
Menerima kunjungan personaliti antarabangsa sememangnya satu pengiktirafan buat taman tema tempatan lebih-lebih lagi taman tema air yang baru beberapa tahun beroperasi iaitu SplashMania Waterpark.
Baru-baru ini, pelumba muda Formula 1 (F1) pasukan Mercedes, Kimi Antonelli, mencuri tumpuan ramai apabila berkongsi pengalaman berseronok di SplashMania Waterpark, Gamuda Cove sebagai lokasi beriadah sebelum bermulanya aksi perlumbaan.
Pelumba berbakat dari Itali itu mengimbas kembali suasana santai ketika kunjungannya, di mana keadaan yang tidak terlalu sesak membolehkannya menikmati gelongsor kegemarannya berulang kali tanpa perlu beratur panjang.
“SplashMania Waterpark memang bagus. Saya berseronok dan kebetulan tidak ramai orang, jadi saya boleh menaiki gelongsor berulang kali.
“Saya menaiki gelongsor yang sama lima kali dalam tempoh kira-kira tiga minit. Jadi saya hanya berlari naik dan turun,” katanya berseloroh.
Namun, apakah yang membuatkan SplashMania Waterpark begitu istimewa hingga mampu memikat hati seorang pelumba F1?
Selain faktor keseronokan tanpa henti, berikut adalah empat tarikan utama yang menjadi jaminan pengalaman percutian air terbaik buat pengunjung:
Kredit Foto: Gamuda Cove
1. Gelongsor & Tarikan Pertama Seumpamanya di Malaysia
SplashMania membawakan kelainan dengan mengintegrasikan teknologi termaju dan reka bentuk gelongsor berprestasi tinggi:
Atlantis VR: Gelongsor air Virtual Reality (VR) pertama di Malaysia yang membawa pelawat merasai pengalaman menyelam secara interaktif ke alam maya The Lost City of Atlantis.
Shaka Waka: Gelongsor air sepanjang 78 meter yang dilengkapi kesan lampu LED dan sistem audio/muzik khas yang boleh disesuaikan mengikut mood peluncuran.
Plunge: Gelongsor air berisiko tinggi setinggi 6 tingkat dengan sudut kecuraman 75 darjah merupakan antara gelongsor yang tertinggi di Malaysia buat pencari kepuasan adrenaline rush.
Sumaumeira Drop: Gelongsor ekstrem yang memberikan sensasi menjunam secara tiba-tiba dari kapsul (pod) sebelum meluncur deras mengikut laluan berliku.
2. Kapal Bajak Laut Ikonik (Amazonia Ship)
Kredit Foto: Sinar Harian
Amazonia: Berdiri megah sebagai mercu tanda utama taman tema air ini, kapal bajak laut bertingkat gergasi ini bukan sekadar hiasan.
Di dalamnya terhimpun pelbagai fasiliti menarik termasuk gelongsor air untuk pengalaman yang lebih unik di SplashMania Waterpark.
3. Kepelbagaian Zon Mengikut Tahap Keberanian
Merentasi kawasan seluas 18 ekar, taman air ini menawarkan 39 gelongsor dan tarikan yang dibagikan kepada empat tahap pengembaraan mengikut kesesuaian pengunjung:
BACA JUGA: Taman Tema Air Splash Mania Dibuka Isnin Ini, Jom Cuba 39 Permainan & Gelongsor. Gempak Weh!
Kids & Family Adventure: Pilihan mesra keluarga seperti Treasure Tower (taman permainan air lengkap dengan 9 gelongsor serta baldi gergasi) dan kolam ombak santai.
Thrill & Extreme Adventure: Zon mencabar untuk penggemar aktiviti lasak seperti Monsta, Curl & Swirl, dan Maniac Racers (gelongsor berlumba secara bersebelahan bersama rakan).
Aktiviti Sukan & Hiburan Tambahan (Pay-per-ride): Tarikan khas seperti Surf Mania (papan luncur ombak), Sky Leap dan Zoomi’s Runway.
4. Lokasi Strategik & Kemudahan Serba Lengkap
Akses Mudah: Terletak di Gamuda Cove (Banting/Dengkil), hanya 35 minit pemanduan dari pusat bandar Kuala Lumpur dan 20 minit dari Terminal KLIA/KLIA2 menerusi Lebuh Raya ELITE.
Sesuai untuk Transit & ‘Day Trip’: Berdekatan dengan tarikan rekreasi bersebelahan seperti Discovery Park dan Paya Indah Discovery Wetlands.
Fasiliti Pengunjung: Dilengkapi perkhidmatan bugi percuma dari kawasan tempat letak kereta ke pintu masuk, bilik mandi/salin yang luas, surau, loker elektronik serta pelbagai premis sajian makanan daripada Kopitiam, hidangan Barat, makanan tempatan, hinggalah kafe santai.
Anda fahamkan, orang luar pun teruja dengan taman tema air di negara kita, apa lgi kita sebagai rakyat Malaysia. SplashMania WaterPark sememangnya patut menjadi salah satu tarikan yang wajib anda cuba sekali seumur hidup.
++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi Libur, Instagram, Facebook & TikTok
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!



