Cottage percutian mampu milik dalam hutan, anda wajib singgah ke Istana Sangkut, Chatel, Laloh Kuala Krai.
Di sini anda akan dapat melihat permandangannya amat jarang dilihat di Tanah air semenanjung, Istana Sangkut merupakan extreme park berkonsepkan cottage di tepi tasik/lubuk yang penuh dengan pelbagai aktiviti untuk keluarga dan peminat sukan extreme.
Ada 6 biji cottage berbentuk U dan V yang sangat luas dan selesa untuk didiami.
Harga pula serendah RM60 semalam termasuk sarapan pagi di cafe berkonsepkan buluh.
Ads
Sangat santai sambil menikmati permandangan lubuk yang berwarna biru hujau yang sangat asyik!
Bila musim daun getah luruh, hutan sekeliling akan menjadi kuning. Terpesona melihatnya nanti.
Ads
Aktiviti Yang Anda Boleh Cuba
– Tinggal semalaman dalam Cottage
– Mandi air terjun/lata air biru
– Makan ikan pekasam fresh yang dibuat disini
– Aktiviti lasak sekurangnya flying fox
– Jungle trekking
– Water Confident/ Crossing
– Four Wheel experience dan survival cooking
Dari segi kemudahan pula, bilik mempunyai katil queen dan double. Bilik air di luar dengan surau pondok di tepi air terjun.
Ads
Makanan semua murah dan senang nak dapat.
Sebenarnya lokasi ini sesuai jika anda datang bersama keluarga kerana jeramnya luas dan cetek.
Eh, tetapi kalau nak buat team building pun cun kerana pelbagai aktiviti ada.
LOKASI
Istana Sangkut, KG CHATEL, LATA REK, KUALA KRAI.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sesetengah destinasi percutian memerlukan kita menyewa kereta ketika ke sana seperti salah satunya adalah di Pulau Langkawi, Kedah.
Sekiranya anda pergi bercuti secara berkumpulan, sudah tentu anda mahu kongsi sewa kereta beramai-ramai dan memerlukan kereta yang besar untuk menjimatkan kos.
Bila cerita bab sewa kereta ni, ada sesetengah orang yang paranoid kerana ini mungkin kali pertama mereka ingin menyewa kereta. Sebab ada sesetengah kes sewa kereta yang minta deposit tetapi bila tiba hari yang dijanjikan, kereta tiada. Deposit pun burn.
Jadi bagaimana cara untuk mendapatkan kereta yang sesuai, elok dan mampu disewa? Entri Libur kali ini akan cuba membantu anda menjawab persoalan ini. Ikuti tip yang kami sediakan di bawah:
Pilih kereta yang selesa
Tidak perlu pilih kereta yang terlalu besar jika tidak perlu. Paling penting dapatkan kereta yang selesa dan berada dalam keadaan yang elok (sudah diservis dan bersih). Kereta bersaiz sederhana adalah paling sesuai kerana kosnya tidak mahal.
Buat perbandingan
Sangat penting untuk anda mencari maklumat tentang kereta sewa. Pastikan ada beberapa pilihan supaya anda boleh membuat perbandingan. Ini bagi mengelakkan anda daripada ditipu dan pada yang sama dapat menjimatkan bajet percutian anda.
Pilihan di tangan anda
Sesetengah kereta sewa datang dengan pakej bersama pemandu pelancong. Jika harganya terlalu mahal, eloklah anda memandu sendiri. Lebih baik begitu kerana anda tidak terikat dengan jadual pemandu pelancong tersebut.
Elak masalah Bagi memastikan anda terlibat dengan sebarang masalah, sebaiknya periksalah status syarikat kereta sewa tersebut. Pastikan perniagaan mereka sah dan berdaftar. Elakkan menyewa daripada syarikat tidak berdaftar kerana dikhuatiri anda terlibat dengan sindeket kecurian kereta dan sebagainya.
Tanya orang
Jika anda merancang untuk ke destinasi yang pernah dikunjungi orang-orang terdekat dengan anda, lebih baik minta pendapat mereka. Mungkin mereka ada cadangan kereta sewa yang bagus. Anda akan lebih yakin dan urusan menyewa kereta akan menjadi lebih mudah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nampaknya bagi mereka yang tinggal di negeri fasa kedua PPN dan telah lengkap 2 dos vaksin diberi keistimewaan untuk rebut peluang bercuti bermula 26 Ogos lalu.
Salah satunya penginapan bersama Lexis Hotel Group terutama bagi penduduk di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Ini juga sejajar dengan pembukaan Lexis Suites Penang kepada penduduk di Pulau Pinang yang sudah melengkapkan vaksin dengan pengumuman fasa kedua PPN di negeri itu sejak 10 Ogos lalu.
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hotel dan resort Lexis hanya dibuka kepada pekerja essential namun bermula 26 Ogos lalu, ia dibuka kepada semua tetamu di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang memenuhi syarat dan kriteria berikut.
1. Semua petugas barisan hadapan
2. Pekerja essential dengan surat kelulusan MITI
3. Warganegara Malaysia dan asing yang sudah lengkap vaksin (negeri Fasa 2)
Individu-individu yang telah lengkap divaksin adalah individu yang telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:
1. Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (seperti Cormirnaty (Pfizer-BioNTech), Vaxzevria (Oxford-AstraZeneca) dan CoronaVac (Sinovac) – individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; atau
2. Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (seperti COVID-19 Janssen (Johnson&Johnson) dan Convidecia (CanSino) – individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.
3. Kad/Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 dikemukakan sebagai bukti
4. Individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah, di hotel-hotel dan resort Lexis, dengan mematuhi protokol kesihatan umum. Para tetamu juga dapat menikmati percutian mereka di persekitaran yang selamat di hotel-hotel dan resort Lexis.
Berikut adalah SOP yang ketat diamalkan di semua hotel dan resort Lexis untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan semua tetamu yang telah lengkap vaksin:
1. Pemeriksaan suhu badan dan polisi wajib memakai pelitup muka sebagai protokol standard
2. Borang pengisytiharan kesihatan, log masuk tanpa sentuhan (termasuk pengimbasan aplikasi MySejahtera) dan pemeriksaan Sijil Vaksinasi Digital semasa ketibaan
3. Peningkatan kekerapan pembersihan ke semua permukaan sentuhan tinggi dan kawasan umum yang digunakan oleh para tetamu di seluruh hotel dan resort oleh kakitangan pembersihan profesional
4. Penggunaan pembersih dan pembasmi kuman kelas perubatan di seluruh hotel-hotel dan resort
5. Kolam renang peribadi di dalam bilik sentiasa dibasmi kuman dan dijaga dengan baik sepanjang masa
6. Pengamalan jarak sosial dan dine-in yang selamat, serta amalan keselamatan makanan yang dipertingkatkan
Siapa yang tidak mahu tinggal di hotel yang mewah dan selesa semasa bercuti tetapi bukan semua yang mampu untuk berbuat demikian. Jadi pilihan yang sesuai adalah dengan menempah bilik di hotel bajet. Mencari hotel bajet yang baik di tempat yang asing bagi kita bukanlah perkara yang mudah dan ini boleh menjadikan kita sedikit tertekan dalam membuat keputusan.
Bagi membantu anda mengurangkan tekanan ini, Libur berikan beberapa tip yang berguna untuk anda cuba.
1. Cari melalui laman web untuk mendapatkan harga yang terbaik
Encik Google semestinya dapat membantu anda dalam hal ini. Taip sahaja ‘hotel bajet’, ia akan memuntahkan ratusan ribu carian dalam masa beberapa saat sahaja. Jadi, untuk memudahkan usaha pencarian anda apa kata anda gunakan laman web yang spesifik untuk mencari hotel murah.
Laman web seperti Trivago, Agoda dan banyak lagi dapat meringankan otak anda dalam membuat pilihan. Laman-laman web ini bukan sahaja lengkap dengan semua ciri yang memudahkan anda mencari, malah anda boleh menempah terus dari laman web berkenaan.
2. Kos tersembunyi (hidden cost)
Walaupun sudah tertera harga di papan iklan (atau laman web) dengan terang, anda mungkin tidak perasan kos tersembunyi yang ditulis dengan kecil di hujung (bawah) iklan tersebut. Pastikan anda peka akan tanda-tanda seperti ini ‘*‘ atau ‘**‘ di hujung harga kerana ini menunjukkan harga tersebut akan ada peningkatan kelak.
Nama pun bajet jadi jangan jadikan kecuaian untuk melihat tanda-tanda seperti ini memaksa anda membayar lebih dari bajet yang anda peruntukkan.
3. Pakej percutian
Jika tarikh percutian anda fleksibel, ini merupakan peluang untuk anda mendapatkan pakej percutian dengan harga yang menarik. Kebanyakkan syarikat percutian akan membuat tawaran pakej percutian murah atau diskaun yang termasuk harga tiket, penginapan dan banyak lagi pada masa-masa tertentu.
Ini membolehkan anda untuk menikmati hotel penginapan yang lebih baik berbanding jika anda menempah sendiri hotel memandangkan ia datang sekali dengan pakej percutian tersebut.
4. Lokasi, lokasi, lokasi
Apabila hotel bajet ini selalunya ada kelengkapan asas sahaja, ini membolehkan anda bajet lebih untuk menerokai tempat yang anda kunjungi. Penting untuk anda menempah hotel yang dekat dengan kemudahan pengangkutan awam atau tinggal di tengah-tengah bandar untuk mengelakkan anda perlu berbelanja lebih untuk bergerak.
5. Review / Ulasan
Laman-laman web pasti akan menjamu mata anda dengan gambar terbaik hotel mereka (walaupun hakikatnya jauh dari itu). Jadi, anda bolehlah bergantung kepada ulasan mereka yang pernah tinggal di hotel tersebut.
Baca dengan teliti sebanyak ulasan yang mungkin untuk anda mendapat gambaran kasar akan keadaan sebenar apabila anda menempah hotel itu. Semestinya tidak semua orang bersependapat dalam soal keselesaan namun sebaiknya ambillah undian majoriti.
6. Apa yang penting untuk anda
Ulasan boleh memberitahu anda banyak benda – tahap kebersihan, tahap kebisingan, kualiti makanan, tahap servis, dan lain-lain. Berlainan orang, lain kesukaan mereka. Jadi, pastikan anda tanya pada diri anda apa yang perlu ada untuk anda selesa menginap di situ. Jika anda sukakan kebersihan tetapi tidak kisah sangat perihal kebisingan, buatlah pilihan yang sesuai.
7. Bilik air di dalam bilik hotel
Ada sesetengah hotel murah yang menyuruh anda berkongsi bilik air dengan penginap yang lain. Tidak! Tidak kiralah bagaimana berbezanya kesukaan seseorang, berkongsi bilik air mungkin akan menjadi pengalaman ngeri untuk percutian kita.
Pilihlah hotel bajet yang ada bilik air tersedia di dalam setiap bilik agar anda tidak perlu berkongsi dengan orang lain seperti ketika kita duduk di asrama masa kolej dahulu.
8. Berbaloi dengan harga
Jika anda bayar lebih, anda akan dapat lebih. Begitu juga dengan hotel bajet. Lebihkan sedikit bayaran anda untuk dapatkan keselesaan dan ciri yang lebih baik berbanding dengan memilih hotel paling murah dan anda tidak berpuas hati dengan semua perkara.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Penerbangan jarak jauh memang boleh jadi mencabar, terutama kalau perlu duduk berjam-jam dalam ruang yang terhad. Silap pilih tempat duduk, perjalanan yang sepatutnya menyeronokkan...