‘More to Discover’ boleh dikatakan di Kuching, Sarawak ada segala-galanyanya untuk diterokai. Ibu negeri Bumi Kenyalang ini sering menjadi destinasi pilihan pengunjung dalam negara dan juga pelancong luar kerana mempunyai keunikan tersendiri, merangkumi kebudayaan, alam semula jadi, sajian dan kesenian.

Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak

Kalau datang ke Kuching kitak tau sik (anda tahu tak) tempat mana yang menarik untuk pergi? Kalau tidak tahu atau kurang pasti, nah.. ini cadangan Libur untuk kalian.

Kuching Waterfront

Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak

Kuching Waterfront menjadi kawasan tumpuan dan ‘bintang’ di Kuching dek keindahan ‘view’ samada pada siang atau malam hari. Pengunjung berpeluang melihat pelbagai sisi panorama dari kawasan ini seperti bangunan Dewan Undangan Negeri, Masjid India Terapung dan Jambatan Darul Hana. Ramai penduduk tempatan dan pengunjung luar bersantai dan mengambil angin di kawasan Kuching Waterfront menjelang matahari terbenam. Anda juga boleh cuba untuk berlibur menyusuri sungai atau ke kampung seberang membeli kek lapis Sarawak menaiki Sarawak River Cruise atau Perauk Tambang.

Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak

The Brooke Gallery

Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak

Jika anda minat akan sejarah, jangan lupa untuk melawat The Brooke Gallery yang terletak di Kubu Margherita. Anda pasti terpesona dengan bangunan warisan bersejarah yang masih kukuh dipulihara dengan baik. Binaan di Kubu Margherita ini dibina pada 1879 dan kini dikenali sebagai The Brooke Gallery yang menempatkan banyak dokumen dan artifak bersejarah negeri Sarawak.

Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak

Di sini terdapat sebuah bilik yang menempatkan tengkorak musuh yang telah dipenggal pada suatu ketika dahulu.

Tugu Kuching

Tidak sah sekiranya datang ke Kuching tidak singgah bergambar dengan tugu kucing yang comel terletak dibulatan berhampiran dengan Plaza Sarawak. Tugu ini merupakan tugu kebanggan rakyat negeri Sarawak. Boleh dikatakan banyak cenderamata menggunakan imej tugu kucing ini sebagai simbolik negeri Sarawak untuk dijadikan kenang-kenangan.

Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak

IKLAN

Pada malam hari tugu kucing ini akan dilimpahi dengan sorotan lampu berwarna-warni yang begitu indah. Menurut lagenda, Kuching mendapat nama kerana kewujudan banyak kucing hutan yang kelihatan di sekitar sungai berhampiran suatu ketika dahulu.

Semenggoh Wildlife Center

Semua sedia maklum Sarawak kaya dengan destinasi flora faunanya tersendiri dan mempunyai hutan hujan antara tertua di dunia. Ia adalah aset penting dan berharga Bumi Kenyalang, sekali gus habitat kepada ribuan spesies tumbuhan dan haiwan. Seperti di Sabah, Sarawak juga terkenal dengan habitat orang utan liar di kawasan Semenggoh Wildlife Centre.

Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak

Masa yang sesuai untuk anda melawat pusat ini adalah pada jam 9 pagi dan 3 petang kerana ini adalah waktu makan untuk orang utan. Bilangan orang utan yang akan keluar pada waktu makan tidak menentu. Kalau anda bernasib baik, anda dapat menyaksikan beberapa ekor orang utan datang mengambil makanan. Kadangkala pengujung akan pulang dengan perasaan hiba kerana orang utan langsung tidak kelihatan terutama pada musim buah.

Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak

Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak
Sumber Foto: Google Image
Sarawak Culture Village

Selain alam semula jadi, Sarawak juga gah di mata dunia kerana dibina dan dibangunkan dengan penuh harmoni oleh masyarakat pribuminya. Biarpun terdapat 30 etnik berlainan termasuklah suku kaum Iban, Melayu, Melanau, Bidayuh, Orang Ulu dan Penan mereka hidup dalam kelompok yang aman dan damai.

Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak

Semua kumpulan etnik ini memiliki bahasa, kebudayaan serta corak hidup tersendiri sejak zaman lampau, era pemerintahan James Brooke hingga merdeka. Antara keistimewaan dapat dilihat seperti pakaian, kraf tangan, makanan, gaya hidup, tarian dan kediaman tradisi pelbagai etnik berbeza.

IKLAN

Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak

Hendak merantau satu negeri Sarawak melihat setiap suku kaum mungkin mengambil sedikit masa. Untuk memudahkan anda mengetahui lebih lagi mengenai suku kaum ini, anda boleh berkunjung ke Sarawak Cultural Village. Di sini menempatkan replika pelbagai rumah kaum etnik Sarawak bersaiz sebenar. Selain melawat rumah-rumah tradisi ini, anda boleh merasai sendiri kepelbagaian budaya Sarawak seperti pemakaian kostum, juadah tradisi, mencuba alat sumpit, atau menari bersama kumpulan kebudayaan yang membuat persembahan setiap hari.

Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak

Sarawak Cultural Village adalah destinasi wajib dikunjungi sekiranya anda berada di Kuching.

Rumah Panjang Bidayuh Annah Rais

Anda juga boleh melihat sendiri dan berkunjung ke rumah panjang sebenar di Rumah Panjang Annah Rais Bidayuh yang berusia lebih 200 tahun. Terletak 85km dari bandar Kuching dan berada di kaki bukit Borneo Highland, suasana sekitar ini begitu tenang walaupun kampung tradisi ini semakin moden.

Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak

Rumah panjang ini sentiasa mengalukan kunjungan orang luar. Anda boleh memilih untuk meneroka kawasan sekitar ini seharian atau memilih untuk tinggal bersama penghuninya. Ucapan selamat datang dan hidangan tuak disediakan kepada pengunjung tatkala menjejakkan kaki di perkampungan ini sebagai simbolik kunjungan anda sangat dialu-alukan.

Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak

IKLAN

Terdapat pelbagai tarikan di sini antaranya Head House yang berusia 150 tahun, Kolam Air Panas,dan Air Terjun Tiga Tingkat. Nak lebih meriah, anda perlu berkunjung ke sini ketika Hari Gawai. Seluruh penduduk kampung akan berkumpul untuk merayakan perayaan ini dengan begitu meriah.

Ole-Ole Sarawak

Membeli-belah di Sarawak juga merupakan aktiviti utama yang mesti dilakukan, selain menjanjikan pengalaman yang berbeza di mana pengunjung akan disajikan dengan pelbagai produk tempatan seperti cenderamata hasil kraftangan, produk kering juga bahan makanan basah untuk di bawa pulang.  Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, SarawakDestinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak

Dengan rangkaian produk yang pelbagai, sesiapa sahaja yang berkunjung ke Sarawak pasti rambang mata untuk membawa pulang signature produk utama Sarawak seperti Kek Lapis Sarawak, Ikan Terubuk Masin, Sayur Midin, Lada Hitam dan juga hasil kraf. Bahkan ada yang mengatakan, jika produk-produk tersebut tidak dibeli, tidak lengkap rasanya kunjungan ke Sarawak.

Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, SarawakDestinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, SarawakDestinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, SarawakDestinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak

Medan Niaga Satok

Medan Niaga Satok merupakan pasar yang menghimpunkan pelbagai barangan keperluan harian di bawah satu bumbung. Menariknya di sini terdapat banyak gerai yang menjual ikan terubuk masin.

Ikan terubuk masin menjadi satu kemestian kepada mereka yang berkunjung ke Sarawak untuk membeli dan membawa pulang ke tempat masing-masing. Maka, tidak hairan jika seseorang itu melancong ke Bumi Kenyalang tidak akan lupa singgah membeli ikan terubuk masin yang banyak dijual di Medan Niaga Satok sebagai buah tangan untuk sanak-saudara serta sahabat handai.

Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak   Mungkin berasa segan untuk menghadiahkan ikan masin sebagai buah tangan atau ole-ole dari Sarawak tetapi jangan risau, kerana keenakan rasa ikan itu pasti akan menambat hati mereka untuk terus mendapatkan ikan-ikan terubuk masin ini. Kelebihan ikan terubuk masin Sarawak terletak pada jenis ikan dan teknik ketika memprosesnya. Ikan terubuk tempatan ternyata lebih berkualiti dengan isinya yang lebih cantik dan lebih segar berbanding ikan terubuk import yang sedikit tawar. Jangan risau jika ingin membawa pulang ke Semenanjung dan menaiki pesawat kerana kebanyakan pengusaha ikan terubuk masin di pasar ini mempunyai teknik tersendiri untuk melakukan pembungkusan ikan agar ia boleh dibawa masuk ke dalam pesawat tanpa mengeluarkan bau, basah dan ikan ini mampu bertahan dalam tempoh empat hingga lima hari di dalam kotak berkenaan.

Sajian Sarawak

Di Kuching, Sarawak ada menyajikan pelbagai juadah lazat seperti Nasi Beras Bario, Manok Pansuh, Laksa Sarawak, Mi Kolok, dan Midin Belacan. Semuanya ada disajikan di restoran serta medan selera di bandar-bandar utama. Pilih sahaja destinasi menjamu selera yang anda inginkan antaranya seperti di Restoran Lepau, Restoran Budaya Sarawak, dan Bukit Mata Seafood Restaurant Rooftop.

Destinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, SarawakDestinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, SarawakDestinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, SarawakDestinasi ‘Mengancam’ Untuk Diterokai Di Kuching, Sarawak

Bercerita mengenai Kuching, Sarawak memang tidak cukup ruang dan masa. Jom terokai Sarawak Bumi Kenyalang bersama keluarga, sahabat handai dan yang tersayang.

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI