Harga petrol sehingga 20-Nov-2017: Harga purata petrol di seluruh dunia ialah USD1.10 seliter manakala diesel USD0.98 seliter. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara pada harga jualan di kalangan negara.
Secara umum, negara kaya menjual petrol dan diesel pada harga yang lebih tinggi manakala negara yang lebih miskin atau negara yang menghasilkan dan mengeksport minyak menjual petrol dan diesel pada harga yang jauh lebih rendah.
Pengecualian pada Amerika Syarikat; yang merupakan negara maju dari segi ekonomi tetapi mempunyai harga petrol dan diesel yang rendah berbanding negara maju lain. Perbezaan harga di seluruh negara adalah disebabkan oleh pelbagai cukai dan subsidi untuk petrol.
Semua negara mempunyai akses kepada harga petroleum yang sama di pasaran antarabangsa tetapi cukai yang berbeza membawa kepada harga petrol dan diesel yang berbeza.
# Negara dengan lambang * harga minyak dikemas kini secara mingguan, selain itu secara bulanan
Rujukan globalpetrolprices.com
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kebocoran Sisa Gas. Pelancong Dinasihat Tidak Mendekati Kawasan Bekas Telaga Minyak Bukit Kanada, Miri
Bukit Kanada Miri juga digelar The Grand Old Lady merupakan telaga minyak pertama di negara ini yang menggunakan kaedah alat kabel. Sejak 1910, Bukit Kanada yang terletak 150 meter di atas paras laut, telah menyaksikan pelbagai sejarah dan pembangunan fizikal yang berlaku di bandar Miri yang kaya dengan hasil minyak.
Lokasi ini juga telah diangkat menjadi industri pelancongannya yang menarik di Miri. View di atas puncak bukit ini sangat menawan dan istimewa dengan pemandangan indah bandar raya Miri dan Laut China Selatan. Dari puncak Bukit Kanada yang merupakan puncak tertinggi di Miri, anda dapat melihat keseluruhan bandar Miri. Di sini juga merupakan port merakamkan video atau foto bintang-bintang yang boleh disaksikan dengan jelas.
Namun begitu, Persatuan Kontraktor Petroleum Sarawak (SPECA) meminta pelancong luar dan penduduk di Miri agar tidak memasuki kawasan tapak bekas telaga minyak yang dikatakan mengeluarkan gas dari bawah tanah di sekitar Bukit Kanada di bandar raya itu kerana ia membahayakan keselamatan mereka. Ada laporan daripada orang ramai telah menemukan satu lubang tanah berbuih dipercayai mengeluarkan gas asli cecair, satu daripada tapak bekas telaga minyak lama di kawasan terbabit baru-baru ini. Sebenarnya penemuan gas terbabit bukanlah menunjukkan sekitar bandar raya Miri masih banyak sumber minyak dan gas tetapi hanyalah kebocoran sisa bahan itu dari bekas telaga minyak lama dan sesuatu yang berbahaya kepada orang awam.
Kebocoran gas dari bekas telaga minyak lama itu berisiko untuk meletup dan persatuan itu bersedia berbincang dengan pihak berkuasa tempatan bandar raya itu bagi memberikan nasihat tentang bahaya berkenaan kepada penduduk di sana. Persatuan itu meminta kerajaan dan kementerian berkaitan alam sekitar di negeri ini mengenal pasti pihak bertanggungjawab terhadap telaga terbabit bagi membaik pulih dan menutup kebocoran gas atau minyak dari telaga itu. Ketika ini masih belum diketahui pihak yang bertanggungjawab terhadap bekas-bekas telaga minyak lama di Bukit Kanada tetapi kawasan itu diterokai syarikat minyak Shell sejak 1910 dan telah mengeluarkan hingga lapan juta tong minyak. Kerja memagar kesemua 624 tapak bekas telaga minyak lama terbabit dianggarkan tidak menelan kos yang tinggi namun kerja membaik pulih dan menutup dengan sempurna telaga terbabit akan melibatkan perbelanjaan lebih tinggi.
image via google | sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lebih 10 Tempat Menarik Di Perlis Wajib Korang Pergi. Confirm Berbaloi & Menyeronokkann!
Perlis sebuah negeri kecil yang terletak di utara semenanjung. Walaupun hanya berkeluasan lebih kurang 800 kiloemter persegi, tetapi negeri ini mempunyai banyak lokasi menarik jika ada yang berhajat untuk bercuti di sini.
Tidak perlu lama, cukup sekadar 4 hari 3 malam untuk menerokai keseluruhan Perlis, Indera Kayangan ini.
Perkongsian sahabat Backpacker Buddies Malaysia, Ved Vedder yang menyenaraikan tempat menarik di sini.
Salam… Ved nak share beberapa tempat yg menarik di Perlis, untuk rujukan rakan-rakan BBM dalam menyediakan itinerary. 4H3M is enough untuk cover seluruh Perlis..
Actually Perlis ini bermusim juga.. Ada bunga Sakura.. Ada jerami gulung.. Ada Pokok musim luruh.. Musim Harumanis dan Macam-macam lagi.
Tempat tempat yang must visit :-
1. Masjid terapung Kuala Perlis
2. Medan ikan bakar Kuala Perlis
3. Sunset Bukit Lagi / Gua sami
4. Mural Street Kangar
5. Rock climbing Bukit Keteri
6. Tasik Melati
7. Empangan Timah Tasuh (View ala2 NZ)
8. Wang Kelian view point
9. Padang Besar
10. Bendang view seluruh Perlis
11. Air Terjun Bukit Ayer
Boleh refer gambar-gambar utk rujukan juga.. Jumpa di Perlis
Artikel Berkaitan:
9 Perkara Best Boleh Buat Kalau ‘Check-In’ Di Hutan Royal Belum, Gerik
9 ‘Blue Lake’ Sesuai Jadi Port Instagramble Yang Korang Wajib Pergi. View Cantik, Tapi Kena Waspada!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Maswings Rancang Tambah Perjalanaan Udara Untuk Sabah & Sarawak Secara Berperingkat
Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang terkini, MASwings merancang untuk mengembalikan semula frekuensi penerbangan termasuk yang digantung, kembali kepada normal dalam empat fasa seperti yang dikehendaki oleh Perjanjian Obligasi Perkhidmatan Awam (PSO), mulai 10 Jun 2020 hingga 27 Mac 2021.
Walaupun pengenaan serta Prosedur Pengendalian Standard (SOP) PKPP adalah lebih longgar, permintaan untuk perjalanan udara di Sabah dan Sarawak masih belum menunjukkan sebarang pertumbuhan yang ketara, dengan itu jadual penerbangan semasa yang dilaksanakan sejak PKP akan kekal sehingga 30 Jun depan.
Bagaimanapun, berdasarkan kepada tempahan sedia ada untuk tempoh enam bulan akan datang termasuk jangkaan trafik penumpang yang lebih besar jika lebih banyak perniagaan dan industri pelancongan dibuka, MASwings memutuskan untuk mengembalikan frekuensi penerbangan secara beransur-ansur melalui empat fasa. Pengembalian jadual operasi semula yang dirancang bagi seluruh Sabah dan Sarawak telah menerima kelulusan dan sokongan daripada Kementerian Pengangkutan.
MASwings juga menambah akan terus komited terhadap peranannya dalam menyediakan perkhidmatan penerbangan untuk rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan di bawah PSO serta bersedia mengkaji semula pelannya dari masa ke semasa, tertakluk kepada permintaan tempatan dan operasi sedia ada.
Untuk maklumat terbaharu dan kemas kini jadual penerbangan serta frekuensi atau pertanyaan lain, pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol MASwing di 1 300 88 3000 termasuk melawat laman web rasmi di www.maswings.com.my
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI