Sesiapa sahaja atau apa jua ‘benda’ yang pernah berdamping dengan pemimpin dunia yang dikenali pasti menjadi perhatian dan tidak terlepas terkena tempias ‘populariti’.
Seekor aligator yang didakwa pernah dipelihara dan menjadi milik pemimpin Nazi, Adolf Hitler dilaporkan mati di Zoo Moscow, Rusia pada 22 Mei 2020 lalu. Haiwan itu menjadi ‘bintang’ dan perhatian ramai pengunjung zoo tersebut untuk melihatnya kerana punya sejarah istimewa menjadi ‘kesayangan’ Adolf Hitler.
Zoo tersebut dalam satu kenyataan berkata reptilia diberi nama “Saturn” itu mati pada usia 84 tahun. Menurut kenyataan itu, Saturn dilahirkan di Mississippi, Amerika Syarikat (AS) sebelum dihantar ke Zoo Berlin, Jerman.
Ads
Bagaimanapun, reptilia itu didakwa terlepas ketika serangan bom di Zoo Berlin pada 1943.
Haiwan itu gagal dikesan sehingga 1946 apabila ia ditemukan tentera British dan diserahkan kepada pihak berkuasa Soviet. Kemudian wujud dakwaan reptilia itu menjadi koleksi peribadi Hitler.
“Haiwan tidak terlibat dalam perang dan politik, dan tidak masuk akal untuk menyalahkan ia atas dosa manusia,” tulis zoo tersebut.
Ads
Zoo Moscow menambah ia satu kebanggaan kerana dapat menjaga reptilia jantan itu sehingga ke akhir hayatnya dengan tahap penjagaan yang maksimum.
Ads
Saturn dikatakan amat memilih makanan dan memiliki ingatan yang baik terhadap penjaganya. Dalam propaganda Nazi, Hitler yang dilaporkan meninggal dunia pada 30 April 1945, digambarkan sebagai pencinta haiwan.
Selain dikenali sebagai sebuah negeri pelancongan, Melaka juga terkenal dengan masyarakat pelbagai kaum yang tinggal serumpun tetapi mengamalkan budaya dan adat masing-masing dalam suasana harmoni.
Kewujudan bangsa Melayu yang menjadi teras kepada komuniti lain termasuk peranakan Cina atau lebih dikenali dengan panggilan Baba Nyonya, Ceti dan Portugis melihatkan perkongsian pelbagai pengaruh dan budaya masyarakat Portugis, Belanda dan Inggeris. Mengenai masyarakat Portugis, satu-satunya tempat yang paling ramai bilangan masyarakat ini pastinya Perkampungan Portugis, Ujong Pasir, Melaka
Tidak sukar untuk menjejaki Perkampungan Portugis di Ujung Pasir, satu daripada tarikan bagi para pengunjung ke negeri Melaka bersejarah. Mudah untuk mengecam komuniti Portugis ini, wajah mereka seperti orang Melayu. Cuma raut wajah boleh nampak mereka itu adalah individu daripada perkahwinan campur.
Perkampungan yang terletak di persisiran Selat Melaka ini dikatakan wujud sejak lebih 500 tahun lalu. Sehingga kini, penduduknya dianggarkan seramai 1200 hingga 2000 orang termasuk sebahagian kecil yang tinggal di beberapa kawasan lain di Melaka.
Antara kawasan lain di Melaka yang menjadi penempatan kecil masyarakat yang terkenal dengan lagu Jingli Nona ini ialah di Tengkera, Kubu, Lorong Pantai dan Banda Hilir.
Namun, Perkampungan Portugis dikatakan merupakan satu-satunya penempatan masyarakat Serani terbesar di negara ini. Selain budayanya, masakan tradisional masyarakat ini juga menjadi satu daripada tarikan pelancong ke Melaka.
Harmoni
Komuniti ini terjadi setelah mereka berkahwin dengan semua bangsa yang terdapat di negara ini seperti Melayu, Cina, India, Serani, dan juga bangsa asing. Atas sebab perkahwinan campur itu juga, komuniti ini sangat menjaga sensitiviti dan sentimen semua kaum.
Mereka sangat mementingkan erti toleransi beragama dan batas dalam menerima kaum lain dalam kalangan keluarga masing-masing. Secara amnya komuniti Portugis bertutur tiga bahasa, iaitu bahasa Portugis lama yang dipanggil ‘Kristang’, Bahasa Melayu dan Inggeris.
Justeru, tidak hairanlah, mengapa lokasi ini dipilih untuk menjadi tempat bagi sambutan Rumah Terbuka Krismas Peringkat Kebangsaan beberapa tahun. Perkampungan ini sering menjadi tumpuan pelancong termasuk dari luar negara bagi melihat keunikan budaya hidup keturunan Eropah mengamalkan kehidupan tempatan ini.
Sejarah
Menyingkap sejarah Perkampungan Portugis, ia dikatakan bermula sebagai sebuah kampung nelayan yang kemudiannya berkembang menjadi penempatan penduduk yang besar sehingga ke hari ini. Dari segi budaya, cara hidup masyarakat Portugis tidak banyak bezanya dengan masyarakat lain di Malaysia kerana nenek moyang mereka juga berkahwin dengan orang tempatan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hasil perlombongan dan letupan bukit, mengakibatkan jurang dan lubang yang dalam. Ini menyebabkan air bertakung.
Kesan warna biru kehijauan adalah pantulan warna langit dan bayangan pokok. Air tasik kuari sangat jernih sebab tindak balas kimia batuan dan tanah kuari serta tiada lagi aktiviti manusia di kawasan berhampiran kerana biasanya kuari ini telah pun ditinggalkan. Kecantikan tasik kuari biru menarik minat orang ramai bagi mengalaminya sendiri. Namun perlu diingatkan, lombong kuari ditinggalkan begitu sahaja walaupun meninggalkan tasik biru yang cantik lokasi tersebut sangat bahaya.
Lokasi-lokasi ini memang sudah terkenal dalam kalangan penduduk tempatan datang merakam gambar terutamanya buat golongan muda sehingga lokasi tersebut menjadi tular. Namun segala aspek keselamatan di bawah pengawasan sendiri. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menceroboh kawasan tersebut atas faktor keselamatan. Antara tasik ‘kuari’ biru yang diketahui di Malaysia:
Lubuk Mandi atau digelar sebagai Tasik Pepsi Blue, yang terletak di Mukim Rusila berhampiran Kuala Terengganu bakal dijadikan tarikan baharu destinasi pelancongan Terengganu. Kecantikan air di Tasik Pepsi Blue yang biru kehijauan memang luar biasa dan boleh diperkenalkan kepada pelancong luar. Jarak lokasi ini yang berdekatan dengan Kuala Terengganu menjadikan ia lokasi yang mudah untuk dikunjungi pelancong bagi menikmati panorama dan merakam gambar berlatarbelakangkan tasik tersebut.
Pengunjung hanya perlu ‘jungle trekking’ kira-kira lima hingga 10 minit untuk sampai ke kawasan atas tasik bagi menyaksikan keindahannya. Berdekatan Tasik Pepsi Blue ini juga terdapat kawasan perumahan, jadi jalan untuk ke sini sudah cantik dan sesuai dilalui kenderaan. Tasik Pepsi Blue merupakan tasik buatan yang terhasil daripada aktiviti melombong secara mendulang emas yang suatu ketika dahulu sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan. Namun, aktiviti melombong emas itu telah diarah dihentikan beberapa tahun lalu ekoran berlaku beberapa tragedi yang meragut nyawa pelombong termasuk tanah runtuh dan akhirnya dijadikan kawasan larangan. Namun, kebelakangan ini Lubuk Mandi kembali diperkatakan di laman sosial selepas terdapat beberapa individu yang memasuki kawasan tasik itu dan mengambil gambar.
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selain keindahan dan kecantikan alam semula jadinya, karakter unik dan aneh yang dimiliki juga menjadi faktor penting kenapa semua lokasi percutian di negara Asia ini menjadi pilihan pelancong dari serata dunia.
Keindahan dan keunikan Pokhara terhasil daripada kombinasi antara tasik, gunung dan sungai. Kesempurnaannya boleh disaksikan sendiri dengan berkunjung ke beberapa buah tempat seperti Phewa Tal, Mahendra Cave, Devi’s Fall dan Sarangkot.
Selain tarikan pada alam semula jadinya yang menakjubkan, wilayah ketiga terbesar Nepal ini turut menjadi perhatian kerana ia menjadi lokasi penting beberapa jenis sukan ekstrem seperti ultralighting, paragliding, mountain bike, white water rafting dan hiking
INFO:
Selain keindahan dan kecantikan alam semula jadinya, karakter unik dan aneh yang dimiliki juga menjadi faktor penting kenapa semua lokasi percutian di negara Asia ini menjadi pilihan pelancong dari serata dunia.
Pokhara yang boleh diakses dengan menaiki bas ataupun kapal terbang dari Kathmandu menyediakan lebih kurang 250 buah hotel. Setiap satunya mempunyai pilihan harga yang berbeza, sama ada murah ataupun mahal.
Wilayah kedua terbesar di Sri Lanka ini juga tidak terkecuali daripada menawarkan lokasi percutian yang menarik. Antaranya ialah The Temple of The Tooth, The Pinnewala Elephant Orphanage dan The Royal Botanical Garden in Peradeniya.
Kandy terletak berdekatan dengan Colombo. Ia boleh diakses dengan menaiki bas, keretapi ataupun teksi. Hanya tiga jam sahaja masa yang diperlukan untuk sampai ke sini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike.
INFO: Hotel bajet serendah USD 30 sehari boleh ditemui dengan banyak di Kandy. Majoritinya menawarkan bilik yang cantik, bersih dan perkhidmatan yang mesra pelanggan.
Cuba lari daripada kesesakan lalu lintas ekstrem kota Dhaka dan berkunjung ke beberapa tempat menarik di persekitarannya. Pasti ramai yang teruja dan tidak menduga bahawa ibu negara Bangladesh ini sebenarnya kaya dengan struktur binaan unik seperti masjid, tugu dan istana.
Semuanya dibina sebelum abad ke-19 sewaktu era pemerintahan Islam dan penjajahan British. Antara yang popular dan menjadi mercu tanda Dhaka ialah Lalbagh Fort, Ahsan Manzil dan Baitul Mukarram
INFO : Dhaka digelar sebagai City of Mosque kerana ia mempunyai lebih daripada 700 buah masjid. Sebahagiannya dibina sewaktu era pemerintah Empayar Mughal sekitar kurun ke-15 hingga 16.
Mahukan keindahan pantai dan alam semula jadi yang berada dekat dengan kota moden? Berkunjunglah ke Da Nang, wilayah ketiga terbesar Vietnam yang terletak di antara Ho Chi Minh dan Hanoi.
Sama ada mahu berehat di tepi pantainya yang cantik dan bersih iaitu My Khe Beach, menikmati keunikan gunung batu pualam yang menakjubkan iaitu Ngu Hanh Son atau membeli belah di pusat membeli belahnya yang besar dan mewah iaitu Lotte Mart?
Tepuk dada tanya selera.
Tonle Sap merupakan penempatan atas air yang mempunyai lebih kurang enam buah kampung. Ia terletak di Siem Reap dan boleh diakses dari Phnom Penh dengan menaiki bot selama enam jam. Tonle Sap menyimpan pelbagai spesies flora dan fauna yang terdiri daripada ikan, ular, buaya, burung dan kucing hutan. Di samping itu, tasik dengan keluasan 2,800 kilometer persegi ini turut dijadikan sebagai ladang penternakan buaya spesies Siam.
TIP: Pengunjung yang berminat merasai pengalaman tinggal di atas rumah air boleh berkunjung ke Kompong Luong. Cas sebanyak USD 8 (RM 25) dikenakan untuk penginapan selama sehari berserta makan dan minum.
Dili masih lagi belum membangun sepenuhnya. Malah, kemudahan infrastrukturnya juga masih kurang dan hanya tertumpu pada kawasan pentadbiran sahaja. Namun, ibu negara Timor Laste ini semakin pendapat pendedahan umum. Semuanya disebabkan oleh ketenangan dan keindahan alam semula jadinya yang terdiri dari pantai, pulau dan gunung-ganang. Selain itu, tinggalan sejarah sewaktu era penjajahan Portugis juga memainkan peranan dalam memperkenalkan namanya.
INFO: Buat masa ini, tidak ada syarikat penerbangan lain yang menyediakan perkhidmatan ke Dili secara terus kecuali Airnorth dari Darwin, Australia, Air Timor dari Singapura dan Sriwijaya Airlines serta Merpati Nusantara Airlines dari Bali, Indonesia.
Palawan diiktiraf sebagai perbatasan terakhir ekologi Filipina kerana mempunyai kekayaan alam semula jadi yang menakjubkan. Tarikan utamanya tertumpu pada dua buah tempat penting iaitu Tubbataha Reef National Marine Park dan Puerto Princesa Subterranean River.
Palawan yang boleh diakses secara terus dari negara kita dengan menaiki MASwings melalui Kota Kinabalu ini juga terkenal sebagai syurga selam skuba kerana pemandangan dasar lautnya yang mempesonakan.
INFO MENARIK: Palawan terkenal dengan sungai bawah air yang terletak di daerah Sabang. Sungai ini diiktiraf sebagai ‘7 Wonder of Nature’ kerana keunikan bentuk dan habitat yang mendiaminya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Penerbangan jarak jauh memang boleh jadi mencabar, terutama kalau perlu duduk berjam-jam dalam ruang yang terhad. Silap pilih tempat duduk, perjalanan yang sepatutnya menyeronokkan...