Kehijauan alam semula jadi, kejernihan sungai yang mengalir serta kedinginan udara segar pastinya menggamit sesiapa sahaja untuk menikmati suasana percutian yang damai dan jauh dari kesibukan kota.
Keindahan berlatarkan hutan menghijau sekali gus menyingkap realiti khazanah yang masih terpelihara di negeri Terengganu. Keadaan ini semestinya memberikan inspirasi buat pemuja alam semula jadi. Tular di beberapa laman sosial utama negeri Terengganu, dek keunikan lokasi pelancongan baru di Kuala Berang dikenali sebagai ‘Amazon Terengganu’
Nak tahu apa yang menarik? Ini perkongsian daripada portal Amazing Terengganu
Ads
Tak Percaya Terengganu Ada Hutan Amazon? Ye! Ada di Kuala Berang! Pokok-pokok rendang di kiri kanan sungai. Redup dan mendamaikan. Memang instagram-worthy kata orang.
Nak datang sini kena cuba aktiviti berkayak dulu. Lagi menarik berkayak di tengah sungai. Kiri kanan ada pokok rendang memayungi kayak. Redup je bila berkayak kat sini.
Sambil-sambil berkayak boleh tengok banyak hidupan liar di kiri kanan sungai macam burung helang, burung enggang, monyet, lutong dan kerbau. Memang mendamaikan jiwa.
Yang tak biasa berkayak jangan risau, ada local guide akan follow korang berkayak dari mula sampai habis. Life jacket pun kami sediakan.
Tempoh masa untuk aktiviti menyusuri ‘Amazon Terengganu’ ini adalah 3 jam berkayak yang penuh dengan ketenangan dan kecantikan.
Ads
Ada untuk pakej ditawarkan untuk berkayak di Little Amazon of Terengganu. Harga lebih kurang RM129 seorang. Ia termasuk sewaan kayak, life jacket & paddle, bayaran guide dan domestic transfer.
Ads
Jom cuti-cuti Terengganu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi yang tidak biasa dengan situasi perjalanan jauh, perasaan kurang selesa seperti mual, perut kurang selesa dan pening kepala sering menjadi halangan untuk bercuti jauh. Jangan dibiar masalah ini kerana sampai bila anda hanya bercuti di lokasi berdekatan
1. Mengambil hidangan berat sebelum menaiki kapal terbang atau kenderaan mampu meningkatkan peluang diserang rasa kurang selesa di dalam perut anda. Makanan berat yang anda ambil biasanya mengambil masa yang lama untuk hadam.
2. Elak terlalu memikirkan bahawa anda akan muntah. Anda sepatutnya menikmati keindahan di sekeliling anda, berborak, mendengar lagu mahupun tidur.
3. Elakkan membaca buku. Ramai yang beranggapan bahawa membaca menghilangkan rasa ketakutan dan ketidakselesaan. Hakikatnya, ia memudaratkan anda kerana membaca memerlukan mata anda terus melihat dan membaca dengan betul. Namun, bagi anda yang tidak merasa mual, membaca adalah untuk mengelak rasa bosan.
4. Ketahuilah bahawa terdapat alat yang boleh membantu mengurangkan rasa mual yang anda hadapi. Anda boleh mendapatkan gelang tangan acupressure yang ada dijual di beberapa gedung farmasi. Selain itu, terdapat juga pil seperti Dramamine atau Bonine yang boleh diambil sebelum berlepas atau ketika mendarat.
5. Elakkan duduk berhampiran tingkap atau sayap di dalam kapal terbang. Ramai yang kurang tahu bahawa memilih tempat duduk berdekatan tingkap membantu anda duduk di dalam keadaan stabil dan selesa. Hal ini kerana, duduk berdekatan sayap pesawat akan menghantar isyarat kurang gegaran ke otak anda kerana walaupun pesawat sedang bergegar, tetapi sayapnya tetap tidak bergerak. Ada sedikit mainan psikologi di situ!
6. Tip paling popular untuk elak mual ketika perjalanan jauh sama ada menaiki pesawat atau kenderaan darat adalah dengan mengunyah gula-gula getah berangin. Gula-gula getah ini akan mengambil alih perhatian anda dengan rasa dan daya mengunyah ini.
Diharap percutian jauh anda kali ini lebih menarik dan tidak memberi anda pengalaman yang menakutkan atau memalukan. Jangan takut minum minuman seperti Coke atau Sprite kerana ia juga membantu anda lebih tenang ketika perjalanan jauh. Cubalah!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sekarang dah masuk musim cuti sekolah dan sudah tentu ada ibu bapa yang berfikir untuk bawa anak-anak mereka keluar bercuti.
Anak-anak kecil atau remaja ini kita sedia maklum, ramai di antara mereka yang gemar untuk bermain air seperti mandi sungai atau air terjun. Siapa yang tak suka main air betul tak? Orang dewasa pun ramai yang suka dengan aktiviti air.
Bagaimanapun, sering terpampang di dada-dada akhbar tentang tragedi yang menimpa ibubapa apabila ahli keluarga mereka terlibat dalam tragedi lemas.
Jadi Libur nak kongsikan tip yang boleh diambil oleh ibu bapa bagi meningkatkan keselamatan ketika melakukan aktiviti air. Meskipun ajal maut itu di tangan tuhan tetapi dengan adanya ilmu seperti ini, kadar risiko kemalangan itu dapat anda kurangkan.
Tip pertama; pastikan anak anda ditemani oleh orang dewasa ketika berada di dalam air. Sedangkan perenang profesional pun boleh kejang otot ketika beranang, inikan pula anak-anak anda yang amatur. Jadi bila ada buddy system, salah seorang daripada mereka boleh membantu yang lain sekiranya berlaku kecemasan.
Tip kedua; pastikan anak anda tahu cara-cara untuk berenang ataupun anak-anak anda ada skill untuk melakukan aktiviti di dalam air. Bawalah anak-anak anad ke kolam renang yang cetek terlebih dahulu bagi membiasakan diri mereka sebelum anda bawa mereka ke tempat yang lebih dalam. Sekiranya ada kelas untuk belajar berenang, bagus juga jika dihantar anak anda untuk belajar. Paling tidak mereka tahu bagaimana untuk melakukan CPR sekiranya keadaan memerlukan suatu masa nanti.
Tip ketiga; Tahu kemampuan anak-anak anda juga boleh mengurangkan risiko untuk berlakunya kemalangan ketika menjalankan aktiviti di air. Ajar anak anda supaya tidak fobia air dan tidak panik sekira ada apa-apa berlaku di dalam air. Orang yang fobia dan cepat panik adalah orang yang paling cepat tenggelam dan lemas di dalam air. Berenang memang seronok tapi risau juga kalau sesuatu berlaku di dalam air dan anak-anak anda tidak tahu bagaimana untuk menyelamatkan diri.
Tip keempat; Bawa anak-anak anda berenang di tempat yang selamat sahaja. Ada banyak kawasan sungai dan air terjun yang sebenarnya tidak selamat untuk melakukan aktiviti air tetapi sering diabaikan atas nama riadah. Ambil tahu tentang tekanan yang ada pada air di sesuatu tempat yang anda kunjungi. Kadang-kala air di permukaan kelihatan tenang tetapi sebenarnya arus yang berada di bawah air adalah deras. Disebabkan itu banyak terjadi tragedi mangsa mati lemas akibat ‘disedut’ oleh pusaran air di bawah permukaan. Tonton dua video di bawah sebagai contoh yang lebih jelas kepada anda.
Ambil tahu juga mengenai tanda-tanda kepala air. Tanda-tanda awal kepala air akan kelihatan apabila terdapat ranting-ranting kayu atau daun-daun pokok yang hanyut dibawa arus sungai. Permukaan sungai juga akan berubah dari segi warna yang bertukar keruh disamping buih-buih berwarna putih.
Tip kelima; Berhati-hati untuk menyelam. Kecederaan akibat menyelam kebiasaannya melibatkan kecederaan kepala dan boleh mendatangkan pelbagai risiko termasuk kematian. Sekiranya ada papan tanda dilarang berenang atau dilarang menyelam, ibu bapa perlu mematuhi arahan tersebut.
Tip keenam; Pastikan anak-anak anda minum banyak air. Sekalipun mereka sedang melakukan aktiviti air, tidak bermakna air sungai itu akan masuk ke dalam badan anak-anak. Banyak air dalam badan yang digunakan untuk menggerakkan tubuh supaya berenang dan badan akan cepat dehidrasi daripada biasa.
Keselamatan Ketika Di Taman Tema Air
Di taman tema air, aktiviti terjun tiruk, tunggang terbalik, terbang ke sana sini adalah lebih banyak daripada berenang. Jadi ambil sedikit masa untuk membaca papan tanda awas yang diletakkan di situ. Patuhi setiap arahan yang diberikan supaya keselamatan sendiri dan orang lain turut terjaga. Dalam pada itu, setiap kolam yang ada di taman tema air mempunyai kedalam yang tersendiri. Jangan main terjun sembarangan sahaja ya. Ambil tahu berapa kedalam yang sesuai dengan skill yang ada pada diri sendiri.
Jika tidak tahu berenang, bawa peralatan atau pelampung untuk kegunaan diri sendiri dan pastikan aktiviti yang kita lakukan di taman tema air itu dibawah pengawasan lifeguard.
Jadi itu sahaja tip yang dapat dikongsikan kepada pembaca. Sungai, air terjun, pantai, dan taman tema air memang menyeronokkan kerana kita boleh belajar banyak benda baharu, bersosial bersama kawan-kawan dan sebagainya. Tapi jangan lupa tentang faktor keselamatan supaya keseronokkan itu dibawa pulang sehingga ke rumah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi yang jarang menaiki kapal terbang, urusan sebelum berlepas kadang-kadang boleh buat rasa cemas. Takut tertinggal dokumen, terlebih berat bagasi, salah gate atau lambat sampai ke lapangan terbang.
Sebenarnya, pengalaman terbang akan jadi lebih mudah kalau kita buat persediaan awal. Tak kiralah penerbangan domestik atau antarabangsa, beberapa perkara asas ini memang penting untuk dielakkan daripada sebarang masalah saat akhir.
Perkara paling utama sebelum terbang ialah memastikan semua dokumen penting sudah lengkap. Untuk penerbangan domestik, pastikan kad pengenalan dibawa bersama. Bagi penerbangan antarabangsa pula, semak pasport, visa jika diperlukan, tiket penerbangan, tempahan hotel dan dokumen sokongan lain.
Sebaiknya, simpan salinan digital dalam telefon dan e-mel. Kalau berlaku kecemasan seperti dokumen hilang atau telefon kehabisan bateri, sekurang-kurangnya masih ada salinan yang boleh dirujuk.
Jangan ambil mudah soal masa. Untuk penerbangan domestik, sebaiknya tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya dua jam sebelum waktu berlepas. Bagi penerbangan antarabangsa pula, datang tiga jam lebih awal.
Ini penting kerana proses daftar masuk, pemeriksaan keselamatan, imigresen dan mencari pintu pelepasan boleh mengambil masa, terutama pada musim cuti sekolah atau hujung minggu panjang.
Salah satu masalah biasa di kaunter penerbangan ialah bagasi terlebih berat. Jadi, timbang siap-siap beg sebelum keluar rumah. Semak juga had berat bagasi daftar masuk dan bagasi kabin mengikut syarikat penerbangan yang digunakan.
Jika terlebih berat, anda mungkin perlu membayar caj tambahan. Lebih baik susun semula barang di rumah berbanding kelam-kabut membuka beg di kaunter.
Jangan letakkan semua barang penting dalam bagasi daftar masuk. Barang seperti dokumen perjalanan, dompet, telefon, pengecas, ubat-ubatan, power bank, barangan berharga dan pakaian ganti ringkas perlu diletakkan dalam beg kabin.
Ini sebagai langkah berjaga-jaga jika bagasi lambat sampai atau berlaku kelewatan. Untuk penerbangan jauh, pakaian ganti dan keperluan asas dalam beg kabin memang sangat membantu.
Naik pesawat bukan masa terbaik untuk berpakaian terlalu ketat atau kasut yang menyukarkan pergerakan. Pilih pakaian yang selesa, longgar dan sesuai untuk duduk lama.
Suhu dalam pesawat biasanya agak sejuk, jadi bawa jaket nipis, selendang atau cardigan. Kasut pula biarlah yang mudah dibuka dan dipakai semula, terutama ketika melalui pemeriksaan keselamatan.
Udara dalam kabin pesawat boleh menyebabkan badan cepat kering. Sebelum penerbangan, pastikan badan cukup air. Elakkan minum terlalu banyak kopi atau minuman berkafein kerana ia boleh membuatkan badan lebih mudah rasa letih dan tidak selesa.
