Bagi mereka yang mahu staycation bersama keluarga, inilah masa yang sesuai untuk berkunjung ke beberapa destinasi menarik dalam negeri.
Tak perlu pergi jauh, Kuala Selangor menjanjikan percutian menarik yang boleh diterokai bersama ahli keluarga.
Hanya sejam lebih perjalanan dari Kuala Lumpur, anda akan teru sampai ke destinasi yang dituju. Biarpun bukan bandar besar, tetapi rupa-rupanya menyimpan 5 syurga tersembunyi yang tak pernah diterokai sebelum ini.
Pemandangannya seperti berada di Bolivia, Brazil dan Holland. Dan ini lokasi yang perlu anda kunjungi jika ke sana.
5 SYURGA TERSEMBUNYI DI KUALA SELANGOR
Ramai yang tak tahu dan belum pergi lagi. View tempat-tempat percutian di Kuala Selangor memang terbaik. Sangat cantik! Macam pemandangan di Bolivia, Brazil dan Holland. Tak sangka betul. Ini tips untuk anda.
1) BUKIT MELAWATI
Tempat yang anda wajib visit jika ke Kuala Selangor adalah Bukit Melawati. Anda boleh naik kereta api pada hari Sabtu dan Ahad. Di atas tu ada Rumah Api, Muzium dan yang paling best ada haiwan seperti monyet tapi dia lebih comel dan jinak, bulu berwarna hitam, namanya Lotong.
Anda boleh beri mereka makan kacang panjang, nanti dia datang dekat anda. View matahari terbenam di Bukit Melawati sungguh cantik. Tiap kali ke Kuala Selangor, saya akan menikmati sunset di sana. Tiket Kereta Api : RM3 dewasa dan RM2 kanak-kanak
2) SKY MIRROR
Sky mirror ni tempat paling rare! Perjalanan naik bot dari Jeti Pasir Penambang ke Sky Mirror mengambil masa sekitar 25 minit. Di pertengahan jalan, bot akan berhenti sekejap bagi burung helang makan. Helang di sini memang banyak, siapa yang bawa anak kecil, mesti mereka teruja. Saya yang dewasa ini pun beria ambil gambar helang. Tiket : RM30 (Helang)
Kemudian bot teruskan perjalanan ke Sky Mirror, di sinilah syurga tersembunyi Kuala Selangor yang orang ramai belum ketahui. Sky Mirror ini unik sebab dia berada di tengah laut, macam pulau tapi ia cuma timbul beberapa jam. Selepas itu, ia akan jadi laut semula. Untuk makluman anda, Sky Mirror ini ada dua saja di dunia, iaitu di Bolivia dan Malaysia. Tiba-tiba rasa bangga jadi orang Kuala Selangor.
Bergambar di Sky Mirror ini memang heaven! Lagi-lagi jika langit berwarna biru, pantulan langit lebih jelas. Tips untuk gambar nice, anda perlu pakai pakaian yang berwarna-warni, contoh warna kuning, oren, hijau, merah supaya gambar reflection lebih menarik. Jika ada 4-5 orang lebih bagus, anda boleh buat berbagai-bagai aksi. Anda boleh lihat gambar-gambar saya, memang WOW! Tiket : RM80 (Ask for more Group Discount) Contact : 016-2234 788 FB : Sky mirror world tour Web : www.skymirrorworld.com
Ads
3) BLUE TEARS
Ini lagi satu keajaiban yang saya lihat depan mata. Waktu senja, langit dah gelap, bot perjalanan pulang ke Kuala Selangor. Kemudian bot pergi di satu kawasan tengah laut, saya diberi jaring ikan seperti di akuarium tu. Lalu saya sauk jaring tersebut ke dalam air laut, tiba-tiba jelas kelihatan Blue Tears.
Saya sangat kagum! tak-tahu nak cakap macam mana. Benda Blue Tears ini macam butiran-butiran lampu biru. Sebelum saya jadi professor, lebih baik anda search kat google haha sampai sekarang saya tak habis fikir, sungguh ajaib Blue Tears ni. Anda kena tengok depan mata, baru anda faham. Tiket : RM30
Ads
4) KELIP-KELIP
Apabila sudah malam, gelap, sunyi, bunyi cengkerik. Bot lalu slow tepi-tepi pokok bakau, kelihatan penuh kelip-kelip berterbangan di sekitar pokok. Seperti di Amazon Brazil, saya bercuti di sini macam mimpi. Tak sangka yang kelip-kelip banyak, sampai masuk ke dalam bot sehinggakan saya berzikir melihat kebesaran Tuhan. Subhanallah, cantik sungguh.
