Inisiatif Gelembung Perjalanan Domestik Zon Hijau yang bermula 23 November 2020 merupakan usaha kerajaan dalam memastikan sektor pelancongan negara kembali pulih dan aktif.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata inisiatif itu selaras dengan tiga strategi utama di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan iaitu mengembalikan semula keyakinan rakyat untuk kembali melancong, pemfokusan untuk menyemarakkan pelancongan domestik serta mengenal pasti segala produk dan meningkatkan penawaran yang lebih kreatif dengan memaksimumkan sumber sedia ada.
“Bermula 23 November 2020 prosedur operasi standard (SOP) Gelembung Perjalanan Domestik telah pun diluluskan. Inisiatif ini memberi kebenaran untuk pergerakan antara zon hijau dengan negeri dan seterusnya pintu sempadan negara kelak, insya-Allah. Sumbangan yang diberikan oleh industri pelancongan domestik adalah besar.
Ads
Data Akaun Satelit Pelancongan daripada Jabatan Perangkaan menunjukkan rekod perbelanjaan sebanyak RM92.6 bilion oleh sektor pelancongan domestik pada tahun 2019. Selaras dengan keputusan kerajaan itu, kementerian tersebut turut menyediakan beberapa inisiatif meliputi penginapan, pengangkutan dan diskaun pembelian produk kraf di outlet Karyaneka. Kempen ini menyasarkan warganegara Malaysia dan tempoh kempen ini ialah dari Disember 2020 sehingga Februari 2021.
Di bawah inisiatif penginapan, pelbagai pakej ditawarkan dengan kerjasama Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan platform e-dagang Shopee dengan pengguna perlu membeli pakej penginapan minimum tiga hari dua malam bagi menebus rebat baucer sebanyak RM100 dan RM50 berdasarkan kategori hotel. Bagi yang menyempurnakan pembayaran akan menikmati e-baucer tunai sebanyak RM20 yang boleh digunakan untuk pembelian barangan lain di aplikasi Shopee bagi merancakkan ekonomi membeli-belah di Malaysia secara dalam talian.
Melalui dua kempen Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) bagi hotel tiga bintang ke bawah terpilih iaitu ‘Jom Nginap’ dan ‘Malaysia Welcomes You,’ ada tawaran tunai kembali serta rebat sebanyak RM20 dalam bentuk Touch n’Go yang terhad kepada 62,500 tempahaN bagi setiap transaksi minimum RM50. Tawaran ini bermula 31 Dis 2020 hingga Mac 2021. Bagi kempen Malaysia Welcomes You, juga dengan kerjasama Touch n’Go, menawarkan rebat sebanyak RM20 bagi tempoh tempahan dari April hingga Jun 2021.
Inisiatif pengangkutan, kempen ‘Cuti-Cuti Malaysia’ dengan kerjasama syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB), Air Asia, Firefly dan Malindo Air turut menawarkan potongan diskaun sebanyak RM50. Sebagai contoh, Malaysia Airlines termasuk Firefly menawarkan potongan diskaun sebanyak RM50 atau potongan RM100 untuk tiket penerbangan pergi dan balik bagi pembelian tiket untuk kelas ekonomi dan kelas perniagaan. Keseluruhan tawaran adalah sebanyak 9,000 tempat duduk. AirAsia juga menawarkan rebat baucer sebanyak RM50 bagi pembelian tiket dan menyasarkan 24,000 orang maksimum. Malindo Air pula memberi tawaran pemberian diskaun sebanyak RM50 terhad kepada 6,000 pengguna dengan pendaftaran terawal.
Ads
Inisiatif dalam segmen perkhidmatan, pengangkutan dan syarikat swasta dengan kerjasama Prasarana melalui kempen MY30 Pass (Beli Satu Percuma Satu) ditawarkan kepada 5,000 pengguna pertama dan pengguna boleh menikmati perjalanan tanpa had Rapid KL Rail (LRT/MRT/Monorail), bas dan Rangkaian BRT untuk 30 hari.
Selain program yang dirangka di bawah pelan pemulihan pelancongan, Tourism Malaysia melancarkan pakej istimewa sempena kempen Cuti-Cuti Malaysia khas untuk penjawat awam pada 3 September lepas. Sehingga bulan Oktober 2020, sejumlah RM115,549 nilai jualan pakej berjaya direkodkan menerusi Kempen Pakej Penjawat Awam ini.
