Tidak lengkap percutian ke Pulau Pinang tidak ke Bukit Bendera, destinasi tumpuan pelancong untuk menikmati pemandangan yang indah dari atas bukit.

Bukit Bendera atau dikenali sebagai Penang Hill adalah bukit peranginan yang paling tua di Malaysia. Terbaru, tular di media sosial sebuah kafe unik buat penggemar kopi di Bukit Bendera iaitu Kopi Hutan. Untuk ke sini, pelanggan boleh menaiki buggy atau kereta yang berada di Dataran Bukit Bendera secara percuma untuk ke kafe ini. Kewujudan Kopi Hutan sangat menarik kerana terletak di atas bukit yang tinggi dan dikelilingi dengan alam semulajadi pasti buat anda rasa tenang. Kiranya lokasi yang ‘perfect’ untuk bersantai sambil minum kopi Arabica atau teh.

Perkongsian oleh Azwadi Kamarudin

Pernah tak anda merasai nikmat minum petang di dalam rimba hijau? Aroma kopi yang memikat, disulami dengan kesegaran alam di hutan? Mungkin anda perlu ke kedai Kopi Hutan yang terletak di Bukit Bendera, Pulau Pinang. Sesampainya anda ke Bukit Bendera, anda boleh berjalan kaki ke Kopi Hutan sejauh 2km.

IKLAN

Datang Bukit Bendera Wajib Try Minum Kopi ‘Dalam Hutan’. Padu! Datang Bukit Bendera Wajib Try Minum Kopi ‘Dalam Hutan’. Padu! Datang Bukit Bendera Wajib Try Minum Kopi ‘Dalam Hutan’. Padu!

Kalau tak punya kekuatan stamina berjalan, boleh juga mengambil servis buggy ke sana. Sambil menikmati pemandangan indah Pulau Pinang dari bukit, perhentian terakhir buggy tersebut adalah di Kopi Hutan. Turunlah di situ dan hiruplah aroma kopi di sini. Selain kopi, teh dan minuman lain, kuih-muih juga disediakan di situ. Harga servis buggy? RM30 yang boleh memuatkan 5 orang. Untuk pulang ke stesen keretapi, anda boleh menaiki servis shuttle 4 wheel drive. Nyaman sungguh udara segar Bukit Bendera ketika menaiki 4wd itu.

IKLAN

Kemudian untuk penginapan di Pulau Pinang, memilih menginap di Park Royal Penang. Ini pengalaman pertama kali saya bermalam di Batu Feringhi. Pilihan Park Royal Penang dengan harga satu malam tidak sampai RM300 tanpa sarapan. Hotel ini bukan biasa-biasa. Selain bilik yang luas, bersih dan moden, hotel yang mengadap pantai ini juga mempunyai fasiliti yang sangat mengkagumkan.

IKLAN

Datang Bukit Bendera Wajib Try Minum Kopi ‘Dalam Hutan’. Padu! Datang Bukit Bendera Wajib Try Minum Kopi ‘Dalam Hutan’. Padu! Datang Bukit Bendera Wajib Try Minum Kopi ‘Dalam Hutan’. Padu!

  • Kolam Renang – Satu kolam renang untuk orang dewasa, dua untuk kanak-kanak . Untuk kanak-kanak, terdapat 2 slides untuk anda merasai seperti di taman tema air iaitu slide terbuka dan slide tertutup. Di kolam ini juga dipasangkan net untuk permainan bola tampar.
  • Amazonia – Seperti taman tema air, Amazonia ini sangat sesuai untuk kanak-kanak yang tidak suka berenang. Pancutan air serta siraman air dari baldi dari atas pasti menarik minat kanak-kanak.
  • Buaian Besar – Buaian ini tergantung kukuh di sebuah pokok yang tinggi. Berhadapan dengan buaian yang sangat cantik juga terdapat kawasan lapang untuk berbola tampar.
  • Indoor Playground – Hotel ini juga menyediakan indoor playground, yang sangat sesuai untuk kanak-kanak yang tidak suka berbasah-basahan.
  • Pantai – Memandangkan hotel ini mengadap pantai, berjalanlah di tepi pantai (private beach) yang mempunyai pasir yang sangat halus. Anda juga boleh menikmati sukan air sepertijet ski di sini.

Datang Bukit Bendera Wajib Try Minum Kopi ‘Dalam Hutan’. Padu! Datang Bukit Bendera Wajib Try Minum Kopi ‘Dalam Hutan’. Padu! Datang Bukit Bendera Wajib Try Minum Kopi ‘Dalam Hutan’. Padu! Datang Bukit Bendera Wajib Try Minum Kopi ‘Dalam Hutan’. Padu! Datang Bukit Bendera Wajib Try Minum Kopi ‘Dalam Hutan’. Padu! Datang Bukit Bendera Wajib Try Minum Kopi ‘Dalam Hutan’. Padu!

Selamat menikmati cuti-cuti Malaysia

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI