Menurut New Straits Times (NST), sekitar 3.30 petang, 14 Ogos lepas, suspek bersenjatakan pisau, memecah masuk bilik hotel dan mengikat tangan dan kaki wanita tua serta pembantunya.
Pembantu dipukul, manakala wanita tua itu diheret ke bilik mandi dan dipukul hingga mati. Suspek kemudian mengunci bilik mandi dari luar dan menunggu anak perempuan wanita tua tersebut pulang ke bilik. Anak perempuan wanita tua tersebut juga diserang dan diikat.
Siasatan awal dipercayai suspek bertengkar dengan anak sulung lelaki wanita tua tersebut; mengenai aktiviti pinjaman wang di sebuah resort Genting Higlands. Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Mohamad Mansor Mohd Nor, kes ini dipercayai kerana dendam.
Suspek adalah warga Korea Selatan, 57 tahun bernama Sung Kyukseok. Mangsa ialah Xiang Lian Jin, warga China dilahirkan di Korea Selatan manakala pembantu wanita tua tersebut ialah warga tempatan.
Siasatan dan buruan polis kini dijalankan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Melompat Di Lautan Slime, Selesaikan Misi Bersama Ninja Turtle, The World Of Nickelodeon Dah Ada Kat Malaysia, Fun Habis!
Hujung minggu biasanya waktu untuk menghabiskan masa bersama keluarga atau yang tersayang. pelbagai aktiviti boleh dilakukan untuk acara bonding antaranya bercuti ke pusat peranginan, piknik di pantai atau air terjun dan banyak lagi.
Bukan aktiviti sebegitu sahaja yang boleh anda lakukan untuk eratkan lagi hubungan bersama keluarga dan teman-teman, bermain di karnival berbayar The World of Nickelodeon yang happening juga pasti menyeronokkan.
THE WORLD OF NICKELODEON KINI TIBA DI MALAYSIA
Spongebob SquarePants, PAW Patrol®, Rise of Teenage Mutant Ninja Turtles, Dora the Explorer dan Bubble Guppies merupakan sebahagian daripada The World of Nickelodeon yang kini sudah tiba di Malaysia.
Karnival berbayar The World of Nickelodeon yang bermula dari 28 April sehingga 23 Julai 2023 ini merupakan destinasi yang terbaik untuk semua golongan muda dan seisi keluarga untuk menikmati hari yang menggembirakan. Dengan keluasan 14,000 kaki persegi, dunia permainan yang menyeronokkan ini mempunyai 17 stesen menarik dan pelbagai peluang untuk anda merakamkan gambar anda di sana.
Anda juga akan berpeluang untuk menikmati pelbagai jenis permainan antaranya melempar bola di Bubble Guppie’s Fisketbal Game, mencuba Teenage Mutant Ninja Turtles Vertical Challenge dan mencabari diri dengan permainan Dora Jungle Jump-a-thon. Selain itu, anda juga boleh berhibur di Slime Lounge sebelum meneruskan aktiviti seterusnya di Bikini Bottom Bubble Bash atau melakukan misi Mutant yang terakhir.
Bawa kamera anda dan bersedia untuk merakamkan seberapa banyak gambar di lokasi tayangan yang anda inginkan. Jangan lepaskan peluang untuk berjumpa dengan watak-watak Nickelodeon kegemaran anda!
Anda boleh menempah tiket di www.my.trip.com dan nikmati hari anda dengan permainan menyeronokkan di The World Of Nickelodeon sepanjang hari terutamanya pada hujung minggu!
Waktu Operasi
Tarikh : 28 April 2023 – 23 Julai 2023
Masa : 10.00 pagi – 9.40 malam
Tempat : Let’s Play @ Pavilion Bukit Jalil Level 5, Lot No. 5.85.00
Harga Tiket:
Dewasa RM16 (Isnin-Khamis)
Dewasa RM26 (Jumaat-Ahad/Cuti Umum)
Kanak-kanak RM46 (Isnin-Khamis)
Kanak-kanak RM56 (Jumaat-Ahad/Cuti Umum)
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kedai Aiskrim Terkenal Korea Bakal Buka Outlet Pertama Di Bukit Bintang, Confirm Peminat ’32 Parfait’ Tak Sabar Tunggu
Kepada peminat Kdrama pastinya selalu melihat scene pelakon kegemaran menikmati aiskrim yang popular di sana setinggi 32cm.
Aiskrim yang sangat popular di Myeongdong Korea ini hanya boleh dinikmati di kedai bernama 32 Parfait.
Dan tidak lama lagi penggemar aiskrim ini di Malaysia boleh menikmatinya kerana bakal membuka outlet pertamanya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Seperti namanya, aiskrim setinggi 32cm ni menjadi sensasi hangat dalam kalangan peminat dessert kerana ketinggiannya yang unik.
Difahamkan juga, 32 Parfait di Malaysia akan membawakan pelbagai jenis perisa iaitu coklat, vanila, vanila coklat, strawberi, manga, teh hijau dan juga yogurtblue. Pastinya penggemar aiskrim tidak akan melepaskan peluang untuk nikmati aiskrim bersaiz tiga kali ganda saiz aiskrim biasa.
Sudah tentunya ramai yang tidak sabar untuk menikmati aiskrim viral ini lebih-lebih lagi dalam cuaca panas sekarang.
Untuk pengetahuan 32 Parfait bakal dibuka di Lot 10, Bukit Bintang, berseberangan dengan restoran DON DON DONKI.
Namun begitu outlet ini masih dalam proses pengubahsuaian dan akan beroperasi tidak lama lagi.
Bagi peminat aiskrim dan Kdrama, diharap bersama menantikan pembukaan outlet pertama 32 Parfait ini di Malaysia.
Artikel Berkaitan:
Tak Perlu Travel Ke UK, Gordon Ramsay Bakal Buka Restoran Pertama Di Malaysia Jun Ini
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Malaysia Destinasi Pelancongan Kesihatan Pilihan Rakyat Luar Negara
Malaysia memiliki pakej lengkap untuk memikat pelancong ke negara ini dan memberi pengalaman indah baik dari segi industri pelancongan kesihatan, lokasi membeli belah mahupun kebudayaannya.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata Malaysia adalah destinasi pelancongan kesihatan yang terkenal, menawarkan kemudahan bertaraf dunia dengan kepakaran dan nilai yang berbaloi untuk wang, manakala berbelanja di Malaysia merupakan satu pengalaman menakjubkan.
"Kawasan di Bukit Bintang, pusat bandar raya Kuala Lumpur dan Bangsar adalah lokasi membeli-belah yang terkenal, yang menawarkan segala-galanya daripada jenama pereka terkenal sehinggalah kepada cenderamata tempatan," katanya ketika berucap pada majlis makan malam Persidangan dan Pameran Kembara Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA ATCM) 2020.
- Selain itu Malaysia adalah syurga untuk pemain golf, kerana terdapat lebih daripada 200 padang golf di Malaysia.
- Untuk aktiviti bersama keluarga, pelancong boleh ke Legoland (Johor), Sunway Lagoon (Selangor), Genting Highland (Pahang), Escape Penang (Pulau Pinang) atau Taman Tema Air Desaru (Johor) untuk merakam percutian yang tidak dapat dilupakan.
- Sabah pula katanya adalah sebuah syurga ekopelancongan yang kaya dengan kepelbagaian kebudayaan yang ditampilkan menerusi lebih daripada 42 kumpulan etnik.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI