Tidak lengkap percutian ke Pulau Pinang tidak ke Bukit Bendera, destinasi tumpuan pelancong untuk menikmati pemandangan yang indah dari atas bukit.
Bukit Bendera atau dikenali sebagai Penang Hill adalah bukit peranginan yang paling tua di Malaysia. Terbaru, tular di media sosial sebuah kafe unik buat penggemar kopi di Bukit Bendera iaitu Kopi Hutan. Untuk ke sini, pelanggan boleh menaiki buggy atau kereta yang berada di Dataran Bukit Bendera secara percuma untuk ke kafe ini. Kewujudan Kopi Hutan sangat menarik kerana terletak di atas bukit yang tinggi dan dikelilingi dengan alam semulajadi pasti buat anda rasa tenang. Kiranya lokasi yang ‘perfect’ untuk bersantai sambil minum kopi Arabica atau teh.
Pernah tak anda merasai nikmat minum petang di dalam rimba hijau? Aroma kopi yang memikat, disulami dengan kesegaran alam di hutan? Mungkin anda perlu ke kedai Kopi Hutan yang terletak di Bukit Bendera, Pulau Pinang. Sesampainya anda ke Bukit Bendera, anda boleh berjalan kaki ke Kopi Hutan sejauh 2km.
Ads
Kalau tak punya kekuatan stamina berjalan, boleh juga mengambil servis buggy ke sana. Sambil menikmati pemandangan indah Pulau Pinang dari bukit, perhentian terakhir buggy tersebut adalah di Kopi Hutan. Turunlah di situ dan hiruplah aroma kopi di sini. Selain kopi, teh dan minuman lain, kuih-muih juga disediakan di situ. Harga servis buggy? RM30 yang boleh memuatkan 5 orang. Untuk pulang ke stesen keretapi, anda boleh menaiki servis shuttle 4 wheel drive. Nyaman sungguh udara segar Bukit Bendera ketika menaiki 4wd itu.
Ads
Kemudian untuk penginapan di Pulau Pinang, memilih menginap di Park Royal Penang. Ini pengalaman pertama kali saya bermalam di Batu Feringhi. Pilihan Park Royal Penang dengan harga satu malam tidak sampai RM300 tanpa sarapan. Hotel ini bukan biasa-biasa. Selain bilik yang luas, bersih dan moden, hotel yang mengadap pantai ini juga mempunyai fasiliti yang sangat mengkagumkan.
Ads
Kolam Renang – Satu kolam renang untuk orang dewasa, dua untuk kanak-kanak . Untuk kanak-kanak, terdapat 2 slides untuk anda merasai seperti di taman tema air iaitu slide terbuka dan slide tertutup. Di kolam ini juga dipasangkan net untuk permainan bola tampar.
Amazonia – Seperti taman tema air, Amazonia ini sangat sesuai untuk kanak-kanak yang tidak suka berenang. Pancutan air serta siraman air dari baldi dari atas pasti menarik minat kanak-kanak.
Buaian Besar – Buaian ini tergantung kukuh di sebuah pokok yang tinggi. Berhadapan dengan buaian yang sangat cantik juga terdapat kawasan lapang untuk berbola tampar.
Indoor Playground – Hotel ini juga menyediakan indoor playground, yang sangat sesuai untuk kanak-kanak yang tidak suka berbasah-basahan.
Pantai – Memandangkan hotel ini mengadap pantai, berjalanlah di tepi pantai (private beach) yang mempunyai pasir yang sangat halus. Anda juga boleh menikmati sukan air sepertijet ski di sini.
Selamat menikmati cuti-cuti Malaysia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Menggunakan perkhidmatan keretapi untuk travel dari satu tempat ke satu tempat masih relevan hari ini. Ramai pelancong hari ini memilih untuk menaiki kemudahan pengangkutan keretapi untuk ke pelbagai destinasi.
Jangan kata penumpang kanak-kanak sahaja yang seronok dapat menaiki keretapi, orang dewasa pun ada yang begitu teruja berpeluang menggunakan keretapi sebagai pengangkutan ketika bercuti.
Disebabkan percutian rakyat Malaysia hanya dibenarkan di dalam negara ketika pandemik, ramai yang lebih kreatif dalam memilih cara bercuti. Menggunakan pengangkutan kereta api menjadi semakin popular, lebih menyeronokkan jika mengambil peluang mencuba kereta api siap dengan tempat untuk tidur yang selesa.
Ini perkongsian trip daripada Cik Manis yang mencuba menggunakan khidmat kereta api KTMB bersama keluarga kecilnya dari Ipoh hingga ke Kelantan.
Sharing trip Sleeper Train ke Kelantan bersama suami dan anak 3 tahun. Alhamdulillah salah satu wishlist tercapai nak bawa anak travel dengan Malaysia Jungle Train.
Trip ni memang nak merasa bermalam dalam train semata-mata. Dari Ipoh ke Gemas saya ambil ETS dan dari Gemas-Wakaf Baru naik sleeper train. Sleeper train ada menghala ke arah pantai timur je, kalau cari dari utara ke selatan memang dah tak ada, semua sudah diganti ETS.
Nak tunggu border buka untuk ke Bangkok naik sleeper train ni macam lambat lagi, jadi kita naik ke pantai timur sebelum lepas ni yang ini pun dimansuhkan juga.
Saya book thru apps KTMB je, katil bawah nombor genap harganya RM46, katil atas nombor ganjil RM40. Pilih katil bawah tingkap luas sikit best tengok view yang sangat cantik
Kafe dibuka 24jam, makanan panas-panas dan sedap serta harga pun murah. So far tak susah bawa anak, yang penting ada aktiviti, saya memang tak bagi anak handphone. Entertain dia dengan tengok view, jalan-jalan ke koc cafe, bawa buku untuk aktiviti. InsyaAllah anak mesti excited dan behave bagi saya, bila ada anak bukan penghalang nak travel, tapi lagi seronok travel dengan anak. Dah biasa, mudah dia suaikan diri.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Gambar seorang anggota polis yang bertugas di Terengganu ini tular di media sosial selepas gambar pokok kelapa yang diambil dan dimuatnaik di akaun media sosialnya Ogos tahun lalu dikongsi semula Apple di akaun Instagram rasmi syarikat itu. Gambar tersebut dirakam menggunakan iPhone XR.
Kalau dilihat pada foto-foto yang dimuatnaik di instagramnya, memang nampak beliau sangat kreatif dalam menghasilkan gambar yang cantik.
Tahniah!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Berita orang sesat sewaktu mendaki gunung dan menjalankan aktiviti rekreasi dalam kawasan hutan simpan sudah kerap didengar. Sebagai langkah keselamatan, sebelum mulakan aktiviti yang digemari, pastikan setiap pendaki, sama ada secara individu mahupun berkumpulan perlu memaklumkan kepada pihak berkuasa sebelum memulakan pendakian.
Kebanyakkan kes orang sesat dalam hutan dan pergunungan ialah mereka yang masuk tanpa kebenaran daripada pihak tertentu. Antara punca lain berlakunya kejadian itu ialah gemar masuk hutan atau mendaki gunung pada waktu yang tidak sesuai. Pendek kata, dengar nasihat orang yang lebih mahir selok-belok di kawasan tersebut atau tidak pun anda mempunyai sedikit ilmu pengetahuan dalam hutan untuk mengahadapi saat kecemasan.
Pekongsian seorang individu ini di sosial medianya diharap dapat memberi anda sedikit ilmu hutan.
Yang selalu masuk hutan, mesti selalu nampak benda ini kan?
Untuk makluman anda, benda ini dipanggil banir. Banir ini mempunyai sangat banyak kegunaan terutamanya bagi mereka yang tersesat dan memerlukan pertolongan.
Bagaimana caranya untuk menghantar Isyarat kecemasan/meminta bantuan menggunakan banir ini?
Ikut langkah-langkah dibawah:
Pegang parang/batang kayu sederhana besar di tangan
Ketuk bahagian atas banir menggunakan belakang parang/batang kayu sederhana besar dengan kuat
Ulangi ketukan sebanyak 2 kali untuk memberikan isyarat kepada pasukan penyelamat ataupun pendaki yang lain
Pastikan anda menjarakkan 2-3 saat diantara setiap ketukan untuk memberikan masa dan isyarat yang betul kepada orang lain yang mendengar
Tahukah anda bahawa bunyi yang terhasil daripada ketukan banir ini boleh didengari sejauh beberapa kilometer bergantung pada lokasi anda ketika itu
Kredit: Roslan
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...