Sri Lanka mungkin bukan negara popular yang menjadi pilihan bagi pelancong Malaysia. Namun sebenarnya ia mempunyai banyak keindahan alam dan tarikan sejarah untuk diterokai.
Ia antara destinasi yang wajib masuk dalam senarai destinasi pelancongan impian anda. Selain tak perlukan bajet yang banyak, Sri Lanka juga mempunyai banyak tarikan tersendiri!
Siapa sangka hanya dengan menggunakan kenderaan kompak seperti Perodua Kelisa dapat menjelajah hampir ke serata dunia.
Hal tersebut dibuktikan oleh Nursulhi Rahim, 41 dan anak lelakinya Muhammad Aidil yang berusia 17 tahun mengembara ke serata dunia dengan kelisa mereka yang diberi nama ‘Wheely’.
Menggunakan nama Aimpro Samudra di Facebook, lelaki ini berkongsi pengembaraan mereka yang sebenarnya telah bermula sejak November 2019.
Dari Malaysia sehingga ke negara Eropah, Asia dan ke Timur Tengah, pelbagai rintangan dan dugaan yang perlu dihadapi oleh dua beranak ini.
Terpaksa menangguhkan kembara mereka kerana virus Covid-19 yang melanda, ayah dan anak ini sempat pulang ke Malaysia seminggu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada 18 Mac 2020.
Terpaksa meninggalkan kenderaan mereka Di Turki, Nursulhi kembali menyambung perjalanan pada 15 September 2022 dan pulang kembali ke tanah air sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 baru-baru ini.
Namun disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan, ‘Wheely’ masih belum berjaya pulang bersama Nursulhi namun lelaki ini berhasrat untuk membawa pulang kelisa yang digunakan itu kelak.
Ikuti perkongsiannya:
Dari Malaysia, Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Iran, Turkey, Bulgaria, Romania, Hungary, Crotia, Germany, Netherland, Denmark, Sweden, Norway, Belgium, France, Italy, Switzerland, Greece etc.
Ini lah ‘kediaman’ dan kenderaan rasmi, “Wheely” @ Kelisa yang bertuah menemani sepanjang pengembaraan kami dua beranak sekitar Europe dan Asia (Euroasia) sejak November 2019.
Minggu lalu cadang nak buka khemah di kawasan yang dikatakan antara highway tertinggi di dunia tetapi suasana sejuk tidak mengizinkan. Khemah “Wheely” jua tempat kami berteduh.
Port tak semestinya di kawasan yang cantik, kadang tepi pam minyak, surau dan tempat parking lori pun dah memadai. Paling penting ada bilik air.
Dari Taftan, Quetta, Dera Ismail Khan membawa ke Islamabad, suasana berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain seterusnya ke utara Pakistan iaitu Naran, Gilgit, Hunza dan ke sempadan Khunjerab.
Aku cuma orang kampung yang mahu keluar melihat dunia bersama anak jantan ku mengembara sekadar yang termampu.
Berkat doa semua serta izin dariNya sahaja lah yang memberikan aku kekuatan untuk terus melangkah.
Lain orang, lain caranya. Apa yang penting kita bahagia mengembara dengan cara masing-masing. Tahniah buat semua!
Dimana bumi dipijak, di situ lah kami ber’camping’.
Dabong, Kelantan antara tarikan terkini yang menjadi tumpuan pengembara dari dalam dan juga luar negara. Keindahan alam yang masih banyak belum diteroka dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh diikuti membuatkan ramai yang teruja untuk datang ke sini.
Busa Syafiqqah Shawal sudah tiga kali membuat trip ke Dabong dari Mentakab menaiki Sleeper Train. Berkongsi di Group Backpackers Buddies Malaysia, gadis ini menyatakan trip ke Dabong mempunyai tarikan yang tersendiri sehingga membuatkan dirinya begitu teruja setiap kali berkesempatan datang ke Dabong.
Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dibuat setiap kali ke Dabong, antaranya caving, water rafting, hiking, zipline dan banyak lagi. Yang pasti semuanya melibatkan nature dan yang menjadi kegemaran gadis yang mesra disapa dengan nama Busa ini adalah bermain ATV.
Kos yang tidak terlalu mahal dan juga keindahan alam semulajadi yang terdapat di sini antara faktor yang membuatkan Busa dan rakan-rakan traveler memilih Dabong sebagai lokasi percutian mereka.
Nak tahu apa lagi yang best yang sempat Busa dan rakan-rakannya sempat explore di Dabong, jom ikuti perkongsiannya!
EXPLORE DABONG IN 24 HOURS
Halo korang! Ah ye, sekali lagi saya jadi duta tak berbayar Dabong. Asyik cerita pasal Dabong je kan? Nak buat camne, tempat best mestilah kita repeat. Ni pun ada lagi member suruh buat trip lagi ke Dabong tau Leklu, kumpul duit dulu. Kita takde ayah gula nak suruh sponsor trip so kena menabung baru boleh travel.
So, kalini Busa buat trip 24 jam di Dabong. Bermalam dekat sleeper train je. Padat, tapi trust me sangat best! Trip kalini paling ramai Busa bawak sebab adik beradik pun nak follow sekali. And trip kalini memang rezeki baik lah, even cuaca tak berapa ngam tapi semua yang Busa plan nak buat Busa dapat buat. Alhamdulillah. Takde lah balik dengan perasaan hampa kan
E X P E N S E S
TRANSPORTATION
Guide (untuk satu hari bermula dari sampai stesen ktm sampai nak balik) : RM 20 per pax
Kereta Api Mentakab-Dabong-Mentakab: RM 56
(Busa pkai promo code so dapat harga murah. Harga asal RM 37 sehala untuk lower berth tapi Busa dapat diskaun so harga utk katil bawah sehala jadi RM 28 je. Jimat banyak kan? So korang rajin rajinkan diri check FB dorang sebab KTMB akan update any promotion dekat platform Facebook mereka jugak)
Total: RM 76 per pax
TRANSIT ROOM
An Nur Guesthouse
(Dia macam homestay and dia kira harga ikut bilik. Satu bilik RM 50 and boleh muat 2-3 orang. Busa stay sini kejap lepas buat aktiviti sebab nak cari tempat rehat and bersihkan diri sementara tunggu train balik jam 11:30malam. Bilik sini okay, siap ada tandas dalam bilik and provide tuala sekali.)
: RM 25 per pax
Total: RM 25 per pax
ACTIVITIES
Caving: RM 150 per group (max 7 orang per guide)
Entrance Fee Gua Ikan: RM 2 per pax
Water Tubing: RM 60 per pax
ATV ride (RM 60 sejam untuk satu ATV and ATV tu boleh naik dua orang) : RM 30 per pax
Total: RM 113 per pax
MEALS
Ni subjektif, bergantung pada bajet korang jadi Busa tak masukkan dalam kiraan bajet.Tapi makanan kat Dabong tak mahal pun so untuk dua hari tu RM 50 pun cukup sebenarnya untuk bajet makan. Below RM 10 pun boleh dapat untuk complete meals sekali dengan air. Kalau mi udang harga RM 15 semangkuk tapi puas hati tau siap free teh o ais lagi. Busa macam biasa lah, makan mi udang kedai Kak Na
TOTAL TRIP EXPENSES: RM 214 per pax
ITINERARY
DAY 1
Gua Gelap
Gua Pagar
Gua Keris
Lunch dekat Kak Na Mi Udang Kg Stong
Dinner dekat Adam Cafe
Transit An Nur Guesthouse
TIPS AND TRICK!
Busa dah pernah buat travelogue ke Dabong bulan lepas jadi untuk kali ni Busa akan bagi tambahan tips untuk anda yang nak berkunjung ke Dabong. Tapi basically, itinerary lebih kurang sama je, yang beza is sebab Busa buat trip kalini dalam masa 24 jam means tak bermalam di Dabong.
Korang boleh jugak refer travelogue Train To Dabong yang Busa tulis sebelum ni untuk info tambahan. Untuk yang nak baca travelogue Train To Dabong yang Busa tulis sebelum ni boleh search Facebook Page: Travelogue Budget By Busa
Jelawang Pipe Resort (Water Tubing)
Tapi, ni last lah busa main water tubing. Takde bakat betul main benda ni, beria kayuh tak gerak gerak pun. Mujur ada orang carry sepanjang main kt sungai tu. Kalau tak memang Busa stuck dekat starting point lah kut. Pasni datang Dabong try water rafting pulak lah.
An Nur Guesthouse
Caving 3 Gua
Busa amik caving dengan owner Naura Bistro tu, Encik Rizal. Lemah lembut je dia guide and explain pasal gua dekat kitaorang. Nak deal untuk transportation pun boleh je dengan dia.
Contact no: 013-9546863 (Encik Rizal)
ATV Ride
Guide
Ni contact number beliau, boleh whatsapp.
013-9328327 (Encik Nasir).
Stesen KTM Gua Musang
Untuk yang naik kereta api dari arah selatan (laluan bermula dari stesen Kempas Baru menuju ke Dabong), korang akan lalu dekat Stesen KTM Gua Musang dalam jam 7:45 pagi. Kereta api akan berhenti dalam lingkungan masa 10-15 minit dekat stesen ni. Yang istimewa stesen ni, korang boleh snap gambar iconic kepala train dengan background view yang super cantik.
Extra info, kalau lapar boleh singgah beli nasi berlauk untuk sarapan dekat stesen ni. Sebungkus RM 3.50 je. Murah and sedap tau! Boleh beli dan makan dalam kafe kereta api.
Sleeper Train
Staff KTMB sangat ramah, masa nak balik tu sempat lah borak dalam train dengan staff dia. Terima kasih KTM Berhad , pengalaman Busa naik kereta api sangat best and priceless! Good hospitality!
For those dari KL, korang boleh naik ETS dekat KL Sentral and stop dekat Stesen Gemas. Dari situ, korang boleh naik sleeper train untuk ke Dabong. Bagi yang memilih untuk drive, anda boleh drive dan park kereta anda di stesen Gemas. InshaAllah selamat.
As for final conclusion, Dabong ni memang tourist attraction baru yang wajar diviralkan sebab cantik and worth every penny! Tempat dia best, orang dia ramah and baik baik pastu makanan semua murah murah. Sebab best, Busa repeat lagi tau! Next time nak repeat Dabong lagi untuk hike Kem Baha, buat Via Ferrata and main ATV lagi! Korang pulak bila? Jom lah naik kereta api!
Batam dan Pulau Bintan terletak di Kepualau Riau Barat berhampiran Singapura dan juga Malaysia.
Jika dari Malaysia, anda boleh menggunakan penerbangan terus Firefly dari Terminal Sky Park, Lapangan Terbang Subang terus ke Batam, mengambil masa lebih kurang satu jam setengah untuk sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim. Atau anda juga boleh memilih untuk menggunakan pengangkutan air di Jeti Stulang, Johor.
Di Kepulauan Riau persekitaranya agak bersih dan teratur berbanding bandar-bandar besar lain yang terdapat di Indonesia. Mungkin faktor kapasiti penduduk yang redah dan pembangunannya yang tidak berapa terjejas menjadikan kota ini kelihatan ‘selesa’. Walau bagaimanapun, hujung minggu di Kepulauan Riau sekarang ini sudah meriah dan sedikit sesak dengan kunjungan pelancong luar semata-mata untuk membeli-belah dan bercuti.
Jika anda bercadang untuk bercuti ke Kepulauan Riau terutama di Batam dan Pulau Bintan dengan bajet sederhana ini ada perkongsian itinerari daripada saudari Azeda Ahmad
Hari Pertama (Batam)
5.00 pg – Gerak dari Melaka Ke Jetty Stulang,Johor
9.45 – Gerak dari Stulang ke Batam Center. Estimated sampai 1 jam 45 min
11.45 – G makan dekat Fatmawati. Hati² memilih makan agak mahal kalo terlebih amik sebab makan dalam mall
12.15 – Check in Hotel Harmoni Batam. Lokasi berdekatan dgn Mall
2.00 – Aktiviti Bebas di Batam sehingga malam
Hari Kedua (Pulau Bintan)
7.30 pg – Check out dan ke Jetty Tg Uban
8.00 pg – Sampai di Tg Uban, cari supir untuk mulakan aktiviti bebas di Pulau Bintan ( beg simpan dlm kete, check in hotel malam sbb nk save masa)
10.00 mlm – Check in Bintan Services Apartment dan rest
Hari Ketiga
8.00 pg – Makan pg dan ke Treasure Bay
12.00 tghri – Check out dan Pulang ke Batam
1.00 tghri – Makan di Rumah Makan Sunda Ibu Joko ( murah dan sedap, recommend by supir sbb org tempatan ramai makan di situ)
2.00 ptg – Cari Souvenir kali terakhir di Nagoya Hill
4.45 ptg – Pulang Ke Semenanjung
Total kos : RM554.70 seorang (x termasuk makan & shopping)
Banyak tempat lagi boleh pergi tp sbb tak cukup masa kami tak pergi.. antaranya :-
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada tempat yang membuatkan kita rasa seperti sedang melihat dunia lain. Bukan kerana bangunan moden atau tarikan buatan manusia, tetapi kerana alamnya terlalu luar...