Anda juga sebenarnya boleh dapatkan foto menarik ketika travel. Ia memerlukan sedikit idea dan juga effort untuk dapatkan hasil memuaskan.
Ikuti tip LIBUR kongsikan di bawah!
SUDUT BAIK
Buat apa kalau handsome tapi gambar tak menarik. Antara faktor utama untuk nampak lebih mengancam dalam gambar ialah dengan mengambilnya pada sudut yang baik. Sebagai contoh jika anda ingin kelihatan lebih tinggi ambillah dari sudut bawah. Anda dan tukang ambil gambar haruslah sentiasa berkomunikasi dengan baik juga.
Pada masa kini kamera telefon pintar sudah menghampiri kualiti kamera digital yang berharga mahal. Jadi masalah pengcahayaan itu tidak lagi menjadi masalah sebenarnya. Namun jika anda tak menggunakan teknik pengcahayaan dengan baik pasti gambar tidak akan nampak menarik. Sebagai contoh elakkan ambil gambar membelkangkan sumber cahaya seperti sinaran matahari.
KONDISI LATAR BELAKANG
Mengapa orang yang pergi melancong beriya-iya ambil gambar terutamanya berhampiran monumen terkena. Ya, tak lain tak bukans ebab ingin latar belakang yang menarik. Selain latar belakang popular anda juga boleh guna latar belakang kemas yang bercorak, bergeometri dan berwarna-warni.
Selain itu anda juga boleh meningkatkan keunikan foto dengan menggunakan prop. Penggunaaan prop membuatkan foto nampak lebih menarik. Antara prop penting ialah makanan, hiasan meja, beg tangan juga boleh dijadikan prop dalam foto OOTD anda. Tapi janganlah pula anda guna objek sensitif seperti minuman keras, rokok dan barang-barang berbahaya dilarang undang-undang!
Ads
TIRU MAJALAH
Jika anda kering idea nak pose, usah gundah-gulana. Ambil idea yang ditonjolkan dalam majalah fesyen atau gaya hidup seperti MASKULIN. Tiru sahaja pose yang diketengahkan dalam ruangan fesyen atau personaliti. Pasti anda sendiri pun nampak pose macam model.
Selamat mencuba!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kes kemalangan jiwa yang mengorbankan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang lemas dalam kejadian kepala air di Sungai Kedondong, Jalan Batang Kali Bayu Dingin dekat Kuala Kubu Bharu Selangor.
Foto:HMetro
Dalam kejadian sekitar jam 3 petang, kegembiraan pengunjung bersantai sambil mandi-manda di kawasan reakreasi tersebut bertukar panik dengan kejadian kepala air. Dalam kejadian tersebut terdapat 16 individu membabitkan tiga kumpulan berkelah di kawasan itu terperangkap akibat kepala air dengan lima daripadanya dihanyutkan arus deras. Seorang wanita dipercayai naik sendiri ke tebing, manakala dua lelaki berjaya menyelamatkan diri dengan duduk di atas batu sementara seorang lagi wanita diselamatkan anggota bomba.
Kejadian kepala air sering berlaku di kawasan air terjun dan sungai tumpuan ramai. Kecelakaan akibat kepala air bukan sahaja membabitkan lemas, tetapi boleh menyebabkan kecederaan serius sekiranya berlaku rempuhan sampah atau balak yang dibawa arus, yang mungkin juga boleh membawa maut.
Kejadian terperangkap dalam 'kepala air' dapat dielakkan sekiranya pengunjung peka dengan persekitaran dan perubahan cuaca di kawasan pusat rekreasi air terjun atau sungai.Oleh itu semua individu tidak kira peringkat umur perlu sentiasa berwaspada dengan perubahan kawasan sekeliling. Ajar keluarga anda, kanak-kanak, rakan dan sesiapa sahaja panduan mengesan tanda-tanda bakal berlaku 'kepala air'
Basic survival tips utk mengenali kepala air harus di pelajari oleh setiap parent campers, dan diberi pendedahan kepada anak-anak. Salah satu antaranya :
1. Buih-buih yang timbul dengan banyak dari permukaan air yang datang dari hulu.
2. Daun-daun /sampah-sampah /batang kayu di bawa bersama deras air.
3. Perubahan warna air yang datang dari hulu, kebiasaan air berubah jadi warna gelap dari tone air biasa (terhasil dari pergolakkan keladak/sampah/mendapan).
4. Deru angin dan deras air berubah dengan laju dan bunyi lebih kuat. Ada sebab kenapa org tua-tua tak kasi buat bising /hingaq bila masuk hutan, supaya kita lebih peka dengan perubahan alam.
5.Kawasan berpotensi kepala air mempunyai bentuk geografi tadahan hujan yang besar dan kurang pecahan aliran air.
6. Walaupun hujan jauh dari kawasan rekreasi, kepala air masih boleh berlaku.
7. Tanda-tanda kesan kepala air pernah berlaku di kawasan tersebut boleh dilihat di tebing-tebing sungai atau aliran air.
8 Dari jauh kadang-kala boleh dengar bunyi batu & kayu itu menandakan kepala air yang sangat kuat dan besar sedang menghampiri.
9. Daun-daun hijau secara tiba-tiba ada banyak dalam sungai.
10. Kita tak nampak hujan di puncak bukit, jadi sekiranya nampak awan mendung dan terdengar guruh atau serta paras air mula meningkat, lebih baik tinggalkan lokasi terbabit dengan segera.
Anda selalu travel naik kapal terbang tak kira sama ada penerbangan domestik mahupun antarabangsa? Jika ya, jadi anda perlu ambil tahu bila hari dan masa tiket penerbangan akan dijual pada harga murah.
Ambil tahu mengenai hari dan masa tiket penerbangan dijual dengan harga murah dapat menjimatkan kos perbelanjaan pelancongan anda dan sikap tak ambil endah untuk tahu perkara ni bakal merugikan anda satu hari nanti.
Untuk tahu hari dan masa yang murah bagi mendapatkan tiket penerbangan, menurut Skyscnanneradalah pada pukul 5 pagi pada hari anda membuat tempahan manakala untuk mendapatkan penjimatan yang lebih bagi penerbangan domestik adalah pada hari Selasa dan penerbangan antarabangsa adalah pada hari Rabu.
Selain dari pada hari dan masa, bulan yang paling murah untuk membuat tempahan penerbangan domestik adalah pada bulan Januari diikuti dengan bulan Februari dan Ogos. Bagi penerbangan antarabangsa pula, tempahan penerbangan bulan Oktober dan April adalah bulan yang paling sesuai bagi mendapatkan harga tiket yang murah.
Jadi, jangan tunggu lagi untuk merancang percutian anda lebih awal supaya penjimatan dapat dilakukan semasa membeli tiket penerbangan. Tip yang berguna untuk anda semasa membeli tiket penerbangan – penerbangan domestik sebaiknya dibeli tiga minggu lebih awal manakala penerbangan antarabangsa pula anda perlu memperuntukkan lima hingga enam bulan lebih awal dari tarikh perjalanan anda.
Dengan langkah-langkah penjimatan ini, diharap anda dapat membeli tiket seterusnya merealisasikan impian anda untuk melancong ke destinasi idaman. Semoga berjaya!
Tahun lalu ada peraturan baharu akan dilaksanakan di gunung yang popular di Pulau Lombok, Indonesia.
Khemah-khemah buat pendaki-pendaki Gunung Rinjani akan berteraskan peraturan patuh syariah. Ini bermakna khemah penginapan buat pendaki bujang lelaki dan perempuan di kaki Gunung Rinjani akan dipisahkan dan tidak boleh lagi berdekatan atau duduk bersama.
Peraturan itu diperkenalkan oleh Agensi Taman Nasional Gunung Rinjani (TNGR) dalam usaha pemerintah tempatan menyokong industri pelancongan halal di Lombok, Nusa Tenggara Barat. Walau bagaimanapun usaha untuk melaksakan peraturan itu secara keseluruhan masih dikaji. Agensi berkenaan memperkenalkan peraturan berteraskan syariah itu pada pihak swasta dan berkepentingan.
Jika peraturan ini dilakukan, pihak mereka memberi jaminan bahawa terdapat ruang yang mencukupi untuk memisahkan khemah bagi pengunjung lelaki dan wanita.
Pengasingkan (kawasan khemah) khemah lelaki di sebelah kanan dan khemah wanita di sebelah kiri.
Peraturan itu hanya terpakai untuk pendaki yang belum berkahwin.
Pasangan pendaki yang sudah berkahwin dibenarkan duduk dalam khemah yang sama.
Idea pelaksanaan peraturan baharu itu, dikemukakan oleh masyarakat tempatan di persekitaran Gunung Rinjani.
Masyarakat di kawasan pelancongan itu percaya bahawa kejadian gempa bumi yang berlaku tahun lalu disebabkan aktiviti tidak bermoral dilakukan pendaki.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...