Jika anda nak pergi visit 3 tempat sekaligus Sky Mirror, Blue Tears dan Kelip-Kelip, saya sarankan anda booking pakej Combo, lagi jimat daripada booking asing-asing. Anda boleh wasap team Sky Mirror World Tour. Tiket : RM25 Wasap : http://www.wasap.my/60162234788 FB : Sky mirror world tour
Ads
5) SEKINCHAN PADI BOX
Saya menginap di Padi Box yang dikelilingi sawah padi. Tenang betul, bangun pagi dengar bunyi burung berkicauan. Inilah syurga dunia! Anda boleh lakukan aktiviti mengayuh basikal, main layang-layang sambil minum air kelapa pandan dan makan jagung bakar. Ya Allah, memang nikmat! Harga : RM118/night (2pax) Contact : 019-320 5688 (Whatsapp) FB : Sekinchan Padi Box
Overall, Saya bagi 5 bintang. Kalau anda nak relakskan minda, saya sarankan pergilah bercuti ke Kuala Selangor. Tempat pelancongan yang sangat menarik, anda tak akan menyesal. Pengalaman bercuti yang saya share ini sangat berharga.
Tag kawan-kawan anda yang plan nak pergi bercuti ke Kuala Selangor. Jemput follow instagram saya : @aripye Picperfek, Images Beyond Perfection,. #kualaselangor #skymirror #padibox #kelipkelip #visitmalaysia #cuticutimalaysia
Jika sebelum ini tanah tinggi Cameron Highland terkenal dengan keenakan buah strawberry segar dan juga kesedapan menghirup teh panas
Tetapi tidak lama lagi sesuatu yang lebih hebat menanti pengunjung yang datang ke sini.
Destinasi pelancongan bertaraf dunia yang baharu di Malaysia, ESCAPE Cameron Highlands, akan menjadi permulaan kepada kebangkitan semula industri pelancongan domestik yang terjejas teruk selepas negara dilanda pandemik COVID-19 sejak tahun lepas.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata projek unik ini memperkenal jenama bertaraf dunia yang seratus peratus dari Malaysia dan diilhamkan oleh syarikat yang ditubuhkan di negara ini iaitu Sim Leisure Group, yang telah membina beberapa taman terbaik di seluruh dunia.
Kredit Foto: FB Hajah Nancy Haji Shukri
“ESCAPE Cameron Highlands bukan hanya akan mengetengahkan tarikan istimewa mereka malah saya dimaklumkan bahawa ia turut menampilkan permainan dan seni bina bertemakan Eropah, bersinergi dengan warisan Eropah di Cameron Highlands serta cuacanya yang lebih sejuk dan sederhana,”menurutnya dalam satu kenyataan.
Katanya berdasarkan kejayaan yang dicapai oleh taman ESCAPE sedia ada di Pulau Pinang dan Petaling Jaya, Selangor, kementerian itu yakin ESCAPE Cameron Highlands akan terus menerima pujian serta sokongan daripada pelancong.
“Saya dimaklumkan bahawa jenama ESCAPE baru-baru ini telah membuat penampilan sulungnya di peringkat antarabangsa di Sri Lanka dan akan diperluas ke seluruh rantau ASEAN serta China. ESCAPE akan menjadi duta jenama de facto bagi pelancongan Malaysia di luar negara seperti Disney Park bagi USA atau Legoland bagi Denmark.
“Malaysia akan lebih menonjol berbanding negara jiran dengan mempromosi pelancongan yang bersih, sihat dan berorientasikan keluarga. Kita akan memanfaatkan keindahan alam semula jadi yang banyak terdapat di sekeliling kita bagi tujuan ini,” katanya lagi.
Kredit Foto: FB Hajah Nancy Haji Shukri
Ayuh kita lihat beberapa info menarik mengenai Escape Theme Park Cameron Highland ini
1. Escape Theme Park merupakan sebuah taman tema bertemakan Eropah dan ia akan menjadi edisi ketiga selepas pembukaannya di Pulau Pinang dan Petaling Jaya.
2. Direka dan dibina oleh Sim Leisure Group, Fasa 1 project ini dijangka memakan masa 15-18 bulan dan mungkin akan dilancarkan pada separuh pertama 2023.
3. Fasa 1 Escape Cameron Highland ini dijangka akan hadir dengan 20 jenis tarikan permainan dan antaranya yang terawal adalah permainan ski di lereng bukit.
4. Pembinaan tapak permainan ski pertama ini akan menampilkan lif ski yang membolehkan pengunjung menaiki puncak dan kemudiann pemain menuruni bukit melalui perjalanan trek sepanjang 1.2 km.
5. Akan merentasi kawasan seluas 60 hektar dengan ketinggian 220-meter, Escape Cameron Highland akan menggunakan sumber tenaga yang datang dari fasiliti sumber cahaya matahari (photovoltaic) sumber angin (wind turbine) dan beberapa alternatif lain sekaligus mempromosi pelancongan bersih, sihat dan berorientasikan keluarga.
