Ads

Itinerari 4 Hari 3 Malam Yang Cukup Sempurna Di Sumatera Utara, Indonesia

Kalau sedang mencari destinasi luar negara yang dekat, cantik dan tak terlalu menekan bajet, Sumatera Utara, Indonesia memang patut dipertimbangkan. Kawasan ini ada pakej lengkap untuk mereka yang sukakan alam semula jadi, suasana tasik, bukit hijau, air terjun, cafe hunting dan shopping dalam satu trip.

Paling best, percutian ke sini tak perlu pun terlalu lama untuk rasa puas. Kalau ada masa 4 hari 3 malam, memang banyak tempat menarik yang boleh diteroka tanpa rasa terlalu rushing. Ini cadangan aktiviti yang boleh dibuat kalau anda ingin bercuti ke Sumatera Utara.

Hari pertama: mendarat di Medan, singgah ke ladang teh dan mandi sungai jernih

Sebaik tiba di Kuala Namu, Medan, anda boleh mulakan perjalanan dengan singgah ke kawasan ladang teh. Pemandangan hijau yang luas memang cukup menarik untuk buka mood bercuti, lebih-lebih lagi kalau anda suka suasana alam yang tenang dan menyegarkan mata.

Itinerari 4 Hari 3 Malam Yang Cukup Sempurna Di Sumatera Utara, Indonesia
Lush Green Tea Fields in Medan, Indonesia Kredit Foto: Muhamad Firdaus

 

Selepas itu, teruskan perjalanan ke Bah Damanik, lokasi sungai yang cukup terkenal dengan air yang jernih. Tempat ini memang sesuai untuk dicemar duli, ambil gambar dan menikmati suasana alam. Kalau jenis yang suka turun mandi, memang elok bawa sekali pakaian lebih kerana airnya memang nampak sangat menggoda untuk dicuba.

Itinerari 4 Hari 3 Malam Yang Cukup Sempurna Di Sumatera Utara, Indonesia
Bah Damanik – Hutalama, Sidamanik, Indonesia Kredit Foto: reskypradhana / Instagram

Pada hari yang sama juga, anda boleh rasai pengalaman menaiki ferry, yang memang jadi antara momen menarik dalam perjalanan ke kawasan sekitar Danau Toba. Dari sini, suasana percutian sudah mula terasa lebih menarik.

Ads

Hari kedua: teroka tempat alam paling cantik di Sumatera Utara

Hari kedua memang sesuai diisi dengan aktiviti yang lebih dekat dengan alam. Antara lokasi yang boleh dimasukkan dalam itinerari ialah Huta Siallagan, wisata sawah padi, Bukit Holbung dan Sipiso Piso.

Di Huta Siallagan, anda boleh lihat suasana desa Batak yang cukup terkenal di kawasan sekitar Danau Toba. Selepas itu, singgah pula ke kawasan sawah padi yang tenang dan cantik dipandang.

Itinerari 4 Hari 3 Malam Yang Cukup Sempurna Di Sumatera Utara, Indonesia
Huta Siallagan, Indonesia Kredit Foto: Maskhud Yunus / Pexels.com

Kalau suka pemandangan bukit menghijau, Bukit Holbung memang antara spot yang wajib pergi. Dari sini, anda boleh nikmati pemandangan bukit-bukau yang terbentang luas dengan latar tasik biru yang sangat besar. Memang jenis pemandangan yang buat orang rasa lama pun tak apa duduk tengok.

Itinerari 4 Hari 3 Malam Yang Cukup Sempurna Di Sumatera Utara, Indonesia
East Nusa Tenggara, Indonesia Kredit Foto: Rizk Nas / Pexels.com

Kemudian, hari boleh diteruskan ke Sipiso Piso, lokasi air terjun yang cukup ikonik di Sumatera Utara, Indonesia. Gabungan air terjun, bukit hijau dan panorama tasik memang buat hari kedua terasa sangat berbaloi.

Ads
Itinerari 4 Hari 3 Malam Yang Cukup Sempurna Di Sumatera Utara, Indonesia
Sipiso Piso, Sumatera Utara, Indonesia Kredit Foto: Amirul Hafis Badrulhisham / Pexels.com

Hari ketiga: cafe hunting, taman lavender dan lihat kesan gunung berapi

Masuk hari ketiga, trip boleh jadi lebih santai. Inilah masa yang sesuai untuk cafe hunting sambil menikmati suasana Berastagi dan kawasan sekitarnya.

Kalau mahu tempat yang cantik untuk bergambar, anda boleh singgah ke Sarune Cafe yang terkenal dengan taman lavender dan pemandangan Gunung Sinabung. Tempat ini memang ada vibe yang manis dan tenang, sesuai untuk rehat sekejap sambil menikmati suasana.

Itinerari 4 Hari 3 Malam Yang Cukup Sempurna Di Sumatera Utara, Indonesia
Gunung Sinabung, Sumatera Utara, Indonesia Kredit Foto: Dina / Pexels.com

Menariknya, dari kawasan ini juga anda masih boleh nampak kesan peninggalan gunung berapi, jadi pengalaman hari ketiga bukan sekadar santai minum kopi, tetapi ada juga elemen alam yang unik.

Ads

Hari keempat: shopping dulu sebelum pulang

Sebelum balik ke Malaysia, anda boleh mengisi hari terakhir dengan aktiviti shopping di Medan. Ini memang masa yang terbaik untuk cari ole-ole atau beli produk tempatan untuk dibawa pulang.

Bagi wanita yang suka cuci mata cari barangan kecantikan atau skincare, anda boleh singgah ke Miss Glam, kedai yang konsepnya lebih kurang seperti Watsons tetapi menawarkan banyak jenama lokal Indonesia. Tempat macam ini memang seronok disinggahi, terutama kalau anda suka mencuba produk tempatan yang susah jumpa di Malaysia.

Itinerari 4 Hari 3 Malam Yang Cukup Sempurna Di Sumatera Utara, Indonesia
Miss Glam Largest Local Beauty Retails Chain, Indonesia Kredit Foto: Miss Glam / Instagram

4 hari 3 malam pun sudah cukup puas

Kalau dilihat semula, dalam masa 4 hari 3 malam saja pun sebenarnya sudah banyak yang boleh dibuat di Sumatera Utara. Dari ladang teh, sungai jernih, ferry ride, desa Batak, bukit cantik, air terjun, taman lavender, cafe hunting sampailah ke shopping, semuanya boleh dimuatkan dalam satu trip yang seimbang.

Sebab itu, kalau anda mahukan percutian luar negara yang dekat, cantik dan penuh dengan pengalaman berbeza, Sumatera Utara, Indonesia memang satu destinasi yang sangat menarik untuk dicuba. Tak perlu terlalu lama, cukup beberapa hari saja pun sudah boleh balik dengan banyak memori dan gambar cantik.

 

Dapatkan tips percutian, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Jom Kita Travel

JIBRIL SS15, Port Makan Hidden Gem Di Subang Jaya Yang Jadi...

Kalau sebut port makan menarik di SS15 Subang Jaya, JIBRIL antara nama yang menjadi pilihan ramai. Bukan saja terkenal kerana makanannya, tetapi juga sebab...