Melancong dan mengembara sememangnya impian buat semua orang terutamanya golongan lelaki. Apatah lagi ia boleh memberikan satu dimensi pengalaman unik tersendiri.
Malah ramai lelaki memilih untuk mengembara seorang diri sepuas yang mungkin sebelum mereka settle down dan berkahwin.
Namun pernahkah anda terfikir sekiranya terpaksa berdepan dengan situasi sukar seperti kehilangan bagasi ataupun mengalami apa-apa jenis kemalangan yang melibatkan keselamatan diri ketika berada di luar negara?
Menurut laporan terdapat masih ramai rakyat Malaysia yang tidak ambil kisah atau tidak tahu langsung tentang kepentingan travel insurance atau insurans perjalanan.
IKLAN
Masih ramai anggap bahawa insurans perjalanan hanyalah perkara remeh dan tak perlu dirisaukan.
Sebenarnya ia sangat penting kerana bertindak sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku perkara tak diingini. Selain mampu membantu daripada segi kewangan ia juga melancarkan program serta perjalanan.
BERIKUT MERUPAKAN 5 FAKTA TENTANG INSURANS PERJALANAN YANG PERLU ANDA TAHU:
IKLAN
POLISI BERMULA
Perlindungan polisi bermula pada hari kamu membelinya. Pembatalan perjalanan juga dilindungi oleh insurans. Contohnya kamu ada hal kecemasan dan terpaksa batalkan perjalanan pada hari sepatutnya mula pergi bercuti. Kamu sebenarnya layak membuat tuntutan.
TERLEPAS PENERBANGAN
Ini merupakan mimpi ngeri kepada sesiapa sahaja yang ingin pergi bercuti. Jika terjadi kerana kesilapan sendiri jangan bermimpi nak buat tuntutan. Akan tetapi jika berlaku disebabkan isu mekanikal, lebihan tempahan atau penyelenggaraan pesawat, kamu boleh membuat tuntutan.
IKLAN
BAGASI HILANG
Andai sekiranya berdepan dengan kehilangan bagasi atau dicuri, ketahuilah bahawa ia dilindungi oleh insurans perjalanan. Namun jika hilang disebabkan sikap cuai sendiri tuntutan itu akan ditolak.
BENCANA ALAM
Ingat, sebaik sahaja membeli tiket penerbangan maka terus sahaja membeli insurans perjalanan. Ini kerana jika berlaku pembatalan penerbangan disebabkan bencanan alam anda boleh buat tuntutan. Jika berita bencana itu sudah tersebar meluas menerusi media lalu baru kamu tergadah nak beli insurans, maka ia tiada gunanya kerana sebarang tuntutan selepas itu akan ditolak.
AKTIVITI LASAK
Ada juga sesetengah kamu yang merupakan adrenaliejunkie suka melakukan aktiviti lasak ketika melancong ke luar negara. Sebelum beli insurans perjalanan sebaiknya periksalah dahulu polisi yang ditawarkan sama ada ia beri perlindungan untuk aktiviti ekstrem atau tidak. Ini kerana tidak semua polisi insurans memberi perlindungan sebegini.
Cameron Highlands, Pahang merupakan pilihan warga tempatan yang suka akan kedamaian dan suhu yang sejuk. Pengunjung tidak perlu risau tentang penginapan di sini. Terdapat banyak resort dan hotel daripada status mewah hingga bajet yang boleh dipilih mengikut kemampuan.
Kalau di Switzerland ada penginapan iglu diberi nama 'Whitepod', di Cameron Highland pun ada tau. Ini perkongsian Mira Maira cadangan tempat penginapan terbaru yang unik serta istimewa di tanah tinggi Cameron Highland.
Hidden Gems Cameron Highland (A’moss Farmstay)
Ramai DM dekat mana? Nahhh sharing info, dome ni dkt cameron highlands sahaja. Tempat ni last minit aku booking. Booking 2 minggu sebelum pegi. Bagi sesiapa yang nak merasa cuaca sejuk sampai ke tulang di dalam kebun sayur milik sepasang suami isteri India boleh lah cubaa menginap disini. Lain daripada yang lain.
Hanya ada 3 sahaja dome dkt sini, 2 katil queen dan 1 dome katil utk 4 orang. Setiap dorm ada toilet peribadi bersebelahan DOME sahaja. Bagi yang tak tahan sejuk sila bawak stokin dan baju winter. Suhu boleh mencecah 14C tanpa pemanas yaaa dalam bilik. Suasana dia hanya Tuhan yg tahu. Nyamann….
Dah-dah.. korang boleh dah tu hint psangan yang nak sambut anniversary!
Tip :
1. Hanya bersebelahan sahaja dgn BOH Sg Palas. kalau korang plan nak pegi BOH tu pegilah last sekali.
2. Makan siap-siap sebelum nak masuk sini or bawak barang-barang untuk steamboat siap-siap. Depan bilik tu korang boleh berkelah ramai-ramai. (Aku datang musim kena serang dengan serangga) so tak boleh nak lama-lama kat luar hahaha. Kitchen juga ada disediakan.
3. Bagi yang sukakan suasana tenang boleh lah cubaa stay sini.
4. Jalan nk masuk DOME ni sangatlahhhhh kecikk & sempit. Drive hati-hati & slowwwlyyyy!
Jepun negara maju yang menjadi idaman setiap traveler untuk menjejakkan kaki dan melihat sendiri keindahan serta adat dan budaya masyarakat di sana.
Merupakan negara empat musim, bagi yang nak bermain salji bolehlah memilih antara Disember sehingga Februari untuk ke negara yang terkenal dengan julukan Matahari Terbit itu. Bagi yang nak tengok keindahan bunga sakura pula boleh memilih untuk datang ke Jepun sekitar April hingga Jun.
Jepun juga terkenal dengan negara yang bersih dan rakyat yang cukup berdisiplin, tempat-tempatnya juga menarik untuk dilawati.
Bagi yang pertama kali nak datang bercuti ke Jepun, Yamin Ismail berkongsi beberapa tip berguna untuk anda persiapkan diri sebelum jejakkan kaki ke negara tersebut.
15 tips bagi mereka yang pertama kali melawat Jepun:
1) Visa- tak perlu. Anda boleh stay di sana sehingga 90 hari.
2) Duit Yen – tukar siap-siap di Malaysia kerana kadar tukaran lebih baik. Boleh juga tukar duit di sana. Mesin money changer pun ada di sana.
3) Talian internet- bawa pocket wifi untuk memudahkan capaian internet. Boleh book online dan bila sampai sana boleh ambil di airport. Boleh juga bawa siap-siap dari Malaysia.
4) Pengangkutan – Beli pass keretapi (Japan Rail Pass) atau pass bas. Di sana pengangkutan keretapi efisen dan menepati waktu. Contoh, keretapi mempunyai jadual 07.13 am. Next train 07.27 am. Seterusnya 07.48 am. Bukan 07.00/07.30/08.00 am. Setiap keretapi adalah punctual.
5) Makanan halal- Ada, tapi tidak di semua tempat. Elok bawa sambal ikan dan serunding. Bungkus dalam pek kecil supaya mudah untuk dihabiskan sekali makan dalam perjalanan menaiki keretapi.
Saya suka Brahim (nasi segera bersama lauk) sebab boleh panaskan dalam microwave dan masukkan dalam tupperware untuk dibawa travel.
6) Kalau lapar sangat – masuk 7E. Untuk mereka yang kali pertama masuk 7E Jepun, kita akan rasa macam ‘alangkah kalau kat Malaysiapun macam ni’. Kat kaunter cuba cakap – Sumimasen (Excuse me). Gohan (nasi) – wa- doko desuka? (where is it?).
Sumpah, inilah makanan (nasi melekit Jepun) yang paling kenyang, mudah, murah dan mampu untuk wallet backpackers di samping onigiri.
7) Penginapan – bergantung kepada bajet anda. Saya pernah duduk hotel, rumah Air BNB, tumpang rumah kawan Jepun. Yang penting ada kemudahan memasak dan bilik tidur. Tips- pilih rumah yang paling mudah diakses (baca: dekat) dengan stesen bas atau stesen keretapi.
8) Berjalan kaki – anda kena bersedia untuk banyak berjalan kaki di Jepun. Lainlah kalau anda sewa kereta dengan pemandu di sana which is very expensive.
