Pahang mempunyai banyak lokasi alam semulajadi yang menarik untuk diteroka antaranya Air Terjun Sungai Pandan.
Terletak di Kuantan, Air Terjun Sungai Pandan juga dikenali sebagai atau Air Terjun Panching oleh penduduk setempat merupakan destinasi beriadah popular. Kawasan ini juga merupakan sebahagian daripada Hutan Lipur Pandan.
Ads
Lokasi ini menjadi tumpuan ramai untuk berkelah, mandi manda atau bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan. Jika dilihat pada air terjun yang mengalir, pasti membuatkan ramai terpesona. Mana tidaknya, landskap air terjun yang terbentuk di sini begitu cantik dan unik.
foto Afiq Halidfoto flickr
Ads
Terdapat sebuah jambatan gantung merentasi sungai di air terjun ini yang sesuai menjadi lokasi untuk merakam kenangan. Namun jika anda ingin melalui jambatan gantung ini, pastikan sentiasa berwaspada dan mengambil giliran supaya jambatan tidak dipaksa menampung jumlah berat yang ramai pada satu-satu masa.
Ads
Pelbagai kemudahan lain tersedia di sini seperti gerai makan, tandas awam, surau, bilik persalinan, tapak perkhemahan dan juga beberapa buah chalet.
Jika anda bercadang untuk datang berlibur dan bersantai di Air Terjun Sungai Pandan ini pada hujung minggu atau cuti umum, pastikan anda datang lebih awal untuk ‘dapatkan’ port tempat berkelah menarik berlatarbelakangkan air terjun ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pulau Aur terletak di daerah Mersing, Johor merupakan antara pulau ‘hidden gem’ yang cukup mempersona.
Mungkin ramai yang tidak berapa tahu atau kenal dengan pulau ini kerana kurang mendapat promosi yang meluas. Tetapi percayalah, jika anda sudah menjejakkan kaki ke sini, pasti anda jatuh cinta dan berpuas hati memilih destinasi ini sebagai lokasi untuk bercuti.
Ingin tahu cara ke Pulau Aur ini? Ikuti tip dan panduan ke sini, perkongsian daripada saudari Aina Mardiah. Terbaiklah..
Tip tambahan:
You know yourself well. Sila persiapkan diri sebelum naik bot. Kebarangkalian untuk bertembung ombak besar adalah tinggi. Kalau badan lemau memang tak best nak buat aktiviti. Checklist:-
Let’s support local.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selalu dengar orang pergi bercuti naik kapal terbang atau keretapi dan bas, kalau nak kelainan boleh juga cuba bercuti di atas kapal persiaran yang mewah ala VIP. Yang pasti percutian atas kapal persiaran tentunya memberikan satu pengalaman berbeza untuk dikenang.
Fuat Abd Sani berkongsi pengalaman bercuti di atas Kapal Persiaran Royal Carribean Spectrum Of The Sea selama 4 hari 3 malam. Paling best bila berjaya bid bilik yang mempunyai balkoni dan window dengan harga yang murah.
Pelbagai aktiviti yang sempat dilakukan sepanjang percutian mewah di atas kapal persiaran ini, ada yang berbayar dan ada juga yang percuma termasuk dalam pakej percutian.
Tambahnya juga untuk lebih mudah, dia memilih membuat tempahan melalui ejen kerana boleh merujuk kepada mereka sekiranya terdapat sebarang persoalan dan juga kaedah pembayaran yang lebih fleksibel berbanding menempah terus dari website kapal persiaran tersebut
Royal Caribbean Spectrum of the Sea
Kami naik bas KL -Singapore ( Star Mart Express)
Naik di Tbs kul 23.59 pm & sampai singapore dalam kul 4.30 am
TBS ( kl ) – Golden Mile Tower ( Singapore)
Rm 50 / seorang.
Singapore Imigresen
Dia orang check kita punya vaksinasi .So jangan delete my sejahtera itu . 2 dose lepas je. Tak perlu booster pun.
Instal siap-siap My ICA Mobile. Isi siap-siap detail dekat Malaysia. Takde la dok kalut sangat nak isi dekat imigresen sana.
Singapore
15 August 22 / 4.30 pagi
Disebabkan bas kami sampai awal. Jadi kami ke masjid Sultan . Dekat situ boleh solat subuh and sarapan mutarbak Singapore.
Marina Cruise Center, Singapore
Dari Masjid sultan kami ke Mrt Stesen Bugis. kalau nak ke Marina Cruise Center kena pergi ke Stesen Marina Sout Pier ( Red Line) ni last hentian untuk Mrt.
