People photo created by tawatchai07 - www.freepik.com

Bila bercakap tentang percutian ke pulau, pastinya kita akan terus terbayang pelbagai aktiviti sukan air seperti aktiviti menyelam seperti snorkeling, jet ski dan pelbagai sukan air yang lain.

Semua aktiviti sukan air itu adalah antara aktiviti wajib untuk dilakukan apabila kita bercuti ke pulau. Tak sah kalau pergi ke pulau tanpa melakukan apa-apa aktiviti membabitkan air. Paling tidak atau paling koman sekalipun adalah aktiviti mandi-manda di pantai berhampiran tempat penginapan.

Untuk menyenangkan dan memberikan keselesaan kepada kita, pastinya pelbagai kelengkapan seperti baju renang dan barang keperluan lain yang kalis air akan kita bawa.

Jadi apakah barang kalis air yang perlu kita bawa itu? Mari kita baca perkongsian mengenai barang-barang tersebut.

Casing waterproof 

Masa sekarang, dah banyak syarikat pengeluar jenama telefon bimbit memperkenalkan produk mereka yang mempunyai ketahanan kalis air. Sebagai contoh Apple dan juga Samsung yang kini memperkenalkan telefon pintar ada ketahanan air.

IKLAN

Walau bagaimanapun, anda tidak seharusnya meninggalkan casing waterproof sewaktu bermain aktiviti air di kawasan pulau kerana air laut terdiri daripada air masin yang mempunyai kepekatan garam yang tinggi. Oleh demikian, pastikan anda bawa bersama casing waterproof untuk memastikan simpanan telefon anda selamat daripada terkena air masin laut.

Jam GPS

Jam GPS ini juga merupakan antara alat yang berbaloi untuk anda bawa bersama sewaktu bercuti ke kawasan pulau, lebih-lebih lagi kepada anda yang aktif dengan aktiviti sepanjang masa. Dah banyak jam yang canggih dan murah kini berada di pasaran.

Kelebihan yang ada pada jam sebegini adalah anda boleh gunakan jam tersebut pada bila-bila masa sahaja tak kira apa jua keadaan, malah jam ini juga mempunyai ketahanan kalis air tidak kira air tawar mahupun air masin. Jadi sewaktu anda bermain aktiviti air di pulau, anda tidak perlu risau jam anda akan rosak atau sebagainya.

IKLAN

Beg kalis air

Beg ini adalah antara kelengkapan yang paling penting sekali. Pastikan anda cari beg yang betul-betul kalis air untuk anda menyimpan barang-barang berharga anda di dalamnya untuk dielakkan daripada terkena air sepanjang masa berada di air.

Contohnya ketika anda sedang melakukan aktiviti seperti island hopping atau snorkeling, anda boleh simpan barang berharga seperti wallet, telefon, pakaian kering, makanan dan sebagainya di dalam dan tidak risau bawang-barang tersebut akan basah.

Kasut air

kasut air atau water shoe adalah barang keperluan yang bersifat pilihan atau optional. Jika anda mahu kaki anda sentiasa selamat daripada sebarang bentuk elemen luaran yang boleh merosakkan kaki, ana boleh bawa kasut ini bersama-sama sewaktu melakukan aktiviti air di pulau.

IKLAN

Ada banyak jenis kasut air di pasaran dan kalau boleh pakai la bersama ketika ke pulau kerana permukaan kasut air ini lebih melekat ketika anda sedang memanjat tebing batu dan sebagainya.

Speaker mudah alih

5 Peralatan Kalis Air Wajib Dibawa Ketika Bercuti Di Pulau Peranginan

Ini adalah benda wajib yang akan saya bawa sekiranya saya ke pulau. Sambil mandi, anda boleh bergembira melayani lagu-lagu kegemaran menerusi alat pembesar suara ini! Antara produk terbaru yang kini berada di pasaran adalah Ultimate Ears Waterboom yang mempunyai sambungan Bluetooh dan Wi-Fi.

Jadi itu adalah antara barang yang saya cadangkan untuk anda bawa bersama ketika bercuti ke kawasan pulau. Ada banyak lagi cadangan lain tapi itu antara yang utama untuk saya ketengahkan. Insha-Allah ada masa lain lagi akan saya cadangkan barang-barang yang lain pula.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI