam yang santai, cantik dan tak terlalu sarat dengan dekorasi, boleh masukkan Diagram Cafe dalam senarai cafe hunting seterusnya.
Terletak di Seksyen 13, Shah Alam, kafe ini tampil dengan konsep minimalis, ruang yang terang dengan pencahayaan semula jadi serta suasana relaks. Memang sesuai kalau nak datang untuk brunch, catch up dengan kawan ataupun sekadar cari tempat minum kopi sambil ‘healing’ sekejap daripada rutin harian.

VIBE MINIMALIS, TENANG DAN SELESA
Antara tarikan utama Diagram Cafe tentulah suasananya. Rekaan dalaman yang ringkas dipadankan dengan ruang terang menjadikan kafe ini terasa lapang dan selesa.

Konsepnya memang kena dengan kaki cafe yang suka tempat clean dan aesthetic tetapi masih santai untuk duduk lama. Nak datang buat coffee date, catch up dengan kawan ataupun solo cafe hopping pun sesuai.
MENU BUKAN SEKADAR KOPI
Kalau datang dalam keadaan lapar, tak perlu risau sebab pilihan makanannya bukan setakat pastri dan kopi.
Antara menu yang pernah diperkenalkan ialah Nam Khon Clam Pasta, pasta berkrim dengan inspirasi rasa Thai, selain Tofu Bowl bersama tauhu bersalut teriyaki dan bijan panggang.

Nak sesuatu yang lebih dekat dengan cita rasa tempatan, boleh cuba Kantan Verde Olio yang menggabungkan gaya aglio olio dengan ulam raja dan bunga kantan.
BACA LAGI: Port Kopi Teduh Bawah Pokok Di Kota Puteri, 15 Minit Dari Coalfields
Untuk geng brunch pula, ada pilihan all-day breakfast seperti omelette bersama bawang karamel dan mozzarella serta Big Breakfast yang disajikan dengan telur, hash brown, cendawan, tomato dan sourdough.
BOLEH LEPAK SAMPAI MALAM HUJUNG MINGGU
Menariknya, Diagram Cafe bukan sekadar port untuk sarapan atau brunch.

Pada Jumaat dan Sabtu, operasi kafe ini dilanjutkan sehingga 10 malam, jadi bolehlah datang selepas habis kerja atau cari tempat santai untuk minum kopi dan bersembang pada waktu malam.
WAKTU OPERASI DIAGRAM CAFE
Kalau korang merancang nak singgah, ini waktu operasi yang boleh dijadikan panduan:
Isnin – Khamis: 8.00 pagi – 5.00 petang
Jumaat: 4.00 petang – 10.00 malam
Sabtu: 8.00 pagi – 10.00 malam
Ahad: 8.00 pagi – 6.00 petang
Waktu operasi mungkin berubah ketika cuti umum atau acara khas, jadi sebaiknya semak dahulu sebelum datang.
LOKASI DI SEKSYEN 13, SHAH ALAM
Diagram Cafe terletak di G-02, Blok 1, Persiaran Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, Shah Alam.
Lokasinya di kawasan komersial Seksyen 13 menjadikannya antara pilihan mudah untuk korang yang memang tengah cafe hunting sekitar Shah Alam.
Pendek kata, Diagram Cafe boleh jadi pilihan kalau mahukan gabungan kopi, brunch, menu fusion dan suasana minimalis dalam satu tempat.
Nak datang berdua, lepak dengan geng ataupun buat solo cafe date pun masuk.
INFO RINGKAS
Lokasi: G-02, Blok 1, Persiaran Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, Shah Alam
Tarikan: Minimalist cafe, specialty coffee, all-day breakfast & fusion menu
Sesuai untuk: Brunch, coffee date, catch up & cafe hunting
Waktu operasi: Isnin-Khamis 8 pagi-5 petang, Jumaat 4 petang-10 malam, Sabtu 8 pagi-10 malam, Ahad 8 pagi-6 petang
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!

