Nampaknya aktiviti riadah dan rekreasi bukan saja gemar dilakukan waktu siang, tetapi malam juga turut jadi pilihan.
Antara aktiviti yang gemar dilakukan adalah berbasikal di mana-mana lokasi sekitar dalam bandar. Dan paling terbaru yang menarik perhatian adalah aktiviti sukan lasak Flying Fox.
Antara aktiviti Flying Fox yang makin mendapat tempat pengunjung warga kota sekarang adalah di Puncak Bukit Besi, Kuala Lumpur.
Apa yang menariknya aktiviti Night Flying Fox ini berlatar belakang pusat bandar Kuala Lumpur dengan ketinggian 291 meter di Puncak Bukit Besi terutama waktu malam hujung minggu.
Diusahakan oleh kumpulan anak muda Raska Adventure itu menjadi aktiviti baru bagi pengemar sukan lasak dengan pengunjung perlu melakukan sekitar 25 minit masa pendakian pada waktu malam dari kaki bukit sebelum sampai di lokasi aktiviti tersebut.
IKLAN
Apabila sudah berada di awangan, inilah masanya mengabadikan momen bergambar yang menarik. Pelbagai props disediakan penganjur untuk pengunjung yang berani melakukan aktiviti lasak ini.
Dalam laman Instagram Raska Adventure memberitahu pakej yang ditawarkan bagi yang berminat untuk mencuba aktiviti lasak ini, iaitu RM65 (pax) bagi dewasa dan RM30 (pax) untuk kanak-kanak.
Pendakian bermula dengan landmark OCBC Bank Alam Damai sebelum mendaki ke puncak dan merasai pengalaman Flying Fox di awangan dengan di sinari cahaya malam yang mendamaikan.
IKLAN
Aktiviti ini adalah yang pertama dan satu-satunya Night Flying Fox yang boleh menarik perhatian pengunjung terutama golongan muda.
Bagi mereka yang berminat boleh terus hubungi person in charge, Din 013-3484674 untuk sebarang pertanyaan.
Penumpang setia AirAsia bakal menikmati tawaran istimewa daripada syarikat penerbangan tambang murah itu apabila AirAsia akan menawarkan tiket penerbangan sehala sebanyak RM99 kepada ahli AirAsia.
Tawaran tambang promosi itu adalah bersempena pelancaran penerbangan terus secara harian baharu dari KL – Quanzhou yang akan bermula pada 1 Mei 2019 ini dan tawaran harga RM99 itu bersekali dengan cukai.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat mengulas bahawa perkhidmatan KL- Quanzhou akan menawarkan pilihan penerbangan yang lebih baik kepada pelancong Malaysia dan juga China. Selain daripada itu, AirAsia turut dapat mengembangkan capaian destinasi ke bandar-bandar unik di China.
Dalam pada itu, AirAsia juga akan menyediakan perkhidmatan ke bandar-bandar kedua di China seperti Guilin, Shantou dan Nanning dalam usaha mereka untuk meneroka peluang baharu dan menghubungkan hab-hab AirAsia di Malaysia ke China.
Sedikit fakta mengenai Quanzhou, bandar itu pernah menjadi pelabuhan terbesar dunia dan titik permulaan kepada Laluan Sutera Maritim yang turut dikenali sebagai Zaiton oleh pedagang Arab selain pernah dinobatkan oleh Marco Polo sebagai ‘antara dua tempat perlindungan terbesar di dunia untuk perdagangan’.
Dek kerana statusnya yang pernah menjadi pelabuhan perdagangan paling penting selama tiga abad, Quanzhou masih lagi kekas sebagai destinasi pelbagai budaya dan agama yang turut menawarkan banyak kuil Buddha dan Hindu, masjid dan gereja malah muzium yang mempamerkan warisan maritim di sana.
Saban tahun, pasti ramai tertunggu-tunggu kemunculan acara tahunan untuk 'melancong' iaitu MATTA Fair. Namun, berikutan pandemik COVID-19, acara ini telah diberi suntikan baru yang sesuai dengan normal baru ketika ini.
Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mengumumkan 'MATTA Fair Dalam Talian 2020' sebagai satu inisiatif baharu untuk memudah cara ahli-ahli persatuan itu menjual pakej percutian terutamanya untuk percutian dan perjalanan domestik.
Acara itu akan berlangsung dari 9 hingga 15 September 2020 dengan kerjasama pelbagai rakan kongsi pelancongan untuk menyediakan pelbagai diskaun menarik seiring dengan permintaan pelancongan tempatan semasa.
MATTA akan bekerjasama rapat dengan rakan kongsi dan penaja yang berpotensi termasuk Tourism Malaysia, Malaysia Airlines, Penang Global Tourism, Persatuan Hotel Malaysia, Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia, Persatuan Spa Malaysia, BOOST, IPAY88 dan lain-lain pejabat pelancongan negeri.
Untuk menambah keseronokan di MATTA Fair Dalam Talian, pempamer akan menawarkan tawaran terbaik mereka dengan perkhidmatan tambah nilai pada kadar istimewa dan potongan harga serta pelanggan boleh melihat banyak pakej pelancongan dan perjalanan dengan pelbagai julat barangan nic dan produk terkini
Pendaftaran untuk penyertaan acara bermula dari 29 Julai sehingga 5 Ogos 2020. Untuk lebih maklumat terkini, sila lawati akaun MATTA Fair facebook @mattafairkualalumpur dan akaun Instagram rasmi @mattafair.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tahu tak di Ipoh ada lokasi yang sangat menarik dan tidak mengecewakan untuk disinggah?
Jika berada di Ipoh jangan lupa luangkan sedikit masa ke Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh, Perak. Terletak di utara pusat bandar raya Ipoh, kawasan ini merangkumi taman seluas 30.35 hektar dan tasik seluas 14.16 dengan berlatarbelakangkan bukit batu kapur Gunung Lang dan Gunung Bilike.
Taman ini dilengkapi tiga tasik buatan yang dipenuhi pelbagai spesies ikan air tawar. Pelbagai keistimewaan lain yang ada di sini antaranya air terjun buatan manusia selain menawarkan pelbagai aktiviti riadah lain seperti memancing, mendaki bukit, merentas belukar, menjelajah gua dan banyak lagi.
Lokasi ini sangat terkenal dijadikan ‘stop over point’ laluan pengguna Lebuh raya Utara Selatan. Untuk datang ke destinasi ini, penggunjung perlu melalui Lebuhraya Utara Selatan melalui susur keluar Sungai Siput dan Jalan Kuala Kangsar. Alang-alang jika anda dalam perjalanan dari utara ke selatan, atau selatan ke utara singgahlah sebentar di sini. Memang tak rugi!
Ada Lagi Yang Menarik?
Dipintu masuk Taman Rekreasi Gunung Lang, anda boleh menikmati percikan air dari air terjun buatan yang merupakan air terjun buatan manusia tertinggi di Malaysia. Air terjun ini beroperasi iaitu: Isnin hingga Jumaat -10 pagi-12 tengah hari & 4 petang-6 petang. Sabtu & Ahad/cuti umum – 9 pagi-11 pagi,1 petang-3 petang & 5 Petang-7 Malam sahaja
Anda boleh menaiki bot mengelilingi tasik buatan sambil menikmati kehijauan bukit batu kapur cukup mendamaikan.
Anda boleh mengikuti laluan pejalan kaki yang meliputi keseluruhan taman yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk wakaf terapung, rumah tradisi Perak dan menara pandang jauh.
Anda boleh memberi makan kepada ikan jenis keli Afrika dan Ikan Koi, talapia dan lampam yang bersaiz besar. Makanan ikan ada dijual di gerai makanan cuma berharga RM1 sahaja.
Untuk si kecil, taman ini turut menyediakan taman permainan kanak-kanak yang lengkap dan tapak perkhemahan.
Untuk melihat panorama kawasan ini, anda boleh naik ke menara tinjau yang disediakan.