Oleh kerana pintu sempadan masih belum dibuka, jadi ramai sahabat dalam Grup Backpacker Buddies Malaysia yang berkongsi gambar menarik di luar negara.
Bagi Armizi Mustapha yang tinggal di Melbourne, dia juga tidak ketinggalan berkongsi gambar-gambar menarik di bandar ini terutama ketika musim spring/bunga.
Menurutnya apabila sudah boleh travel nanti dan sesiapa berhajat untuk ke Melbourne digalakkan datang ketika musim spring.
Ini kerana bagi yang suka mengambil gambar tak perlu untuk touch up lebih-lebih. Pemandangan semulajadi dengan langit membiru, bunga berwarna warni dan rumput menghijau menjadikan ia suasana yang menarik untuk ditatap.
Selain itu dia juga turut mengambil gambar sistem trams yang menjadi pengangkutan utama di bandar ini.
Menurutnya sistem tram elektorik ini sudah bermula sejak tahun 1889 lagi. Walaupun dulu hanya untuk mengangkut barang tetapi kini Melbourne menjadi pusat sistem trams terbesar di hemisphere selatan.
Maaflah kalau saya asyik posting gambar Melbourne jer. Mesti korang dah muak kan?.bukan apa dah tak tahu nak buat apa lockdown ni.
Just nak bagi tahu, if next time semua dah kembali normal dan pulih, kalau nak datang travel ke Melbourne, datang lah musim spring/bunga.
Ads
Cuaca dan suasana memang cantik. Amik gambar memang tak perlu nak touch up dah. Langit biru, bunga warna warni, rumput hijau, suhu chilled jer. Tak panas tak sejuk orang kata.
Memandangkan sistem trams menjadi pengangkutan utama di Melbourne CBD, saya kongsi kan beberapa gambar yang saya snap.
Kalau korang nak tahu, sistem trams elektrik di Melbourne ni telah bermula sejak 1889 lagi.
Ads
Tapi sebelum tu dah ada trams yang menggunakan cara manual untuk mengangkut barang2. Yang guna kuda pun ada. Dan kini, Melbourne menjadi pusat sistem trams terbesar di hemisphere selatan.
Bak kata orang tak kenal maka tak cinta, sambil bercuti sambil merakam kenangan. Setiap bucu di Melbourne CBD menawarkan persekitaran menarik untuk anda merakam gambar.
Mahu melihat pemandangan hutan hujan yang berusia 130 tahun dari udara dan kawasan sekitarnya. Jom rasai pengalaman mendebarkan dengan menaiki Awana Skyway di Resort World Genting.
Kecanggihan Awana Skyway yang mempunyai 99 unit kereta kabel termasuk 10 unit gondola berlantai kaca menjadi tarikan baharu pengunjung yang ingin menghabiskan percutian hujung minggu atau bercuti bersama ahli keluarga.
Kereta kabel ini boleh membawa 3,000 penumpang setiap jam dari stesen Awana ke hentian terakhir di stesen SkyAvenue pada ketinggian 620 meter. Dengan kelajuan enam meter sesaat, perjalanan sejauh 2.8 kilometer mengambil masa hanya 10 minit.
Sistem kereta kabel keempat di Resorts World Genting ini antara yang terkini dan relevan di tempat peranginan di Malaysia. Bagi yang pertama kali ingin merasai pengalaman menaiki Awana Skyway pengunjung boleh merasai detik yang mencabar bermula di stesen Awana.
Ia mengambil masa kira-kira enam minit untuk kereta kabel bergerak dari stesen Awana ke stesen Tokong Chin Swee yang terletak pada ketinggian 1,514 meter.
Jika ingin berhenti di stesen Chin Swee yang terletak di pertengahan antara stesen pertama dan terakhir untuk menikmati pemandangan panorama, anda boleh membuat pilihan sebelum meneruskan perjalanan ke pusat membeli-belah SkyAvenue.
Di stesen ini, penumpang boleh turun untuk ke kuil melalui laluan khas dengan menggunakan eskalator. Kemudahan seperti tempat letak kereta sendiri, tandas dan kios tiket automatik disediakan. Menariknya setiap gondola turut dilengkapi dengan dua pengecas USB dan penumpang boleh menggunakan untuk mengecas telefon bimbit.
Sementara itu, Naib Presiden Kanan Taman Tema & Sewaan, Thomas Ng berkata, Awana Skyway menawarkan perjalanan yang lebih singkat berbanding Genting Skyway sebelum ini sejauh 3.4 kilometer serta mampu membawa 1,600 orang setiap jam.
“Kita jangkakan apabila siap sepenuhnya fasiliti, Resorts World Genting akan menjadi tempat hiburan bertaraf dunia dengan adanya taman tema Twentieth Century Fox World yang pertama di dunia dan pusat membeli-belah SkyAvenue yang menawarkan pilihan membeli-belah dan tempat makan yang menarik.
“Perancangan ini dijangka akan meningkatkan jumlah pengunjung ke Resorts World Genting kepada 30 juta pada tahun 2020, daripada 20 juta setahun pada masa ini,” ujarnya.
Jualan Mega Malaysia merupakan inisiatif oleh The Melium Group dengan kerjasama Malaysia Sekretariat Shopping yang bertujuan untuk menarik pelancong luar Negara untuk membeli-belah barangan berjenama mewah di Kuala Lumpur.
Ia melambangkan komitmen pengusaha jualan sektor swasta bagi menyokong usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga membeli-belah,terutamanya bagi barangan gaya hidup berjenama mewah.
Beberapa tahun kebelakangan ini,terdapat perkembangan yang besar dalam sektor retail dan ia telah memberi impak yang positif dalam industri pelancongan. Pada tahun 2015,buat pertama kali,membeli-belah menjadi penyumbang perbelanjaan pelancong utama iaitu 31.1%,menjadikannya perbelanjaan yang lebih tinggi daripada kos perbelanjaan penginapan.
Trend berterusan sehingga 2016 dengan peningkatan perbelanjaan pelancong untuk membeli-belah sebanyak 31.7%.Kami juga melihat peningkatan dalam jumlah yang dibelanjakan oleh pelancong untuk membeli-belah.
Pada 2016,pelancong membelanjakan RM26.03 bilion untuk membeli-belah sahaja,meningkat sehingga 20.3% daripada RM21.63 bilion pada tahun sebelumnya.
Sementara itu,perbelanjaan kapita juga meningkat daripada RM841.1 pada tahun 2015 kepada RM972.2 pada 2016,” menurut YBhg.Datuk Hj.Ab Ghaffar B. A Thambi,Ketua Setiausaha,Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan ketika berucap pada majlis pelancaran di Pavilion Kuala Lumpur.
Kini terdapat perubahan dalam perniagaan runcit mewah di seluruh dunia,di mana aktiviti membeli-belah menjadi daya penggerak yang kuat dalam perancangan percutian. Jika pada masa lalu,masa lapang menjadi motivasi utama untuk percutian,hari ini percutian untuk membeli-belah telah menjadi trend dan penentu dalam menentukan destinasi untuk bercuti. Pelancong juga semakin minat untuk memilih destinasi mereka berdasarkan di mana mereka boleh turut membeli-belah dan trend ini mempunyai kesan yang besar untuk jenama mewah dan fesyen.
Terdapat banyak pusat membeli-belah di seluruh dunia serta zon membeli-belah seperti Oxford Street di London, Aveneu des Champ Elysees di Paris yang telah berjaya menjadi destinasi membeli-belah yang perlu dilawati tarikan pelancong.
The Melium Group ialah kumpulan jualan terkemuka di Malaysia dalam bidang fesyen dan gaya hidup mewah jenama antarabangsa yang menawarkan pelbagai jenama antarabangsa termasuk Givenchy, Lanvin,Roger Vivier,TOD’S,Hackett London,Max Mara,MCM,Stuart Weitzman,Emilio Pucci,Aigner dan label Farah Khan yang dijual di peringkat antara bangsa.
Bagi terus mempromosikan aktiviti membeli-belah sebagai salah satu dari pelbagai produk pelancongan sedia ada,Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bersama-sama dengan Tourisn Malaysia telah mencipta slogan baru bagi tujuan penjenamaan Shopping Malaysia iaitu”tawaran dan pengalaman hebat.”Tourism Malaysia juga akan memperkenalkan inisiatif pemasaran dan promosi usaha dalam talian.
Manakala ikon membeli-belah,Miss SHOPhia bertindak sebagai “sahabat membeli-belah”di semua platform media sosial. “Tourism Malaysia akan turut memberi tumpuan lebih dalam menganjurkan kempen taktikal di luar negara dengan pasaran Indonesia,Vietnam,Brunei,Singapura,Thailand,China,Hong Kong,India dan Bangladesh,” kata Manoharan Periasamy,Pengarah Pembangunan Pakej Tourism Malaysia.
Kempen akan memberi penekanan kepada penyampaian mesej bahawa pengalaman membeli-belah di Malaysia kepada pelancong adalah menarik,menyeronokkan,menghiburkan dan dengan harga yang menakjubkan.
Terletak di sebuah rumah agam di Lebuh Gereja, Georgetown, Muzium Peranakan Pulau Pinang mempamerkan warisan budaya kaum Peranakan.
Rumah agam tersebut pernah dimiliki oleh seorang usahawan berbangsa Cina yang bernama Kapitan Chung Keng Kwee pada abad ke-19. Rumah agam ini telah lama dilupakan namun berjaya dibangunkan semula apabila seorang arkitek tempatan yang bernama Peter Soon membeli rumah agam tersebut dan melakukan kerja-kerja membaik pulih lalu menempatkan lebih 1,000 koleksi pameran artifak kaum Peranakan di Pulau Pinang. Menariknya tentang lokasi ini, ia pernah menjadi lokasi penggambaran filem hit, Crazy Rich Asians dan rancangan realiti Amazing Race.
Legasi, budaya dan keunikan gaya hidup baba dan nyonya di Malaysia sememangnya tidak pernah lekang dek panas matahari sejak abad ke 15. Asimilasi budaya Cina bersama budaya tempatan di Tanah Melayu melahirkan keunikan tersendiri dari sudut agama, budaya, pakaian, masakan, perkahwinan dan sebagainya. Rumah Peranakan Penang ini dapat memberikan gambaran yang lebih dekat dan realiti tentang dunia sebenar Peranakan di Malaysia.
Lokasi : 29, Church St, George Town, 10200 Pulau Pinang
Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Melbourne sememangnya tidak pernah kehabisan alasan untuk dikunjungi. Dari lorong seni yang penuh karakter hingga kafe hipster yang ikonik, kota ini sentiasa menawarkan pengalaman...