Ramai yang terpesona dengan keindahan bangunan pencakar langit Menara Al Burj yang dIanggap sebagai mercu tanda Dubai.
Bukan hanya mempunyai bangunan pencakar langit tetapi Dubai juga telah secara rasmi mencipta rekod apabila memiliki kolam paling dalam.
Dengan kedalaman 60 meter, kolam renang ini berjaya memintas rekod sebelumnya yang dipegang oleh Deepspot, Poland yang mempunyai kedalaman 45 meter.
CNN melaporkan kolam Deep Dive Dubai menampung 14 juta liter air atau sama dengan enam kolam renang saiz Olimpik dan setidak-tidaknya empat kali lebih besar daripada kolam menyelam lain di dunia.
Guinness Record mencatatkan kolam renang itu sebagai ‘Deepest Swimming Pool for Diving’ atau kolam renang terdalam di dunia untuk menyelam pada 27 Jun lalu.
Pengarah urusan Deep Dive Dubai, Jarrod Jablonski berkata, kolam renang penyelam ini adalah antara paling canggih dan sofisikated di dunia bukan hanya kerana kedalamannya tetapi apa yang terdapat di dalamnya.
Ads
“Ada beberapa kolam renang menyelam di dunia tetapi di Dubai adalah jauh lebih menarik. Bukan hanya ia paling dalam dan terbesar tetapi pembinaan bandar dan apartmen di dalamnya membuatkan penjelajahan penyelam lebih menarik seperti di lautan sebenar, ” katanya.
Bagaimanapun buat masa ini fasiliti kolam renang itu hanya dibuka kepada penyelam profesional.
FOTO: KREDIT CNN
Fakta Menarik Mengenai Deep Dive Dubai
1. Suhu air kolam renang itu ditetapkan pada 30 darjah celcius bagi membolehkan penyelam mengenakan pakaian menyelam yang nipis atau persalinan renang biasa.
2. Kolam renang itu dibina berbentuk seperti tiram gergasi dan memiliki keluasan 1,500 meter persegi.
3. Bentuk tiram itu adalah sebagai menggambarkan Dubai yang terkenal sebagai negara penyelam mutiara.
Ads
4. Ia bukan kolam renang menyelam biasa sebaliknya terdapat binaan apartmen ‘terbengkalai’ dan binaan sebuah bandar di mana penyelam boleh menjelajahnya hingga ke dasar kolam.
5. Antara binaan yang terdapat dalam kolam renang itu adalah perpustakaan, ruang permainan, kediaman apartment, kereta, bilik tidur, studio dan sebagainya.
6. Kolam renang itu turut dilengkapi dengan sistem cahaya dan suara yang canggih bagi memberi suasana seperti di dasar laut yang sebenar.
KREDIT FOTO: CNN
7. Deep Dive Dubai turut menawarkan kursus menyelam bagi yang tiada pengalaman dan boleh menyelam bersama pemandu selam yang disediakan.
8. Bagi menjamin keselamatan penyelam sebanyak 56 kamera dipasang di setiap sudut kolam renang itu bagi tujuan pemantauan.
Ads
9. Bagi penyelam profesional, mereka perlu mempunyai sijil menyelam yang diiktiraf oleh Professional Association of Diving Instructors (Padi).
10. Apabila dibuka kepada awam kelak, kanak-kanak berusia 10 tahun turut dibenarkan menyelam.
Nampaknya industri pelancongan Langkawi akan kembali melonjak selepas dilaporkan tiada kes COVID-19 berlaku di pulau pelancongan popular ini.
Bahkan pastinya akan semakin ramai yang mengunjungi pantai-pantai di lokasi ini seperti mana yang tular di media sosial sebelum ini berikutan terlalu ramai pengunjung mengunjungi Panta Cenang.
Memetik laporan Harian Metro, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah menafikan terdapat kes individu positif Covid-19 di Langkawi ketika ini.
Pengarahnya, Dr Mohd Fikri Ujang berkata, pihaknya juga tidak melakukan ujian saringan secara bersasar kepada pelancong di pulau peranginan itu.
“Tiada kes positif di Langkawi buat masa ini. JKN Kedah tidak membuat ujian saringan bersasar kepada pengunjung Langkawi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Semalam, pelakon dan personaliti media sosial, Harris Annuar dilapor positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan di sebuah klinik swasta di Bangi, Selangor. Harris sebelum itu dikatakan beberapa hari pulang daripada bercuti di Pulau Langkawi.
Mengulas perkara itu, Dr Mohd Fikri berkata, pihaknya melakukan siasatan lanjut dan turut mendapatkan maklumat lanjut ujian yang dijalankan Harris.
“Kita akan membuat tindakan lanjut sekiranya ada bukti kaitan (jangkitan di Langkawi) hasil dari siasatan berkenaan,” katanya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Anda tengah cari port nak lepak hujung minggu ke tu? Libur ada satu cadangan tempat yang menarik untuk anda iaitu Taman Simfoni Suria KLCC.
Sesuai untuk anda yang nak lepak dengan kawan-kawan atau keluarga dan tarikan yang paling menarik adalah formasi air pancut beriringan dengan latar belakang musik pasti akan memukau mata anda.
Taman Simfoni Suria KLCC yang sesuai untuk short-get-away bersama keluarga ini pasti akan membuatkan si kecil dalam keluarga berasa seronok kerana terdapat lebih 150 formasi yang dipertontonkan kepada penunjung antaranya bercorakkan bunga dan geometri.
Lebih menarik dan menyerlahkan kecantikkan taman ini adalah pertunjukkan pada waktu malam kerana disertakan sekali dengan lampu berwarna-warni disamping musik yang mendamaikan.
Anda bayangkan, dengan lampu warna-warni, iringan musik mendamaikan dan bunyian air pancut pasti menberikan ketenangan dan kedamaian untuk anda seisi keluarga dan rakan-rakan untuk lari sebentar dari kesibukkan berkerja seharian.
Pertunjukkan dua air pancut yang mencecah ketinggian hampir 42 meter ini dibuka setiap hari pada pukul 8, 9 dan 10 malam manakala pertunjukkan berlampu adalah pada 7.30, 8.30 dan 9.30 malam setiap hari.
Jom bawa keluarga atau rakan-rakan anda lepak hujung minggu di sini!
Percutian hujung minggu sudah menjadi ‘trend’ rakyat Malaysia ingin menghabiskan masa cuti yang terluang bersama tersayang, samada ahli keluarga atau rakan-rakan. Jika dahulu pemilihan destinasi percutian hujung minggu mungkin agak terhad, kerana kebanyakkannya suka memilih lokasi berlibur yang berdekatan sahaja.
Hari ini, corak percutian hujung minggu sudah berubah. Ada yang sentiasa membuat persiapan untuk bercuti ke luar kawasan yang jarang dituju atau lebih jauh. Jangan tidak percaya, percutian hujung minggu ke luar negara juga ramai yang sudah cuba. Antaranya ke negara jiran yang paling hampir seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, dan Vietnam. Namun percutian hujung minggu di Malaysia masih tetap menjadi pilihan.
Gadis ini, berkongsi percutiannya ke Sabah bersama rakan-rakannya hanya untuk 3 hari 2 malam sahaja, tetapi masih cukup berbaloi dan puas untuk ‘jalan-jalan’
Assalamualaikum. Ada yang tanya aku berapa bajet aku habis sewaktu aku pergi ke Sabah, untuk percutian 3 hari 2 malam. So boleh je korang tengok-tengok mana tau rezeki korang pergi ke negeri di bawah bayu. Jom mula.
Total pax : 9
Transportation:
Flight KUL – LBU – KUL RM88
Feri Labuan – Kota Kinabalu RM23.50
Van 14 seat RM500
Bas Kota Kinabalu – Menumbok RM18.00
Menumbok – Labuan RM8
Hotel :
Blue Mountain Lodge RM100
Asiana Hotel RM100
Harga tiket air asia waktu tu murah teramat. Return boleh dapat RM36. Tapi sebab waktu tu weekdays kitorang ambil yang weekend return RM88. Just nice. Kalau direct pergi KK paling-paling pun RM300 lebih pergi balik.
Aku pergi total dalam 9 orang. Ramai-ramai jimat. Jimat untuk transport la mostly. Tapi kalau berempat pun bagi aku just nice. Boleh share bilik kat dalam hotel. So dapat murah. Hehe..Hotel, aku prefer Agoda. Saja.
9 Mac 2019
Bertolak ke Labuan. Aku ambil tiket awal pagi. Sampai Labuan Terminal Airport dalam pukul 10.30 pagi. Ok kat sini aku nak highlight feri Labuan ni 2 kali sehari. Pukul 8 dan pukul 1 tengahari. So kalau korang terlepas yang ni, alternatif satu lagi naik Speed Boat dari Labuan ke Menumbok.
Kat sini korang boleh pilih nak naik apa untuk ke Labuan.
1.Feri Labuan – KK 4 jam
2.Speed boat Labuan – Menumbok 20 minit
Dari Menumbok – KK kena naik bas 2 jam.
Sampai je KK, kitorang gerak terus ke Kundasang. Sebab risau dah malam. Tak nampak jalan. Jalan dia gelap dan berbahaya. Kena berhati-hati.
Basically first day memang agak kelam kabut . Dari atas awan ke darat dan di atas laut. Semua kitorang sapu.
Okay aku nak share pengalaman stay di Blue Mountain Lodge. Alhamdulillah tempat yang aku pilih selesa sangat. Walaupun takde tv tapi aku tak kisah sangat sebabnya tujuan kitorang hanya untuk bermalam. Tempat tu sahaja ada pantry. So kalau nak masak elokla. Dan yang paling penting ada iron. Korang kena mintak. Macam mana coverage kat sana? Aku pakai umobile so langsung takdak line. Tapi celcom, unifi alhamdulillah ada. So korang jangan risau ya. Mohon pau hotspot dengan kawan korang. Hahaha
10 Mac 2019
Esoknya, bangun pagi korang dah boleh view sunrise dalam 6.15-6.30 gituuu. Gunung Kinabalu tu depan mata je. Sumpah lawa.
Desa Dairy Farm (RM3)
Fish spa (Luanti fish spa terlampau jauh so kitorang ambil dekat-dekat)
Rumah terbalik RM12
Makan lokan bakar di Sepanggar. Yang ni sedap. Kalau yang tak makan seafood ada puding kelapa. Itupun sedap jugak. Lepas tu kitorang rushing nak kejar sunset di Tanjung Aru.
Ni dekat blue mountain lodge. Bukak pintu je dah nampak Gunung Kinabalu.
Aiskrim dia sedappp RM6
Pasni honeymoon kena cakap new zealand betul-betul tau. Karang dibawaknya kita g Kundasang. Okaylaa. Paling sendu bawak kite tengok lembu je kat kampung. Sobss.
Bas biru ni sebenarnya restoran. Owner guna bas lama-lama untuk jadikan sebagai tempat makan. Kreatif betul. Kitorang sampai dia tak bukak lagi. Pukul 11 pagi katanya. Menarik jugak. Tapi panas sikit. Ada kipas kat dalam. Don’t worry. Nanti google je Restoran Bas Biru di Kundasang, keluar juga tu carian.
Pusing-pusing bandar KK, singgah di Pasar Kraf dan makan seafood dekat gerai-gerai berdekatan. Aku takmau recommend tempat makan sebab waktu kitorang pergi makan kat salah satu gerai, rasa dia tawar. Not recommended at all. ?
Lepas makan dan beli ole-ole untuk yang tersayang kitorang balik ke Hotel. Memandangkan aku pilih Asiana Hotel. So far hotel tu selesa cumanya dalam bilik tu plug elektrik satu je dan kalau gegirls nak iron baju korang kena sewa iron. RM10 hokayyy. Kalau nak sharing dapatlah murah.
11 Mac 2019
Hari terakhir. Memandangkan flight kitorang malam dan berlepas di Labuan takdela kelam kabut sangat.
9 pagi kitorang dah bertolak pergi ke salah satu pulau di Kota Kinabalu (Tunku Abdul Rahman National Park), iaitu Pulau Mamutik. Tak jauh je dari KK.
Bayar RM27 (boat) + RM5 (entrancee fee pulau)
Pukul 11, Habis snorkelling bergegas balik sebab nak kejar bas dari KK ke Menumbok.
Okay kat sini kalau korang nak balik ke Labuan tolonglah jangan beli last minute. Memang tak ada. Nak taknak korang kena beli setibanya korang berada di Terminal Jesselton Point atau Terminal Labuan kalau nak jugak balik ke Labuan / KK naik feri. Beli awal.
Dan kalau korang rasa boleh tunggu untuk 4 jam ambil je feri. Aku pergi dengan feri balik naik bas. Nak rasa yang mana lebih okay.. Dan aku lebih prefer untuk naik bas. Tak lama. 2 jam dan 20 minit naik speedboat di Menumbok ke Labuan. Bear in mind speedboat dia macam rollercoaster. Dasat gila. Memang terduduk terbangun semua ada.
Pukul 12.45 tengahari tepat bas dari
KK akan bertolak ke Menumbok. Aku tak sure next bas pukul berapa. Aku ambil awal sebab takut apa-apa terjadi. Plus Labuan aku tak sempat pusing pun.
Memandangkan anggaran masa dari KK ke Labuan menggunakan bas dalam 2 jam 20 minit. Aku tiba di Labuan dalam pukul 4 lebih. Sempat pusing dan singgah di UMS Kampus Labuan. Oh ya, kalau korang nak beli coklat murah aku cadangkan beli coklat di Ujana Kewangan. Dekat sangat dengan airport.
Ni bajet yang aku habis sepanjang aku kat sana.
Tix flight = RM88
Feri LBU = RM23.50
Sewa van – RM500/9 = RM55.50
Bas= RM18
Speedboat = RM8
Hotel – 200/2 = RM100
Makan = RM100++
Entrance fees = RM20
Lain-lain = RM30
Jumlah = RM443.50 (roughly sebab ada masalah sikit tang driver).
*notakaki: kitorang memang niat nak ke Sabah, untuk pergi ke Kundasang. Saja nak acah New Zealand. So kalau korang berhajat nak pergi semua pulau di KK better stay 4 hari. InsyaAllah sempat je.
Ok baiii. Minta maaf kalau ada yang terkurang. Sekian. Terima kasih.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...