Diharap program serta inisiatif yang dirangka dapat membantu merancakkan semula sektor pelancongan domestik dengan kerjasama daripada setiap pihak industri pelancongan tempatan ke arah pemulihan dan kemajuan ekonomi negara. Semua pemain industri diseru agar sentiasa menampilkan tawaran pakej menarik selain menjaga SOP dengan norma baharu bagi memastikan kelestarian ekonomi sektor pelancongan.
Ads
Orang ramai boleh merujuk laman sesawang Tourism Malaysia untuk mendapatkan inspirasi trip pelancongan serta pakej menarik domestik di www.malaysia.travel
Semua penumpang Malaysia Airlines dikehendaki untuk membawa dan memakai topeng muka mereka sendiri berkuat kuasa 23 April, 2020, di lokasi seperti daftar masuk, menaiki kapal terbang, di kabin pesawat, pengeluaran dan pengambilan bagasi semasa ketibaan untuk mengurangkan penularan COVID-19.
Singapura melaporkan jumlah keseluruhan kes COVID-19 melebihi 3,000 (14 April) memutuskan untuk mengambil langkah lebih tegas dengan mewajibkan semua orang di republik itu memakai penutup mulut dan hidung apabila keluar rumah.
Ia diumumkan Menteri Pembangunan Negara republik itu, Lawrence Wong pada taklimat teknikal secara maya dan sidang media.
“Ia berkuat kuasa serta-merta,” katanya
Dengan langkah baharu itu, orang ramai masih dinasihatkan duduk di rumah dan mengelak daripada keluar semasa langkah pemutus litar selama sebulan dilaksanakan untuk mengekang penularan COVID-19.
Pemakaian penutup hidung dan mulut adalah langkah pencegahan penting terutama pada orang yang dijangkiti yang mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala.
Singapura selesai mengedarkan penutup hidung dan mulut yang boleh diguna semula pada Ahad (12 April), iaitu peringkat kedua yang bermula pada 5 April manakala peringkat pertama dijalankan di negara kota itu dari 1 hingga 9 Feb.
Pesalah kali pertama akan dikenakan kompaun S$300, pesalah berulang akan dikenakan denda lebih tinggi atau didakwa di mahkamah bagi kes yang lebih berat.
Tarikh berkuatkuasa Tarikh dikenakan cukai pelancongan ialah 1 Ogos 2017. Pendaftaran pengendali premis penginapan bermula 1 Julai 2017.
Siapa yang mengutip cukai pelancongan Kementerian Kewangan dan Kastam Di Raja
Apakah Cukai Pelancongan? Cukai yang dikenakan pada kadar yang spesifik terhadap pelancong yang menginap di mana-mana premis penginapan yang disediakan oleh pegendali premis.
Mengapa cukai pelancongan dilaksanakan?
Berapakah kadar cukai pelancongan?
Siapakah yang dikenakan cukai? Pelancong sama ada rakyat Malaysia atau warga luar Malaysia yang melawat mana-mana tempat di Malaysia bagi sebarang tujuan seperti ;
Apakah yang dimaksudkan dengan premis penginapan?
Siapakah pengendali? Mana-mana orang yang mengendalikan premis penginapan yang mungkin termasuk:
Siapa yang dikenakan cukai pelancongan? Pelancong bertanggungan untuk membayar cukai pelancongan kepada operator.
Siapa bertanggungjawab memungut cukai pelancongan untuk serahan ke Kastam Di Raja? Pengendali berdaftar bertanggungjawab memungut cukai pelancongan dari pelancong sebelum berlepas dan membayar cukai pelancongan yang dikumpul atau yang boleh diambil untuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berkenaan dengan tempoh bercukainya.
Berapa lama tempoh tempoh cukai?
Bagaiman pengiraan cukai pelancongan? Cukai pelancongan dikira pada sewaan bilik satu malam berdasarkan kadar premis penginapan. Contoh: Penginapan 1 malam untuk setiap bilik dan caj bilik adalah RM 160.00 per bilik / malam di sebuah hotel 3 bintang.
Yang dikecualikan daripada pendaftaran cukai pelancongan? Mana-mana orang yang menyediakan premis penginapan berikut dikecualikan daripada pendaftaran dan tidak boleh mengenakan cukai pelancongan kepada pelancong yang tinggal di premis ini:
Bagaimana untuk mendaftar sebagai pengendali?
Bagaimana untuk mengakaun cukai pelancongan kepada JKDM?
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...