Orang Jepun jalan laju. Kalau anda baca guidelines macam ni, ‘The hostel is 5 minutes away on foot from the train station,’ percayalah perjalanan lima minit tu kena darab dengan 3.89 kali ganda dulu sebab tak sama nak catch-up halaju jalan kaki mereka.
9) Tempat menarik kat Jepun? – Saya dah sampai Kyoto, Kobe, Osaka, Tokyo, Gotemba, gunung Fuji. Keindahan semulajadi serta kecanggihan sisi moden Jepun di sebalik bangunan lama yang dipelihara sangat sesuai untuk dilawati.
70 peratus muka bumi Jepun adakah hutan dan gunung. Banyak tempat menarik boleh dilawati dan kebanyakannya tiada bayaran dikenakan. Jepun mempunyai banyak tempat menarik yang diwartakan sebagai warisan UNESCO.
10) Bahasa Jepun – elok juga tahu sepatah dua sebagai menunjukkan budi bahasa kita. Contoh: Selamat pagi -Ohayo Gozaimas, Hello – Kon ni chi wa, Terima kasih – Arigato Gozaimas, Excuse Me – Sumimasen.
Rakyat Jepun sangat helpful walaupun mereka sendiri tak faham apa yang kita tanya. Kelebihan berbahasa asing adalah lebih baik.
11) Vending machine- teramat banyak di sana. Boleh beli apa saja. They are everywhere. Terdapat 5.5 juta vending machine di negara ini.
Daripada bento kepada sosej. Payung kepada surat khabar. Air tu of course la kan. Coklat. Telur ayam. Sup ikan. Burger. Ramen. Buah oren dan pisang. Malah ada juga mesin yang berfungsi untuk mengambil selfie. Japanese are all about conveniences.
12) Tandas –Bersih dan canggih. Sampaikan button mana nak tekan pun tak pasti selepas menunaikan hajat. Rakyat Jepun obses akan kebersihan dan keselesaan.
Selalunya di tepi bidet atau dinding sebelah kanan anda akan ada pilihan water pressure, suhu air, cara pancuran pembersihan (sori tak bermaksud nak campur urusan peribadi anda), tetapi itulah hakikat kemodenan mangkuk tandas di Jepun. When in Japan, do as the Japanese do.
13) Surau – Islam itu mudah dan memudahkan. Di lapangan terbang utama Jepun memang disediakan surau. Di bandar-bandar besar juga ada masjid dan surau walaupun kena berusaha mencari. Malah di kebanyakan restoran halal turut menyediakan ruang untuk solat.
Cuma disebabkan rakyat Jepun sangat anti dengan lantai yang berkecah dan basah, kita perlu menghormati adab di tempat orang. Berusahalah untuk berwuduk dengan cermat dan tertib bahkan kalau ada tisu atau kain lap disediakan, lap sikit lantai lepas selesai berwuduk.
14) Makan ramen – makan dengan hirupan bunyi kuat dianggap penghargaan kesedapan kepada tukang masak. Kalau kat Malaysia rasa nak tampar muka orang yang makan berbunyi begitu.
Di kedai makan pula, pelanggan akan makan dengan cepat apabila ada lagi customer yang beratur menunggu di luar sebagai tanda kita menghormati masa orang lain. Only in Japan.
15) Duit syiling Jepun – ada banyak dominasi – 1, 5, 10, 50, 100 dan 500 Yen (design memang cantik) – kecuali jika anda ingin menyimpannya sebagai cenderamata, bolehlah berusaha habiskan sebab balik Malaysia nanti dah tak boleh tukar kat money changer.
Kalau ke Cameran Highland, memang tidak sah kalau tidak membeli buat strawberi untuk di bawa pulang untuk dijadikan buah tangan atau kudapan selepas balik bercuti.
Ke mana sahaja lokasi tumpuan pengunjung di Cameron Highland, memang ramai peniaga mengambil kesempatan untuk menjual buah strawberi ini di situ. Rasanya sangat manis, buah juga bersaiz besar selain harga yang ditawarkan memang murah berbanding di pasaraya.
Tapi itu la, kadangkala buah strawberi yang dibeli untuk di bawa pulang tidak tahan lama. Ini ada tip dari penduduk tempatan Cameron Highland sendiri, bagaimana cara sebenar memilih buah strawberi untuk di bawa pulang.
“Alamak lembik dah laaaa”
“Euuu masam!”
“Eh, baru turun dah lebam, penipu la penjual ni!!”
Tula selalu jadi kan korang kan? Buah strawbery rosak, tak sempat nak makan! Belinya berkotak-kotak! Stresssss
Buah strawbery ni antara buah yang agak rumit untuk dijaga tau! Tak nak susah, korang makan je puas-puas kat Cameron sudaa..senang hati. Haha. Tak payah pening-pening fikir cara nk jaga bagi tahan lama.
Tapi, mungkin ada nak bawa balik untuk keluarga dan rakan-rakan tersayang, untuk buat kek, untuk buat jus smooties dan sebagainya kan? Kat sini ada beberapa tips korang boleh guna supaya buah strawberi tahan lebih lama.
Perkara pertama, paling utama ada cara bagaimana untuk memilih strawberi:
Pilih buah yang tidak lembik, lebam dan tanpa cacat.
Perhatikan warna, mesti merah terang, jangan pilih warna yang kusam, gelap dan tidak berkilat.
Keduanya, adalah cara membersihkan strawberi bila dah sampai di rumah. Ada dua cara tau.
Cara pertama:
1. Cuci bersih di air yang mengalir untuk membersihkan kotoran yang melekat pada strawberi.
2. Rendam dalam air yang diletak dua sudu garam selama 3 minit lalu tapis sampai kering.
3. Lapkan dengan tisu sampai kering.
4. Setelah strawberi kering dan bersih, tuang semua buah strawberi ke dalam bekas kedap udara yang dilapik dengan tisu. (ini untuk menyerap lembapan)
5. Simpan dalam peti ais. Cara ini akan membuat strawberi tetap segar selama lebih dari 7 hari.
6. Bagi yang ingin tahan lebih lama boleh disimpan dalam freezer agar boleh digunakan sebagai bahan ais krim atau jus segar bila-bila masa korang nak.
Cara kedua:
1. Satu lagi cara yang boleh dicuba dengan membasuh strawberi dengan cuka. Caranya dengan membasuh strawberi dalam larutan 1 cawan cuka untuk setiap 10 cawan air. Sebenarnya tidak kisah berapa nisbahnya, anda boleh juga agak-agak berapa ingin digunakan.
2. Rendam selama 4-5 minit, kemudian tapis dan paling penting biarkan ianya betul-betul kering.
3. Letak dalam tupperware yang dilapik tisu dan simpan di dalam peti sejuk seperti biasa. Proses ini boleh digunakan untuk semua jenis beri. Dan jangan risau, anda tidak akan rasa cuka pada strawberi anda.
Tip Penting Beli Strawberi
Biasanya strawberi dijual dengan daunnya. Pilihlah strawberi dengan warna daun hijau segar dan warna strawberi yang merah cerah. Saiz yang besar menandakan buah tersebut sihat dan lebih sedap serta manis.
Segera cuci dan simpan dalam peti sejuk di dalam bekas tertutup berlapik tisu. Jangan biarkan di luar peti ais sebab baunya akan cepat hilang dan cepat kering.
Nak dapat buah manis? Tak nak masam? Pastikan membeli buah yang sederhana besar dan berwarna merah terang. Kalau ambil buah yang masih ada putih atas tu, maksudnya buah masih muda dan akan berasa sedikit masam.
Buah lebam? Pastikan memilih buah yang berwarna merah terang, bukan bewarna gelap. Warna gelap tu dah terlalu masak dan mudah lembik.
Disarankan anda beli buah untuk dibawa pulang, pada hari anda nak bergerak pulang ke rumah.
Anda disarankan membeli buah strawberi atas pada pukul 10 pagi, supaya anda dapat buah yang terbaru. Bukan buah yang semalam.
Seeloknya, beli buah yang 2 layer ke bawah kalau nak dibawa pulang . Lagi elok 1 layer sahaja. Ini untuk elak buah di bawah tu terpenyek dan jadi lebam.
Dan paling akhir, pastikan anda meletakkan buah strawberi di bahagian dalam kereta yang beraircond tu, bukan di bonet kereta ye!