Ads

5 Bandar Paling Bahagia Di Malaysia Yang Wajib Masuk Bucket List

Kehidupan dewasa, terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar, sering dipenuhi dengan pelbagai kesibukan. Kesesakan lalu lintas, tekanan kerja, rutin harian yang padat dan hiruk-pikuk kota kadangkala membuatkan kita teringin untuk ‘lari’ seketika mencari suasana yang lebih tenang.

Tahukah anda, terdapat 10 bandar yang telah diiktiraf oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebagai antara Bandar Paling Bahagia di Malaysia bagi tahun 2026?

Bandar-bandar ini dinilai menerusi Sistem MurniNet yang mengambil kira pelbagai aspek berkaitan kualiti hidup dan kesejahteraan penduduk.

Menariknya, kebahagiaan sesebuah bandar hari ini tidak semestinya bergantung kepada kemodenan atau pembangunan pesat. Sebaliknya, bandar kecil dan sederhana yang menawarkan keindahan alam semula jadi, komuniti yang mesra serta gaya hidup lebih santai turut menjadi pilihan.

BACA JUGA: Layan Panorama Menakjubkan di Casabrina Vacation Villas Raub, Pahang

Daripada senarai tersebut, Libur memilih lima destinasi yang menarik untuk dimasukkan dalam bucket list anda jika mahu merasai sendiri suasana tenang dan bahagia.

1. Ranau, Sabah

Bandar Paling Bahagia Di MalaysiaKredit Foto: Sherine / Pexels

Dikelilingi landskap semula jadi yang memukau, udara pergunungan yang nyaman serta masyarakat tempatan yang mesra, tidak hairanlah Ranau menjadi antara destinasi yang memberikan rasa tenang kepada pengunjung.

Antara lokasi popular yang boleh dikunjungi ialah Desa Dairy Farm, yang terkenal dengan pemandangan menghijau dan suasana seakan berada di New Zealand. 

Kehadiran lembu ternakan dengan latar belakang pergunungan turut menjadikan kawasan ini antara lokasi fotografi popular di Sabah.

Selepas seharian berjalan, anda boleh singgah ke Poring Hot Spring untuk berendam dan merehatkan badan.

Dan sudah tentu, antara pengalaman paling istimewa ketika berada di Ranau ialah menikmati pemandangan indah Gunung Kinabalu, terutama pada waktu pagi ketika cuaca cerah.

Ads

2. Dabong, Kelantan

Bandar Paling Bahagia Di MalaysiaKredit Foto: Malaysia.travel / Google

Terletak di daerah Kuala Krai, Dabong merupakan sebuah pekan kecil yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara serta suasana kehidupan luar bandar yang cukup mendamaikan.

Salah satu pengalaman paling menarik untuk ke Dabong adalah dengan menaiki kereta api, termasuk perjalanan menggunakan perkhidmatan kereta api tidur atau sleeper train.

Setibanya di sini, anda boleh menerokai Gua Ikan sebelum meneruskan perjalanan ke Air Terjun Jelawang yang merupakan antara tarikan alam yang cukup terkenal di kawasan ini.

Bagi mereka yang mahu bercuti jauh daripada kesibukan bandar dan menikmati suasana alam, Dabong sememangnya sesuai dijadikan destinasi ‘healing’.

3. Kluang, Johor

Bandar Paling Bahagia Di MalaysiaKredit Foto: Tourism Johor / Google

Kluang menawarkan suasana kehidupan yang lebih santai, tidak terlalu terburu-buru serta masih mengekalkan identiti sebuah pekan yang kaya dengan sejarah.

Gabungan komuniti yang erat dan rentak kehidupan slow living membuatkan Kluang mempunyai daya tarikannya tersendiri.

Ads

Jika berkunjung ke sini, jangan lepaskan peluang singgah di Kluang RailCoffee untuk menikmati kopi tradisional bersama roti bakar yang cukup sinonim dengan bandar ini.

Buat pencinta aktiviti luar pula, anda boleh mencuba pendakian di Gunung Lambak atau meluangkan masa di kawasan rekreasi alam sekitar Kluang.

4. Mersing, Johor

bandar paling bahagia di MalaysiaKredit Foto: Tourism Johor / Google

Mersing pula terkenal sebagai pintu masuk ke pelbagai pulau cantik di sekitar Johor.

Suasana pekannya yang lebih tenang, kehidupan masyarakat pesisir serta hubungan rapat dengan laut menjadikan Mersing berbeza daripada bandar-bandar besar yang sibuk.

Antara aktiviti yang wajib dicuba sudah tentunya island hopping ke pulau-pulau sekitar Mersing.

Selepas puas menikmati keindahan laut, lengkapkan perjalanan dengan mencuba hidangan makanan laut segar yang mudah ditemui di sekitar kawasan ini.

Kalau anda sukakan percutian santai yang menggabungkan laut, pulau dan suasana pekan kecil, Mersing memang patut berada dalam senarai.

Ads

5. Raub, Pahang

bandar paling bahagia di Malaysia

Kredit Foto: Melancong.my / Google

Raub terkenal dengan persekitarannya yang menghijau, udara yang lebih nyaman serta suasana kehidupan pekan yang aman.

Daerah ini juga cukup sinonim dengan durian, terutama Musang King yang menjadi antara tarikan utama ketika musim buah.

Bagi pencinta durian, anda boleh berkunjung ke dusun-dusun sekitar Raub ketika musimnya untuk merasai pengalaman menikmati durian segar terus dari dusun.

Selain berburu durian, perjalanan ke Raub juga sesuai untuk mereka yang mahu menikmati suasana desa dan berehat daripada kesibukan kota.

Bahagia Tak Semestinya Di Bandar Besar

Kebahagiaan sesebuah bandar bukan sekadar bergantung kepada bangunan tinggi atau pembangunan moden.

Persekitaran yang nyaman, kemudahan yang baik, keindahan alam serta komuniti yang hidup dalam suasana aman dan harmoni turut memainkan peranan besar dalam mewujudkan kualiti hidup yang lebih baik.

Jadi, kalau anda sedang mencari destinasi untuk berehat, memperlahankan rutin dan menikmati suasana berbeza daripada kehidupan kota, lima bandar paling bahagia di Malaysia ini mungkin boleh dimasukkan dalam bucket list percutian anda selepas ini.

Mana satu anda nak pergi dulu?

 

Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Jom Kita Travel

Taman Lembah Bukit SUK Shah Alam, Hidden Gem Hijau Untuk Healing,...

Shah Alam cukup terkenal dengan taman-taman rekreasinya yang luas dan suasana hijau yang masih terpelihara. Namun, di sebalik lokasi popular yang sering menjadi tumpuan...