6. Akan menjadi sebagai sebuah taman hiburan berkonsepkan mesra alam.
7. Pengunjung juga turut akan dihidangkan dengan permainan adventure terbaru, iaitu ESCAPE Gravity Play dengan berlatar belakangkan landskap hijau yang indah.
8. Tidak ketinggalan disediakan pusat penginapan jenis glamping, camping dan hotel dalam bentuk kotej di lereng bakit untuk pengunjung menikmati keindahan tanah tinggi ini.
8. Harga tiket masuk akan diselaraskan sama seperti di Escape Theme Park lain iaitu di antara RM80 hingga RM160 sahaja.
Ramai yang terpesona dengan keindahan bangunan pencakar langit Menara Al Burj yang dIanggap sebagai mercu tanda Dubai.
Bukan hanya mempunyai bangunan pencakar langit tetapi Dubai juga telah secara rasmi mencipta rekod apabila memiliki kolam paling dalam.
Dengan kedalaman 60 meter, kolam renang ini berjaya memintas rekod sebelumnya yang dipegang oleh Deepspot, Poland yang mempunyai kedalaman 45 meter.
CNN melaporkan kolam Deep Dive Dubai menampung 14 juta liter air atau sama dengan enam kolam renang saiz Olimpik dan setidak-tidaknya empat kali lebih besar daripada kolam menyelam lain di dunia.
Guinness Record mencatatkan kolam renang itu sebagai ‘Deepest Swimming Pool for Diving’ atau kolam renang terdalam di dunia untuk menyelam pada 27 Jun lalu.
Pengarah urusan Deep Dive Dubai, Jarrod Jablonski berkata, kolam renang penyelam ini adalah antara paling canggih dan sofisikated di dunia bukan hanya kerana kedalamannya tetapi apa yang terdapat di dalamnya.
“Ada beberapa kolam renang menyelam di dunia tetapi di Dubai adalah jauh lebih menarik. Bukan hanya ia paling dalam dan terbesar tetapi pembinaan bandar dan apartmen di dalamnya membuatkan penjelajahan penyelam lebih menarik seperti di lautan sebenar, ” katanya.
Bagaimanapun buat masa ini fasiliti kolam renang itu hanya dibuka kepada penyelam profesional.
FOTO: KREDIT CNN
Fakta Menarik Mengenai Deep Dive Dubai
1. Suhu air kolam renang itu ditetapkan pada 30 darjah celcius bagi membolehkan penyelam mengenakan pakaian menyelam yang nipis atau persalinan renang biasa.
2. Kolam renang itu dibina berbentuk seperti tiram gergasi dan memiliki keluasan 1,500 meter persegi.
3. Bentuk tiram itu adalah sebagai menggambarkan Dubai yang terkenal sebagai negara penyelam mutiara.
4. Ia bukan kolam renang menyelam biasa sebaliknya terdapat binaan apartmen ‘terbengkalai’ dan binaan sebuah bandar di mana penyelam boleh menjelajahnya hingga ke dasar kolam.
5. Antara binaan yang terdapat dalam kolam renang itu adalah perpustakaan, ruang permainan, kediaman apartment, kereta, bilik tidur, studio dan sebagainya.
6. Kolam renang itu turut dilengkapi dengan sistem cahaya dan suara yang canggih bagi memberi suasana seperti di dasar laut yang sebenar.
KREDIT FOTO: CNN
7. Deep Dive Dubai turut menawarkan kursus menyelam bagi yang tiada pengalaman dan boleh menyelam bersama pemandu selam yang disediakan.
8. Bagi menjamin keselamatan penyelam sebanyak 56 kamera dipasang di setiap sudut kolam renang itu bagi tujuan pemantauan.
9. Bagi penyelam profesional, mereka perlu mempunyai sijil menyelam yang diiktiraf oleh Professional Association of Diving Instructors (Padi).
10. Apabila dibuka kepada awam kelak, kanak-kanak berusia 10 tahun turut dibenarkan menyelam.
Ramai ingin bercuti tetapi kadang-kadang buntu memikirkan tempat mana menarik untuk dituju.
Perkongsian Detektif Kembara ini boleh dijadikan panduan untuk mereka yang mahu cuti-cuti Malaysia.
Malah jika berkesempatan boleh buat Roadtrip perjalanan dari Putrajaya-Kl-Selangor-Perak-Penang-Kedah-Perlis-Kelantan-Terengganu-Pahang-Johor-Melaka-Negeri Sembilan.
Walaupun kita sudah dibenarkan merentas negeri dan bercuti, jangan lupa untuk mematuhi SOP ditetapkan.
Kalau boleh jauhi kawasan yangramai orang, rancang percutian dan jangan jadikan momen kegembiraan nanti berakhir dengan suatu yang menyedihkan.
Ayuh, kita lihat detinasi menarik jika merancang bercuti di seluruh negeri yang ada di Malaysia.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...