Perlis sebuah negeri kecil yang terletak di utara semenanjung. Walaupun hanya berkeluasan lebih kurang 800 kiloemter persegi, tetapi negeri ini mempunyai banyak lokasi menarik jika ada yang berhajat untuk bercuti di sini.
Tidak perlu lama, cukup sekadar 4 hari 3 malam untuk menerokai keseluruhan Perlis, Indera Kayangan ini.
Perkongsian sahabat Backpacker Buddies Malaysia, Ved Vedder yang menyenaraikan tempat menarik di sini.
Salam… Ved nak share beberapa tempat yg menarik di Perlis, untuk rujukan rakan-rakan BBM dalam menyediakan itinerary. 4H3M is enough untuk cover seluruh Perlis..
Actually Perlis ini bermusim juga.. Ada bunga Sakura.. Ada jerami gulung.. Ada Pokok musim luruh.. Musim Harumanis dan Macam-macam lagi.
Ads
Tempat tempat yang must visit :- 1. Masjid terapung Kuala Perlis 2. Medan ikan bakar Kuala Perlis 3. Sunset Bukit Lagi / Gua sami 4. Mural Street Kangar 5. Rock climbing Bukit Keteri 6. Tasik Melati 7. Empangan Timah Tasuh (View ala2 NZ) 8. Wang Kelian view point 9. Padang Besar 10. Bendang view seluruh Perlis 11. Air Terjun Bukit Ayer
Boleh refer gambar-gambar utk rujukan juga.. Jumpa di Perlis
Ads
Air Terjun Bukit Ayer Batu PahatBendang view Bukit KeteriBendang view ArauEmpangan Timah Tasuh.. Macam NZ kanJerami gulungTasik MelatiMasjid terapung Kuala PerlisBukit ChupingAutumn view Kuala PerlisBendang View Kuala PerlisKampung Panggas, Perlis.. SunsetBunga Lalang, Chuping PerlisSunset Bukit ChabangJalan Chuping – Padang BesarJalan Longboh, PerlisSunset Gua Sami, Kangar PerlisBunga Sakura PerlisKampung Nelayan Kuala Perlis
Khas buat kaki wayang, Paragon Cinema kembali beroperasi bermula 26 November 2020 di kawasan ‘hijau’ dan bebas daripada wabak COVID-19.
Antara lokasi cawangan Paragon Cinema yang mula dibuka ialah:
Terengganu terus menjadi satu-satunya negeri yang melaksanakan pengasingan tempat duduk lelaki dan wanita dalam pawagam. Pembukaan outlet Paragon Cinema di KTCC Mall, menjadikan ia sebagai pawagam ketiga di Terengganu selepas LFS Cinema dan TGV Cinema sekali gus turut melaksanakan pematuhan syariah melalui pengasingan tempat duduk.
Pawagam ini menempatkan 10 buah dewan tayangan dengan muatan sehingga 232 kerusi bagi kapasiti satu dewan ATMOS. Paling menarik, ia turut memiliki satu dewan skrin gergasi dengan saiz skrin sebesar 18 meter memuatkan 276 kerusi menjadikan Hall 10 Paragon Cinema Kuala Terengganu ini adalah antara yang terbesar di Pantai Timur dengan jumlah kerusi sebanyak 1516 kerusi.
Selain itu, Paragon Cinema turut menyediakan kemudahan untuk pelanggan OKU ddengan tempat duduk khas disediakan untuk golongan OKU dan ramp khas di setiap dewan tayangan. Ia selaras matlamat pawagam tersebut untuk menyediakan tempat hiburan keluarga secara holistik tanpa mengira status.
Walaubagaimanapun, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tetap perlu dipatuhi di mana setiap pengunjung akan melalui saringan gejala terlebih dahulu di pintu masuk pawagam dan dikehendaki untuk mengimbas QR Code MySejahtera. Pemakaian penutup hidung dan mulut serta Penjarakan fizikal semasa beratur di kaunter tiket dan ketika menonton wayang juga diwajibkan.
Foto: FB Paragon Cinema | Sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Shanghai adalah bandaraya terbesar China yang juga merupakan Hub Pusat Kewangan Antarabangsa. Shanghai antara destinasi percutian menarik dan indah gemar dikunjungi sepanjang musim sejuk.
Di sebalik bangunan pencakar langit di Shanghai, China, ada satu kawasan dilabel sebagai antara lokasi paling berharga di dunia. Kawasan setinggan di kejiranan Guangfuli adalah impian setiap pelabur hartanah kerana kedudukannya di pasaran hartanah paling mahal. Namun kawasan itu kelihatan tidak sesuai untuk didiami kerana struktur bangunan yang hampir roboh, dipenuhi habuk dan sampah.
Beratus-ratus penduduk enggan berganjak dari rumah usang mereka, walaupun selepas diarah pihak berkuasa untuk mengosongkan kawasan itu sejak 16 tahun lalu bagi membolehkan projek pembinaan baru dilaksanakan. Kebanyakkannya tidak mahu berganjak dari kawasan itu kerana rumah itu telah diwarisi daripada keluarga mereka hampir 35 tahun lalu atau lebih dari itu. Mereka juga tidak mahu ditindas dan senang-senang ‘ditipu’ oleh mereka yang berharta.
Seorang jurugambar Reuters, Aly Song berkesempatan melawat kawasan disekitar kejiranan ini. Dia berpendapat penduduk di kawasan kejiranan ini merupakan mimpi ngeri kepada pemaju kerana mereka sangat ‘tabah’ sanggup meneruskan kehidupan di sini, meski pun dalam keadaan serba kekurangan.
Syarikat pemaju, Xinhu Zhongbao, yang mahu tanah itu dikosongkan enggan membayar pampasan sebanyak 4.2 juta yuan (RM3.4 juta), yang didakwanya setimpal dengan nilai rumah berkenaan. Namun pemaju dilaporkan menawarkan penduduk Guangfuli apartmen di Jiading, tetapi kawasan itu lebih jauh daripada tempat tinggal mereka ketika ini. Lebih malang lagi, rumah itu bukan diberi percuma.
Pattaya destinasi untuk liburan dan bersantai di pesisiran pantai yang popular di Thailand. Terletak 147 kilometer dari tenggara Bangkok, lokasi pusat peranginan ini menjadi destinasi percutian cukup mengujakan yang perlu dijengah jika ke Thailand. Bagi pengunjung yang berkeluarga, bawa anak-anak berkunjung ke Teddy Island (Teddy Bear Museum Pattaya) yang menempat sebuah muzium patung beruang yang begitu mengujakan.
Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 10 malam, muzium yang menjadi salah satu daya tarikan Pattaya ini mempamerkan lebih 2000 pelbagai koleksi patung beruang.
Muzium ini terbahagi kepada 12 bahagian mengikut konsep dan tema tersendiri, iaitu ruang yang mempamerkan bermacam-macam Teddy Bear dengan berbagai-bagai gaya bersesuaian dengan tema pada setiap bahagian. Antaranya Zon Zaman Dinosor, Zon Afrika, Zon Musim Sejuk, Zon Bawah Laut, Zon Eropah, Zon Seni, Zon Jenaka dan lain-lain lagi.
Muzium ini sesuai dikunjungi oleh semua golongan dan pencinta Teddy Bear. Bagi yang bukan pengumpul patung, muzium ini tetap menjanjikan keseronokan kerana dapat bergambar bersama patung-patung yang comel ini. Jangan lepaskan peluang bergambar pada setiap sudut tau!
Pengunjung yang datang ke muzium ini diingatkan supaya tidak lupa untuk mencuba semua aktiviti interaktif yang terdapat di setiap sudut muzium. Tidak terhad kepada kanak-kanak sahaja, orang dewasa juga boleh mencuba dan berseronok di sini.
Teddy Bear merupakan patung yang menjadi kesukaan ramai lebih dari 100 tahun lalu. Ia dinamakan Teddy Bear sempena kisah perjalanan Presiden ke-26 Amerika Syarikat, Theodore “Teddy” Rosevelt yang pergi memburu beruang. Pada masa itu, presiden pergi berburu dengan beberapa orang pengawalnya. Sehingga hampir tamat perjalanan, Rosevelt tidak berjaya menembak walau seekorpun beruang. Lalu salah seorang pengawalnya menangkap seekor beruang dan mengikatnya di sebatang pokok serta mempersilakan presiden untuk menembaknya. Namun demikian, Rosevelt tidak mahu menembaknya kerana perbuatan itu bertentangan dengan prinsipnya sebagai seorang pemburu.
Cerita ini tersebar luas dan memberikan idea kepada Morris Michtom dan Margarete Steiff untuk menghasilkan patung Teddy Bear buat pertama kalinya di bawah syarikat The Steiff Co. Di muzium ini, pengunjung akan melihat beberapa koleksi dari syarikat penghasilan patung yang paling terkenal dan berjaya dalam mencipta dan memasarkan patung beruang tersebut. Jadi apa lagi, jangan ketinggalan untuk menjengah Muzium Teddy Bear di Pattaya ini.
Kalau merancang bercuti ke Romania, jangan hanya fikirkan Dracula, istana lama atau pemandangan Transylvania semata-mata. Ada satu lokasi unik yang patut masuk dalam senarai,...