Saban tahun, pasti ramai tertunggu-tunggu kemunculan acara tahunan untuk 'melancong' iaitu MATTA Fair. Namun, berikutan pandemik COVID-19, acara ini telah diberi suntikan baru yang sesuai dengan normal baru ketika ini.
Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mengumumkan 'MATTA Fair Dalam Talian 2020' sebagai satu inisiatif baharu untuk memudah cara ahli-ahli persatuan itu menjual pakej percutian terutamanya untuk percutian dan perjalanan domestik.
Acara itu akan berlangsung dari 9 hingga 15 September 2020 dengan kerjasama pelbagai rakan kongsi pelancongan untuk menyediakan pelbagai diskaun menarik seiring dengan permintaan pelancongan tempatan semasa.
MATTA akan bekerjasama rapat dengan rakan kongsi dan penaja yang berpotensi termasuk Tourism Malaysia, Malaysia Airlines, Penang Global Tourism, Persatuan Hotel Malaysia, Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia, Persatuan Spa Malaysia, BOOST, IPAY88 dan lain-lain pejabat pelancongan negeri.
Untuk menambah keseronokan di MATTA Fair Dalam Talian, pempamer akan menawarkan tawaran terbaik mereka dengan perkhidmatan tambah nilai pada kadar istimewa dan potongan harga serta pelanggan boleh melihat banyak pakej pelancongan dan perjalanan dengan pelbagai julat barangan nic dan produk terkini
Ads
Ads
Ads
Pendaftaran untuk penyertaan acara bermula dari 29 Julai sehingga 5 Ogos 2020. Untuk lebih maklumat terkini, sila lawati akaun MATTA Fair facebook @mattafairkualalumpur dan akaun Instagram rasmi @mattafair.
AirAsia dijangka akan terbang semula ke Eropah menjelang akhir tahun ini atau awal tahun 2020. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes berkata, pihaknya akan memulakan penerbangan ke Eropah dan laluan itu akan dikendalikan oleh AirAsia Thailand.
Thai AirAsia X akan melancarkan penerbangan ke Eropah sama ada pada akhir tahun ini atau awal tahun depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.
AirAsia sedang memohon kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan, dan laluan ke Eropah itu akan berlepas dari Bangkok, Thailand melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang. Dilaporkan bahawa AirAsia X merancang untuk menggunakan pesawat Airbus A330-900neo bagi penerbangan ke Eropah, bermula dengan laluan Kuala Lumpur-London.
Tan Sri Tony Fernandes berkata Thai AirAsia dijangka menerima pesawat itu minggu depan. A330-900 AirAsia X Thailand mempunyai 377 tempat duduk dalam konfigurasi dua kelas, terdiri 12 Premium Flatbed dan 365 tempat duduk kelas ekonomi.
Inisiatif kolabarasi julung kali dengan pihak Pejabat Tourism Malaysia Bahagian Domestik, Tourism Selangor mengekalkan fokus mereka dalam usaha promosi pelancongan domestik secara atas talian.
Jika pada 22 Jun lalu, sesi Webinar “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu” telah dilaksanakan bersama pegawai pihak Tourism Malaysia Wilayah Selatan serta penggiat industri pelancongan bertempat di selatan tanah air; terbaharu, pada 13 Julai pula telah diadakan sesi Webinar juga dengan tema yang sama bersama pihak Tourism Malaysia Wilayah Tengah dengan diketuai oleh Pengarah nya; Tuan Mohd Izal Bin Mohd Nor.
Aplikasi ‘Zoom’ untuk sesi tersebut dilihat meriah dengan penglibatan seramai hampir 50 orang yang terdiri dari penggiat industri pelancongan bertempat di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, serta tenaga pengajar dan pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam. Mereka tidak melepaskan peluang mengikuti perkembangan semasa industri pelancongan Negeri Selangor pada sesi tersebut.
