•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd telah mengeluarkan amaran kepada orang ramai mengenai siaran di media sosial yang mendakwa ia menawarkan tiket penerbangan percuma melalui satu kaji selidik dalam talian.

Penipuan itu memerlukan peserta menjawab beberapa soalan bagi menebus baucar, kata syarikat penerbangan kos rendah itu dalam satu kenyataan hari ni.

 “Ada satu lagi penipuan yang beredar di Facebook, menawarkan 268 tiket percuma sempena ulang tahun ke-28 AirAsia.
“Kedua-dua penipuan itu mengguna jenama AirAsia tanpa kebenaran dan bertujuan menarik orang ramai menyertainya,” tambahnya.
Syarikat penerbangan itu berkata, ia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan berkaitan skim palsu tersebut dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau kumpulan yang menganjurkan skim haram menggunakan jenama AirAsia itu.

— BERNAMA

Tinggalkan Komen

POST BERKAITAN
[wpdreams_rpl]

ITENERI

Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!
Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!

Facebook

Facebook By Weblizar Powered By Weblizar
KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: