Perintah Kawalan Pergerakan yang mula diperketatkan ke seluruh negara iaitu Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang dan Perlis mulai 22 Januari hingga 4 Februari akan datang, pastinya keinginan untuk bercuti itu timbul. Ini kerana bercuti mampu merehatkan tubuh dan minda selepas seharian penat bekerja.
Apa kata selepas PKP ini berakhir, bolehlah berkunjung ke Dangau Indah Chalet Ipoh yang amat seusai untuk percutian keluarga mahu pun mengadakan hari keluarga. Ini kerana di sekeliling resort ini, pengunjung dapat menikmati suasana kampung yang sangat nyaman malah dekorasi di resort ini turut menampilkan tradisional moden.
Ads
Bagi yang ada plan nak memilih lokasi ini, ianya 100 peratus milik orang Islam dan harga bilik yang ditawarkan bermula dari RM200-RM280 sebuah. Biliknya agak luas di mana boleh memuatkan lebih dari empat orang sebilik bagi katil berkembar. Lebih menarik, kolam renang persendirian berada di hadapan resort ini dan pengunjung boleh terus terjun ke dalam kolam sebaik membuka pintu bilik.
Di sekeliling kolam renang, telah tersedia perkakasan lengkap untuk mengadakan BBQ dan hanya perlu membawa makanan sahaja. Lebih seronok, dengan suasana kampung, percutian yang dirancang pastinya amat seronok. Lebih menarik halaman depannya yang luas boleh melakukan solat berjemaah bersama ahli keluarganya.
Ads
Bagi yang ada cadangan untuk bercuti ke sini, korang boleh datang ke lokasi Dangau Indah Chalet yang terletak di No 71 Jalan Hijrah 4, RPT Batu 10, Chepor Ipoh.
Ads
Apa lagi kome, moh cuti-cuti Malaysia.
Gambar : FB Dangau Indah Chalet, Ipoh
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Fokus untuk aktiviti menarik waktu bercuti, anda boleh singgah bermalam di Mantin Forest Art Farmstay, Negeri Sembilan.
Mantin Forest Art Farmstay
Sesekali nak lari dari kesibukan kota dan rutin harian, boleh hala ke tempat ini. Cukup sesuai untuk anda yang suka dengan alam sekitar. Malah ada basikal yang disediakan untuk penginap merasa pusing kawasan sekitar resort.
Dikelilingi rimba yang tebal dan ada tasik, resort ini dekat sahaja. Hanya 40 minit memandu dari Kuala Lumpur.
Tidak hanya duduk dalam resort, anda boleh join pelbagai aktiviti bersama keluarga seperti berkayak, menunggang kuda dan membelai haiwan manja dan eksotik seperti kambing, rusa dan itik.
Tidur di ruang bilik yang tenang dengan pemandangan tasik di sebelah, anda juga tidak perlu risau tentang makan kerana semuanya disediakan oleh pihak resort.
Lokasi:
Mantin Forest Art Farmstay, Negeri Sembilan
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Beberapa kawasan di Perak dikejutkan dengan fenomena hujan batu yang turun bersama hujan lebat dan ribut pada petang 27 Ramadan (20 Mei 2020).
Fenomena alam yang jarang berlaku itu turut menarik perhatian orang ramai apabila ada yang mengutip ketulan ais berkenaan dan berkongsi gambar di media sosial. Hujan batu yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang di sekitar Manjoi dan Jelapang itu mengejutkan banyak pihak kerana ia jarang berlaku.
Beberapa penduduk yang kongsikan di laman sosial berkata mereka dikejutkan dengan bunyi kuat dari atap rumah, malah ada yang berlari keluar rumah kerana menyangka ada pokok tumbang. Berdasarkan rakaman visual yang diperolehi daripada media sosial, seorang penduduk dipercayai di Manjoi melaungkan azan ketika berlaku hujan batu itu. Kejadian itu hanya berlaku kira-kira 15 minit dan tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan lain.
Perkongsian daripada warganet:
Hujan batu kome di Ipoh. Harap semua berhati-hati di luar. Yang tengah buat delivery makanan, boleh berhenti terlebih dahulu. Kami memahami sebaiknya. pic.twitter.com/Q0BouFZXJA
Hujan lebat, ribut petir, banjir kilat dan angin kencang adalah antara fenomena alam yang sering berlaku di negara ini. Namun, fenomena hujan batu jarang sekali berlaku di Malaysia sehinggakan apabila ia berlaku, kejadiannya akan mengejutkan banyak pihak.
Hujan batu yang biasanya berbentuk bulat atau gumpalan ais yang tidak sekata adalah pepejal yang terhasil oleh awan ribut petir (kumulonimbus).
Pada paras ketinggian tertentu, suhu adalah di bawah takat beku dan proses pemeluwapan berlaku pada debu-debu atau partikel-partikel lain yang dikenali sebagai nuklei kondensasi.
Hujan air batu terbentuk ketika arus angin yang kuat membawa bersama titisan air ke lapisan atmosfera yang cukup tinggi untuk titisan air tersebut membeku.
Ketulan air batu terbentuk apabila semakin banyak titisan air membeku lalu menyebabkan saiznya menjadi besar.
Hujan air batu juga berlaku disebabkan ais yang terbentuk dalam awan gagal cair sebelum ia mencecah bumi.
Kebanyakan ribut petir mengandungi air batu tetapi bukan semua ribut petir menyebabkan hujan air batu.
Suhu di bahagian atas ribut petir adalah di bawah takat beku yang menyebabkan air batu terbentuk tetapi kadang kala air batu mencair sebelum ia jatuh ke permukaan bumi.
Keadaan landskap seperti kawasan berbukit juga antara faktor penyebab arus angin menolak lebih kuat titisan air naik ke lapisan atmosfera yang tinggi.
Disebabkan Malaysia beriklim khatulistiwa, dan musim tengkujuh sering melanda negara ini setiap tahun, maka peluang untuk mengalami hujan air batu sebenarnya sangat tinggi. Jadi, tidak hairanlah jika ia berlaku di negara ini kerana hujan lebat dan ribut petir disertai air batu sebenarnya fenomena biasa dalam musim peralihan monsun.
Jepun antara negara yang sering menjadi pilihan pelancong datang ke negara ini. Paling menjadi tarikan, tentunya Gunung Fuji yang menjadi tanda ikonik negara maju ini. Bukan itu saja, terdapat pelbagai daya tarikan kala melancong ke negara ini.
Dari perkongsian Zunita Ramli, rakyat Malaysia yang tinggal di Jepun berkongsi keindahan Frost Flower yang hanya muncul ketika musim sejuk. Baca perkongsiannya.
“Frost flowers” atau juga dikenali sebagai “snow flowers” hanya ditemui ‘berbunga’ di permukaan Tasik Akan dan Tasik Kussharo di Hokkaido pada musim sejuk dan suhu yang ekstrem. Frost flowers ini sebenarnya bukanlah bunga asli, sebaliknya merupakan ais kristal yang terbentuk secara semulajadi membentuk seakan-akan bunga ros kristal.
Frost flowers ini agak jarang dan sukar ditemui di lokasi lain kerana ianya sangat rapuh dan sukar terbentuk. Ini kerana, untuk membentuk frost flowers secara semulajadi, 3 kondisi perlu dipatuhi:-
• Salji lain tidak boleh terkumpul di lokasi yang sama
• Suhu mesti di bawah -15 darjah selsius
• Mesti tiada lansung angin yang bertiup
Frost flowers ini sangat rapuh, jadi sedikit angin yang bertiup pun boleh menghancurkan frost flowers ini serta-merta.
. #CatatanZunitaDiJepun
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...