Penganjuran sesi Webinar bersiri ini adalah bagi menggantikan program dan aktiviti promosi secara fizikal seperti Pameran Pelancongan, Program Jelajah dan lawatan produk pelancongan yang sebelum ini dijadualkan tetapi tidak dapat dilaksanakan akibat penularan wabak Covid-19 di Negara ini.
Tuan Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dalam satu kenyataan berkata, “Saya melihat kepentingan bagi mengekalkan hubungan baik serta sinergi antara pihak Tourism Selangor dan pihak Pejabat Tourism Malaysia Domestik bagi melipat-ganda usaha untuk membangunkan semula industri yang sangat terkesan dengan pandemik global, Covid-19”.
“Sesi Webinar pada hari ini adalah amat signifikan dalam mengemaskini maklumat dan informasi berkenaan keadaan industri pelancongan di Negeri Selangor serta produk-produk pelancongan di Negeri ini secara terus kepada wakil agensi pelancongan, khususnya yang bertempat di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan”, tambah Tuan Azrul Shah.
Sesi webinar tersebut dijalankan dalam format perbentangan dan taklimat produk pelancongan, sesi ‘Business to Business (B2B) dan juga beberapa aktiviti sampingan yang menarik seperti tanyangan video promosi pelancongan dan sesi cabutan bertuah yang tentunya mengujakan.
Orang awam yang ingin menzahirkan sokongan terhadap Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!” boleh berbuat demikian dengan meletakkan tandapagar #PusingSelangorDulu di hantaran laman media sosial mereka; khususnya yang mengiringi seleksi gambar atau video pengalaman mereka melancong ke Negeri Selangor.
Dalam pada situasi semasa Negara yang meletakkan kebanyakan Negeri dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP); pihak Tourism Selangor baru-baru ini turut memperkenalkan tandapagar #ImagineNowExperienceSoon di laman media sosial rasmi mereka.
Ianya bertujuan menggalakkan orang awam bagi mengambil inspirasi dari hantaran dan perkongsian pihak Tourism Selangor mengenai produk-produk pelancongan menarik di Negeri ini; dan hanya merancang percutian ke tempat-tempat berikut setelah tempoh PKP tamat kelak. Namun, adalah harus diingatkan, setiap pelancong di Negeri Selangor perlu mematuhi garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara demi kesejahteraan bersama.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Satu pengiktirafan kepada Sarawak khususnya dan Malaysia amnya apabila ibu negeri Bumi Kenyalang itu, diangkat menjadi Bandar Kraf Dunia oleh Majlis Kraf Dunia (WCC).
Kuching yang menjadi ibu negeri pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan seumpana itu bukan sahaja melonjakkan nama Sarawak ke mata dunia, malah turut mengiktiraf Sarawak sebagai destinasi pelancongan popular yang unik dengan kraf dan seni reka.
Pengiktirafan ini juga membuatkan Kuching ‘berdiri sama rendah, duduk sama tinggi’ dengan destinasi pelancongan popular lain di seluruh dunia seperti Jaipur (India), Isfahan (Iran), Jogjakarta (Indonesia) dan 30 bandar lain yang memegang pengiktirafan sama.
Selain itu, status Bandar Kraf Dunia itu akan menjadi ‘suntikan’ istimewa kepada Sarawak untuk melonjakkan lagi kempen Melawat Sarawak 2019 dan menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke sana.
Selaras dengan status terkini sebagai Bandar Kraf Dunia, Kuching dijangka akan membina satu pusat kraf tangan yang besar untuk mempamerkan hasil kraf tangan daripada pengusaha tempatan dan menjadi pusat hentian kepada pelancong untuk melihat dan mendalami dengan lebih dekat seni kraf yang terdiri daripada pelbagai etnik di Sarawak.
Tahniah Kuching! Tahnian Sarawak!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hamparan pasir luas, batuan putih berbentuk cendawan dan langit biru tanpa penghujung menjadikan destinasi ini kelihatan seperti sebuah planet asing.Terletak di Gurun Barat Mesir,...