Dari Stesen Mrt Sout Pier nk ke Marina Cruise Center kena jalan kaki dalam 10-15 minit.
One day before
-Instal app Royal Caribbean International dalam phone u all. Isi semua maklumat dalam itu. Dekat situ nanti all program , itenery dari day 1 hingga day last ada dinyatakan.
Maklumat account ( shoping, makan-makan , games ,facilities ,entertainment )
yang berbayar lain semua ada dinyatakan di apps ni , bayaran dalam usd.
Kami pilih untuk check in paling awl 12.30pm. dah sampai awal ,naik la awal kann.
Urusan Chek in pun buat dekat apps Royal Caribbean ni gak.
Royal Caribbean Spectrum
Kami masuk kapal 12.30pm tapi tak boleh chek in cabin lagi. Pukul 3-5 pm baru boleh masuk. Masa ni kita boleh bid cabin ya. Macam kami , booking asal Interior cabin, cabin yang paling murah no window & balcony. Tapi dekat dalam kapal kami bid balcony cabin. kita boleh selection price berapa kita nak bid. Kami bid 55 dollar untuk balcony , bid yang paling murah. haha. Pukul 6 pm keluar result kami berjaya dapat balcony cabin. Kalau nak booking luar cabin ni memang mahal.
Internet (VOOM, the fastest Internet at sea)
Wifi dalam kapal kena beli lain . ada byk pakej pilihan ditawarkan. kami ambik pakej standard sahaja : Usd 20.99 / perday / per device .Kalau 4 hari 3 mlm Usd 125.94 untuk 2 device. Signal telefon memang tak dapat atas kapal. Nak pulak bila berada tengah laut
Activity / Program / Games /Facility
ada banyak activity boleh buat atas kapal. yang free pun dah banyak. kalau ada duit lebih boleh la ambik yang berbayar. yang ada note $ itu yg berbayar la tuh. dekat bawah ni senarai aktiviti yg u olll boleh buat :
ACTION AND ADVENTURE
BE PAMPERED AND ENTERTAINED
Royal Caribbean Productions
RELAX AND REJUVENATE
Makan atas kapal mcm mana?
Ni soalan fames yang selalu orang tanya. Royal Caribbean tiada halal section. kapal ini tidak pernah ambik mana-mana pensijilan halal dari mana-mana negara Islam dunia untuk restaurants mereka.
Untuk makan kami makan di dining room deck 3 . Dekat sini ada pelayan yang layan kami. Macam vvip la juga. Diorang akan masak apa yang kami nak. Tapi ikut menu yang diberi la. Macam dekat kedai siam tuh. Kami banyak order berasaskan seafood , nasi , roti , telur & buah-buah . Daging-daging ni kami puasa dulu laaa. diorang cakap halal. Tapi agak was—was kan.
Satu lagi tempat boleh makan di Windjammer Marketplace ( Restaurant) dekat sini ada banyak pilihan makanan serata dunia macam Indian food , Chines , Japanes , Vegetarians, Western & macam-macam lagi. Tapi masalah dekat sini makan dia bercampur dengan ‘P’ . So dekat sini kami makan dekat Vegetarian section buah-buah , cake , Juice , roti & etc lagi.
Matawang apa guna dalam kapal?
Dalam kapal semua pakai Usd , siap ada machine atm lgi. Pakai debit/ Credit / Cash semua bolehhh.
Booking Ticket dkt mana
U all boleh booking dekat website Royal Caribbean International boleh google ,taip aja Royal Caribbean International ada je keluar website dia. atau klook boleh gak.
tetapi kami pilih booking dengan agen. Sebab mcm-macam boleh tanya . Harga agen & website sama je .. Nak cancel , nak tunda date , ada masalah apa-apa leh direct tanya.
Kelebihan lain pakai agen kita boleh pay depo 30 % . Balance 30 & 90 day before departure. tengok term yang diberi. Website kena full payment .
kami pakai agen Cruise Packages Malaysia apa-apa tanya je mereka.Boleh juga tengok di tiktok & IG mereka.
Sistem pengangkutan awam Malaysia semakin hari semakin baik. Malah, lebih moden dan canggih. Begitu juga dengan perkhidmatan keretapi, kini jaringan perjalanannya semakin luas dan banyak.
Menggunakan perkhidmatan keretapi untuk travel dari satu tempat ke satu tempat masih relevan hari ini. Ramai pelancong hari ini memilih untuk menaiki kemudahan pengangkutan keretapi untuk ke pelbagai destinasi.
Jangan kata penumpang kanak-kanak sahaja yang seronok dapat menaiki keretapi, orang dewasa pun ada yang begitu teruja berpeluang menggunakan keretapi sebagai pengangkutan ketika bercuti.
[Pengalaman travel KELANTAN-JOHOR dengan Train KTM]
WARNING: perjalanan ni bkn utk org yg cerewet serta kejar masa. Sesuai utk org yg boleh survive dengan sedikit kesukaran serta ada masa lapang.?
1)Tiket:
1 hala Tanah Merah-JB Sentral
Dewasa Rm53(Katil Bawah)
Dewasa Rm47(Katil Atas)
Kanak-kanak Rm37(Katil Bawah)
Ni tiket kami 2hala. Penting utk ingat no gerabak anda. Jgn salah pulak? Btw, T6 yg paling dkt dgn kafe. Kalau suka boleh pilih yg tu. Tp org akan slalu lalu lalang dpn katil korang. Yg nak privasi boleh amik yg jauh dr kafe.
Harap maklum, harga tiket utk katil atas lebih murah dari bawah ya. Harga tiket berbeza ikut stesen yang korang naik dan turun.
Keadaan dlm gerabak yg ada katil. Aircond ada.
Tiket return kami harga sama sbb kami amik option yg sama.
Oleh sbb kami dari Terengganu,so kena bertolak awal ke Tanah Merah. Tiket pukul 7.49malam. Harap maklum, train xkan tunggu kita lama so bila train sampai, kena cepat-cepat naik.
2) Kereta kami tinggal dekat stesen. Alhamdulillah selamat dijaga selama 3 hari.
Btw boleh je naik dkt stesen lain yg korang suka. Kami pilih Tanah Merah sbb dkt dgn bandar so mcm selamat dan mudah nak beli pape.
3) Kafe.
Dalam train ada kafe ya. Ada jual makanan,minuman panas dan sejuk serta jajan. Makanan panas terhad tak banyak choice. Tp yg kami slalu order nasi goreng+telur mata, bihun goreng, meggi goreng dan roti bakar.
Ada kerusi meja disediakan.
Boleh jugak bwk bekal sendiri ya. Dorang xmrh pun korang mkn dlm gerabak masing-masing tp jgn la bwk mknn bau kuat mcm petai jering, durian dll. ???.
4) Powerbank.
Penting ya. Sbb dlm train xde plug khas utk cas gadget anda. Kalau perjalanan sekejap tu xpa. Tp kami punya almost 17jam dlm train. Reput la kalau bateri hp habis. ? Nanti nak pakai hp utk book hotel, grabcar dan kecemasan kan susah.
5) Tandas.
Setiap gerabak ada 2 tandas cangkung dan duduk. Tp xsemua bersih. Yg dkt kafe tu mcm bersih dan baru. Btw tandas sempit je. If nak mandikan anak boleh je tp kalau org dewasa nak mandi tu agak susah la sbb dia takde lubang lantai utk keluarkan air.
Spare slipper utk ke tandas lagi bagus.
Yg ada anak kecik tolong standby plastik utk buang pampers ya. Jgn buang slumber je dkt katil. (Dkt katil2 akan disediakan plastik sampah tp bkn utk pampers la habis semerbak baunya ?)
6) Solat.
Malangnya takde surau disediakan. So pandai2 la korang solat sambil duduk atas katil. Sambil train goyang goyang?.
Jgn lupa install apps utk cari kiblat.
Kain sembahyang dan sejadah mini kena bawak ya.
7) Hati hati.
Nak gerak dr gerabak ke gerabak lain tu kena hati hati la. Sbb dia punya sambungan tu mcm tak kemas. Barang berharga kena bwk sentiasa dlm beg galas. Dompet/hp. Yang lain xpe nak tinggal dkt tepi katil. So far Alhamdulillah takde hilang pape.
Kesimpulan:
Overall, kami enjoy perjalanan yang pertama. Sbb takde pape masalah. Sampai pun agak tepat pada masanya. 7.50 pm naik train, pastu rehat,makan, solat dan tidur. Bangun solat subuh, pastu ngantuk tidur lagi. Tup tup sampai JB tengahari.
Cuma, otw balik tu dilanda musibah sikit. Train terlanggar lembu time subuh. So 6-7 jam jugak la train takleh gerak. Kami terdampar dkt ladang kelapa sawit dan perjalanan delay. Sepatutnya kami sampai Tanah Merah pukul 11 pagi, tp pukul 10mlm baru berjaya tiba. Pengalaman.?
Terima kasih yg sudi baca Travelog sis yang tak seberapa. Plan nak buat ringkas tp rasa kena share jgk input-input penting. Oh ye, sis pakai tudung sarung je sepanjang dlm train. Mudah urus. Kalau belit shawl dan bawal segala, habis kedut?
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...