Taman Tema Air Splash Mania yang berkeluasan 6.47 hektar di Gamuda Cove, akan mula dibuka kepada orang ramai Isnin ini. Anda yang datang ke sini berpeluang untuk merasai sendiri 39 permainan tarikan termasuk 24 permainan gelongsor.
Sesuai untuk seisi keluarga, terdapat beberapa section yang setiap satunya mempunyai tarikan tersendiri. Bagi yang sukakan permainan dan gelongsor ektrem, bolehlah ke section Extreme dan Thrill Adventure. Kat sini anda boleh cuba permainan gelongsor yang bakal meningkatkan adrenalin anda seperti Sumaumeira Drop, Plunge dan banyak lagi.
Nak pengalaman baru di taman tema air, anda juga boleh cuba gelongsor Shaka Waka iaitu gelongsor gelap yang dihiasi lampu warna-warni dan gelongsor Atlantic VR yang memerlukan pengunjung memakai peranti Realiti Maya (VR) sambil menuruni gelongsor dan ia merupakan permainan pertama seumpamanya di Malaysia.
Lagi best semua permainan itu juga mempunyai versi kanak-kanak supaya mereka dapat merasai pengalaman sama seperti orang dewasa. Cool kan?
Ads
Bagi yang nak chill dan rileks je boleh menyelusuri Ravage River sepanjang 400 meter dengan pelampung. Enjoy pengalaman berbeza dengan beberapa bahagian yang mempunyai kawasan ombak dan jakuzi.
Untuk yang berkeluarga, anda boleh menikmati permainan tarikan dan gelongsor di Family dan Kids Adventure section.
Ads
Dah main air mesti la lapar kan? jangan risau kerana di Splash Mania Gamuda Cove juga ada beberapa café dan kiosk menjual makanan dan minuman untuk anda sepanjang berseronok di sini.
Berita baik untuk anda yang nak datang ke sini terutamanya cuti sekolah akan datang. Tiket-tiket dijual pada harga promosi bermula 6 Februari hingga 31 Mac iaitu RM79 untuk dewasa dan RM63 bagi kanak-kanak. Selepas tempoh promosi harga tiket akan kembali kepada harga asal iaitu RM125 bagi dewasa, RM95 untuk kanak-kanak, dan percuma untuk kanak-kanak berketinggian 0.9 meter ke bawah.
Ads
So, let’s get wet and have some fun di Splash Mania, Gamuda Cove, Memang best dan gempak!
Sekali pandang, batu leper ini dilihat seakan terjelir lidahnya. Malah menurut lagenda masyarakat di Norway, ia adalah sumpahan kepada troll yang sombong yang percaya dirinya tak akan menjadi batu ketika matahari menyinari dirinya. Troll menunggu matahari terbit sambil menjelirkan lidahnya seakan mengejek. Dan ternyata, ia mengubah dirinya menjadi batu. Sekiranya korang tidak mempercayai lagenda dan lebih suka fakta, Trolltunga adalah formasi berusia 10,000 tahun yang dihasilkan dari hakisan glasier.
Walau ia sekadar lagenda tapi Trolltunga, lokasi hiking di Norway ini cukup popular di seluruh dunia.
Dipetik sedikit info dari John Mohamed di fbnya, kawasan batu ni dikenali sebagai Trolltunga, terletak di dalam Vestland Norway merupakan salah satu tempat yang paling kerap dilawati sebab boleh ambil gambar dekat batu tu. Kalau nak sampai sini perlu hiking selama 10 jam melalui kawasan yang mencabar, mesti ramai tanya ada yang dah jatuh ke? Jawapannya YA.
Pada 15 September 2015, seorang warganegara Australia berumur 24 tahun telah terjatuh dari situ batu tu dengan tanah kat bawah tu lebih kurang 700 meter jaraknya. Seram, tapi makin ramai yang datang kat sini.
Berdasarkan pengalaman orang Malaysia sendiri, Khairul Zul Sidek yang pernah mendaki ke sini pada tahun 2016, kalau berminat untuk mendaki sebelum sampai ke Trolltunga, ia baik dilakukan semasa musim panas namun ia masih lagi mencabar kerana 70 peratus jalannya berais dan lecak.
Disebabkan lokasi pemandangannya cukup indah, begitu ramai kaki hiking mendaki ke sini. Malah pada gambar-gambar dikongsikan, para hikers ini tidak memerlukan langit yang biru dan cahaya matahari yang berkilau untuk menyatakan keindahan lokasi ini. Paling penting semasa pendakian di musim sejuk, sediakan baju selengkapnya kerana Trolltunga juga sangat indah pemandangannya ketika musim sejuk.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Biasanya jika bercuti di pantai peranginan Port Dickson pasti akan menginap di hotel mewah di kawasan sekitar.
Tetapi untuk staycation kali ini apa kata anda menginap di rumah hipster. Lain daripada yang lain dan menjanjikan keseronokan lebih berganda.
Terletak di lokasi yang strategik tepi highway PD, rumah ini sangat sesuai untuk mereka yang nak bercuti di Port Dickson bersama keluarga. Ini kerana turut disediakan swimming pool untuk kanak-kanak.
Rumah hipster ini mempunyai 3 bilik tidur cukup untuk mereka yang datang dalam 5 ke 6 orang.
Bukan itu saja turut disediakan kelangkapan mencukupi dan paling penting gaya rumah ini memang stylo habis!
Rumah Hipster Port Dickson: – Rumah teres satu tingkat_ – Mempunyai 3 bilik tidur 2 bilik air
Lokasi: Taman Sunggala Hartamas Exit highway Seremban – Port Dickson
Tempat menarik di kawasan sekitar: – 3 min ke Muzium Tentera Darat – 3 min ke PUSASDA – 5 min ke Hospital Port Dickson – 5 min ke PD Gateway – 5 min ke Pantai Cahaya Negeri – 7 min ke Pantai Teluk Kemang – 7 min ke Politeknik Port Dickson – 12 min ke Ostrich Farm – 12 min ke Rumah Terbalik – 20 min ke Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan
Kemudahan yang disediakan: – Kolam renang private dan tempat istirehat – Bilik utama ( katil king, aircond, almari, aircond, kipas siling) – Bilik kedua ( katil queen, kipas siling, aircond,) – Bilik ketiga (katil single,aircond,kipas, seterika dan papan seterika) – Meja makan dan kerusi 6 tempat duduk – Ruang tamu (aircond, kipas siling, TV Njoi, dvd, sofa) – Dapur ( periuk nasi, penapis air Cuckoo, peti ais, dapur gas, tong gas & peralatan asas untuk memasak ) – 2 Bilik air (Pemanas air di bilik air utama sahaja)
Untuk booking, sila hubungi – call/pm/whatsapp www.wasap.my/601111951845
Aplikasi Dulux Visualizer dan teknologi pemilih warna baharunya membolehkan anda meraikan Hari Merdeka dengan penuh warna-warni. Aplikasi yang mudah digunakan ini membolehkan anda untuk mendapatkan gambaran warna dinding sebelum ia dicat. Melalui Aplikasi Dulux Visualizer, semua orang boleh meraikan dan memilih warna cat dengan yakin kerana ia akan menunjukkan warna pilihan anda pada mana-mana ruang kediaman. Jadi,jika anda mahu menukar warna di kediaman, kedai, atau jalan raya sekali pun, apa kata anda perluaskan pilihan warna yang ingin dicuba dan jadikan warna-warna bendera Malaysia sebagai sumber ilham baharu. Bendera Malaysia mempunyai empat warna utama dengan setiap satunya membawa makna simbolik yang tersendiri.
Warna kuning pada bendera Malaysia mewakili warna pemerintah diraja. Jika anda mahu mencetuskan elemen glamor dan ketenangan dalam kediaman anda, warna itu perlu menjadi antara pilihan utama. Ia juga menggambarkan keseronokan seperti pancaran sinar matahari dan menzahirkan keceriaan. Bukan mudah untuk menentukan tona warna kuning yang paling sesuai untuk dinding anda memandangkan pelbagai pilihan yang ada, ditambah pula dengan jenis pencahayaan yang diperlukan.
Ini sudah tentu bakal menimbulkan masalah dan kerunsingan kepada anda. Namun, anda tidak perlu bimbang sama sekali. Aplikasi Dulux Visualizer membolehkan anda berkongsi gambaran warna yang diingini untuk kediamanan dengan ahli keluarga dan rakan-rakan bagi mendapatkan maklum balas mereka.
Aplikasi menggunakan teknologi realiti berperantara ini membolehkan anda memilih dan menggambarkan warna yang diingini bagi melihat kesesuaiannya dengan suasana kediaman anda sekarang. Semuanya hanya dengan sentuhan pada skrin peranti anda.
Warna putih pada bendera Malaysia pula dikaitkan dengan keamanan dan kejujuran. Putih bukanlah warna yang asing untuk digunakan pada dinding,namun ramai orang lebih suka memilih warna lain kerana menganggap warna putih sebagai ketinggalan zaman. Walau bagaimanapun, aplikasi Visualizer membuktikan bahawa warna putih bukanlah warna yang membosankan kerana terdapat begitu banyak tona warna putih berbeza yang ditawarkan oleh aplikasi tersebut untuk anda mencubanya. Tidak hairanlah jika warna putih akan sentiasa menjadi pilihan kerana ia menyatukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira umur.
Warna merah pada bendera Malaysia membawa maksud yang begitu sentimental, ‘Tanah Tumpahnya Darahku’-ia menggambarkan keberanian, kehebatan dan cinta sejati kepada negara. Selama ini, merah kurang menjadi pilihan sebagai warna dinding kediaman. Namun dengan pilihan lebih 2,000 warna Dulux, anda boleh mencuba pelbagai tona merah yang berbeza menggunakan aplikasi Visualizer dan mencari padanan yang paling sempurna untuk dinding anda. Melalui aplikasi Visualizer, anda boleh melakukan apa sahaja dan bermain dengan imaginasi untuk mencuba semua warna yang ditawarkan.
Akhir sekali, biru menandakan kejujuran, kesetiaan, keadilan dan perpaduan antara rakyat Malaysia yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat serta latar belakang etnik berbeza. Ia merupakan warna yang mengagumkan untuk kediaman dan sudah pasti akan menjadikan dinding anda lebih menarik. Takluki warna biru dengan memilih Warna Tahunan 2017 Dulux, Denim Drift (90BG 30/073 juga dikenali sebagai Smoked Grey). Ia benar-benar merupakan warna serba guna serta boleh disesuaikan dengan semua jenis gaya hidup dan hiasan dalaman.
Warna Tahunan itu juga dilengkapi dengan pilihan warna yang merangkumi spektrum warna biru daripada tona berbeza – satu pendekatan baharu untuk membantu anda menggabungkan warna. Jika anda sering berdepan kesukaran untuk memilih warna cat, anda boleh mencuba warna-warna ini pada dinding anda melalui aplikasi Visualizer yang mudah digunakan dan menyimpan hasilnya dalam bentuk gambar atau video untuk dikongsi bersama rakan atau orang tersayang.
Jadi,manfaatkan kelebihan yang ditawarkan oleh aplikasi Dulux Visualizer dan jadikan keindahan bendera Malaysia sebagai panduan serta inspirasi anda. Dengan pelbagai warna dan tona untuk dipilih, anda pasti akan membuat pilihan yang tepat menggunakan warna-warna Jalur Gemilang sempena Merdeka ini.
Nama Dolomites semakin kerap muncul di media sosial kini apabila Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terawal produk terbaharunya akan dibawa ke lokasi tersebut. Dengan...