Jika penerbangan panjang, minum air sedikit demi sedikit sepanjang perjalanan. Kulit dan tekak juga akan rasa lebih selesa.
Sebaiknya makan terlebih dahulu sebelum berlepas, terutama jika penerbangan tidak menyediakan makanan. Namun, elakkan makan terlalu berat atau makanan yang mudah menyebabkan perut kembung.
Pilih makanan ringan yang mengenyangkan seperti roti, buah, biskut atau sandwich. Bagi yang mudah mabuk atau loya, elakkan makanan terlalu berminyak sebelum terbang.
Tidak semua pesawat menyediakan hiburan dalam penerbangan. Jadi, muat turun awal-awal lagu, drama, filem, podcast, e-buku atau permainan dalam telefon.
Ini sangat berguna terutama untuk penerbangan jauh atau ketika berlaku kelewatan. Jangan lupa bawa earphone supaya perjalanan lebih selesa dan tidak mengganggu penumpang lain.
Pastikan telefon, power bank, tablet, laptop dan earphone dicas penuh sebelum keluar rumah. Simpan kabel pengecas di tempat yang mudah dicapai.
Power bank pula perlu dibawa dalam beg kabin, bukan dalam bagasi daftar masuk. Ini antara perkara penting yang selalu terlepas pandang oleh penumpang.
Untuk penerbangan antarabangsa, cecair dalam beg kabin biasanya tertakluk kepada had tertentu. Barangan seperti minyak wangi, losyen, pencuci muka, ubat cecair dan gel perlu diletakkan dalam bekas kecil.
Sebaiknya gunakan botol travel size dan susun dalam beg plastik lutsinar. Ini memudahkan proses pemeriksaan keselamatan dan mengelakkan barang dibuang di lapangan terbang.
Jika mahu perjalanan lebih selesa, pilih tempat duduk semasa daftar masuk online. Tempat duduk tepi tingkap sesuai untuk yang mahu tidur atau menikmati pemandangan.
Tempat duduk lorong pula lebih sesuai untuk yang kerap bergerak, mudah ke tandas atau tidak mahu mengganggu penumpang lain. Bagi penerbangan jauh, pemilihan tempat duduk memang boleh memberi kesan besar kepada keselesaan.
Check-in online boleh menjimatkan masa, terutama jika anda hanya membawa beg kabin. Kebanyakan syarikat penerbangan membenarkan daftar masuk online dalam tempoh tertentu sebelum penerbangan.
Selepas check-in, simpan boarding pass dalam telefon atau cetak salinan jika perlu. Ini boleh mengurangkan masa beratur di kaunter.
Untuk lebih selamat, sediakan ubat asas seperti ubat mabuk, ubat sakit kepala, ubat perut, minyak angin, plaster luka dan ubat peribadi. Bagi yang mempunyai masalah kesihatan tertentu, pastikan ubat dibawa dalam kuantiti mencukupi.
Letakkan ubat dalam beg kabin supaya mudah dicapai bila diperlukan. Jangan simpan semuanya dalam bagasi daftar masuk.
Ramai yang terlalu sibuk mengemas hingga tidur lewat sebelum penerbangan. Akibatnya, badan jadi letih dan mudah stres sepanjang perjalanan.
Cuba selesaikan persiapan lebih awal dan dapatkan rehat yang cukup. Ini sangat penting jika penerbangan awal pagi, penerbangan jauh atau perjalanan melibatkan transit.
Selepas melepasi pemeriksaan keselamatan, terus semak nombor gate dan masa boarding. Jangan terlalu leka membeli-belah atau makan hingga terlepas pengumuman.
Nombor gate juga boleh berubah, jadi rajin-rajin semak skrin maklumat penerbangan. Pastikan anda berada di kawasan gate sebelum waktu boarding bermula.
Menaiki pesawat sebenarnya tidaklah rumit jika semua persediaan dibuat lebih awal. Yang penting, jangan bertangguh hingga saat akhir.
Dengan dokumen lengkap, beg tersusun, peranti dicas dan masa yang cukup, perjalanan ke destinasi pasti terasa lebih tenang. Barulah boleh mula bercuti dengan hati lapang sebaik sahaja melangkah masuk ke pesawat.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Penerbangan jarak jauh memang boleh jadi mencabar, terutama kalau perlu duduk berjam-jam dalam ruang yang terhad. Silap pilih tempat duduk, perjalanan yang sepatutnya menyeronokkan...