Libur kini berada di dalam aplikasi   
Libur kini berada di dalam aplikasi   
Home Hobi & Minat Buat Pelawat & Pelancong Yang Ingin Masuk Ke Australia Jangan Malas ‘Declare’...

Buat Pelawat & Pelancong Yang Ingin Masuk Ke Australia Jangan Malas ‘Declare’ Barang Yang Di Bawa!

Walaupun anda sudah memiliki visa pelancong, jangan ingat anda akan selamat untuk masuk ke bumi kanggaru dengan mudah.

Buat Pelawat & Pelancong Yang Ingin Masuk Ke Australia Jangan Malas ‘Declare’ Barang Yang Di Bawa!

Penguatkuasa Australia berhak bertanya anda di lapangan terbang apa tujuan kedatangan, berapa banyak wang yang dibawa, apa barang yang ada dalam beg, alamat di Australia, berapa lama tinggal dan tiket balik ada atau tidak.

Jika mereka ada syak wasangka terhadap barang yang di bawa atau niat kedatangan anda, mereka berhak untuk menghantar balik. Sebelum itu, kerajaan Australia akan menempatkan pesalah di pusat tahanan imigresen sebelum dihantar melalui penerbangan seterusnya atau keesokannya.

Buat Pelawat & Pelancong Yang Ingin Masuk Ke Australia Jangan Malas ‘Declare’ Barang Yang Di Bawa! Buat Pelawat & Pelancong Yang Ingin Masuk Ke Australia Jangan Malas ‘Declare’ Barang Yang Di Bawa!

Pelancong Malaysia dilaporkan semakin sukar untuk memasuki Australia ekoran ramai rakyat negara ini datang ke negara itu untuk bekerja sebagai pengutip buah haram terutama pada musim memetik buah.. Ramai rakyat Malaysia dihalang daripada menaiki pesawat walaupun mempunyai visa pelancong yang sah.

Buat Pelawat & Pelancong Yang Ingin Masuk Ke Australia Jangan Malas ‘Declare’ Barang Yang Di Bawa! Buat Pelawat & Pelancong Yang Ingin Masuk Ke Australia Jangan Malas ‘Declare’ Barang Yang Di Bawa!

IKLAN

Oleh itu pelawat dan pelancong ke Australia yang gagal untuk ‘declare’ sesetengah barangan atau barang larangan berkemungkinan besar akan menyebabkan tempoh visa akan dipendekkan atau dibatalkan terus.

Sebelum buat perancangan untuk melancong ke Australia, ataupun ada perancangan ke Australia selepas ini, pastikan anda fahamkan undang-undang terbaru yang diperkenalkan. Boleh baca di laman sesawang  Australian Border Force

Barang Yang Boleh & Tidak Boleh Di Bawa Masuk

  • Makanan

Undang-undang keselamatan Bio Australia sangat ketat dan sesetengah masakan dan makanan luar termasuk dalam senarai. Selain makanan, antara yang terlibat dan dinyatakan dalam undang-undang baru ini adalah barangan melibatkan tanaman, dan produk berasaskan haiwan.

IKLAN

Buat Pelawat & Pelancong Yang Ingin Masuk Ke Australia Jangan Malas ‘Declare’ Barang Yang Di Bawa!

Makanan atau bahan untuk memasak perlu dinyatakan dalam Incoming Passenger Card yang akan diberikan dalam kapal terbang. Tiada jalan pintas, anda perlu tulis setiap jenis makanan yang di bawa satu per satu.

Buat Pelawat & Pelancong Yang Ingin Masuk Ke Australia Jangan Malas ‘Declare’ Barang Yang Di Bawa!

Penguatkuasa mereka dan dibantu oleh anjing pengesan akan memeriksa satu per satu barang yang di bawa sebagai mana yang telah anda nyatakan. Awas jika anda tidak jelaskan atau declare produk-produk tertentu.

IKLAN

Antara makanan yang boleh dibawa adalah kopi, biskut, kek, roti, coklat, maple syrup dan minyak manakala pengujung perlu declare jika membawa teh, rempah, jeruk, beras, kekacang dan produk tenusu. Makanan dari kapal terbang dilarang untuk di bawa turun.

  • Ubat – UbatanBuat Pelawat & Pelancong Yang Ingin Masuk Ke Australia Jangan Malas ‘Declare’ Barang Yang Di Bawa!

Semua jenis ubat untuk kegunaan sendiri adalah dibenarkan dengan syarat ada surat ataupun salinan deskripsi ubat tersebut dalam bahasa Inggeris daripada doktor yang menyatakan ubat tersebut diberikan untuk merawat penyakit dan pastikan bekalan ubatan yang dibawa adalah tidak melebihi 3 bulan. Ubat-ubatan sebaiknya dikekalkan dalam bungkusan asal dan declare.

  • Tanaman, Bunga Dan Biji

Pokok hidup tidak dibenarkan sama sekali untuk di bawa masuk ke Australia dari lapangan terbang. Namun jika anda mempunyai dokumen import yang sah dari Department of Agriculture and Water Resources kebarangkalian untuk di benarkan bawa masuk adalah tinggi.

  • Barangan Perayaan

Buat Pelawat & Pelancong Yang Ingin Masuk Ke Australia Jangan Malas ‘Declare’ Barang Yang Di Bawa!

Ramai antara pengunjung yang datang ke Australia untuk merayakan perayaan tertentu seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali atau Hari Natal bersama keluarga atau sahabat yang menetap atau belajar di sana. Ada yang ingin membawa kekacang, lampu pelita, dekorasi perayaan atau apa sahaja. Anda perlu jelaskan dengan terperinci barang-barang tersebut. Namun ulam segar, rendang, kuah kari, ketupat, produk tenusu adalah dilarang sama sekali.

Sumber: Australian Border Force

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI